Ramai selalu buat silap dalam pemilihan kasut, lebih-lebih lagi kasut yang nak digunakan untuk travel. Banyak kes kaki lenguh, melecet malah tercabut kuku kaki pernah berlaku. Ini semua gara-gara kasut yang tak sesuai dengan kaki kita. So, Libur nak kongsi tips pemilihan kasut apa yang sesuai untuk keluar travel. 1. Kasut atau sandal? Kasut atau sandal ini subjektif ikut keselesaan pemakai dan jenis aktiviti yang nak dilakukan. Kalau tanya pendapat Libur, Libur cadangkan kasut.
Sebab kasut lebih selamat berbanding sandal. Sandal ni, kadangkala benda asing boleh terselit masuk ke celah tapak kaki.
2. Saiz kasut Saiz kasut ni punca utama kasut ‘makan’ tuan. Sebelum beli kasut, periksa dulu saiz kaki dan jenis kaki kita.
Jenis kaki ini yang selalu orang fail. Dia tak tahu sama ada kakinya lebar atau panjang.
IKLAN
Punca kasut ‘makan’ tuan terjadi bila orang berkaki lebar pakai kasut orang berkaki panjang. So, kasut itu ketat di bahagian hujung jari kaki.
Bila berjalan, kasut akan squeeze jari kaki. Itu yang buat kuku kaki tercabut. Ada pelbagai jenis saiz dan lebar kasut. Pasaran negara kita selalu mengikut rujukan daripada USA dengan menggunakan jenis A, B, C, D, E, EE, EEE atau EEEE.
Tapi orang asia macam rakyat Malaysia ni selalu jenis A atau B je. A ni untuk kasut yang memanjang manakala B untuk kasut yang jenis melebar.
IKLAN
Kaki gedabak besar gajah macam Libur ni pilih jenis B jela. 3. Material kasut Ada bermacam material kasut yang dijual di pasaran. Ada kulit, getah, kanvas, suede, dan mesh. Material mesh ni sama macam kasut sukan atau jogging yang biasa kita tengok. Libur cadangkan pilih daripada jenis ini sebab kasutnya lebih ringan, lebih selesa malah lebih senang dicuci.
4. Kusyen kasut Pilihan kasut yang berkusyen mampu memberi keselesaan yang lebih selesa. Jangan buat main bab keselesaan ni sebab kita nak berjalan jauh. Pastikan kaki dalam keadaan selesa sepanjang trip. Kalau pilih yang kurang berkusyen ni takut belakang buku lali cepat melecet. Tapak dalam kasut pilih yang lembut. Ada pengeluar cipta teknologi kasut ikut bentuk tapak kaki kita. Seolah-olah ada gel di tapak kasut dan memberi rasa selesa yang baik untuk pemakai. 5. Berat kasut Jangan pilih kasut yang berat. Nanti kaki cepat lenguh dan kita mudah penat. Nanti mula nak cari kerusi je. 6. Tahan lasak Nak travel, kasut kena tahan lasak. Kalau sekali dua pakai dah tercabut macam mana nak pakai pergi travel kan? Kebiasaannya, kasut-kasut hiking tahan lasak. Nak pakai berjalan dalam bandar pun nampak kemas. Tapi harga, kena standby duit lebih sikit. Libur pernah beli satu jenama kasut hiking, daripada tahun 2012 sampai tahun 2018, baru tercabut tapak kasut. Enam tahun oh Libur lanyak!
IKLAN
7. Kalis air
Perlu ke kasut kalis air atau GORE-TEX? Libur rasa, ikut bajet poket masing-masing. Sebabnya, kasut GORE-TEX ni mahal sikit berbanding biasa. Libur selalu beli kasut, tak nak yang kalis air atau GORE-TEX sebab dia cepat berbau. 8. Tapak luar kasut Cuba dapatkan tapak luar kasut tebal berbanding nipis. Tapak tebal ni lambat haus dan memberi cengkaman yang lebih kuat. Bunga tapak luar kasut itu cuba dapatkan bentuk yang boleh menolak air keluar supaya di kawasan berlopak pun kasut mampu mencengkam dengan baik.
