Selalunya kalau kita berpeluang travel atau singgah di mana-mana tempat yang menarik, pasti kita ingin merakam gambar kenangan secantik dan sebaik mungkin. Lagi-lagi kalau anda seorang wanita, gambar mesti nampak kurus, tirus, ramping dan macam-macam gaya yang boleh nampak ‘elok’ di mata umum.
Namun tidak buat wanita bernama Stephanie Leigh Rose ini. Dia ingin membuat kelainan dalam setiap foto yang dibidik dengan gaya sedang ‘mati’ di setiap lokasi menarik yang dijejak.
Menarik dan kreatif juga gaya dan aksi si Stephanie ini hasilkan. Mana tahu lepas ini, gaya sebegini menjadi ikutan dan tular buat orang ramai yang inginkan kelainan.
Dia juga sempat merakam kenangan di hadapan bangunan ikonik yang musnah terbakar baru-baru ini. Jom lihat gambar-gambar yang dikongsinya dalam media sosial miliknya yang kini memiliki hampir 54.6k pengikut tersendiri.
Macam mana, menarik tak? Libur rasa ada yang tiru aksi-aksi ini nanti. Silap-silap jadi ‘trend’ akan datang. Yang rasa nak terkenal cepat boleh la ambik idea kreatif macam ini untuk tontonan ramai 🙂
Perlis menerusi Pelan Perlis Digital 2025 memperkenalkan ekopelancongan digital sebagai cara merancakkan lagi sektor pelancongan yang terkesan akibat wabak COVID-19. Lokasi pertama yang dipilih ketika ini adalah destinasi pelancongan popular Gua Kelam.
Tidak ramai mengetahui terdapat tiga lokasi Gua Kelam iaitu Gua Kelam 1, Gua Kelam 2 dan Gua Kelam 3 yang mempunyai keunikan masing-masing.
Pemilihan Gua Kelam sebagai projek perintis adalah berdasarkan daya tarikan dan popularitinya sebagai salah satu produk pelancongan di negeri itu. Muzim 3D adalah elemen digital pertama diperkenalkan di Gua Kelam 1 pada tahun lepas, dan mendapat sambutan hangat daripada pengunjung dari dalam dan luar negara.
Ia memberi peluang kepada pengunjung menyaksikan keindahan dan keunikan Gua Kelam memandangkan tidak semua pengunjung mampu masuk ke dalam gua berkenaan atas faktor usia dan kesihatan. Selain itu menerusi ekopelancongan digital, terdapat pelbagai maklumat tentang Gua Kelam dalam format digital bagi membolehkan orang ramai merasai dan menikmati sendiri keunikan ketiga-tiga Gua Kelam ini tanpa perlu terokai laluan gua yang mencabar.
Dengan pelaksanaan ekopelancongan ini juga dapat memudahkan pengunjung dengan perkhidmatan bayaran secara dalam talian untuk memasuki tempat-tempat tertentu, tanpa perlu membawa wang tunai jika ingin masuk ke dalam Gua Kelam.
Jabatan Perhutanan Perlis juga bercadang untuk menggunakan teknologi realiti maya atau ‘Virtual Reality’ (VR) di galeri 3D Gua Kelam bagi membolehkan pengunjung merasai sendiri keunikan yang terdapat di Gua Kelam 3 secara maya. Kaedah digital penggunaan kod ‘Quick Response’ (QR) atau respons pantas pada bahan pameran dapat memudahkan orang ramai mendapat maklumat mengenai bahan pameran, selain dapat menjimatkan ruang dan kos berbanding kaedah lama iaitu maklumat teks sebelum ini.
image via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Puncak Fansipan yang juga dikenali sebagai ‘atap’ Indochina menjadi tarikan baru yang semakin popular di Vietnam. Mempunyai ketinggian mencecah angka 3,143 meter dari aras laut, puncak ini merupakan gunung tertinggi di wilayah Kemboja, Laos dan juga Vietnam.
Berada di wilayah Sapa yang kini semakin mendapat tempat dihati pelancong ke Vietnam, Sapa secara tidak langsung adalah wilayah tanah tinggi kerana berdekatan dengan hamparan Fansipan.
Baru sahaja turun dari Puncak Fansipan di Vietnam, Timothy Kessler berkongsi beberapa tip bagi yang mempunyai perancangan untuk sampai ke puncak tersebut. Jadi lebih senanglah untuk anda membuat persiapan sebaiknya sebelum tiba di sana. Semoga bermanfaat untuk semua.
Saya baru turun dari Fansipan. Sebelum datang ke Vietnam saya cuba research tentang Fansipan tapi macam macam info bercanggah dan mengelirukan. So saya nak bagitau pengalaman saya.
PERJALANAN
Ada tiga peringkat perjalanan
1) Naik monorail dari Sapa ke Station Cable Car (VND150k seorang pergi balik)
2) Cable Car ke Station Fansipan (VND800k seorang pergi balik)
3) Naik Funicular ke Fansipan Summit (VND150k seorang one way)
Ada yang kata tak yah ambik Funicular, naik tangga aje. Nasihat saya jangan jadi hero. Tingginya 600 steps (2.5 kali Batu Caves) dan udara dia nipis. Turun jalan kaki ok. Nampak ada ramai hero tadi duduk pegang kepala, baring kat lantai sebab penat.
