Travelstylebackpack ni kebiasaannya kita akan amal konsep minimalis. Semua benda akan diambil kira secara minima termasuklah dengan penyediaan pakaian untuk travel.
Ada yang mungkin tak biasa untuk travel dengan pakaian yang sedikit tapi percayalah, hakikat pakaian yang sedikit ini akan membantu daripada segi pergerakkan kerana semestinya backpack kita akan lebih kecil dan compact.
Keputusan untuk membawa pakaian yang sedikit ini boleh kita buat berdasarkan kepada guideline Trilogi.
Apa itu Trilogi?
Trilogi ialah konsep membawa pakaian yang minimum ketika mengembara. Konsep ini sesuai diaplikasikan untuk mereka yang gemar mengembara secara backpacking. Ia berkait rapat dengan jumlah pakaian yang dibawa. Selain membantu meringankan beban yang dibawa anda juga mempunyai ruang yang lebih di dalam beg galas, sekali gus memudahkan pergerakan ketika berada di tempat orang.
Tiga pasang pakaian
Tidak perlu bersusah payah memikirkan jumlah pakaian yang hendak dibawa. Cukup sekadar tiga helai baju dan tiga helai seluar. Tidak kisah, apa pun jua jenis baju dan seluar yang hendak dibawa asalkan kesemua jenis pakaian tersebut tidak melebihi daripada tiga helai. Yang penting, pakaian tersebut mestilah diperbuat daripada material nipis, mudah kering jika terkena air dan mempunyai fungsi yang pelbagai.
Praktikal
Nampak macam tidak praktikal kerana secara matematiknya konsep trilogi ini hanya sesuai untuk pengembaraan tidak lebih daripada dua hari ini. Namun, ia sebenarnya lebih daripada itu. Dengan konsep ini, anda boleh mengembara seberapa lama yang dimahukan asalkan sanggup memakai pakaian yang sama. Bukan menjadi hal kerana anda cuma seorang pengembara bukan penduduk tetap negara yang dikunjungi.
Membasuh
Bagaimana hendak memakai baju dalam jumlah yang minimum sewaktu mengembara dalam jangka waktu yang lama? Mudah sahaja, anda cuma perlu rajin membasuh. Contohnya, pakai satu, basuh satu dan jemur satu. Keringkannya di dalam bilik mandi ataupun balkoni hotel yang didiami. Sekarang ini, banyak hotel yang menyediakan perkhidmatan dobi layan diri. Jadi, membasuh bukan lagi satu masalah ketika mengembara.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
“Abg, saya biasa dengar beberapa pantang larang dalam hutan..macam jgn kencing merata-rata, jgn bercakap besar dan sebagainya. Selain itu, ada lagi tak?”
Gua (nama samaran) yang sedang memeriksa nasi lantas menutup kembali periuk. Pandang beliau. “Ada.”
Dia mula tekun. Gua memintanya memadamkan lampu headlamp sementara.
“Salah satu pantang larangnya ialah sewaktu berada di sungai. Ini adalah drp pengalaman saya sendiri.”
“Sungai?”
Pernah suatu ekspedisi, kami berhenti rehat di sebuah kem berhampiran sungai. Semua keletihan, apatah lagi selepas menempuhi pendakian demi pendakian dan perjalanan yg panjang. Bekalan air minuman juga kehabisan.
Gua telah menawarkan diri untuk turun ke sungai atas rasa kasihan. Botol-botol gua capai dan bangun menuju ke tebing. Tak jauh mana, hanya beberapa kaki ke bawah. Sejuk!
Gua ambil kesempatan meneguk air yg diisi buat menghilangkan dahaga. Oleh kerana airnya begitu segar sekali, gua turut membasuh muka sepuas-puasnya. Tak pernah rasa selesa sebegitu.
Ketika air di wajah masih menitis, gua pandang permukaan sungai. Lama gua tenung. Jernih, bisik gua. Ralit sebentar di situ.
Serta-merta satu kejadian berlaku. Gua tersentak! Terperanjatnya gua bagai terkena renjatan elektrik sehingga berundur gua dari tebing. Mata gua terbeliak. Sesekali tubuh gua meremang dingin. Gua kutip botol-botol dan naik ke kem menemui para pendaki lain yang masih terbaring.
“Kenapa bang?”
“Takde..takde apa-apa.” Gua kawal suara agar tak kedengaran gemuruh. Mereka menyambut air minuman yg Gua hulurkan dan terus meneguk tanpa ada sebarang soal lagi.
