Thailand memang sudah terkenal dengan keindahan pulau dan pusat hiburan bertaraf dunia. Pantai di Pattaya antara pantai yang tidak kurang popular di Thailand. Pengunjung akan terasa damai dan tenang melihat pasir yang memutih dan angin laut yang menyegarkan di samping melihat kapal-kapal layar dan bot-bot yang berlabuh di laut yang jernih.
Terletak 147 kilometer dari tenggara Bangkok, Bandar peranginan yang dulunya cuma perkampungan nelayan berubah menjadi pusat pelancongan sekitar tahun 60-an dan sehingga kini menjadi destinasi percutian cukup mengujakan.
Di Malaysia, menu Nasi Goreng Pattaya sangat dekat dihati kita. Mungkin ramai beranggapan menu tersebut berasal dari Pattaya. Tanggapan itu silap! Orang Pattaya sendiri tidak tahu akan kewujudan Nasi Goreng Pattaya tersebut. Tidak percaya? Cuba tanya kepada penduduk tempatan.
Pantai Pattaya
Pattaya terus menjadi terkenal dan ia mengecapi pembangunan yang cukup menakjubkan. Oleh itu tidak hairanlah, apabila musim cuti pulau itu menjadi tumpuan. Hotel-hotel akan penuh sesak dan semua kawasan di situ menjadi tumpuan pelancong. Pattaya dikelilingi laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, bersantai, dan memancing. Pantai berpasir putih yang panjang bermandikan limpahan cahaya matahari sepanjang hari menjanjikan ketenangan yang lengkap. Air laut yang jernih membiru mengelilingi kepulauan ini memberikan peluang untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan rekreasi air lain.
Di sini juga, selain bersantai di persisiran pantai dan menikmati keindahan alam ketika matahari terbenam, ia juga menjadi lokasi untuk pelancong membeli cenderahati dan menikmati pelbagai jenis makanan. Sama seperti destinasi lain yang berhampiran lautan luas, terdapat banyak restoran dan kafe yang menyajikan hidangan makanan laut yang lazat dan segar. Sebut apa sahaja menu yang mahu anda jamah, semua ada di, dari makanan tempatan hinggalah kepada hidangan barat, segala ada di situ.
Pendek kata, di Pattaya apa juga makanan yang anda idamkan pasti boleh diperolehi di situ. Begitu juga dengan hotel dan calet yang di kawasan tersebut. Ia sering menjadi rebutan ramai kerana keindahan dan keselesaannya. Jika ingin beristirehat, segeralah ke pusat urutan atau spa traditional yang menawarkan khidmat urutan Thai yang terbaik dengan harga berpatutan.
Ads
Cartoon Network Amazone
Lebih mengujakan, di Pattaya turut mempunyai taman tema air yang menyeronokakan untuk seisi keluarga. Cartoon Network Amazone mula beroperasi sejak tahun 2014 merupakan taman tema air pertama di dunia yang membariskan pelbagai watak dalam siri Cartoon Network seperti Powerpuff Girl, Ben10 dan Adventure Time. Terdapat 10 zon bertema untuk diterokai sebelum jantung anda mengecut saat merasai sendiri keseronokan bermain rollercoasters air yang cukup curam. Rasai juga pelbagai tunggangan menyeronokkan selain bersantai di taman permainan aqua dengan pelbagai permainan air yang berbeza-beza.
Pengunjung dapat menyaksikan persembahan dari karekter kartun seperti The Powerpuff , Johnny Bravo, Ben 10 dan sebagainya pada setiap hari di pentas utama sambil beralun santai di ombak buatan yang menyeronokakan. Terletak di Bang Saray Bay, Thailand iaitu 20 minit dari bandar Pattaya dan dua jam perjalanan dengan kereta dari Bangkok, Taman Tema Air Cartoon Network Amazone terdiri daripada 10 permainan termasuk rollercoaster, kolam mandi ala pantai dan Cartoonival. Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang, Cartoon Network Amazone juga dinobatkan sebagai taman tema akuaria terbesar dan memiliki 150 seksyen kolam mandi.
Nong Nooch Botanical Garden
Ads
Kalau datang ke Thailand tidak sah rasanya jika tidak melihat persembahan gajah atau melihat gajah dari jarak dekat. Di Pattaya, anda boleh membawa keluarga ke Nong Nooch Botanical Gardenkala yang terletak di Chonburi. Anda pasti teruja melihat persembahan bersahaja si gajah yang berbakat seperti bermain bola, berbasikal, menari dan sebagainya. Tarian klasik Thai yang mempesonakan, pertunjukan tinju dan gendang antara yang menarik untuk dirasai saat berkunjung ke Nong Nooch Botanical Garden ini. Tidak hanya itu, taman yang memenangi banyak anugerah ini juga merupakan lokasi kepada beberapa bunga yang paling luar biasa selain memiliki landskap haiwan cukup mengagumkan.
