Bulan madu menjadi momen yang sangat diimpikan bagi setiap pasangan yang baru berkahwin. Tempat-tempat indah nan eksotik menjadikan momen malam pertama ada yang sukar dilupakan.
Kyoto
Menikmati bulan madu di Kyoto rasanya tidak lengkap jika tidak menjelajahi bangunan-bangunan bersejarah di sekitarnya. Sebut saja Kinkaku-ji atau kuil paviliun emas, Ginkaku-ji atau kuil paviliun perak, kuil Ryoan-ji, kawasan studio filem di Toei Kyoto Studio Park.
Selain itu, jangan lupa untuk kunjungi bangunan lama tempatnya geisha di distrik Gion. Di Gion juga ada En, tempat minum teh tradisional. Buat yang menyukai komik, Kyoto International Manga Museum wajib dikunjungi kerana memiliki ratusan ribu koleksi komik
Cappadocia
Cappadocia ialah wilayah bersejarah yang ada di Turki dan menjadi destinasi popular bagi para pengembara di seluruh dunia.
Anda akan menemui bentuk batu-batu yang indah serta unik. Indahnya di sini anda boleh menaiki belon udara untuk melihat pemandangan di sekeliling Cappadocia.
Ads
Kota-kota lain yang wajib dikunjungi di Cappadocia ialah Urgup, Goreme, Ihlara Valley, Selime, Guzelyurt, Uchisar, Avanos dan Zelve.
Machu Picchu, Peru
Machu Picchu berdiri 2430 meter di atas paras laut di tengah-tengah hutan gunung tropika dalam suasana indah yang sungguh luar biasa. Ia mungkin penciptaan bandar purba yang paling menakjubkan pada zaman empayar Inca di zaman kemuncaknya.
Machu Picchu telah diisytiharkan sebagai Peruvian Historical Sanctuary pada tahun 1981 dan Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1983. Panoramanya yang menarik menjadi pilihan buat mereka yang ingin berbulan madu.
Ads
Sri Lanka
Tidak ramai yang memilih Sri Lanka sebagai destinasi bulan madu mereka. Padahal negara yang terletak di utara Maladewa ini memiliki iklim dan panorama yang tak kalah indahnya dengan Maladewa.
Sri Lanka memiliki beberapa pantai dan resort yang indah. Ada banyak perkara yang boleh diterokai dari negara ini. Mulai dari kota-kotanya, pelbagai makanan halal, pasar-pasar tradisional juga masyarakatnya yang ramai Muslim.
Ads
Maldives
Vila apung di atas laut dan pemandangan alam yang indah ialah sebuah paduan bulan madu yang sempurna. Maka tak hairanlah jika Maldives yang terletak di Lautan Hindi, menjadi salah satu destinasi bulan madu pasangan dari seluruh dunia. Ada banyak resort yang boleh menjadi pilihan, semuanya mempesonakan anda dengan interior menawan yang selesa untuk mengabadikan kisah kasih bersama pasangan.
Dubai
Sebagai salah satu destinasi dunia yang paling menyenangkan, mewah dan menakjubkan, Dubai memiliki pelbagai pilihan terbaik untuk bulan madu. Di sini anda boleh bersantai, memanjakan diri dan menikmati kebahagiaan pengantin baru. Dari kamar-kamar spa mewah hingga safari padang pasir kelas atas, berbagai resort dan aktiviti ini merupakan yang terbaik untuk bulan madu yang tidak boleh dilupakan di Dubai.
Marrakech, Maroko
Marrakech yang identik dengan rempah-rempah berhasil menarik banyak pasangan yang baru berkahwin untuk menghabiskan bualn madu di sana. Kota ini memberikan kesempurnaan untuk berlibur dan menawarkan pelbagai masakan lazat. Jika anda pencinta teh, jangan ketinggalan memesan mint tea.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi mereka yang inginkan pengalaman percutian berbeza seperti beramah mesra dengan dinosaur, Jurassic Croc tarikan terbaharu di Crocodile Adventureland Langkawi ada jawapannya.
Kunjungan ke anda ke Jurassic Croc akan disambut oleh dua dinosaur iaitu Velociraptor dan Dilophosaurus serta berpeluang berswafoto dengan haiwan prasejarah itu. Bukan itu sahaja para pengunjung juga dapat menyaksikan, replika seekor buaya gergasi daripada spesies, Sarcosuchus berukuran 15.24 meter yang pernah hidup di zaman dinosaur, membuat kemunculan dari dalam sebuah gua secara tiba-tiba. Biarpun Velociraptor dan Dilophosaurus itu sekadar kostum yang dipakai oleh kakitangan Crocodile Adventureland Langkawi manakala Sarcosuchus ialah replika dinosaur yang digerakkan secara animatronik, keterujaan para pengunjung ke Jurassic Croc pasti dapat dirasai.
