Kreatif! Itu yang terkeluar daripada kepala apabila melihat seorang wanita ubahsuai Myvi jadi ‘campercar’ demi merealisasikan impiannya jelajah satu Malaysia.
Dikenali sebagai Farah Nabilah, dia mengubahsuai kenderaan peribadi miliknya jenis Myvi menjadi ‘campercar’ mudah alih kerana lebih suka melakukan pengembaraan secara solo bagi mencari ketenangan.
Ubahsuai Myvi Jadi ‘Campercar’
Menurutnya ini diibaratkan sebagai satu terapi setelah penat membanting tulang empat kerat demi meneruskan keberlangsungan hidup.
Menurut Farah, idea ini mula tercetus apabila dirinya bercadang untuk melaksanakan satu percutian solo (solo travel) menjelajah sekitar Malaysia dengan menggunakan Myvi miliknya.
Sehubungan itu, Farah telah meminta meminta buah fikiran dan mendapat nasihat serta tunjuk ajar daripada rakanya dalam usaha merealisasikan ideanya untuk menukar Myvi menjadi campercar mudah alih dan ringkas.
Ads
Farah menjelaskan bahawa, dia begitu terinspirasi untuk melakukan transformasi tersebut apabila rakanya, Asri Nawawi bertindak menukar kereta Kancil miliknya menjadi campercar.
Tak Perlukan Modal Yang Besar Pun
Tambahnya lagi, kos yang terpaksa dikeluarkan olehnya sewaktu melaksanakan transformasi ‘CamperMyvi’ ini hanya menelan kos sekitar RM500 sahaja.
“Ia tidak melibatkan modifikasi yang besar. Saya mahu ia jadi ringkas dan mudah alih, jadi apabila saya memandu kereta, ianya masih kelihatan sebuah Myvi yang asal.
Ads
“Hanya akan nampak seperti camper jika saya berhenti dan meletakkan kereta saya di suatu kawasan sahaja”, ujar Farah.
Sebaik sahaja, ideanya itu diterjemah menjadi realiti, wanita ini terus memulakan percutian impianya selama 10 hari, menjelah sekitar Malaysua dari Melaka menuju ke Kuala Lumpur, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sebelum kembali semula ke Melaka.
Ads
“Saya suka ke pantai dan pulau yang cantik. Dalam percutian ini, saya masukkan sekali Pulau Perhentian sebagai salah satu destinasi pilihan.
“Kemudian, saya mahu melawat kampung rakan di Batu Kurau, di mana kami telah menikmati durian bersama,” katanya lagi.
Mengulas berkenaan pengembaraan solonya ini, Farah akui dia berasa puas hati dan seronok serta tidak sabar untuk menjalankan pengembaraan solonya ke destinasi yang seterusnya di masa akan datang.
Ternyata usaha dilakukan Farah ini begitu menarik dan wajar dijadikan inspirasi bagi anda yang gemarkan cabaran dan berminat melakukan aktiviti kembara solo seperti ini.
Turki memang tak dinafikan lagi sebagai destinasi percutian yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Ini mungkin kerana faktor budaya Islam yang ada di sana membuatkan ribuan warga Malaysia selesa untuk melancong ke sana saban tahun.
Selain daripada itu, tarikan produk pelancongan di Turki tidak kurang hebatnya seperti Cappadocia dan lain-lain. Kecantikan geografi, makanan dan budaya masyarakat Turki berjaya memukau mata dan menambat hati ramai orang.
Untuk anda yang nak bercuti ke Turki atau sekadar nak melihat-lihat apa yang menarik di sana, mari saya kongsikan kepada anda satu perkongsian itinerari daripada Wan Husna Wan Hamidon yang bercuti ke Turki bersama keluarga beliau tempoh hari.
Itinerari ini lengkap dengan destinasi yang perlu anda lawati, makanan yang perlu anda cuba dan segala kos yang terlibat seperti pengangkutan dan penginapan.