“Dah minum kita teruskan perjalanan ye. Tak jauh dah.” Gua kaget memberi arahan. Hakikatnya, seram sejuk dalam diri masih belum reda dan pada hemat gua, tempat ini harus ditinggalkan dgn segera.
Perjalanan diteruskan beberapa minit kemudian. Di sebalik ahli kumpulan yg ternyata sudah kembali bertenaga, gua pula sebaliknya. Fikiran gua celaru. Pandangan mula kelabu. Mujur denai dan rentis masig mampu gua susuri.
“Pip, kau okey ke?”
Aku pandang wajahnya. “Bro, aku rasa aku terlanggar pantang kat sungai tadi.”
“Hah?”
“Ketika di sungai jernih, elakkan merenung tepat ke permukaan air. Itu sangat tak digalakkan. Sebolehnya turun ke sungai dan selesai urusan terus naik saja. Jangan dok perhati air lama-lama.”
Ahli kumpulan gua ternganga. “Allahu..tak tahu pula. Mujur tak ke sungai tadi. Habis tu apa yg terjadi tadi?”
“Keluar hutan nanti aku cerita.” Gua geleng kepala seraya menyuruh mereka semua meneruskan perjalanan.
Sepanjang perjalanan kemudiannya, tiada apa-apa yg ganjil lagi berlaku. Keluar dari pintu rimba, gua pula beransur-ansur sedar dan normal.
Siapa yg nak masuk hutan, jungle tracking, panjat gunung, memancing di laut atau tempat² yg tiada manusia baca ni
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
“Aku berlindung dgn kalimah2 Allah yg sempurna dari kejahatan sekelian makhluk..”
atau Ayat Kursi, kemudian Surah Al Ahad, Al Falaq, An Nas
Sumber: Wahh Afif
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tidak rugi pun seandainya setiap orang berusaha mengambil inisiatif untuk mempelajari dan menguasai bahasa-bahasa utama di dunia. Bahasa merupakan suatu elemen yang penting dalam kehidupan. Manusia menggunakan bahasa sebagai medium untuk berkomunikasi, sama ada secara langsung atau bertulis.
Menurut kajian pakar bahasa, terdapat lebih 6,500 bahasa di seantero dunia ini. Namun kajian yang dijalankan oleh NVTC dan Foreign Service Institute, antara banyak-banyak bahasa yang ada di dunia, Bahasa Jepun adalah bahasa yang paling sukar untuk dipelajari oleh sekumpulan penceramah yang memahami Bahasa Inggeris. Diikuti Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, dan kemudian Bahasa Korea.
Tetapi kalau diikutkan di negara kita, Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin ramai yang berjaya menguasainya dengan begitu baik.
Kalau anda individu yang dapat menguasai 4 bahasa paling susah ini, kira memang anda ‘power ‘ la! Kelebihan menguasai bahasa asing boleh dimanfaatkan sepenuhnya dalam alam pekerjaan. Kelebihan tersebut membolehkan individu itu menceburkan diri dalam kerjaya seperti penterjemah atau sebagai jurubahasa dalam bidang kehakiman mahupun sektor pelancongan. Gaji jangan cakap la, orang luar yang mahir bertutur dalam bahasa tempatan memang sentiasa mendapat permintaan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sekarang semakin ramai golongan belia yang mula melibatkan diri dengan aktiviti outdoor seperti mendaki. Mendaki ni umum, jadi tak kira naik gunung atau bukit, itu semua dikira mendaki.
Untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki, jangan risau. Artikel ini akan kongsikan basic 101 apa yang perlu kita lakukan untuk pergi mendaki.
Rancang Pengembaraan Anda Dengan Teliti
1. Bila nak pergi dan berapa lama? Ini persoalan pertama yang kita perlu tahu supaya senang nak rancang durasi trip. Dalam masa yang sama, mudah untuk mohon tarikh cuti dan sebagainya.
2. Berapa ramai nak pergi? group atau solo? Sebaiknya, untuk pendaki yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki, jangan pergi berseorangan. Lebih baik pergi berkumpulan. Sekiranya ada apa-apa yang terjadi, kita tak bersendirian.
3.Kenalpasti kapasiti diri. Tahu kemampuan diri kita. Kalau rasa fizikal kita tak mampu, jangan seksa fizikal dengan mendaki bukit atau gunung yang tinggi. Takut nanti berlaku kecederaan.
4. Pilih lokasi sebaiknya. Ada sesetengah hutan lipur menyediakan fasiliti kepada para pengunjung manakala ada sesetengah yang lain tidak. Jadi, pastikan kita tahu serba sedikit maklumat tentang tempat tujuan kita.