Ini antara beberapa tips yang Libur rasa boleh kongsikan dengan semua. Kalau pembaca ada pendapat yang lain, kongsikan di facebook Majalah Libur. Nanti kita sama-sama kongsikan pendapat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Hari ini, boleh dikatakan semua orang menggunakan aplikasi sosial media tertentu untuk terus berhubung dengan rakan atau keluarga yang jauh juga yang dekat. Ramai yang berkongsi foto kenang-kenangan di sosial media samada ketika bercuti bersama, majlis makan malam atau hari graduasi.
Namun biasalah adat berkawan atau terikat dengan hubungan sesama manusia, ada pasang surutnya. Sekejap baik, sekajap menyampah dan kemudian bermusuh. Pada ketika itu jika ada ‘orang tertentu’ yang anda tidak gemari, anda boleh terus unfriend mereka dari sosial media dan padamkan kesemua foto bersama. Semudah abc bukan? Ataupun jika anda betul-betul menyukai foto tersebut tetapi bukan orang yang berada di sebelah anda, gunakkan sahaja aplikasi untuk mengedit. Edit dan remove entiti yang tidak diperlukan dan semuanya selesai.
Tapi pernah atau tidak anda terfikir bagaimana cara orang zaman dahulu yang bukan dalam era digital untuk ‘lenyapkan’ rakan yang tidak disukai mereka? Jika anda sempat lahir pada tahun yang memerlukan proses gambar dicuci daripada filem atau bilik gelap, pasti anda pernah lakukan ini!
Cuba buka album lama keluarga anda. Jika nampak gambar berlubang sebegini cuba tanya perkara sebenar yang berlaku. Adakah kerana individu tersebut dibenci atau foto tersebut tidak digemari oleh pemiliknya.
Dalam mood percutian, mesti kita mengharapkan percutian kita itu adalah percutian yang terbaik dan indah dengan kenangan-kenangan manis dan setiap kenangan tu bukan sahaja manis sewaktu tiba di destinasi percutian sahaja. Kenangan manis tu mesti bermula dari muka pintu rumah dari pergi sehingga balik.
Jadi, sewaktu perjalanan ke destinasi pun mesti kita mengharapkan kenangan yang baik-baik sahaja untuk kita dan orang lain. Justeru, etika ketika dalam perjalanan lebih-lebih lagi dalam pesawat sangat penting, supaya pengalaman kita tidak terjejas dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya.
Jadi, apa etika yang sepatutnya kita buat ketika di dalam pesawat. Artikel ini Libur kongsikan kepada anda 21 tips berguna untuk anda dan rakan-rakan.
1. Elakkan barisan yang ada keluarga dan kanak-kanak
Sewaktu berbaris untuk pemeriksaan keselamatan, cuba elakkan barisan yang dibarisi keluarga bersama anak-anak kecil. Kecepatan mereka tidak sama dengan anda yang bergerak solo atau berdua.
2. Buka jaket, jam, tali pinggang dan keluarkan barang elektronik
Untuk mempercepatkan proses pemeriksaan dan memendekkan barisan, seharusnya anda bersiap sedia dengan mengeluarkan siap-siap segala peralatan elektronik dan cecair dari bagasi tangan anda.
Buka jaket atau sweater, tali pinggang, kasut, dan duit syiling dari poket seluar anda. Masukkan botol-botol cecair dalam satu plastik berzip lutsinar. Bergerak cepat apabila dipanggil dan ambil barang-barang anda segera dan pakai semula di kawasan yang jauh dari kawasan pemeriksaan.
3. Bawa botol kosong
Jangan beli air botol di kedai. Bawalah botol kosong anda sendiri. Hampir semua lapangan terbang di dunia ada mesin air percuma. Tinggal isi sahaja. Anda tidak perlu beli air botol sebelum atau selepas pemeriksaan. Lebih menjimatkan wang. Botol kosong tidak akan dirampas ketika pemeriksaan.
4. Patuhi had saiz bagasi tangan
Jangan degil dengan membawa beg yang jauh lebih besar dari had ditetapkan. Ini sikap yang pentingkan diri sendiri. Bila anda patuhi saiz, beg anda boleh disimpan menegak kerana beg yang disimpan melintang di atas membazir ruang didalam pesawat.