Kalau anda nak cuci mata dahulu dengan pemandangan yang diambil oleh Husna ni pun boleh. Gambar-gambar yang diambil beliau memang awesome! Tak tahu la kalau anda tak terpikat lagi nak ke Turki selepas melihat gambar-gambar beliau ni.
Okay jangan tunggu lagi! Jom kita ‘bedah’ itinerari Konvoi Roadtrip Pusing Turki beliau ni!
Kami plan nak drive sendiri sebab our trip includes elderly, kids and infant. At the first place risau jugak sebab mostly org visit Turki under travel agent. Alhamdulillah all went well and smooth, and it is a right decision with a great experience. Turki negara yg hebat penuh dgn bangunan bersejarah yg mengagumkan dan alam semulajadi yg sangat cantik.
7 dewasa (termasuk mak dan ayah) 4 kanak-kanak dan 1 bayi
Kami beli tiket Oman Air 3 bulan sebelum tarikh flight.
Price: Roughly RM2200 / person (return) / 30kg luggage
Transit dekat Airport Muscat (MCT) masa pergi dan balik lebih kurang 4 jam.
Kami sewa 2 pocket wifi @roamingmanmy siap2 dekat KLIA
Price: RM180/device (Daily 4G 500Mb and then unlimited 3G)
Masa buat itinerary tu kami dah siap2 check guna google maps utk berapa jauh dan berapa jam perjalanan dari satu tempat ke satu tempat.
Pocket wifi yg kami sewa sgt membantu sebab tak pernah tak ada line cuma bateri kena charge la. Sebelum tidur charge full okay. Hahaha. Jadi tak ada masalah nak guna WAZE or GOOGLE MAPS while driving.
Semua hotel dah booking via booking.com sebelum fly lagi. Harga accommodation okay depends dkt location. Istanbul boleh dapat RM300/night. Area Izmir dan Pamukkale way cheaper dari Istanbul. Cuma hotel dekat Cappadocia tu korang kena book awal sikit sebab mostly cave hotel sold out masa kami nak book tu pun around 2 bulan sebelum fly. Tak nama Cappadocia la kalau tak merasa duduk cave hotel sambil tengok Hot Air Balloon kan.
Bawak cash utk shopping, makan, minyak and entrance fee (paling byk pakai duit)
11D9N (ISTANBUL-IZMIR-EPHESUS-PAMUKKALE-CAPPADOCIA-BOLU -ISTANBUL)
Day 1 – KL – IST
Day 2 – Istanbul Sultanahmet
Day 3 – Istanbul Sultanahmet
Day 4 – Istanbul – Izmir
Day 5 – Izmir – Ephesus – Pamukkale
Day 6 – Pamukkale – Cappadocia
Day 7 – Cappadocia
Day 8 – Cappadocia – Bolu
Day 9 – Bolu – Istanbul Taksim
Day 10 – Istanbul Taksim
Day 11 – IST – KUL
Since Istanbul ada dua part Europe side dgn Asian side, kami bahagikan masa utk explore both side. Depends pada plan masing2 sebab dua2 side pun dekat je boleh naik Tram or Taxi. Area Istanbul Sultanahmet ni attractions semua walking distance make sure cari hotel yang dekat dgn Sultanahmet.
Perjalanan yang paling jauh adalah dari Pamukkale – Cappadocia (7jam). Dan juga Cappadocia – Istanbul (9jam) tapi part ni kami decide utk spend 1 night dekat Bolu sebelum teruskan lagi 3 jam 30 minit ke Istanbul keesokan hari.
