Berpeluang menjejak kaki ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) terutamanya Dubai atau jolokan negara padang pasir pasti berasa teruja.
UAE adalah gabungan tujuh wilayah iaitu Dubai, Abu Dhabi, Sharjah, Ajman, Umm al-Qaywayh, Ras Al Khaimah dan Al- Fujayrah. Dubai antara bandar raya terkaya dunia dan bandar raya kosmopolitan, perdagangan selain pusat komersial. Di Dubai juga terletaknya sebuah lokasi istimewa iaitu Quranic Park. Jika berkesempatan, jangan lupa untuk singgah ke sini.
Melalui perkongsian di Facebook saudara Mohd Helmi , beliau ada kongsikan kunjungannya ke 'Taman Al-Quran' ini.
Ads
OPEN PARK: FREE
Kat sini ada taman-taman bunga dan pelbagai jenis pokok bukan bunga yang menarik, cuma mungkin sebab saya sampai bulan 5 yang suhu dah boleh suhu cecah lebih 40, jadi bunga tak berapa banyak. Di luar kawasan ini juga ada gym terbuka untuk pengunjung guna secara percuma. Kalau musim sangat panas kurang sesuai digunakan kerana terlalu terik.
Ads
GLASS HOUSE / RUMAH KACA
Anda dikenakan bayaran sebanyak 10 dirham (dibayar bersama-sama tiket masuk ke cave). Di sini terdapat sebanyak 29 jenis tanaman yang diceritakan dalam Quran dan Hadis. Kawasan dalam ini aga sejuk. Dapatlah sejukkan badan sekejap sebab sejuk beraircond. Tempat ala-ala herbarium ini disusun rapi dan ada penerangan pada setiap tanaman itu. Ada juga jenis tanaman yang exotic macam buah tin, delima, dan lain-lain.
Ads
CAVE
Bagi saya ini spot paling informatif yang diterangkan di taman ini. Seronok sangat bila ditayangkan video dan interactive effects mengenai mukjizat-mukjizat nabi yang ada diceritakan dalam Quran. Ada dalam 6 ke 7 mukjizat pelbagai nabi kalau tak silap. Saya pun lupa. Dan paling menarik Nabi Isa, Uzair dan Muhammad SAW. Penerangan audio dibuat mengikut majoriti kumpulan teramai. Hari saya datang itu kebetulan ramai Arab so yang tak faham Bahasa Arab ada petugas akan bagi headphone+ translator device. Headphone boleh bawa balik.
KOLAM TERBELAH DUA (Simbolik peristiwa belahan laut Nabi Musa)
Saya rasa ini cuma simbolik sahaja. Rasanya Ini attraction paling ramai pengujung nak singgah. Di tengah-tengah kolam ada air pancut yang cukup deras dan tinggi. Memang best. Kita boleh lalu di tengah-tengah antara kolam ini. Kalau angin kuat memang akan basah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Terletak di lokasi paling selatan dalam Malaysia, Johor mempunyai banyak destinasi hijau dan semulajadi yang menarik. Kebanyakkan lokasi ini sudah diberi nafas baru dengan penambahan beberapa kemudahan pelancongan yang lebih selesa untuk kunjungan ramai.
Lokasi hijau di Johor ternyata memiliki keunikan tersendiri yang sesuai dilawati oleh semua peringkat umur dan pasti akan memberi pengalaman yang menakjubkan!
Taman Negara Endau- Rompin
Merupakan taman negara kedua terbesar di Malaysia meliputi kawasan seluas lebih 80,000 hektar. Taman Negara Endau – Rompin berusia 250 juta tahun menjadikannya antara hutan hujan tropika yang tertua di dunia. Taman Negara ini kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna termasuk yang jarang-jarang ditemui.
Alamat: Taman Negara Endau – Rompin, Mersing, Johor
Taman Negara Tanjung Piai
Di sini terletaknya destinasi paling hujung di Asia yang popular sebagai Tip of Asia iaitu Tanjung Piai, Johor. Kalau ada yang belum tahu, ‘Tip of Asia’ ini berada dalam kawasan hutan paya bakau berkeluasan 900 hektar yang digazetkan sebagai Taman Negara Tanjung Piai.