5. Elakkan daripada memakai terlalu banyak barang kemas
Kalau nak juga pakai, masukkan ke dalam plastik atau beg kecil sebelum berbaris untuk pemeriksaan. Lepas pemeriksaan, baru pakai semula barang kemas anda.
6. Elakkan memakai pakaian ketat terutama untuk penerbangan jarak jauh
Dalam penerbangan panjang, hampir setiap masa anda duduk di kerusi tanpa banyak bergerak. Maka, pakaian ketat anda ini boleh menyebabkan DVT (deep vein thrombosis) iaitu penggumpalan darah dalam salur darah. Kaki boleh bengkak kerana darah tidak mengalir dengan lancar. Selamatkan diri anda daripada perkara ini.
7. Jangan pakai kasut tumit tinggi (heels) tidak kira anda di kelas pertama, bisnes atau ekonomi
Ini penting kerana tumit kasut tinggi mempunyai tapak yang tajam dan boleh bocorkan gelongsor kecemasan pesawat apabila anda memijaknya. Perkara ini boleh melambatkan pergerakan anda sewaktu kecemasan. Bayangkan apa yang akan terjadi kepada anda dan penumpang lain sekiranya perkara itu berlaku. Pakailah kasut sarung atau kasut sukan yang mudah dibuka dan yang mampu melindungi kaki anda sewaktu kecemasan. Nak bergaya, boleh bila sampai destinasi. Who knows that your heels can cost other people’s lives?
8. Jika anda travel ke destinasi bermusim sejuk, pack baju sejuk dan jaket tebal anda dalam bagasi kargo
Pakailah beberapa lapis baju dan jaket nipis ketika didalam kabin pesawat. Kalau nak bawa jaket tebal dalam kabin, pack guna beg vakum dan masukkan dalam bagasi tangan anda. Ini lebih menjimatkan ruang dan memudahkan pergerakan dalam kabin bukan saja untuk anda tapi untuk penumpang lain. Dalam pesawat anda juga boleh minta selimut. Ia jauh lebih baik dari pakai jaket tebal yang merimaskan. But please return the blanket.
9. Elakkan daripada memakai skirt pendek dan pakaian yang terlalu berjurai
Apabila berlaku kecemasan, skirt pendek anda tidak akan melindungi diri anda daripada elemen cuaca dan bahaya persekitaran. Pakaian terlalu berjurai pula boleh menyebabkan anda tersangkut di kerusi ketika anda bergerak menuju pintu kecemasan.
10. Jangan tidur sewaktu pesawat berlepas dan mendarat
3 minit pertama dan terakhir di setiap penerbangan adalah minit penting atau masa hidup dan mati kerana menurut statistik, sebahagian besar kemalangan udara berlaku ketika berlepas dan mendarat. Maka jangan tidur di 3 minit pertama dan terakhir ini!
11. Tumpukan perhatian kepada demo keselamatan
Walau anda kerap terbang beberapa kali, sentiasa tumpukan perhatian terhadap demo keselamatan kerana peraturan setiap pesawat mungkin berbeza daripada pesawat yang lain. Perhatikan dan ingat di mana pintu kecemasan terdekat dengan anda. Sentiasa peka dengan arahan anak kapal!
12. Sentiasa pakai tali pinggang bila di tempat duduk anda walaupun tiada turbulence
Benda semacam ini datang tanpa amaran. Anda sudah tentu tidak mahu tercampak hingga kepala terhentak di overhead compartment dan lain-lain yang boleh menyebabkan kecederaan kepada anda.
13. Jangan buka kasut
Tolong jangan buka kasut jika anda bukan jenis pembersih atau kaki berbau busuk! Udara dalam kabin dikitar semula, bau busuk dan sebagainya boleh kekal dalam kabin dan menyebabkan ketidakselesaan kepada penumpang lain. Kalau mahu buka kasut, pastikan stokin anda bersih dan jangan buka stokin.
14. Sentiasa bertimbang rasa
Jika anda perlu baringkan kerusi, baringkan dengan berhati-hati kerana kita tidak tahu kalau orang di belakang sedang menggunakan meja untuk makan atau minum air panas dan sebagainya.
