Ada beberapa kesilapan yang selalu dibuat ketika bercuti di luar negara. Ikuti entri ini untuk mengetahui kesilapan klise yang selalu dibuat ketika percutian luar negara.
Beg lebih muatan – Jangan sesekali membawa beg yang terlebih muatan. Jika anda ke luar negara, kemungkinan anda akan membeli pakaian baru di sana. Jadi buat apalah bawa baju lebih-lebih. Sesetengah pakaian seperti jaket dan seluar jean kan boleh diulang pakai?
Tak ada ‘check-list’ – Tidak perlu yang terlalu rumit. Cukuplah sekadar satu senarai yang memudahkan anda tentang apa yang perlu dibawa, ke mana mahu pergi, dan aktiviti apa boleh dibuat ketika bercuti. Memandangkan kita tidak biasa dengan tempat itu, eloklah ada ‘check-list’ untuk memudahkan percutian kita.
Ads
Tinggal ubat – Ketika bercuti, anda perlu bawa ubat-ubatan asas. Bukan apa, jika sakit yang tidak serius, anda boleh merawatnya sendiri. Bukankah membazir jika anda jatuh sakit ketika bercuti dan terpaksa mendapatkan rawatan di klinik di sana? Jadi bersedialah dengan membawa ubat-ubatan seperti paracetamol, minyak angin, minyak urut, pil sakit perut, anti septik, dan mungkin plaster dan pembalut.
Tak tukar duit – Tak bagus! Sebaiknya sebelum anda keluar negara, tukarlah matawang di Malaysia terlebih dahulu. Kita sudah tahu tempat yang bagus dan urusannya juga lebih mudah. Bawa duit lebih tidak mengapa, jangan kurang. Menyusahkan nanti!
Ads
Tak ada ‘kepala’ – ‘Kepala’ yang dimaksudkan adalah seseorang yang boleh diharap untuk menyimpan semua dokumen penting seperti pasport, tiket, baucer hotel, dan apa sahaja yang penting. biasanya ‘kepala’ adalah orang yang lebih terperinci dan peka dengan keadaan sekeliling. Membawa ‘kepala’ ketika bercuit membuatkan anda lebih yakin dan selamat, terutamanya jika anda jenis yang ‘main redah’ saja.
Ads
Tak bawa bekal – Bagi anda yang beragama Islam, mungkin sukar untuk mencari tempat makan halal di negara-negara tertentu. Jadi, bawalah bekal seperti sambal ikan bilis, roti, biskut, dan mi segera supaya anda tidak kelaparan ketika melancong.
*Banyak lagi kesalahan ketika melancong, tetapi ini yang paling asas. Percutian ke negara luar menelan belanja yang agak besar, jadi ia memerlukan perancangan yang teliti. Apa tip anda ketika bercuti di luar negara?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Aktiviti membeli-belah memang menyeronokkan. Apatah lagi apabila kita mempunyai wang yang banyak yang membolehkan kita membeli apa-apa sahaja barangan atau produk yang disukai. Malah ada orang yang menjadikan aktiviti membeli-belah sebagai aktiviti mesti dilakukan jika melancong ke luar negara.
Kadangkala kita rasa semua tempat yang kita tuju sudah menawarkan harga yang murah, tiba-tiba apabila ke lokasi lain atau balik ke negara sendiri harga barang yang dibeli sebenarnya jauh lebih murah. Pasti rasa menyesal tidak sudah!
Kalau anda memilih percutian bersama agensi pelancongan, selalunya jadual perjalanan telah ditentukan oleh mereka. Percutian anda memang akan menjadi mudah dari a to z. Tetapi, kebanyakkan kedai-kedai yang di bawa pemandu pelancong bukanlah antara kedai terbaik untuk memberi harga yang murah. Kedai tersebut dipilih kerana mereka akan memberikan komisen yang setimpal kepada pemandu pelancong kerana membawa pelanggan. Oleh itu dapatkan info sebaik mungkin premis berbelanja mana yang menawarkan harga rendah kepada pembeli. Jika ada masa terluang atau free & easy anda boleh terus ke lokasi tersebut sendiri tanpa mengharapkan bantuan pemandu pelancong anda.