Airport Transfer:
300TL Arrival / 250TL Departure
Kereta sewa:
Kami booked kereta sewa via Avis.com
Type: Fiat Eagea (2 units)
Price: Rm120/day
Insurance: Add on 300TL
Turki left-handed driver masa dlm city tu maybe awkward sikit tapi dah masuk highway nanti senang je. Driver kena above 25 years old and lesen Malaysia laku ye kat sini. Haha. Jadi tak perlu susah2 korang nak convert international licence ke apa. Make sure lesen korang still valid jela. Kami pick up kereta sewa masa Day 4 nak gerak ke Izmir sebab dkt Istanbul tak perlu kereta pun and parking susah gila, jalan sempit berbukit2 and orang dia bawak macam apaaa hahaha.
Minyak: Harganya jauh lagi mahal dari harga petrol di Malaysia jadi nikmat mana yang kamu dustakan haha harga kat sana dlm 6.50TL around Rm4.70 per litre. Full tank dah berapa pulak kan. Dengan view yang teramat cantik sepanjang roadtrip kira halal la. Hahaha.
Total kos minyak hangus roughly: RM500/car
Tol: Highway kat sana memang best sangat smooth je. Ada few tol kena bayar sepanjang trip ni tapi nak highlight tol paling mahal kami lalu berharga 130TL (Osman Gazi Kuprusu) jambatan nak seberang laut. Sistem tol dia pulak, masa amik kereta sewa tu dia akan lekat satu cip elektronik dkt cermin depan. So korang lalu je tol tu mcm biasa nanti total kos tol akan ditolak drpd deposit dgn car rental.
Total kos tol: RM280/car
Rnr: Kat sana rnr dia panggil Oksijen atau Servis Alani. Saje nak highlight RNR dia sebab best haha ada macam2 kadang2 siap ada mall lagi ha taktau la berapa lama pulak delay time kat situ. And byk jugak sepanjang highway tu for any emergency. Senang jugak utk kami catch up balik kalau tertinggal konvoi and for kids nak berlari2 sekejap hahaha.
Overall makanan kat sini sedap je! Ada certain mcm tawar je.Tapi for me okay je healthy2 gitu. Olive pickle and cheese tu wajib ada. Kalau rasa macam tak complete je deria rasa tu korang boleh mintak ketchup dgn mayonnaise and dorang ni tak ada sos cili. Boleh la bawak banyak2 stock sos mcd kfc korang kat rumah tu. Hahaha. Area Sultanahmet harga makanan dia pricey sikit satu dish dlm 40TL jugak. Area selain Sultanahmet semua lagi murah and sedap! Jgn lupa try ayam golek and pizza kat sini. Nasi campur dia pun kena try lauk dia cantik colourful. Bila dah tepu sgt kami carik Burger King and Mcd ok tau tau boleh makan kat Malaysia hahaha.
Doner kebab / Shawarma
Jagung bakarr! Tgk Istanbul Aku Datang punya pasall
Kestane – buah berangan
Simit! Beli nutella simit pastu roti lain dia jual tu pun try jugak
Pizza and Pide kat sini sedap
Apple Tea kami dapat free masa shopping dkt Grand Bazaar
Turkish Delights yg timbang2 tu serius sedap compare dgn beli yg dah siap dlm kotak
Hakki Zade Hafiz Mustafa must try Baklava
Dondurma – Aislrim Turki flavor Caramel sedap. Dekat kwsn Sultanahmet mahal 10TL dekat tempat lain boleh dapat 3TL je
Kunafe – Manisan jugak
Fresh figs and rock melon! Buah2 dia sedappp fresh
Balik Ekmek aka kebab ikan! Carik dekat area Bophorus Cruise
Kumpir – Baked Potato
Ayran Turkish Yogurt
Midye Dolma – Mussels ada isi nasi 1TL
Kedai coklat dekat Istiklal Street
Korang boleh carik souvenirs dkt Grand Bazaar sebab dah mcm one stop centre dah kat situ semua ada. Cuma harga dia pricey sikit kalau korang compare dgn kedai2 kat luar dr area Grand Bazaar. Antara barang yg korang boleh beli, dompet Turki, sejadah, Turkish delights, tasbih, fridge magnet, tshirt, lampu Turki, jewelleries (beli barang kemas bertatahkan batu zultanite yg boleh berubah 7 warna ikut lighting terpegun ok). Jgn lupa tawar menawar! And orang dia sgt respect org tua since kami jalan dgn parents dpt banyak discount and free gift for mama katanya. Satu lagi syurga shopping baju dan sebagainya dekat Istiklal Street jgn lupa singgah LC Waikiki.
