Kalau gayat, lupakan niat tersebut. Kata orang pandang saja gambar dan nyatakan rasa kagum. Tapi kalau korang sukakan cabaran dan mencari kelainan, bolehlah cuba bermalam di Sky Lodge Hotel Purwakarta.
Diiktiraf sebagai tertinggi di dunia selepas mengalahkan Skylodge Adventure Suites di Peru yang terkenal ekstrem di kalangan traveler dunia yang ketinggian 122 meter, Sky Lodge Purwakarta lebih tinggi iaitu sekitar 400 hingga 900 meter dan berdiri kukuh di puncak Gunung Parang. Sky Lodge ini terletak di Desa Sukamulya, Tegalwaru, Purwakarta, Jawa Barat dan untuk pergi ke sini cukup mudah kerana Gunung Parang sememangnya amat terkenal di kalangan masyarakat di sini.
Ads
Mula dirasmikan pada 28 Oktober 2017, ramai menyatakan rasa kagum dengan konsep percutian memukau ini. Untuk sampai ke hotel ini, setiap tetamu wajib memanjat tebing setinggi 500 meter dan menyeberang menggunakan cara menggantungkan badan pada tali (tyrolean) atau menggunakan tangga besi (via ferrata) untuk mendaki sebelum boleh sampai ke tempat penginapan masing-masing. Bahkan ketika mula dirasmikan lima tahun lalu, warga tempatan berpusu-pusu meneroka tempat ini untuk merasai lokasi ekstrem ini sendiri. Untuk satu lodge, ia boleh memuatkan seramai 4-5 orang dalam satu-satu masa.
Ads
Ditawarkan pada harga semalam sebanyak Rp5,000,000 (lebih kurang RM1464.00) reka bentuk hotel ini menjadi perhatian kerana diperbuat keseluruhannya daripada kaca yang membolehkan penginap menyaksikan keindahan dari puncak gunung selain pepohon yang menghijau di sekeliling kawasan tersebut. Waktu malam, udaranya sangat sejuk.
Ads
**media[]**
Lantainya diperbuat dari kayu yang kukuh, setiap lodge dilengkapi katil, tv, bilik mandi, meja makan, tandas portable, microwave, walkie talkie, air minuman, penghawa dingin selain tirai untuk menutup kawasan sekelilingnya dan terdapat 11 sky lodge sahaja
. Bagi yang menyukai perkara ekstrem, bermalam di hotel tergantung Purwakarta ini harus dilakukan seumur hidup.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Port Dickson sememangnya amat terkenal sebagai pantai peranginan yang menjadi pilihan ramai pengunjung sama ada di musim cuti atau hujung minggu. Bukan saja pantainya yang cantik, ada banyak penginapan tatkala bercuti di sini bermula dari RM100 semalam dan ke atas mengikut budget masing-masing.
Kalau ada cadangan nak bercuti panjang di Port Dickson sempena Cuti Tahun Baru Cina, antara yang boleh dicuba ialah The Mango’s Park Port Dickson yang terletak di Batu 3, Jalan Pantai Bagan Pinang.
Menawarkan tiga jenis penginapan bermula serendah RM100 ke atas, ada tiga pilihan penginapan boleh cuba di sini. Tak kisah sama ada style backpackers atau berkeluarga, pilihan boleh dibuat mengikut budget.
Tiga jenis pengipan disediakan di sini ialah Gegelung House Hotel, Backpackers Room dan A Frame House.
Apa yang best di sini?
Fasiliti di sini lengkap termasuk tempat makan (jalan kaki 10 minit dah sampai), jalan tak sampai 20 meter dan sampai pantai. Kalau berkereta pula dua minit dah sampai KFC dan stesen minyak selain dekat dengan Pantai Saujana, Pantai Cahaya Bulan dan Muzium Tentera Darat.
Di Mango’s Park, ada berbagai aktiviti boleh buat termasuk nak hiking, water rafting, berkayak, paint ball, buat hari keluarga serta team building dan lain-lain lagi yang mana pihak pengurusan boleh sediakan transport kalau untuk aktiviti-aktiviti ekstrem di sini.
