Changlun yang terletak 42 km dari Bandar Alor Setar adalah sebuah pekan kecil yang cukup pesat membangun. Changlung yang berasal daripada Bahasa Thai yang membawa maksud Gajah mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Salah satunya adalah Air Terjun Bukit Perangin.
Umpama permata tersembunyi yang ada di sana, perjalanan yang agak mencabar ke sini memang berbaloi.
Ads
Perjalanan selama dua jam pendakian untuk sampai ke air terjun super cantik ini ternyata berbaloi. Bawa makanan dan kelengkapan lain untuk piknik kat sini. Dah penat hiking mesti seronok dapat makan dengan view yang super cantik ni kan.
Ads
Terdapat dua pilihan jalan untuk sampai ke sini, pertamanya adalah melalui Wang Perah atau anda boleh melalui Changkat Setol untuk sampai ke sini.
Bagi yang sukakan aktiviti alam seperti hiking, tempat ini wajib anda singgah. Bukan sahaja tempatnya cantik dan masih terpelihara, pasti yang sampai ke sini akan rasa teruja, hilang segala penat jerih untuk sampai ke sini. jadi jangan lupa ya singgah ke Air Terjun Bukit Perangin jika anda berada di Kedah atau datang ke Changlung.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ribuan obor-obor merah yang aneh dan jarang dilihat, ditemui terdampar sepanjang Pantai Mawilla, lokasi pantai perkelahan terkenal sejak minggu lepas.
Ramai pihak tertanya-tanya bagaimana spesies dengan rupa pelik itu boleh muncul di sepanjang kira-kira 400 meter pinggir Pantai Mawilla. Jabatan Perikanan Labuan telah mengkategorikan kehadiran haiwan laut itu sebagai fenomena yang jarang berlaku.
Obor-obor itu telah dikenal pasti oleh pakar di Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr B.A. Venmathi Maran sebagai Crambione mastigophora (Cnidaria, Scyphozoa) atau lebih dikenali dengan nama ‘Sea Tomato’. Spesies ini tidak diketahui mempunyai sengatan yang berbahaya kepada manusia, tetapi tentakel mereka masih boleh menyengat selepas haiwan itu mati.
Ia boleh menyebabkan kerengsaan kulit, alahan dan ketidakselesaan. Justeru, orang ramai dinasihati tidak menyentuh obor-obor walaupun telah mati. Mereka juga diingatkan tidak masuk ke dalam air berrhampiran lokasi obor-obor itu terdampar, kerana kemungkinan masih terdapat kumpulan obor-obor di kawasan itu.
Fenomena itu dikaitkan dengan keadaan angin dan gelombang yang kuat, ketika arus air Laut China Selatan di Labuan menghala ke arah selatan, menyebabkan obor-obor itu itu dihanyutkan ke perairan cetek berhampiran pantai.
Zarania Caravan Park sesuai buat anda yang mahu merasai percutian yang mendamaikan dan tenang daripada hiruk pikuk bandar.
Hanya mengambil masa 10 minit untuk sampai dari Plaza Tol Gopeng, Perak yang mana kawasan ini terkenal dengan aktiviti sungai yang mencabar.
Buat anda yang pertama kali yang menginap di dalam karavan, pasti akan jatuh cinta dengan pengalaman tinggal dalam kenderaan van panjang yang lengkap dengan katil selesa dan bilik air.
Zarania Caravan Park memiliki dua jenis karavan untuk dua orang dan empat orang, selain chalet berhawa dingin dan berkipas serta pondok yang berkonsepkan rumah kampung.
Apa yang menarik, lantai pondok penginapan yang berbunyi ketika berjalan cukup mengimbau nostalgia rumah kampung. Ada pondok penginapan yang membolehkan pengunjung beristirehat sambil menghirup udara segar yang nyaman.