Blue Mosque (Sultanahmet Mosque)
Hippodrome (Sultanahmet Meydani)
Hagia Sophia – 72TL
Topkapi Palace – 72TL
Bacilica Cistern – 20TL (Korang boleh amik gambar pakai Ottoman Costume kat sini)
Bophorus Cruise – 60TL
Izmir – The city of Izmir (Clock Tower, Yali Mosque, Kemeralti Bazaar, Asansor Tower)
Ephesus Temple of Artemis – Library of Celcus – 72TL
Hierapolis – Pamukkale (Cotton Castle) – 60TL
Tuz Golu – Salt Lake
Cappadocia semua tempat sangat cantik – Pigeon Valley, Pasabag Chimney, Uchisar Castle, Goreme Open Air Museum (54TL) And kami tak naik hot air balloon price at 200usd/person
Dolbamahce Palace
Galata Bridge
Galata Tower – 35TL
Istiklal Street (Jgn lupa singgah Watsons 3 tingkat hahaha)
Total kos utk entrance fees: 445TL / person
Siapa yg teringin nak pergi Turki boleh la plan sekarang sebab duit Lira tengah murah. Kalau nak full details itinerary boleh klik google sheet link kat bawah ni
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi mereka yang merancang mahu menghabiskan cuti di pulau terutama Pulau Perhentian, ada beberapa perkara perlu diambil kita.
Ini antara perkongsian dari sahabat Backpackers Buddies Malaysia, Ahmad Syakir memberi tip yang sesuai jika mahu bercuti di sini.
Sebenarnya saya tak tahu nak mula dari mana. Tapi hentam sajalah labu. Asalkan saya dapat share info dengan semua. Pertamanya yang wajib adik kakok semua tahu. Pulau Perhentian ni terbahagi kepada DUA pulau yang utama. 1. PERHENTIAN KECIL 2. PERHENTIAN BESAR
Setiap pulau ni ada banyak pantai. Jadi korang kena study, tempat mana yang korang nak tuju. Untuk mudahkan pemilihan tempat, korang kena baca sampai habis tulisan ni..
PULAU PERHENTIAN KECIL. ——————————————————— Kat sini ada macam² nama pantai. Paling femes Pasir Panjang / LONG BEACH. Apapun Long Beach ni tak sesuai untuk kanak² dan warga emas sebab kebanyakkan penginapan yang jauh daripada Jeti dan suhu panas dia berbeza dengan lain² tempat di Perhentian ni. Kalau rasa nak menginap di Long Beach juga tu boleh, tapi fulusnya mestilah lebih.
Bagi yang nak percutian lasak, padat aktiviti boleh pilih menginap di Perhentian kecil sebab banyak tempat boleh terokai. Korang hanya perlu rajin berjalan sebab kat Perhentian memang takda kereta.
Salah satunya Hiking Windmill, kalau korang menginap di LONG BEACH / CORAL BAY / D’LAGOON boleh terus ke windmill tanpa perlu bayar apa-apa caj tambahan dah.
Keduanya beromantik dengan yang tersayang sambil layan sunset. Bagi yang menginap di Long Beach, boleh jungle trekking dalam 10 minit ke Coral Bay untuk layan sunset ni. 5.30 petang pergi la. Boleh lepak ‘kupi-kupi’ dulu sementara tunggu matahari terbenam.
Sebelah malam pula ada night fireshow di Long Beach. Kalau menginap di Coral Bay, korang boleh jungle trekking dalam 10 minit ke Long Beach. Paling penting sediakan Torch Light la. Sebab laluan pejalan kaki tu takda lampu jalan.