Kolam mandi juga di sedikan termasuk tempat BBQ, surau, café. Paling best ada tiga café iaitu Lantak Kafe (ada live band setiap hari), Kaidz Café serta Raja Dulung untuk makan tengahari dan makan malam. Selain itu di sini ada kemudahan dewan, padang dan lain-lain lagi. Boleh makan-makan steamboat di sini dan paling penting buffet breakfast ada di sediakan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Aktiviti perkhemahan selain bersantai bersama keluarga atau teman-teman dalam suasan alam sekitar yang damai mendapat tempat hari ini. Lokasi ‘pacak khemah’ di tepi pantai atau lokasi air terjun selalunya menjadi kegemaran dan pilihan.
Di Johor, terdapat sebuah kawasan air terjun yang tular dek lokasinya yang tampak begitu menarik dan berbeza dengan tapak perkhemahan yang lain. Tak perlu risau akan aspek keselamatan, semuanya sangat terjaga dan pasti berpuas hati.
Ini trip perkhemahan perkongsian daripada saudari Nurul Nabilladi Takah Pengkoi, merupakan destinasi percutian reakreasi menarik berkonsepkan rumah dan pokok di kawasan perkampungan orang asli yang terletak di Kg Kudong, Bekok, Segamat, Johor. Di sini terdapat beberapa jenis penginapan seperti chalet pokok, chalet khas untuk yang berkeluarga, dorm, dan tapak perkhemahan. Terdapat juga binaan rumah atas pokok. Memang betul-betul terletak tinggi atas pokok. Tingkat kedua jumpa tandas. Tingkat ketiga baru jumpa bilik. Kena panjat tangga. Tiada lif mahupun escalator. Yang jenis ni cuma ada sebuah je kat sini.
Ada rumah pokok bergerak juga tau. Haa yang ni unik. Rumah berkepala lori. Kalau tak silap ada 3 buah. Boleh pilih untuk diparkir di kawasan yang kita suka. Untuk mereka yang berhasrat atau yang ingin beristirahat serta merasa pengalaman bercuti di kawasan perkampungan Orang Asli sambil menikmati keindahan hutan hujan tropika, boleh hubungi En. Asoi / Pn. Rosijah – 0196599316
So akhir pesanan lepas berkhemah kemas la tempat tu dan sampah buang kat tempat yang disediakan agar orang yang akan datang rase selasa macam mana kita rasa.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
New Zealand dipilih sebagai lokasi percutian kerana ia terkenal dengan pemandangannya yang sangat indah, sesuai dengan tujuan percutian kali ini yang lebih kepada merehatkan minda serta lari sebentar dari kesibukan kerja. Memilih syarikat penerbangan Malaysia Airline, saya serta beberapa ahli keluarga yang lain telah menempah tiket seminggu sebelum percutian dengan harga RM2600.00 seorang untuk perjalanan pergi balik Malaysia dan Auckland, New Zealand.
Pada hari kejadian, kami berangkat dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada jam 11.20 malam. Perjalanan mengambil masa selama 10 jam dan kami selamat tiba di Auckland Airport, New Zealand pada jam 12.00 tengah hari. Dengan menaiki Super Shuttle atau van yang telah ditempah dari Malaysia melalui atas talian, kami bergerak ke rumah apartment di tengah bandar Auckland bersebelahan dengan Sky Tower. Harga perkhidmatan Super Shuttle adalah NZ$55, sedikit murah berbanding teksi NZ$70.
Dengan mengikut itinerari yang disusun, kami pergi ke Mission Bay pada hari kedua dengan menaiki Uber berharga NZ$16. Perjalanan dari Auckland ke Mission Bay mengambil masa 15 minit sahaja. Ini merupakan salah satu tempat yang disyorkan sekiranya anda bercuti di New Zealand. Pantai yang cantik, dengan pasir putih serta rumput yang kehijauan semestinya dapat memberi ketenangan jiwa. Di sini terdapat banyak pilihan kafe dan outlet makanan, kami tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera di kedai Fish & Chips serta menikmati pencuci mulut, kek dan aiskrim. Setelah hampir seharian berada di sana, kami pulang semula ke Auckland untuk berehat.