CARA BELI TIKET
Boleh beli kat kaunter sana tapi kalau beli dari Klook ada diskaun sikit. Bila sampai sana tunjuk printout Klook untuk terima ticket.
CUACA
Jangan rasa kecewa kalau sebelum naik cuaca Sapa mendung dan kabus tebal. Masa saya nak naik kabus sangat tebal tapi bila dah naik cable car separuh jalan tiba tiba matahari terik sebab kita akan naik lebih tinggi dari awan.
MASA
Pergi seawal yang boleh. Mereka start pukul 8am sampai 4pm. Jangan plan aktiviti lain sebab tempat tu kena ambik masa untuk enjoy scenery. Sangat cantik dan nyaman. Saya spend lebih kurang 6 jam dari time naik di Sapa sampai turun balik.
PAKAIAN
Pakai jacket atau windbreaker. Suhu tadi lebih kurang 14 degree waktu tengahari. Matahari terik tapi angin sangat kuat dan sejuk.
MAKANAN
Bawak air dan makanan ringan. Atas ada kafe tapi harga berkali ganda mahal.
KEPADA PEROKOK
Sorry la. Takde tempat untuk hisap rokok. Mereka risau hutan terbakar so merokok dilarang sepanjang perjalanan.
Akhirnya saya nak bagitau. Saya tengok kat YouTube Mat Saleh kata naik cable car ini takut la, gayat la, panic dan sebagainya. Tapi cable car sini sangat besar dan canggih muat 20 orang. Angin kuat tadi pun tak goyang sangat. Smooth aje perjalanan. So jangan takut nak experience. Bagi saya naik cable car Genting lagi rasa takut dari yang ni.
Setiap destinasi yang anda kunjungi mempunyai pemandangan, karakter dan suasana tersendiri.
Mengambil gambar yang indah ini tidak semestinya memerlukan kamera yang canggih dan mahal. Berbekalkan kamera digital atau telefon berkamera piksel besar sudah memadai.
1. Sudut Lantai
Biasanya anda mengambil gambar dengan tangan ke atas untuk mengambil gambar bangunan mahupun gambar rakan yang berlatarbelakangkan bangunan bersejarah. Malangnya gambar yang terhasil lebih menampakkan bangunan dari jarak jauh dengan rakan anda yang tidak ubah seperti semut kecil. Kali ini, cuba tangkap gambar dari lantai. Meniarap lebih bagus dan gambar bangunan akan kelihatan lebih besar.
2. Kaji Tempat
Perkara ini memang sangat penting tetapi kita jarang mengamalkannya. Apabila sampai ke destinasi melancong, jangan lupa ambil beberapa risalah untuk mengetahui beberapa lokasi hebat. Ia amat merugikan jika ada beberapa lokasi menarik yang anda terlepas untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.
3. Gambar Halus
Ramai yang tidak tahu fungsi macro yang terdapat pada kamera digital atau telefon berkamera. Fungsi macro bertujuan untuk mengambil gambar yang halus dengan lebih terperinci dan jelas. Disebabkan itu setiap butang macro ada simbol bunga. Cuba anda ambil gambar bunga dan zoom. Hasilnya sangat cantik jika anda pandai mengaplikasinya.
4. Ambil Gambar Makan
Ketika melancong, jangan lupa ambil gambar makanan. Tidak semua destinasi mempunyai makanan yang sama. Makanan melambangkan keunikan sesebuah tempat lebih-lebih lagi jika anda melancong ke luar negara. Ambil seberapa banyak gambar makanan sehingga ia boleh membuatkan orang terliur melihatnya. Anda boleh ambil dua sudut gambar makanan iaitu dari atas dan dari tepi yang menampakkan pinggan.
5. Gambar Berwarna
Setiap kali melancong, elak mengenakan pakaian yang gelap. Untuk menambah ‘seri’ keindahan gambar yang anda tangkap, pastikan anda memakai pakaian yang berwarna terang dan menyerlah seperti merah, kuning, hijau atau oren. Pakaian yang menyerlah membantu gambar yang anda tangkap menjadi lebih menarik dan menonjol.
6. Cuaca Baik
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih ‘hidup’ dan semulajadi, tunggu cuaca yang baik seperti langit membiru dan awan yang berkepul-kepul. Mempunyai latar belakang yang bercuaca baik menyebabkan anda secara tidak langsung pandai mengambil gambar seolah-olah seorang jurugambar profesional.
Tolak tepi kamera seperti DSLR. Siapa kata tidak mempunyai kamera canggih tidak boleh mengambil gambar-gambar menarik? Lepas ini, tempah saja tiket penerbangan tanpa perlu meminjam kamera teman kerana kamera biasa juga boleh meninggalkan seribu kenangan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Penerbangan jarak jauh memang boleh jadi mencabar, terutama kalau perlu duduk berjam-jam dalam ruang yang terhad. Silap pilih tempat duduk, perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan...