Port Dickson sememangnya amat terkenal sebagai pantai peranginan yang menjadi pilihan ramai pengunjung sama ada di musim cuti atau hujung minggu. Bukan saja pantainya yang cantik, ada banyak penginapan tatkala bercuti di sini bermula dari RM100 semalam dan ke atas mengikut budget masing-masing.
Kalau ada cadangan nak bercuti panjang di Port Dickson sempena Cuti Tahun Baru Cina, antara yang boleh dicuba ialah The Mango’s Park Port Dickson yang terletak di Batu 3, Jalan Pantai Bagan Pinang.
Menawarkan tiga jenis penginapan bermula serendah RM100 ke atas, ada tiga pilihan penginapan boleh cuba di sini. Tak kisah sama ada style backpackers atau berkeluarga, pilihan boleh dibuat mengikut budget.
Ads
Tiga jenis pengipan disediakan di sini ialah Gegelung House Hotel, Backpackers Room dan A Frame House.
Apa yang best di sini?
Ads
Fasiliti di sini lengkap termasuk tempat makan (jalan kaki 10 minit dah sampai), jalan tak sampai 20 meter dan sampai pantai. Kalau berkereta pula dua minit dah sampai KFC dan stesen minyak selain dekat dengan Pantai Saujana, Pantai Cahaya Bulan dan Muzium Tentera Darat.
Ads
Di Mango’s Park, ada berbagai aktiviti boleh buat termasuk nak hiking, water rafting, berkayak, paint ball, buat hari keluarga serta team building dan lain-lain lagi yang mana pihak pengurusan boleh sediakan transport kalau untuk aktiviti-aktiviti ekstrem di sini.
Kolam mandi juga di sedikan termasuk tempat BBQ, surau, café. Paling best ada tiga café iaitu Lantak Kafe (ada live band setiap hari), Kaidz Café serta Raja Dulung untuk makan tengahari dan makan malam. Selain itu di sini ada kemudahan dewan, padang dan lain-lain lagi. Boleh makan-makan steamboat di sini dan paling penting buffet breakfast ada di sediakan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Negara kita mempunyai banyak lokasi alam semulajadi yang menarik untuk diteroka.
Bagi anda suka akan kedamaian dan alam hijau yang tenang, 5 lokasi ini wajib singgah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup anda.
Anda tidak harus melepaskan peluang untuk menghirup udara segar yang masih belum tercemar di Bukit Larut atau dikenali juga dengan nama Maxwell Hill yang terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Taiping. Ambil peluang untuk bersiar-siar sambil melihat pemandangan indah bandar Taiping hingga ke laut Selat Melaka dari ketinggian 1250 meter dari paras laut. Pemandangan di waktu malam dari atas Bukit Larut tidak sama dengan pemandangan di waktu siang.
Pada waktu malam cahaya lampu rumah, kilang, jalan raya dan kedai menerangi bandar Taiping. Jika di waktu siang suhunya di antara 15 hingga 25 darjah celsius berbeza pula di waktu malam, kedinginan semakin terasa dan suhunya boleh mencecah sehingga 10 darjah celsius ditambah pula dengan fenomena hujan bukit yang hampir setiap hari berlaku.
Bario merupakan lokasi tanah tinggi yang mesti dilawati kerana ia bukan saja sejuk tetapi mempunyai pemandangan yang indah memukau. Terletak di pedalaman Sarawak, bario bermaksud angin mengikut bahasa etnik Kelabit. Tanah tinggi Bario berketinggian 1150 meter dari aras laut ini mempunyai kualiti udara yang sangat bersih kerana kedudukannya berhampiran Gunung Murud, gunung tertinggi di Sarawak. Kesejukan tanah tinggi Bario ini pernah mencecah 11 darjah celsius sehinggakan pengunjung terpaksa mengenakan selimut yang tebal pada waktu malam. Jika anda mahu garam bukit dan padi yang paling berkualiti di Malaysia serta bebas bahan kimia, di sinilah tempatnya.
Ba’Kelalan pula berdekatan dengan Bario ini merupakan penempatan bagi kaum Lun Bawang. Ba’Kelalan iaitu “Ba” bermaksud padi manakala Kelalan pula adalah nama sebatang sungai mempunyai beberapa kampung. Jangan tidak percaya, kawasan ini terkenal dengan penanaman buah epal. Jika anda berkunjung ke sini, aktiviti kebudayaan menanti anda. Epal Ba’Kelalan yang lebih dikenali sebagai epal Manalagi di Jawa Timur didapati mampu hidup subur di kawasan Ba’Kelalan yang suhunya sekitar 20 darjah celsius.
Terletak di Kuantan, Air Terjun Sungai Pandan juga dikenali sebagai atau Air Terjun Panching oleh penduduk setempat merupakan destinasi beriadah popular. Kawasan ini juga merupakan sebahagian daripada Hutan Lipur Pandan. Lokasi ini menjadi tumpuan ramai untuk berkelah, mandi manda atau bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan.
Jika dilihat pada air terjun yang mengalir, pasti membuatkan ramai terpesona. Mana tidaknya, landskap air terjun yang terbentuk di sini begitu cantik dan unik. Terdapat sebuah jambatan gantung merentasi sungai di air terjun ini yang sesuai menjadi lokasi untuk merakam kenangan. Jika anda bercadang untuk datang berlibur dan bersantai di Air Terjun Sungai Pandan ini pada hujung minggu atau cuti umum, pastikan anda datang lebih awal untuk ‘dapatkan’ port tempat berkelah menarik berlatarbelakangkan air terjun ini.
Bukit Piniapat, Pitas Sabah
Jika anda peminat aktiviti mendaki, bukit ini pasti menjanjikan kepuasan tersendiri. Dengan pandangan menghadap laut, Bukit Piniapat atau lebih dikenali dengan nama Piniapat Hills terletak di Kampung Dingai, Pitas, Sabah.
Untuk tiba ke kawasan bukit yang cantik itu, anda peru melalui beberapa trekking terlebih dahulu yang terletak lebih kurang 100 meter dari pondok jualan tiket. Keadaan trek agak curam dan licin, namun laluan tersebut selesa digunakan kerana mempunyai ruang jarak yang luas. Selain itu kemudahan tali dan papan tanda juga disediakan sebagai panduan arah.
Gunung Jerai merupakan salah satu produk pelancongan di negeri jelapang padi Kedah yang merupakan lokasi menyegarkan. Buat anda yang ingin berkunjung ke sini hanya perlu melalui perjalanan sejauh 14 kilometer dari kaki gunung ke puncak menggunakan kenderaan. Di sini juga tersedia kemudahan penginapan yang dikelilingi dengan pelbagai jenis flora dan fauna berwarna-warni.
Kedinginan udara sekitar 18 hingga 25 darjah celcius amat menyamankan lebih-lebih lagi ia dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok yang menghijau. Pemandangan indah di sekeliling lokasi berkenaan juga pasti akan mengasyikkan setiap pengunjung kerana dari puncak resort berkenaan anda boleh melihat pemandangan sekitar negeri Kedah terutama pemandangan sawah padi yang luas terbentang indah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nasib golongan gelandangan di Kuala Lumpur ketika Perintah Kawalan Pergerakan terbela apabila pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menempatkan golongan itu di beberapa buah pusat transit sementara bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Salah sebuah pusat transit gelandangan di Pusat Komuniti Sentul Perdana boleh menempatkan lebih 180 penghuni. Mereka disediakan dengan kubikel seperti bilik khas selain tilam dan selimut diberikan sepanjang berada di pusat tersebut.
Kebajikan golongan ini sentiasa dijaga pihak DBKL dengan memastikan segala kemudahan disediakan serta dijamu dengan makanan sebanyak enam kali sehari. Setiap daripada mereka turut menjalankan sistem data biometrik bagi setiap gelandangan yang ditempatkan bagi memudahkan pelbagai agensi menyalurkan bantuan atau sumbangan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sebelum ditempatkan di penempatan sementara itu, warga gelandangan akan menjalani saringan kesihatan untuk memastikan mereka bebas dari COVID-19. Tiada kes positif dalam kalangan gelandangan dilaporkan setakad ini.
Penempatan sementara warga gelandangan itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu golongan sihat warganegara, gelandangan bermasalah sakit berjangkit, mental dan penagihan dadah serta bukan warganegara:
Beruntung warga Kuantan kerana tak lama lagi, ibu negeri Pahang Darul Makmur itu bakal dihiasi dengan satu monumen pelancongan bertaraf antarabangsa iaitu Menara Teruntum.
Menara Teruntum yang dijadualkan siap pada bulan Julai ini berketinggian 180 meter dan, pengunjung yang datang boleh menikmati keindahan bandar Kuantan dari atas serta kecantikan panorama Sungai Kuantan yang menghiasi bandar itu.
Buat masa ini, kerja-kerja pembinaan menara ikonik di Kuantan itu sudah mencapai 85 peratus dan akan dibuka kepada orang awam selepas memperoleh kelulusan daripada pihak berwajib.
Dengan adanya Menara Teruntum ini, ianya menjadi menara yang paling tinggi di Pantai Timur Semenanjung dan akan ramailah pelancong-pelancong yang bakal singgah ke sana untuk merasai sendiri keseronokkan yang ditawarkan di bandar Kuantan.
Selain itu, mercu tanda terbaharu negeri Pahang ini juga bakal meletakkan negeri itu di dalam kalender pelancongan negara. Oleh demikian, Berita Harian Online melaporkan bahawa Majlis Perbandaran Kuantan akan menghidupkan kembali Kuantan River Front dan Kuantan River Cruise bersempena dengan kehadiran Menara Teruntum yang baharu itu.
Pengunjung yang datang akan dapat merasai dan menikmati pemandangan sepanjang Sungai Kuantan menggunakan dua perkhidmatan itu nanti dan dalam masa sama, program jejak sejarah turut akan diwujudkan untuk pelancong mendalami dengan lebih lanjut mengenai sejarah di tempat itu.
Bila bercakap tentang hotel, ramai orang terus bayangkan tempat untuk tidur, mandi dan berehat sebelum sambung berjalan keesokan hari. Tetapi di beberapa destinasi dunia,...