Jurassic Croc di Crocodile Adventureland Langkawi seakan dapat menghidupkan kembali buaya prasejarah iaitu Sarcosuchus yang pernah menguasai dunia melalui teknologi animatronik. Buaya Sarcosuchus ataupun 'Super Croc' yang berukuran 15.2 meter ini merupakan buaya animatronik yang terbesar pernah dipamerkan di dunia dan telah dibuka untuk tontonan umum mulai pertengahan Disember tahun lalu. Selain itu, terdapat juga beberapa haiwan zaman jurassic lain yang akan diperkenalkan kepada pengunjung seperti Velociraptor dan Dilophosaurus serta anak buaya, Sarcosuchus.
Tarikan lain yang ada di taman buaya ini menempatkan lebih 4,000 ekor reptilia daripada enam spesies (buaya) antaranya Tomistoma, Siamese, Guinea dan Saltwater (Buaya Tembaga). Taman buaya itu turut memiliki tarikan lain seperti ‘Bujang Basar’, buaya tembaga jantan gergasi berukuran 4.6 meter dengan berat hampir satu tan yang dinobatkan memiliki ukuran badan terpanjang dan terberat pernah ditempatkan dalam taman buaya di negara ini oleh MBOR. Aktiviti isitimewa di sini pengunjung juga berpeluang melihat kakitangan terlatih memberi makan reptilia ganas bersaiz besar yang ditempatkan di kolam khas. Selain itu jangan lupa untuk merasai pengalaman memancing' buaya serta pelbagai lagi tarikan di taman buaya terbesar di Malaysia itu.
Selalu orang bercuti kat tepi pantai, kali ni khas untuk kaki pancing boleh bercuti bersama keluarga sambil memancing di tengah laut di Kelong Paradise yang terletak di Sabak Bernam.
Destinasi percutian yang dibuat khas untuk kaki pancing ini mempunyai kelengkapan lengkap dengan bilik, surau, tandas. Makanan juga turut disediakan bagi yang menginap di sini.
Sesuai untuk bawa keluarga bersama, untuk yang ada anak kecil, siap ada playground untuk mereka bermain sementara ayah dan geng-geng memancing lain seronok memancing.
Ikan memang banyak kerana di sini telah diletakkan lebih 30 tukun, jadi rugi kalau ke sini tak memancing dan bawa pulang hasil tangkapan.
Lagi best, Kelong Paradise Sabak Bernam ini juga turut beroperasi ketika bulan Ramadan. Untuk kaki pancing, bolehlah plan bawa keluarga ke sini!
Kalau gayat, lupakan niat tersebut. Kata orang pandang saja gambar dan nyatakan rasa kagum. Tapi kalau korang sukakan cabaran dan mencari kelainan, bolehlah cuba bermalam di Sky Lodge Hotel Purwakarta.
Diiktiraf sebagai tertinggi di dunia selepas mengalahkan Skylodge Adventure Suites di Peru yang terkenal ekstrem di kalangan traveler dunia yang ketinggian 122 meter, Sky Lodge Purwakarta lebih tinggi iaitu sekitar 400 hingga 900 meter dan berdiri kukuh di puncak Gunung Parang. Sky Lodge ini terletak di Desa Sukamulya, Tegalwaru, Purwakarta, Jawa Barat dan untuk pergi ke sini cukup mudah kerana Gunung Parang sememangnya amat terkenal di kalangan masyarakat di sini.
Mula dirasmikan pada 28 Oktober 2017, ramai menyatakan rasa kagum dengan konsep percutian memukau ini. Untuk sampai ke hotel ini, setiap tetamu wajib memanjat tebing setinggi 500 meter dan menyeberang menggunakan cara menggantungkan badan pada tali (tyrolean) atau menggunakan tangga besi (via ferrata) untuk mendaki sebelum boleh sampai ke tempat penginapan masing-masing. Bahkan ketika mula dirasmikan lima tahun lalu, warga tempatan berpusu-pusu meneroka tempat ini untuk merasai lokasi ekstrem ini sendiri. Untuk satu lodge, ia boleh memuatkan seramai 4-5 orang dalam satu-satu masa.
Ditawarkan pada harga semalam sebanyak Rp5,000,000 (lebih kurang RM1464.00) reka bentuk hotel ini menjadi perhatian kerana diperbuat keseluruhannya daripada kaca yang membolehkan penginap menyaksikan keindahan dari puncak gunung selain pepohon yang menghijau di sekeliling kawasan tersebut. Waktu malam, udaranya sangat sejuk.
**media[]**
Lantainya diperbuat dari kayu yang kukuh, setiap lodge dilengkapi katil, tv, bilik mandi, meja makan, tandas portable, microwave, walkie talkie, air minuman, penghawa dingin selain tirai untuk menutup kawasan sekelilingnya dan terdapat 11 sky lodge sahaja
. Bagi yang menyukai perkara ekstrem, bermalam di hotel tergantung Purwakarta ini harus dilakukan seumur hidup.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...