Melancong sebab makanan adalah pendorong utama untuk rakyat Malaysia dan Singapura keluar bercuti dan ini bukan andaian sebarangan sebab fakta ini adalah hasil kajian yang dijalankan oleh portal tempahan penginapan iaitu Booking.com
80 peratus responden kajian itu adalah dari Malaysia dan tiga perempat responden dari Singapura mendedahkan ‘mencuba makanan baru’ adalah sebab dan pendorong utama mereka keluar bercuti dan melancong.
Pelancong dari China dan Taiwan mengembara kerana memilih untuk merasai pengalaman gaya hidup yang lebih ringkas manakala pelancong Jepun dan Hong Kong pula mahu lari dari persekitaran yang sangat mendesak di tempat sendiri sebagai sebab keluar melancong.
Ads
Bagi pelancong dari Indonesia, India dan Filipina pula, pendorong utama mereka keluar melancong adalah untuk membuktikan status sosial mereka di tempat masing-masing.
Ads
Kajian yang dijalankan pada Oktober dan November lepas itu melibatkan 53,492 pelancong dari 31 buah negara.
Penumpang AirAsia yang mempunyai tempahan penerbangan pada tarikh antara 23 Mac 2020 dan 31 Julai 2020 boleh memilih antara Akaun Kredit dengan tempoh sah selama dua tahun atau pertukaran penerbangan tanpa had untuk perjalanan sehingga 31 Oktober 2020.
Ketua Pegawai Bahagian Kebahagiaan Pelanggan Kumpulan AirAsia, Adam Geneave berkata, semua Akaun Kredit yang dikeluarkan sebelum ini untuk gangguan berkaitan Covid-19 akan turut diberi lanjutan tempoh sah secara automatik sehingga dua tahun untuk perjalanan akan datang.
“Pelanggan mempunyai pilihan untuk menukar tarikh penerbangan tanpa had di mana tarikh penerbangan boleh ditukar sebelum 31 Oktober 2020 untuk laluan sama tanpa had dan tanpa bayaran tambahan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk,” katanya.
Pelanggan juga boleh mengekalkan nilai tambang tempahan ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG yang boleh ditebus dalam masa 730 hari kalendar (dua tahun) bermula dari tarikh yang dikreditkan untuk perjalanan masa akan datang. Tarikh perjalanan boleh dibuat pada bila-bila masa selagi mengikut jadual penerbangan yang dikeluarkan di airasia.com
Penumpang yang layak boleh merujuk kepada Panduan Covid-19 untuk langkah-langkah berhubung dengan bot sembang AVA di support.airasia.com atau airasia.com untuk membuat pilihan mereka dengan segera.
Dalam minggu akan datang, tempoh sah untuk semua Akaun Kredit yang belum digunakan yang dikeluarkan oleh penumpang terjejas akibat gangguan perjalanan Covid-19 terdahulu akan turut dilanjutkan secara automatik kepada dua tahun. Semua maklumat ini terpakai hanya untuk tempahan dalam talian yang dibuat secara langsung dari laman web airasia.com. Untuk tempahan berkumpulan atau tempahan yang dibuat melalui ejen pelancongan, sila rujuk kepada ejen untuk bantuan seterusnya.
Dari jauh nampak seakan salju putih yang jatuh di hamparan lautan. Semakin dekat, bau busuk mula menyapa. Beberapa pantai popular di Chennai India ketika ini dipenuhi dengan buih putih seakan buih sabun yang terhasil ketika membasuh pakaian.
Sungguh pun dikatakan beracun, ramai yang membanjiri kawasan tersebut untuk melihat fenomena ini. Kerajaan telah memberi amaran buih putih itu berpunca daripada pencemaran dan tidak selamat untuk didekati apa lagi untuk menyentuhnya. Buih racun ini dikatakan muncul setiap tahun setiap kali musim monsun. Penasihat perubatan memberi amaran buih ini paling buruk pada tahun ini dan menyebabkan masalah kulit serius.