15. Ajari anak anda adab dan tatasusila sewaktu di dalam penerbangan
Ajar anak-anak anda untuk tidak menendang kerusi di hadapan. Ini merupakan satu tindakan biadap dan perkara yang paling tidak disukai oleh kita semua ketika berada di dalam pesawat. Usahakan apa sahaja, buat anak anda dengar nasihat anda dan bukan anda pula yang dengar kata mereka.
16. Jangan tamak
Arm rest ialah hak utama buat yang duduk ditengah-tengah. Jika anda duduk ditingkap atau di aisle, anda hanya ada satu arm rest. Kalau anda ambil dua-dua, yang duduk tengah tidak dapat apa-apa. Be considerate!
17. Hormati privasi penumpang lain
Kalau yang duduk di sebelah anda bukan yang anda kenal dan mereka tidak mahu berbual dengan sesiapa pun, jangan paksa! Berikan privasi kepada mereka.
18. Cuba tunggu waktu sesuai untuk ke tandas
Bila nak ke tandas, tunggulah masa sesuai. Bukan sewaktu anda nampak anak kapal sedang sorong troli makanan dan minuman. Selepas anda makan, tunggu sehingga anak kapal kumpul dulang makan barulah anda bangun.
19. Jaga kebersihan tandas
Gunakan tandas dalam pesawat seperti mana anda gunakan tandas di rumah. Jangan buat sepah. Jangan juga guna tandas terlalu lama. Ingatlah, bahawa dalam pesawat ada penumpang lain juga. Again, bertolak ansur.
20. Isi borang ketibaan dan pastikan siap sebelum pesawat mendarat
Ketika dalam penerbangan atau sebelum keluar dari pesawat, isikan borang atau kad ketibaan. Jangan tunggu sampai imigresen baru nak isi. Jadi, penting untuk anda bawa satu atau dua pen dalam beg.
21. Tunggu bila pesawat sudah betul-betul berhenti baru anda bangun ambil beg
Tunggu giliran anda untuk bergerak ke depan pesawat. Tidak perlu berebut-rebut. Ambil beg dan bergerak dengan cekap.
Akhir sekali, Hormati anak kapal atau pramugari dan pramugara di dalam pesawat. Elakkan daripada berlawan cakap atau bergaduh tidak kira di lapangan terbang, sewaktu pemeriksaan atau terutama sekali ketika di atas pesawat.
Kalau anda tidak puas hati dengan servis yang anda terima, bincang di tepi atau di belakang orang awam. Tidak perlu marah-marah atau menjerit-jerit. Mereka ini cuba membantu memudahkan urusan anda dan mereka juga manusia dan ada perasaan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi anda yang sudah biasa menukar mata wang asing pasti tidak berdepan dengan sebarang masalah. Bagi anda yang pertama kali melancong ke luar negara, pasti berlaku kekeliruan bila hal tukaran wang ini.
Ramai yang bertanyakan lokasi mana yang paling sesuai untuk membuat pertukaran? Mahu tukar wang di dalam negara, pusat bank, di lapangan terbang atau di negara yang dituju? Jawapannya mudah! Tukarlah di lokasi yang lebih menguntungkan, mudah dan paling penting selamat. Bagi anda yang kerap ke luar negara, anda pasti mempunyai pusat tukar mata wang kegemaran dan sudah biasa dengan ‘tauke’ tersebut.
Untuk pengetahuan, tempat pertukaran mata wang asing tidak sama kadarnya dengan tempat yang lain. Biasanya, jika anda menukar di lapangan terbang dan pusat bank, anda akan mendapat kurang daripada tempat lain. Jika anda merasakan menukar di luar negara adalah mudah, fikir sekali lagi. Hal ini kerana, ada negara yang tidak menerima Ringgit Malaysia.
Oleh itu, lihat terlebih dulu mata wang negara yang dituju sebelum berangkat menerusi Internet. Maklumat nilai tukar mata wang asing adalah penting supaya anda tidak tertipu atau rugi. Tidak salah jika anda bertanyakan kepada agensi pelancongan.
Carilah tempat menukar mata wang asing yang boleh dipercayai untuk elak ditipu. Untuk mendapatkan lokasi yang boleh dipercayai, minta pendapat rakan yang pernah menukar mata wang asing. Jangan lupa buat pengiraan sebaik mungkin agar tidak rugi.
Berhati-hati dan pilihan ada di tangan anda.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!