Bagi yang menginap di FISHERMAN VILLAGE pula, boleh ambil water taxi ke Long Beach kalau nak tengok fireshow ni. Tambang sekitar RM30 seorang pergi dan balik. Kalau yang berkeluarga, nak menginap di Perhentian Kecil, saya suggest sangat-sangat korang menginap Fisherman Village ni. Makanan pun murah, anak-anak boleh mandi pantai juga.
PULAU PERHENTIAN BESAR ———————————————————— Pulau Perhentian Besar pula sesuai untuk yang nak buat aktiviti ringan². Lebih kepada nak relax, berkasih sayang sambil kayuh transparent kayak..
Perhentian Besar lebih mesra kanak² dan warga emas sebab kebanyakkan biliknya dekat dengan pantai dan hampir kesemua resort ada jeti mereka sendiri. Suasana lebih tenang dan ada banyak pokok untuk berteduh sambil layan anak mandi pantai.
Apa yang menarik di Perhentian Besar ni, hampir semua tempat snorkeling ada di sini. Shark Point (Area Flora, Fauna), Turtle Point area Coral View Island Resort, Coral Garden dan paling unik Lata Air Berani pun di Perhentian Besar juga ye.
Kalau rasa pening nak pilih menginap kat mana, cuba rojer saya. Saya akan bagi lebih info untuk anda.
1. Kepada yang luar dari Terengganu, kalau naik flight make sure korang turun di Kota Bharu sebab perjalanan dari airport Kota Bharu lebih dekat berbanding dari airport Kuala Terengganu. Lagi satu airport Kuala Terengganu taka ada bas murah lalu, Nak tak nak korang kena naik teksi airport ke Stesen bas Kuala Terengganu ataupun naik teksi terus ke Kuala Besut. Kalau korang banyak duit boleh lah buat macam ni.
2. Kalau korang naik bas dari negeri lain, berhenti di stesen bas Kuala besut sebab dekat dengan jeti. Kalau tak ada jangan turun Kota Bharu pulak, turun di Jertih, Besut. Nanti naik teksi atau bas ke Kuala Besut. Naik teksi lah senang sikit. RM20 satu teksi. Kalau korang 4 orang, boleh la RM5 seorang.
3. Jangan lupa benda penting, beli roti dengan kaya atau apa apa untuk sarapan. Kalau korang dah dalam pakej ada sarapan tak apa lah. Tapi aku sarankan bawa sebab nak alas perut kalau kalau lapar. Lagipun roti ni boleh bagi makan ikan time snorkelling, baru lah ikan berduyung duyung datang dekat korang.
4. Paling penting dan terpenting, beli air mineral botol besar siap siap. Bajet la dalam 3 hari korang kena minum berapa botol, beli banyak banyak tak apa. Hari tu aku beli 3 botol kongsi dengan kawan aku pun macam tak cukup. Sebab sana panas dan lepas mandi air masin mesti nak air kosong kan. Penat punggah sikit tak apa, jangan penat bayar kat pulau nanti. Aku sarankan beli jauh dari jeti sebab air minuman botol besar RM2, padahal sebotol RM 1.50 ja kan. Kalau beli dekat pulau, air minuman sebotol besar RM4. Hah, kau rasa?
5. Bawak syampu, sunblock. Losyen siap siap. Sebab kat sana barang sangat lah mahal. Sunblock RM50, syampu pantene botol paling kecil RM12. Kau rase? Nak ke beli. Syampu tu sepatutnya harga dalam RM6 kan?
TIPS PILIH PAKEJ MESTI TENGOK
PENGINAPAN Long beach = tempat cantik untuk mandi pantai lebih mahal tapi bising sebab setiap malam ada beach parti dengan pertujukan api.