Bagaimanapun, amaran itu langsung tidak dihiraukan oleh penduduk tempatan yang gembira dengan 'keunikan' tersebut. Meskipun dikatakan sangat bahaya, ia tidak menghalang orang dewasa mahupun kanak-kanak bermain dengan buih berbau busuk berkenaan. Kelihatan juga ramai yang merakamkan gambar dan ada juga yang berswafoto dengan latar belakang pantai yang putih.
Beratus-ratus keluarga miskin yang tinggal di sepanjang pantai itu pula hanya membiarkan kanak-kanak dengan gembira bermain dengan buih berkenaan.
Lembaga Kawalan Pencemaran Tamil Nadu berkata, pihaknya telah mengambil sampel buih itu yang tersebar beberapa kilometer di sepanjang pantai untuk dianalisis. Buih itu semakin banyak muncul dari tahun ke tahun dan dikatakan semakin tercemar dengan teruk.
Sekali pandang rumah ini kelihatan seperti rumah kampung biasa yang lain. Namun rupanya rumah lama yang terletak di Perak ini mempunyai keistimewaan tersendiri.
Rupanya terdapat 16 tiang untuk menyokong keseluruhan struktur dan seni bina tradisional Rumah Bumbung Panjang Perabung Lima berusia hampir setengah abad ini serba unik.
Teratak diberi nama Rumah Tiang 16 (RT16) terletak di Kampung Kubang Jambu Lenggong, Perak dibina pada 1974.
Simboliknya pembinaan RT16 turut menjadi platform mengetengahkan ‘permata warisan’ di Lenggong sebagai tarikan pelancongan.
Justeru, Heritage Stay by Rumah Tiang 16 – Inap Warisan oleh Rumah Tiang 16 (IWRT16) dilancarkan Ogos 2019 dan tersenarai dalam peta pelancongan di Lembah Lenggong.
Menurut Abdul Nasir Jalaludin yang mewarisi rumah tinggalan bapanya, Allahyarham Jalaludin Che’ Man, berkata matlamat itu sesuai dengan hasratnya untuk kembali ke kampung kelahirannya selepas beliau enam beradik berpindah ke Ipoh sejak 1981.
Namun, pada hujung 2017 beliau teruja kembali semula ke kampung halamannya dan menginap di rumah berkenaan.
Katanya, RT16 lokasi strategik dikelilingi beberapa destinasi pelancongan menarik seperti gua batu kapur, tasik, lata air terjun, kampung tradisional sarat dengan monumen bersejarah, makanan tradisional dan pelbagai lagi.
Tambahnya lagi, rumah ini mempunyai ruang anjung yang ditukar menjadi beranda. Dari pandangan sisi seperti rumah kutai, tetapi dibuat dua tingkat bagi menampung keluarga besar.
Lengkap ruang tamu atas dan bawah, dapur, makan, bilik solat, tiga bilik tidur, dua bilik air dan bilik bacaan, identiti RT16 lebih terserlah dengan koleksi perabot, dan perhiasan klasik dan retro begitu menggamit nostalgia.
Rumah ini juga diperbuat daripada kayu cengal mas, merbau dan kemuning kelihatan tersergam indah berciri penempatan tradisional.
Bahagian bawah rumah ini berdindingkan batu konkrit separuh berdindingkan kayu, manakala tingkat atas dibina dengan menggunakan kayu sepenuhnya serta diperkemaskan dengan ukiran.
Ternyata pengalaman menginap di sini akan dapat merasai suasana sebenar yang tenang dan permai. Malah turut dilengkapi balkoni dan pemandangan taman saujana mata memandang.
Justeru katanya, bagi mereka yang ingin menikmati pakej 3H2M boleh mendapatkan maklumat di www.rumahtiang16.com atau Facebook dan Instagram Rumah Tiang 16.
Sebelum bercuti, ramai lebih fokus pada pakaian, pasport dan tiket penerbangan. Namun, ada beberapa barang harian yang nampak biasa tetapi sebenarnya boleh menimbulkan masalah...