5. Maklumkan kepada waris. Ini paling penting. Jangan pergi semberono je. Maklumkan kepada kenalan rapat akan ketiadaan kita. Kalau boleh, maklumkan juga keberadaan kita di balai polis berhampiran dengan lokasi. Jangan risau, polis tak akan tangkap punya.
Persiapkan Diri Sebaiknya
1. Nak pakai kasut apa? Mesti la kena pakai kasut hiking. Kasut hiking ni ada dua jenis; satu kasut biasa dan satu lagi but. Bergantung kepada keselesaan kita. Kalau rasa nak lebih protection, pakai but kerana ia akan beri perlindungan kepada buku lali.
2. Nak pakai stokin yang macam mana? Cari stokin yang lightweight. Sekarang dah ada jenis stokin yang cepat kering dan anti bakteria. Jadi tak adalah stokin tu berbau busuk.
3. Baju apa yang sesuai? Semestinya baju dri-fit sebab kain baju jenis ini sejuk dan cepat kering bila berpeluh. Nak pakai jenis baju lain pun boleh tak ada larangan, cuma pastikan pengudaraan baju tu bagus dengan aktiviti mendaki kita.
4. Seluar panjang atau seluar pendek? Secara peribadi, Libur lebih suka seluar panjang kerana hutan di Malaysia ini hutan hujan tropika. Hutan tebal dengan pelbagai jenis pokok seperti pokok rotan yang berduri, menutupi hampir keseluruhan lantai hutan. Melainkan kalau kita hiking ke hutan alpine yang mana pokoknya renek, tak ada masalah. Tak adalah bercalar-balar kaki kalau terkena duri atau dahan pokok.
5. Perlu ke pakai topi? Bergantung kepada cuaca. Kalau hujan atau panas, seeloknya pakai. Tapi kalau cuaca redup, tak pakai tak menjadi masalah. Boleh juga pakai topi sebagai aksesori pakaian mendaki.
6. Perlu pakai jaket? Perlu, kalau kita mendaki ke tempat tinggi yang sejuk atau kita akan bermalam di camp site berketinggian lebih 800 meter dari aras laut. Jangan tak bawa! Percayalah, anda akan menyesal.
Peralatan-peralatan yang perlu dibawa
1. Apa jenis backpack yang sesuai? Backpack ada banyak jenis mengikut isipadu dan sistem galasan beg. Kalau trip daypack, cukup kalau kita bawak backpack 15 liter ke bawah. Tapi kalau bermalam sehari dua, persiapkan diri kita dengan backpack 45-70 liter.
2. Air. air sangat penting dan jangan sesekali kita hike tanpa bawa barang sebotol air pun. Ini untuk mengelakkan diri kita daripada dehydration akibat mendaki. Bawa dalam 1.5 liter air setiap seorang. Jangan minum banyak semasa mendaki, itu akan membuatkan kita menjadi cepat penat. Minum seteguk sewaktu berhenti rehat di checkpoint sudah memadai. Minum untuk elak dehydration, bukan untuk hilangkan dahaga.
3. Bawa first aid. Ini sangat penting. Ramai Libur perhatikan bila mendaki atau masuk hutan, benda basic macam ini selalu diabaikan pendaki-pendaki baru. Kalau sakit pening, mana nak cari ubat? Takkan nak kemam kulit pokok dan akar kayu? So, Libur tegaskan di sini, ubat-ubatan persendirian wajib dibawa!
4. Bawa pisau lipat. Tak perlu pisau komando. Cukup satu pisau lipat yang kecil sekiranya ada apa-apa yang hendak kita potong nanti. Tapi jangan potong pokok ya! Sayangilah alam sekitar kita.
5. Last but not least, bawa makanan secukupnya. Satu trick Libur ajar, siapkan satu set makanan untuk satu malam sekiranya kita hiking daypack. Sebabnya, malang tak berbau. Ada kawan-kawan yang hiking daypack pun kadang-kadang tersesat dalam hutan. So, set makanan yang kita bawa tu adalah untuk emergency. Jangan makan makanan tu sehingga habis trip kecuali kalau kita berada dalam keadaan kecemasan.
So, ini tips yang dapat Libur kongsikan. Kalau nak lebih lagi, selalulah berdampingan dengan otai-otai outdoor yang ada diluar sana. Sesungguhnya, ilmu mereka lebih banyak lagi.
Selamat mendaki!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!