Pertimbangkan waktu dan kos perjalanan
Mungkin barang yang anda inginkan terdapat di dalam jualan murah di sebuah pasaraya terkenal. Malangnya pasaraya tersebut terletak agak jauh dari tempat tinggal anda hingga anda memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk ke sana seperti petrol, tol dan bayaran letak kereta. Jika dalam keadaan begini adakah anda masih bersusah payah untuk mendapatkan barangan tersebut, kerana kemungkinan besar harga barang yang dijual berdekatan rumah anda akan menjadi lebih murah berbanding di lokasi jualan murah tersebut dek faktor kos sampingan yang diperlukan.
Bandingkan harga
Sejumlah pusat membeli belah mungkin akan menyamakan atau bahkan melebihi harga yang ditawarkan oleh pesaing mereka. Sebelum membeli barang yang dikatakan ditawarkan dengan harga yang murah, buat perbandingan terlebih dahulu. Tidak semua barang yang ditawarkan dengan harga diskaun. Berhati-hati ketika membeli belah. Lebih baik jika anda mengambil gambar produk yang mendapat potongan harga kemudian tunjukkan kepada juruwang ketika proses pembayaran. Ini bagi mengelakkan harga promosi dan harga ketika produk dibayar berbeza.
Cari maklumat
Cari maklumat dalam beberapa laman web pasaraya tentang perbandingan harga barang yang dijual secara online. Mungkin harga yang ditawarkan untuk sesuatu barangan yang anda inginkan tidak sama di setiap pasaraya. Apabila anda memutuskan untuk membeli secara online, perhatikan perbelanjaan yang terpaksa anda keluarkan atau waktu penghantarannya.
Pertimbangkan tawaran yang diberikan
Misalnya ‘buy one get one free’ atau ‘free gift with purchase’. Apabila anda tidak memerlukan barangan yang dikatakan diberi secara percuma apatah lagi barang percuma itu membuatkan harga barang anda menjadi lebih mahal, sebaiknya batalkan sahaja hasrat anda untuk membeli barang tersebut. Lebih elok anda membeli barang yang lebih anda perlukan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sekarang semakin ramai golongan belia yang mula melibatkan diri dengan aktiviti outdoor seperti mendaki. Mendaki ni umum, jadi tak kira naik gunung atau bukit, itu semua dikira mendaki.
Untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki, jangan risau. Artikel ini akan kongsikan basic 101 apa yang perlu kita lakukan untuk pergi mendaki.
1. Bila nak pergi dan berapa lama? Ini persoalan pertama yang kita perlu tahu supaya senang nak rancang durasi trip. Dalam masa yang sama, mudah untuk mohon tarikh cuti dan sebagainya.
2. Berapa ramai nak pergi? group atau solo? Sebaiknya, untuk pendaki yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki, jangan pergi berseorangan. Lebih baik pergi berkumpulan. Sekiranya ada apa-apa yang terjadi, kita tak bersendirian.
3.Kenalpasti kapasiti diri. Tahu kemampuan diri kita. Kalau rasa fizikal kita tak mampu, jangan seksa fizikal dengan mendaki bukit atau gunung yang tinggi. Takut nanti berlaku kecederaan.
4. Pilih lokasi sebaiknya. Ada sesetengah hutan lipur menyediakan fasiliti kepada para pengunjung manakala ada sesetengah yang lain tidak. Jadi, pastikan kita tahu serba sedikit maklumat tentang tempat tujuan kita.
5. Maklumkan kepada waris. Ini paling penting. Jangan pergi semberono je. Maklumkan kepada kenalan rapat akan ketiadaan kita. Kalau boleh, maklumkan juga keberadaan kita di balai polis berhampiran dengan lokasi. Jangan risau, polis tak akan tangkap punya.
1. Nak pakai kasut apa? Mesti la kena pakai kasut hiking. Kasut hiking ni ada dua jenis; satu kasut biasa dan satu lagi but. Bergantung kepada keselesaan kita. Kalau rasa nak lebih protection, pakai but kerana ia akan beri perlindungan kepada buku lali.
2. Nak pakai stokin yang macam mana? Cari stokin yang lightweight. Sekarang dah ada jenis stokin yang cepat kering dan anti bakteria. Jadi tak adalah stokin tu berbau busuk.
3. Baju apa yang sesuai? Semestinya baju dri-fit sebab kain baju jenis ini sejuk dan cepat kering bila berpeluh. Nak pakai jenis baju lain pun boleh tak ada larangan, cuma pastikan pengudaraan baju tu bagus dengan aktiviti mendaki kita.