Port ini sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong untuk merakam foto kenangan di arca globe bersaiz besar sebagai ‘saksi’ mereka pernah menjejakkan kaki di lokasi paling hujung Asia. Dari lokasi ini juga pengunjung boleh melihat dua negara yang berbeza iaitu negara Singapura dan Pulau Pisang, Indonesia.
Taman Negara Tanjung Piai turut tersenarai dalam senarai Ramsar iaitu senarai tanah lembap yang dipersetujui melalui Konvensyen Tanah Lembap. Aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah mengelilingi hutan paya bakau, melihat sekeliling hutan dari menara tinjau, berkhemah dan memancing.
Alamat: Mukim Serkat, 82030 Pontian, Johor
Taman Negara Pulau Kukup
Keindahan biodiversiti menjadi tarikan utama di Taman Negara Johor Pulau Kukup yang merupakan satu pulau paya bakau terbesar di dunia yang tidak didiami. Tarikannya biodiversitinya antara lain ialah 27 spesies bakau asli yang popular iaitu bakau kurap dan bakau minyak selain spesies mamalia, reptilia, dan spesies ikan yang terdapat di taman negara itu.
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah mengelilingi hutan paya bakau, menyusuri Sungai Ular dengan menaiki bot, dan menyaksikan pemandangan pulau dari menara tinjau.
Alamat: Lot 1319, Mukim Air Masin, 82300 Kukup, Pontian, Johor
Taman Negara Gunung Ledang
Gunung Ledang sememangnya sinonim dengan masyarakat di negara ini. Baik yang muda apatah lagi yang tua pasti pernah mendengar kisah mengenainya. Tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, tujuh tempayan air mata anak dara dan jambatan emas merupakan antara syarat yang dikenakan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah yang ingin meminangnya.
Biarpun terlalu banyak kisah mistik masih menyelubungi gunung itu, namun ia bukan penghalang kepada para pendaki baik dari dalam mahupun luar negara untuk menawan puncaknya.Lantaran itu Gunung Ledang setinggi 1,276 meter yang terletak di Tangkak, Johor dan bersempadan dengan Melaka merupakan antara lokasi wajib bagi mereka yang mengemari aktiviti mendaki.
Gunung Ledang memang diakui sebagai gunung yang unik kerana mempunyai flora tersendiri kerana terasing daripada Banjaran Titiwangsa.Selain itu kaki gunung Ledang juga merupakan titik pertemuan antara tiga negeri Johor (Tangkak), Negeri Sembilan (Gemas) dan Melaka (Jasin).
Alamat: Ledang, Johor
Hutan Lipur Gunung Arong
Terletak 17 km dari bandar Mersing melalui Jalan Mersing-Endau dan 151 km dari Bandaraya Johor Bahru. Hutan Lipur Gunung Arong terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Arong , iaitu hutan dipterokarpa tanah pamah. Hutan lipur ini sesuai sebagai tempat berrekreasi sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
Selain itu, pengunjung dapat mengenali pelbagai jenis pokok di sini. Hutan Lipur ini boleh dikunjungi dengan menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan awam seperti bas dan teksi.
Alamat: Hutan Simpan Gunung Arong, 86800 Mersing, Johor (17km dari Bandar Mersing melalui Jalan Mersing – endau dan 151km dari Bandaraya Johor Bahru)
Hutan Bandar MBJB
Hutan Bandar MBJB merupakan hutan di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru untuk riadah meliputi kawasan seluas 50 ekar. Sesuai dengan namanya, kawasan hijau yang terletak di tengah bandaraya Johor Bahru ini adalah pusat rekreasi yang mengekalkan fauna semulajadinya dengan modifikasi minimum bagi tujuan pembangunan kawasan ini.
Terdapatnya taman permainan ‘Children Adventurous Park’ dan kolam mandi khusus untuk kanak-kanak. Di lokasi ini juga disediakan untuk aktiviti perkhemahan dan BBQ. Pengunjung juga boleh menjamu selera di Medan Selera Atap Belian sambil menikmati pemandangan semulajadi. Alamat: Jalan Tasek Utara, Kolam Ayer, 80100 Johor Bahru, Johor
Hutan Lipur Gunung Pulai
Walaupun ia dipanggil sebagai gunung, namun ketinggiannya hanyalah 654 meter sahaja. Hutan Lipur Gunung Pulai menang pada sisi hutan dan panorama indah di puncak. Terletak 17 km dari bandar Mersing melalui Jalan Mersing-Endau dan 151 km dari Bandaraya Johor Bahru, Hutan Lipur Gunung Arong sesuai sebagai lokasi menikmati keindahan alam hijau.