Hari seterusnnya, kami berangkat ke Christchurch menaiki Jetstar, dengan harga tiket lebih kurang RM400 seorang dan perjalanan mengambil masa 1 jam 40 minit. Setibanya di Chrischurch, kami menguruskan hal pengangkutan dengan menyewa campervan dari Syarikat Juicy dan terus bergerak ke Timaru yang mengambil masa 2 jam 30 minit. Kami merancang untuk melakukan roadtrip dengan menggunakan campervan kerana ia merupakan cara yang paling efektif, dengan kemudahan yang disediakan seperti katil, meja makan serta dapur masak. Di Malaysia biasanya disebut sebagai caravan di mana ia adalah seperti kontena yang diubahsuai menjadi mini rumah, tetapi bezanya ia perlu ditarik menggunakan kenderaan.
Kami memilih campsite Timaru Top 10 Holiday Park sebagai lokasi penginapan dan kami berasa seperti berada di rumah sendiri kerana kemudahan yang lengkap termasuklah bilik mandi, dapur, dobi dan lain-lain. Di sini, kami dapat berkenalan dan beramah mesra dengan pengunjung dari pelbagai negara. Masing-masing tidak dapat melelapkan mata pada waktu malam kerana suhunya yang mencecah -3 Darjah Celcius.
Dari Timaru, kami meneruskan perjalanan ke Queenstown yang mengambil masa selama lebih kurang 4 jam dengan menaiki van dan perkara yang paling menarik ialah kami telah melalui kawasan berbukit-bukau yang sangat indah, dengan tasik serta ladang biri-biri dan lembu yang terbentang luas. Lokasi penginapan jenis standard cabin dipilih di Queenstown Top 10 Holiday Park, dimana penghuni di kabin ini harus berkongsi dapur serta tandas bersama pengunjung-pengunjung lain. Bagi sesiapa yang ingin memasak, anda tidak perlu risau kerana ruangan yang disediakan sangat luas dan bersih. Penghuni hanya perlu membawa peralatan memasak seperti kuali dan lain-lain.
Queenstown adalah sebuah bandar yang dikelilingi tasik dan banjaran gunung yang indah dan antara tempat yang harus dikunjungi ialah Skyline Gondola. Ia boleh dikatakan seperti kereta kabel yang membawa pengunjung ke puncak bukit untuk melihat keindahan bandar Queenstown. Harga Skyline Gondola adalah NZ$39 untuk seorang dewasa. Pemandangan yang kami lihat sepanjang menaiki gondola sememangnya tidak akan kami dapat lupakan kerana ia sungguh indah tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata.
Keesokan harinya, kami bergerak ke Lake Tekapo dan perjalanan mengambil masa selama 3 jam. Lake Tekapo merupakan tasik kedua terbesar di New Zealand dan ia merupakan destinasi pelancongan yang popular kerana pemandangannya yang sangat cantik dan luar biasa dengan air tasik yang berwarna seperti cahaya kebiruan, tanah rumput yang cantik, serta kelihatan dari jauh gunung yang disaluti salji. Kami sekeluarga meluangkan masa bersantai di tepi tasik sambil menikmati keindahan suasana. Selepas hampir 2 jam berada di sana, kami pulang semula ke Chrischurch.
Dalam perjalanan dari Lake Tekapo ke Chrischurch, kami singgah di Geraldine yang merupakan sebuah perkampungan kecil terletak jauh dari kawasan bandar. Setibanya di pekan Geraldine, kami terus ke The Barker’s Shop iaitu kedai menjual pelbagai jenis jem, chutney, sos dan bermacam-macam lagi. Sesuai lah untuk dijadikan sebagai buah tangan atau ole-ole apabila pulang ke Malaysia nanti. Setelah selesai membeli-belah, kami teruskan perjalanan ke Chrischurch untuk menetap di sana semalaman sebelum pulang ke tanah air.
Sejak dari awal pagi lagi, kami telah bergerak ke Auckland dengan menaiki Jetstar dan setibanya di Auckland Airport, kami menunggu beberapa jam lagi untuk menaiki penerbangan ke Malaysia. Berat hati mahu meninggalkan negara sejuk ini, walaubagaimanapun kami pasti akan kembali lagi ke sana dengan membawa lebih ramai lagi ahli keluarga lain. Selamat tinggal New Zealand, terima kasih untuk segala kenangan manis dan memori indah!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...