Tersergam indah di celah-celah pokok, 82 Rening adalah sebuah private villa yang indah dengan dekorasi berkonsepkan industrial.
Patut anda singgah dan bermalam di sini bersama keluarga tersayang kerana banyak aktiviti menarik boleh buat di samping mempunyai kolam yang besar.
82 Rening di Ulu Rening Batang Kali
Ya, suasana sangat menenangkan. Kapasiti luas dan besar sesuai untuk anda bawa ahli keluarga dalam 10-20 orang.
Bawa geng kawan-kawan pun boleh ya, memang sesuai nak bergambar sebab setiap ruang dalam rumah ini cukup cantik. Unik!
Suasana Dalam Rumah
Ads
Untuk port mandi selain kolam, ada sungai yang berdekatan. BBQ pun boleh diteruskan di sini sebab memang disediakan barang yang lengkap.
Owh ya, ada kolam memancing luar Villa, berbasikal pun ada.(Boleh sewa di Villa nanti). Kawasan ini dekat dengan Genting Highland. 40-30 minit dah sampai!
Ads
Range Harga Villa ini mula dari RM800 dan keatas. Ada 4 jenis Villa. Villa utama pemandangannya banjaran Titiwangsa. Betul-betul depan pool.
Ada Banyak Bilik
Villa ini mempunyai 4 bilik. 2 tingkat bawah 2 tingkat atas , ada 3 katil setiap bilik. Jadi kalau pergi ramai-ramai boleh minta extra tilam, ada selimut sekali.
Ads
Ada dapur dan ruang bawah luas, cuma tidak mempunyai TV. Jadi anda semua boleh fokus borak-borak atau berendam pool sampai pagi.
Haaa.. apa lagi, cepat booking! Nak buat hari keluarga dengan yang tersayang pun memang sesuai. Sesekali layan suasana alam semula jadi tanpa Tv, boleh bayangkan tak? Best!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Anda dah bosan nak makan dekat rumah atau malas lagi nak ke bazar Ramadan mencari juadah berbuka puasa? Jom sekali sekala makan di restoran yang menyediakan juadah berbuka puasa terbaik kepada anda.
Suasana berbuka puasa di sini lain berbanding anda berbuka puasa di rumah atau di tempat-tempat lain. Lokasi yang dicadangkan oleh Libur ini lebih selesa untuk anda keluarga bersama keluarga beramai-ramai untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim di masa bulan puasa ini.
Jadi, kita jangan tunggu lagi, ini senarai lokasi bufet berbuka puasa untuk anda:
Hotel Sri Petaling memperkenalkan bufet Ramadan bertemakan #throwbackramadan yang membuatkan anda mengimbau masa berbuka puasa sewaktu anda kecil-kecil dahulu bersama hidangan tradisional. Bufet yang bermula dari pukul 6.30 petang hingga 10 malam ini berharga RM79 untuk dewasa dan RM39 untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun. Pelanggan boleh menikmati 80 jenis juadah berbuka puasa dengan pelbagai aneka pilihan masakan seperti masakan Melayu tradisional, timur tengah, asia dan sebagainya. Antara juadah yang istimewa adalah ayam percik Kelantan, ketam goreng berempah, ayam opor Pahang, ikan patin tempoyak Pahang, dan gulai kawah.
Pelbagai hidangan dan variasi citarasa tempatan yang dihidangkan disamping tema Citarasa Nusantara yang dibawa oleh Mahsuri Courtyard, Hotel Royale Chulan KL ini pasti akan menepati selera anda untuk berbuka puasa. Juadah pilihan chef di sini adalah bubur lambuk Royale dan pilihan shell out seperti kambing golek, lontong samudera, cendol durian, som tam dan pelbagai makanan laut yang lain. Bagi anda yang mahu suasana asli kemeriahan berbuka gaya Malaysia, bufet Ramadan ini juga menyediakan deretan hudangan autentik Melayu, India dan Cina seperti nasi ayam, sate dan pencuci mulut. Harga bufet Ramadan di sini adalah RM150 untuk dewasa, RM100 untuk warga emas dan, RM75 untuk kanak-kanak 6 hingga 12 tahun.
Hilton Garden Inn, Puchong mengalu-alukan anda untuk mencuba sajian berbuka puasa istimewa yang disediakan di hotel mereka. Hidangan yang sedap disamping suasana persekitaran yang nyaman memberikan pengalaman terbaik untuk anda berbuka puasa bersama rakan taulan dan keluarga dalam keadaan penuh kemesraan. Hidangan popular yang disediakan untuk anda adalah nasi minyak badam, lauk asam pedas, kari ikan tenggiri dan ayam masak merah. Selain daripada itu, juadah seperti sup kambing, kacang pool dan roti bakar turut disajikan kepada anda. Dengan harga sebanyak RM80 seorang, pastinya bufet Ramadan di sini akan memberikan pulangan yang berbaloi kepada anda.