Malah talian internet dan telefon bagi sesetengah syarikat telekomunikasi yang sukar untuk dicapai akan membolehkan pengunjung benar-benar menggunakan waktu bercuti dengan sepuas-puasnya dan berkualiti dengan orang tersayang.
Ini kerana segalanya bersatu dengan ketenangan daripada kesibukan kota, keindahan pokok-pokok yang meredupi dan kesejukan air serta angin dari sungai yang terbentang luas sambil menikmati alam semula jadi.
Lebih mengujakan, suasana pada waktu malam ditemani bunyi-bunyi alam semula jadi seperti cengkerik dan unggas yang mempesonakan.
Di sini ada sungai yang bersih di belakang resort dan persekitaran kebun turut menggamit suasana tenang kepada pengunjung.
Selain dapat bersantai di ruang dalam dan luar karavan, pelbagai lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang percutian anda di sini seperti memancing, mandi sungai, berkelah, BBQ dan aktiviti water rafting.
Selain itu, pengunjung mencuba aktiviti ATV dengan bayar RM100 atau aktiviti mendaki di Bukit Batu Putih yang terletak hanya 10 minit daripada tempat ini.
Jadi, anda boleh menikmati Zarania Caravan Park dengan cara berdamai dengan alam semula jadi, pasti puas!
Hari ini ramai yang memilih untuk menginap di hotel atau resort yang mempunyai kelainan daripada kebiasaannya. Disebabkan itu pelbagai konsep dan reka bentuk penginapan yang kreatif serta unik wujud sejak akhir-akhir ini disebabkan ‘ada’ permintaan.
Antaranya penginapan yang berkonsepkan kabin atau kontena yang sangat menarik untuk di cuba. Di negeri Se;angor sendiri telah wujud beberapa penginapan sebegini. Jom la cuba bermalam!
.
.
Berada tidak jauh daripada bandaraya Kuala Lumpur, penginapan kabin dalam suasana alam yang dikelilingi pepohon hijau ini terasa begitu tenang. Bawa yang tersayang lari sebentar dari kesibukan bandar ke tempat penginapan sebegini! Lokasi: Jalan Pansoon, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor
.
.
Nafas Cube terletak dalam kawasan pertanian milik MARDI iaitu di MAEPS, Serdang.Terdapat pelbagai jenis penginapan yang tersedia mengikut citarasa pengunjung. Bagi anda yang merupakan peminat agro pelancongan, menginap di sini adalah pilihan terbaik. Lokasi: Jalan MAEPS 4/1, 43400 Serdang, Selangor
.
.
Penginapan di kontena atau kabin ini terletak di kawasan yang dikelilingi landskap hijau yang tenang. Selain itu, konsep warna serta kemudahan di sekelilingnya bertemakan alam semulajadi. Bagi anda yang ingin melarikan diri daripada kesibukan kota, di sini la lokasi percutian terbaik. Lokasi: Jalan Seruling 20, Kuala Kubu Bharu 44000, Selangor
.
.
Berada di persekitaran sawah padi, penginapan dalam kontena ini pasti memberi kelainan dan kepuasan yang berbeza. Kemudahan kolam renang yang disediakan pasti mengujakan tetamu yang hadir bersama si kecil.
Lokasi: 11304, Jalan Tepi Sawah, Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor
.
Terletak berhampiran Pantai Remis, Kuala Selangor. The Kabin menyediakan penginapan kontena sesuai untuk individu, pasangan dan berkumpulan. Terdapat kemudahan kolam renang di tengah-tengah kawasan utama ‘hotel kontena’ ini. Lokasi: Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Kuala Selangor, Selangor
.
.
Sekinchan Padi Box penginapan dalam kabin yang berwarna-warni serta mempunyai permandangan sawah padi yang luas terbentang. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini antaranya berbasikal mengelilingi kawasan sekitar. Lokasi: Jalan Tali Air 4, Kampung Parit Empat, 45400 Sekinchan, Selangor
.
Sumber Gambar: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...