4. Seluar panjang atau seluar pendek? Secara peribadi, Libur lebih suka seluar panjang kerana hutan di Malaysia ini hutan hujan tropika. Hutan tebal dengan pelbagai jenis pokok seperti pokok rotan yang berduri, menutupi hampir keseluruhan lantai hutan. Melainkan kalau kita hiking ke hutan alpine yang mana pokoknya renek, tak ada masalah. Tak adalah bercalar-balar kaki kalau terkena duri atau dahan pokok.
5. Perlu ke pakai topi? Bergantung kepada cuaca. Kalau hujan atau panas, seeloknya pakai. Tapi kalau cuaca redup, tak pakai tak menjadi masalah. Boleh juga pakai topi sebagai aksesori pakaian mendaki.
6. Perlu pakai jaket? Perlu, kalau kita mendaki ke tempat tinggi yang sejuk atau kita akan bermalam di camp site berketinggian lebih 800 meter dari aras laut. Jangan tak bawa! Percayalah, anda akan menyesal.
1. Apa jenis backpack yang sesuai? Backpack ada banyak jenis mengikut isipadu dan sistem galasan beg. Kalau trip daypack, cukup kalau kita bawak backpack 15 liter ke bawah. Tapi kalau bermalam sehari dua, persiapkan diri kita dengan backpack 45-70 liter.
2. Air. air sangat penting dan jangan sesekali kita hike tanpa bawa barang sebotol air pun. Ini untuk mengelakkan diri kita daripada dehydration akibat mendaki. Bawa dalam 1.5 liter air setiap seorang. Jangan minum banyak semasa mendaki, itu akan membuatkan kita menjadi cepat penat. Minum seteguk sewaktu berhenti rehat di checkpoint sudah memadai. Minum untuk elak dehydration, bukan untuk hilangkan dahaga.
3. Bawa first aid. Ini sangat penting. Ramai Libur perhatikan bila mendaki atau masuk hutan, benda basic macam ini selalu diabaikan pendaki-pendaki baru. Kalau sakit pening, mana nak cari ubat? Takkan nak kemam kulit pokok dan akar kayu? So, Libur tegaskan di sini, ubat-ubatan persendirian wajib dibawa!
4. Bawa pisau lipat. Tak perlu pisau komando. Cukup satu pisau lipat yang kecil sekiranya ada apa-apa yang hendak kita potong nanti. Tapi jangan potong pokok ya! Sayangilah alam sekitar kita.
5. Last but not least, bawa makanan secukupnya. Satu trick Libur ajar, siapkan satu set makanan untuk satu malam sekiranya kita hiking daypack. Sebabnya, malang tak berbau. Ada kawan-kawan yang hiking daypack pun kadang-kadang tersesat dalam hutan. So, set makanan yang kita bawa tu adalah untuk emergency. Jangan makan makanan tu sehingga habis trip kecuali kalau kita berada dalam keadaan kecemasan.
So, ini tips yang dapat Libur kongsikan. Kalau nak lebih lagi, selalulah berdampingan dengan otai-otai outdoor yang ada diluar sana. Sesungguhnya, ilmu mereka lebih banyak lagi.
Selamat mendaki!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Penggiat industri pelancongan dan kebudayaan disaran memanfaatkan platform dalam talian bagi mempromosikan produk mereka ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sebagai persiapan menarik semula pelancong selepas situasi COVID-19 reda nanti.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata beliau melihat inilah masanya mereka yang terjejas berikutan pelaksanaan perintah yang bermula semalam hingga 31 Mac, meneroka sepenuhnya pasaran dalam talian untuk meningkatkan pendapatan.
Beliau menyedari ramai yang terkesan menanggung akibat penularan COVID-19 sehingga ada yang kehilangan sumber pendapatan dan ekonomi mereka terjejas teruk. Malah kementerian juga mengumumkan pembatalan serta-merta Kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020) kemarin bagi mencegah penularan wabak COVID-19.
Keputusan itu juga sejajar dengan impak penularan wabak tersebut yang memberi kesan dan menjejaskan sektor pelancongan serta kebudayaan di Malaysia dan dunia.
Datuk Seri Nancy Shukri menggesa semua pihak saling membantu bagi memastikan ekonomi negara segera pulih dan rakyat dapat menjana pendapatan segera menerusi aliran tunai daripada pelbagai aktiviti pelancongan dan kebudayaan di negara ini.
Beliau juga mengajak masyarakat berdoa agar keadaan kembali pulih dan berusaha bersama-sama mencegah penularan wabak COVID-19 ini dengan mendengar arahan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya duduk di rumah.
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...