200 menu berbuka puasa dihamparkan kepada anda sebaik sahaja melangkah masuk ke Hotel Summit USJ! Selain daripada hidangannya yang ‘meriah’, kelazatan masakannya pasti akan membuatkan anda terkenang masakan mak saat berbuka puasa di kampung satu masa dahulu. Menu yang menjadi pertaruhan di sini adalah kambing panggang, satay raja alang, briyani kasih bonda, sup gear box, mee jawa dan asam laksa. Lokasi berbuka puasa di hotel ini mempunyai dua tingkat ruang lantai untuk anda mengambil makanan diselingi dengan irama lagu ghazal yang dimainkan secara langsung sebagai pemecah kesunyian. Anda yang ingin menikmati juadah berbuka puasa di sini, harga bermula RM88 untuk dewasa, RM40 untuk kanak-kanak.
Perdana Hotel PNB menampilkan kelainan yang berbeza berbanding tempat-tempat lain apabila mereka membawakan kemeriahan bazar Ramadan kepada anda yang ingin berbuka puasa di sini. Tema Bazar Perdana mengubah Restoran 10 Binjai menjadi meriah berbanding santai seperti kebiasaannya. Dengan variasi 188 hidangan berbuka puasa, antara menu pilihan adalah sup berempah binjai, kambing golek, apam balik, satay, aiskrim goyang, ais batu campur dan murtabak cheese. Selain daripada menu pilihan terbaik disediakan untuk anda, anda juga dihamparkan dengan pemandangan ibukota Kuala Lumpur sambil dihiburkan dengan muzik. Harga bermula daripada RM98 untuk hidangan bufet di Restoran 10 manakala RM135 di Restoran 39.
Dorsett Grand Subang memang tidak menghampakan dalam penyediaan makanan kepada pengunjung yang hadir ke hotel mereka. Keenakkan menu berbuka puasa di sini tidak dinafikan disamping tema berbuka puasa yang menghimpunkan makanan-makanan popular dari 13 negeri seluruh Malaysia juga memberikan sentihan ‘anak jati’ kepada konsep bufet Ramadan di sini. Menu popular yang dihidangkan adalah briyani gam Johor, mangga muda Penang, sotong goreng berlada Negeri Sembilan, gulai tempoyak patin Pahang, sotong sumbat Terengganu, gulai kawah Kelantan, ikan bakar Kuala Perlis, tetel asam pedas Melaka, lemak pisang muda Selangor, sup tulang gear box dan kambing golek berempah. Harga di sini adalah sebanyak RM165 untuk Terraza Brasserie dan Rm155 untuk Melati Room.
Anda yang berada di Shah Alam, Selangor boleh singgah ke Laman Kayangan di Seksyen 7 untuk menikmati juadah berbuka puasa gabungan dua negara iaitu Utara Malaysia dan Selatan Thailand. Sebanyak 80 hidangan disajikan kepada anda untuk dinikmati terdiri daripada kambing golek dua kuah, Thaiyani chicken, Pattani grilled beef dan laksa ikan sekoq disamping ikan bakar air asam. Selain daripada itu, menu masakan Utara Malaysia yang disediakan adalah daging masak tauchu, daging kari kentang, ikan masak asam kunyit dan sambal ikan rebus. Harga yang ditawarkan di Laman Kayangan ini berbaloi dengan sebanyak RM98 untuk dewasa.
Satu lagi lokasi bufet Ramadan yang terbaik di Shah Alam iaitu Best Western i-City Shah Alam yang menyediakan 160 sajian berbuka puasa kepada anda di bulan Ramadan ini. Bertempat di The View Cafe, variasi juadah terdiri daripada pembuka selera, lauk pauk, pencuci mulut, sup dan gerai yang memasak makanan secara langsung kepada anda untuk menjamin kesegaran makanan tersebut. Paling istimewa di sini adalah anda dapat menikmati kelaatan raja buah iaitu durian kampung yang disediakan di dalam pakej bufet Ramadan di sini. Antara menu makanan yang menjadi pilihan chef di sini adalah sup kambing berampah, soto madura, rojak campur, okonomiyaki teppanyaki, ayam panggang dan pelbagai lagi. Selain daripada itu, kepada anda yang berbuka puasa di Best Western i-City ini juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah setiap hari yang berupa baucer Hi Tea, diskaun bilik dan penginapan dan hadiah menarik yang lain. Harga bufet ramadan di sini bermula dengan harga RM119 untuk dewasa manakala kanak-kanak dan warga emas sebanyak RM69.