– Coral bay – tempat cantik tapi pantai dia xberapa cantik untuk mandi tapi bolehlah sebab banyak coral sakit kaki pijak. Tapi tenang banyak tempat cantik untuk bergambar. Tempat makan ada kat restoran kecik depan tu. Nak makan malam ada kat ombak dive resort tapi makanan dia harga standart pulau.
– Kampung nelayan senang nak dpt makanan2 pun murah berbanding tenpat lain tapi jauh dengan long beach. Yang budget boleh la duk sini.
Perhentian besar sunyi sikit tapi sesuai pergi dengan family. – Snorkeling point berapa point. – Sekali dengan makan or tak kalau duduk tempat yg jauh dari restaurant ambik la pakej makan siap2. – Elektrik ada yg 7 sampai 7 elektrik ada 24 jam so kalo jenis xduk bilik ok kalo jenis duk bilik tengari mmg panas lagi2 peak season. – Peak season selalu harga peak mahal pada harga biasa. – Bot pergi dan balik Bot ni tak sampai tepat masa ikut keadaan ada lambat sangat, jadi sesiapa yg flight awal 2 or bas awal ambik awal sikit. Bot last pukul 5.
CHALET DAN RESORT PULAU PERHENTIAN KECIL CORAL BAY - Shari -La Island Resort – Ombak Resort – Ewan’s Palace – Fatimah Chalet – Aur Bay Chalet – Amelia Chalet – Maya Chalet – Senja Bay Resort – Butterfly Chalet
LONG BEACH – D Rock Garden Chalet – Lemon Grass Chalet – Chempaka Chalet – Mohsin Chalet – Bubu Villa – Trivoli Guest House – Bintang View Chalet – Matahari Chalet – Panorama Chalet – Symphony Chalet – Sunrise Inn – Bubu Resort – Moonlights Chalet – Cocohut Chalet – Tropicana Inn – Tivoli Inn – Mimpi Resort – Harrera Chalet
AKTIVITI Masa free time boleh :- – Mandi pantai – Kayak – Ataupun hiking ke windmill Yang duduk kg nelayan kalo nak pergi windmill baik ambik bot tambang sebab mmg jauh sangat2. Windmill tu bahaya sikit kalo kat tangga tu berhati2 ye. Sapa2 yang pergi pulau perhentian tak ambik gambar kat sini bagi saya tak complete. – Ambik gambar kat Shangrila Chalet Carol Bay matahari terbenam mmg superb. – Ambik gambar matahari terbit dekat longbeach – Waktu malam tempat paling hidup dekat Longbeach tengok pertunjukan api sampai dia main dekat tepi pantai mmg cantik sangat rugi xtengok part last tu lepas pada tu yang muslim baik baliklah sebab dah start beach party joget2.
Nak lagi detail boleh pm terus www.wasap.my/60179887709
Siapa yang tak kenal dengan nama Saiful Nang – satu nama yang cukup terkenal dalam dunia fotografi di Malaysia dan juga di luar negara.
Anak kelahiran Bukit Kapar ini bukan sahaja terkenal dengan kemahirannya merakam gambar, tapi juga dalam dunia perniagaan dan kerja-kerja kebajikan sehingga diangkat menjadi ikon belia yang berjaya kepada anak-anak muda. Beliau banyak memenangi anugerah dan pengiktirafan dari dalam dan luar negara.
Namun, Saiful baru-baru ini terpalit dengan satu isu yang menyentuh sensitiviti dan mengguris hati rakyat Malaysia apabila cubaan mempromosikan trip Rarecation beliau ke Israel mendapat kritikan yang hebat wargamaya.
Kebanyakkan daripada mereka berasa tidak berpuas hati apabila Saiful cuba untuk mempotretkan sisi baik Zionis Israel yang selama ini membantai tanpa belas ihsan rakyat Palestin yang serba kekurangan.
Tekan pada pautan di bawah untuk baca hantaran yang dibuat di laman Facebook Saiful Nang.