Di taman ini juga, anda berpeluang melihat sendiri lebih 670 spesies orkid termasuk orkid hibrid yang sangat cantik.
Sanctuary of Truth
Untuk menghayati kesenian dan senibina Thailand, singgah sebentar ke Sanctuari of Truth di Pattaya. Dari jauh, anda boleh lihat senibina kayu yang tersergam indah di tepian pantai setinggi 100 meter gah berdiri. Bangunan ikonik ini hasil kraf masyarakat Thai mengunakan kayu sejak dari tahun 1981 dan belum siap sepenuhnya hingga sekarang. Ramai pelancong beranggapan ianya merupan sebuah kuil, tanggapan tersebut tidak benar sama sekali kerana ia merupakan binaan yang dibina oleh pemiliknya semata-mata untuk menunjukkan seni kraf orang Thai.
Ads
Pengunjung yang datang ke sini akan ditemani oleh seorang pemandu pelancong yang akan menerangkan dengan terperinci tentang binaan tersebut. Selain itu, cuba aktiviti menunggang gajah atau menaiki perahu mengelilingi Sanctuary of Truth ini. Anda akan dapat lihat pelbagai struktur ukiran kayu menarik dari pelbagai posisi dan sudut.
Info!
Cara Ke Sini
Jika dari Malaysia, boleh terus ambil penerbangan ke Pattaya.
Atau alang-alang berada di Bangkok, anda boleh memilih menggunakan pengangkutan darat samada bas, van atau kereta sewa dari Bangkok.
Makan-Makan
Cuba keenakan masakan Halal tempatan yang begitu menyelerakan di Restoran Amir Halal Foods. Menu cadangan Sup Daging!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Destinasi paling popular selepas boleh merentas negeri adalah Pulau Langkawi. Pelbagai momen dicipta di sini hinggalah baru-baru ini viral dengan ikan siakap yang mencecah harga ribuan ringgit.
Namun begitu Langkawi tetap menjadi tumpuan pelancongan yang mahu menikmati pelbagai lagi keseronokkan di sini.
Selain untuk membeli barangan bebas cukai seperti pinggan mangkuk, kain batik dan coklat, Langawi juga menjadi lokasi syurga makanan.
Tetapi berlainan dengan salah seorang sahabat Backpacker Buddies Malaysia, Aina Nany yang tidak mencari ‘food hunting’ di sini sebaliknya banyak melakukan aktiviti fizikal yang mencabar dirinya.
Ayuh ikuti perkongsiannya selama 4 hari 3 malam menerokai pulau legenda ini bersama beberapa rakannya.
Hanya membelanjakan sekitar RM800 hingga RM1,000 seorang untuk semua total perbelanjaan sepanjang bercuti di sini.
Itinerary 4H3M Pusing Langkawi
Not an usual trip: Pulau Langkawi (less food hunting, more physical activity)
Day 1: – 5.20pm – Arrived LGK – Hit & missed Laksa Ikan Sekoq Jalan Airport – Checked-in White Lodge Homestay, Chenang – Dinner at GM Burger – Nightlife at Chenang
It’s been a long time. Hello KLIA2!Laksa Ikan Sekoq. Hit and missed, tak sedap sangat.ABC for RM5 only.Pool at White Lodge HomestayDinner at GM Burger. Cheap and sedap!Chenang
Day 2: – Breakfast at Roti Canai Blackpepper (viral & surprisingly sedap) – Mangrove kayak at Kilim Geoforest Park (RM100/pax – 4 hours) – Lunch at Paradise 101 (expensive but the taste is biasa2 je) – Aquapark at Paradise 101 (RM42/pax – purchase through shopee) – Dinner Maggi at Homestay – Fire show at Chenang
Roti Canai Blackepper. Viral so ramai orang, no need to queue but it takes time for the food to serve on the table.Before kayak. In front of Restoran Siakap 1k viral.KayakkkkkMangrove kayak.Paradise 101 entranceLunch at Paradise 101. The menu selections is limited.Aquapark at Paradise 101. Very fun!