Di bulan Ramadan ini, Berjaya Times Square Hotel menyediakan majlis berbuka puasa berkonsepkan hidangan bonda kepada tetamu yang datang ke hotel ini. Pelbagai menu terpilih dipertaruhkan untuk santapan tetamu seperti nasi kerabu, paru-paru berlada, pedal hati ayam masa cili, dan juga menu makanan antarabangsa sperti Thai green curry duck, dawood basha, Indian style chicken masala dan salmon fillet. Makanan tradisional lainnya adalah kari kepada ikan citarasa bonda, lempeng pisang kelapa bidara, pisang goreng keju makmur, aneka sup sarantau, rendang daging khatulistiwa dan nasi lemak lobster. Bufet ramadan di sini bermula dari harga RM128 untuk dewasa manakala kanak-kanak adalah sebanyak RM58.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Lupakan pulau mahupun pantai yang menjanjikan anda pasir putih dan pelbagai aktiviti sukan air yang menyeronokkan. Lokasi-lokasi seperti itu sudah terlalu biasa. Jadi buat anda yang tercari-cari lokasi lain dari yang lain, Libur mengajak anda menikmati suasana baru yang pastinya meninggalkan sejuta kenangan dan membuatkan kita berkata ‘ada berani?’
Yunessun Spa Resort, Jepun
Bersedialah untuk basah dan ‘gila-gila’ di taman air Yunessun Spa Resort ini. Menariknya, basah yang dialami bukan sekadar mandi biasa tetapi anda boleh mandi bersama air minuman kegemaran. Ya, air minuman. Anda boleh mandi dengan air teh hijau, kopi, anggur atau apa saja. Apabila berada di sana, ingatkan pada bukan ‘dont drink and drive’ tapi ‘please drink and dive!”
Bubblegum Alley, California
Meskipun sejarah dinding ini tidak diketahui, namun gula-gula getah tersebut mula ada sejak tahun 70an. Ramai penduduk mahu pihak berkuasa membersihkan dinding tersebut kerana memberi bau yang kurang selesa dan kelihatan kotor. Namun pelancong seluruh dunia tetap tertarik akan dinding yang melekit dan berwarna-warni gula getah ini. Jadi tunggu apa lagi? Kita juga berpeluang menampal gula-gula getah di dinding sepanjang 21 meter ini.
Inveraray Jail, Scotland
Mahu meluangkan masa di penjara tanpa melakukan kesalahan? Inilah tempatnya. Dengan bantuan pakaian berkarakter, anda boleh merasai sendiri realiti kehidupan banduan di dalam penjara. Anda juga berpeluang melihat peralatan-peralatan dan teknik-teknik yang pernah digunakan oleh pengawal dan banduan ketika itu.
Isla de Las Munecas, Mexico
Lokasi yang menyeramkan ini mungkin akan membuatkan anda berjalan sambil menundukkan kepala. Las Munecas atau lebih dikenali sebagai pulau yang penuh dengan patung putus anggota badan ini digantung di atas pokok dengan rupa yang menakutkan. Menurut cerita 50 tahun yang lepas, penghuni pulau tersebut menemui seorang budak kecil lemas di dalam sungai. Terganggu dengan tragedi ini, mereka mula menggantung patung-patung kononnya untuk menggembirakan kanak-kanak tersebut.
Karni Mata Temple, India
Mana-mana tempat seluruh dunia sekalipun, tikus dianggap binatang yang kotor dan boleh mendatangkan penyakit. Tetapi tidak di India. Jika anda mempunyai tahap keyakinan tinggi dan mahu ‘bermanja’ dengan tikus, lokasi ini mungkin boleh memberi pengalaman berharga. Jangan terkejut kerana hampir 200,000 tikus hidup jinak, dipelihara, dihormati dan dianggap suci di sini.
Battle of The Orange, Italy
Tidak mungkin anda berani lakukan pertarungan makanan di negara sendiri melainkan di Italy. Jika selama ini anda merasakan membaling buah oren terhadap orang yang tidak dikenali adalah menyeronokkan, tempahlah tiket setiap hujung bulan Februari ke Carnevale. Inilah masanya anda bermandi dengan kesegaran sitrus!
Kalau berlibur di hujung minggu, pengalaman menonton filem di pawagam sering menjadi sebahagian daripada gaya hidup warga kota. Namun sebuah nama yang pernah menjadi...