Hantaran Facebook beliau dikongsikan lebih 1,300 perkongsian tetapi rata-rata daripadanya mengkritik tulisan dan pemikiran Saiful yang seolah-olah menidakkan hak rakyat Palestin dengan mengatakan pendudukan negara haram Israel di tanah Palestin seolah-olah ‘halal’ melalui Rules of Absence dan rakyat Israel menganggap kita seperti saudara?
Israel menggunakan Rules of Absence dengan cara mengisytiharkan kawasan itu menjadi milik mereka apabila tanah tersebut tidak diduduki sesiapa dalam satu tempoh masa. Selain daripada itu, Saiful berkata penjualan tanah besar-besaran oleh orang Arab Palestin dan tekanan Yahudi menghalau rakyat Palestin pada 1948 juga menjadi sebab mengapa Zionis menguasai kawasan itu sekarang.
Saiful juga mendakwa beliau dan rombongannya yang melancong ke Israel disambut baik oleh komuniti Yahudi yang sayangkan keamanan dan menganggap mereka seperti saudara. Ramai orang Israel yang mahukan keamanan, sama seperti orang Islam tetapi ada puak-puak pelampau dari kedua-dua pihak yang mencetuskan ketegangan dan sentiasa mahu membunuh antara satu sama lain. Hal itu menyebabkan kedua-dua belah pihak berasa tidak selamat.
Disebabkan itu, ada diantara wargamaya bertindak mempertikai dan menyindir Rules of Absence yang ditulis oleh Saiful dengan mengatakan adakah ketiadaan Saiful dirumah ketika bercuti membolehkan orang lain tinggal dan menetap di rumah beliau?
Walaupun ramai yang mengkritik promosi pelancongan yang diberikan kepada Israel oleh Saiful, beliau mengatakan bahawa pelancongan bukan satu-satunya sumber pendapatan yang boleh diperolehi Israel dalam membangunkan negara dan ekonomi mereka. Tanpa sedar, setiap hari kita semua adalah penyumbang kepada pembangunan dan ekonomi Israel melalui perbankan, teknologi, perniagaan franchise, aplikasi mudah alih, Facebook, Instagram, Waze dan banyak lagi.
Biarpun kebanyakkan perkara berasaskan Yahudi itu digunakan secara percuma, tetapi pengiklanan yang dijalankan di dalamnya sudah cukup untuk memberikan pulangan dan menjana ekonomi Israel, ujar Saiful.
Saiful juga berkata bahawa media antarabangsa sengaja melaporkan sesuatu seperti kejadian itu sangat besar walhal ianya hanya perkara kecil sahaja seperti kejadian kebakaran yang berlaku di Masjid Al-Aqsa apabila media melaporkan keadaan sangat tidak stabil sedangkan beliau yang berada di tempat kejadian berasakan kejadian tersebut boleh selesai dengan hanya menggunakan sebuah lori bomba yang kecil sahaja.
Kejadian seorang budak mabuk dan membuat kacau di pagar Al-Aqsa juga dilaporkan seperti ada rusuhan dan berlaku keganasan supaya orang ramai takut untuk melawat ke sana walaupun keadaan sebenarnya tenang dan baik sahaja, mengikut pandangan Saiful.
Pendapat Libur, naratif keseluruhan teks yang dibuat oleh Saiful agak bias dan menyebelah kepada Israel. Di dalam negara yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan, semestinya tindakan Saiful itu akan mengundang kecaman wargamaya yang sememangnya terkenal sebagai ‘onion army’ yang menyokong Palestin hingga hujung nyawa.
Sekalipun ada logik yang disampaikan oleh Saiful, tapi dengan ‘membenarkan’ Rules of Absence dan mengatakan Yahudi mengalu-alukan kita sebagai saudara, em membuatkan Saiful kelihatan agak jahil dengan fakta sebenar yang berlaku di Palestin.
Jadi apa pendapat anda? Adakah anda bersetuju dengan Saiful Nang? Kongsikan pendapat anda diruangan komen Facebook ‘Yahudi’ kami.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...