Day 3: – Breakfast Bubur Thai Warung Mak Som next to SMK Kedawang (sedap gila & cheap) – Nusantara Gamat – Pantai Tengkorak & Temurun Waterfall – Lunch at Nasi Campur KakYan – Watersport at Chenang – Parasailing (RM100/pax – 10 mins) – Jetski (RM135/pax – 30 mins) – Dinner BBQ at homestay
Bubur Thai in Kedawang. Per bowl is only for RM3. Sedap.Roti Canai Sarang BurungDropped by Gamat Nusantara.Pantai Tengkorak. Hidden gems in Langkawi. You can trek as well to another side of this beach.Temurun Waterfall.
Day 4: – Checked-out – Underwater World Langkawi (RM40/pax) – Lunch at Nasi Arab Kaki Gunung (cheap for group) – Shopping at HIG, RAMS & Langkawi Fair – Photo shoot at Dataran Lang & Maha Tower – 7.30pm – Onboard to KUL
Lunch at Nasi Campur KakYan. Lunch around 3pm, selection of lauk pun tak banyak.ParasailingJetski at ChenangWith the mermaid at Underwater World.Dataran LangMaha Tower. Tak siap lagi.
Total hangus per person: RM800 – RM1000++ including shopping expenses.
Seperti yang kita maklum ada beberapa negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKPP Pemulihan (PKPP). Antaranya negeri Perak, Pahang, Perlis dan Terengganu.
Dan nampaknya bermula esok kerajaan setuju memberi kelongggan bagi pembukaan sektor pelancongan dan kebudyaan di kawasan ini.
Namun begitu menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata, aktiviti berkenaan bagaimanapun masih tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKP Diperketatkan (PKPD).
Menurutnya, ia termasuk aktiviti pelancongan rentas negeri dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang membabitkan pelancong asing tidak dibenarkan.
“Antara aktiviti dibenarkan di kawasan PKPB adalah produk tarikan pelancong seperti zoo, farms, akuarium, pusat edutainment, taman rekreasi dan ekstrem.
“Begitu juga premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat budaya, pentas persembahan dan lain-lain serta taman tema dan pusat hiburan keluarga.
“Aktiviti berikut dibenarkan beroperasi dengan 50 peratus kapasiti premis dan mematuhi penjarakan fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) lain,” katanya dalam sidang media semalam.
Bagi kawasan PKPP, Ismail Sabri berkata, semua aktiviti pelancongan dan kebudayaan itu dibenarkan beroperasi dengan mematuhi penjarakan fizikal.
Katanya, aktiviti pelancongan dan kebudayaan selain di bawah senarai negatif perlu mengikut SOP sektor pelancongan dan kebudayaan sedia ada yang sedang berkuatkuasa.
Dalam pada itu, beliau berkata, majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan serta swasta termasuk majlis sosial seperti kenduri, majlis perkahwinan, pertunangan, aqiqah, sambutan ulangtahun tidak dibenarkan di kawasan PKP manakala PKPB dan PKPP dibenarkan.
“Begitu juga seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, ceramah, mesyuarat, pameran, perdagangan dan aktiviti berkaitan,” katanya lagi.
Dalam pada itu dalam posting di laman sosial Facebook, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, melalui menterinya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri turut menyeru kepada orang ramai untuk memulakan aktiviti pelancongan di kawasan setempat masong-masing dengan mematuhi SOP ditetapkan.
Masih tak mana-mana cuti sekolah? Boleh lah bawa anak-anak ke waterpark Forest City di Muar, Johor. Tengoklah tempatnya, dekat sangat dengan pantai, best!
Diteduhkan dengan pokok-pokok kelapa sekitarnya, lagi lah rasa healing tu sampai ke jiwa yang dahagakan waktu untuk bertenang.
Forest City Muar Johor
Bersebelahan dengan pantai, itu yang membuatkan tempat ini menarik dan puas hati kalau datang. Kalau anak-anak suka main tema air, mak ayah pula boleh tenang-tenang layan pemandangan laut.
Lokasi:
Forest City, Forest City 1, Pulau Satu, Gelang Patah, 81550 Johor Bahru, Johor.
Waktu Operasi:
10.00 Pagi – 8.00 Malam (Setiap Hari)
Harga tiket:
RM15 dewasa dan kanak-kanak
Ini memang salah satu tempat tarikan di Johor Bahru. Forest City Water Park mempunyai 3 tarikan berbeza di iaitu ‘Water Sliding’, ‘Water Maze’ dan ‘Water Fun Challenge’ yang mampu menampung kapasiti seramai 150 pengunjung pada satu masa.
Okay, jangan lupa singgah sini ya! Kalau tak sempat waktu cuti sekolah kali ini, mungkin boleh datang kemudian hari.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...