Ia antara lokasi pendakian cukup dikenali bagi penduduk setempat dan warga Singapura. Pengunjung akan melalui Kampung Sri Gunung Pulai yang menjadi pintu masuk ke hutan lipur berkenaan. Kepelbagaian flora dan fauna menjadi daya tarikan kepada pengunjung untuk berekreasi di gunung itu. Hasil pendakian anda sangat mengujakan dengan pemandangan yang sangat indah.
Jika pendakian bukan pilihan, anda boleh memilih untuk bersantai atau berkelah sahaja di kawasan air terjun berdekatan.
Alamat: Pekan Nenas, Johor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
New Zealand pada 8 Jun 2020 lalu meraikan kemenangan memerangi wabak COVID-19 selepas kerajaannya mengumumkan negara itu tidak lagi mempunyai kes aktif.
Foto: pixel.com
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata pesakit COVID-19 terakhir telah disahkan sembuh, berita gembira itu mendapat pujian banyak pihak dan menjadi antara tajuk utama di seluruh dunia. Beliau turut mengumumkan kehidupan di New Zealand akan kembali seperti biasa dan menarik balik sekatan.
“Kita tidak mempunyai lagi kes baharu COVID-19 dan mulai hari ini kita bergerak ke Tahap Satu daripada Tahap Dua, tetapi sempadan masih ditutup,” katanya.
Kes COVID-19 pertama di New Zealand dilaporkan pada 28 Februari 2020, serentak dengan itu negara berkenaan turut mengumumkan larangan perjalanan untuk Iran dan China bagi mengekang penularan virus itu.
Pada awalnya Jacinda Ardern hanya mengenakan sekatan separa pada 23 Mac 2020.
Dua hari selepas itu, kerajaan mengisytiharkan sekatan pergerakan di seluruh negara apabila negara itu mengesahkan 200 kes.
Kemudian pada 27 April 2020, sekatan pergerakan dilonggarkan dengan Wellington membenarkan beberapa perniagaan beroperasi semula dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan. Bagaimanapun, perintah duduk di rumah masih dikuat kuasa.
Pada 13 Mei, New Zealand semakin melonggarkan sekatan, membenarkan perniagaan, kafe dan restoran dibuka semula, majlis perkahwinan dan pengebumian juga dibenarkan dengan mematuhi syarat penjarakan sosial. Sebahagian sektor pendidikan juga dibenar beroperasi semula.
8 Jun 2020, Kementerian Kesihatan mengatakan tiada lagi kes aktif COVID-19 di New Zealand, pesakit terakhir berjaya sembuh. Namun, langkah pencegahan dan berwaspada perlu terus diamalkan.
Walaupun telah mengumumkan bebas COVID-19, orang ramai yang tiba di New Zealand ini masih perlu dikuarantin selama dua minggu dan akan menjalani saringan dua kali dalam tempoh kuarantin. New Zealand mencatatkan kes COVID-19 sebanyak 1,504 dengan 22 kematian.
Di bahagian tengah negara Bulgaria, iaitu Zagora terdapat sebuah pasar unik dan sangat popular dipanggil ‘Bridal Market’ (pasar pengantin).
Foto: Shuttle Stock
Setiap tahun, beratus-ratus keluarga dari golongan gipsi akan memeriahkan pasar ini dengan acara tradisi mereka iaitu menjual anak gadis berusia 15 tahun ke atas. Pasar ini hanya akan diadakan sekali hingga empat kali sahaja untuk setahun bertujuan memeperkenalkan anak gadis yang sudah layak berkahwin kepada bakal pengantin lelaki.
Setiap gadis yang akan ‘dijual’ dihias dengan pakaian menarik serta solekan tebal sambil menunggu bakal suami datang membelek. Uniknya, setiap gadis yang akan ‘dijual’ oleh keluarga mereka ini tidak langsung dipaksa untuk melakukan perkara tersebut tetapi dengan sukarela menyertai acara cari jodoh ini. Paling utama, gadis yang ingin turut serta dalam acara ‘menjual diri’ ini haruslah seorang perawan.
Suasana tawar-menawar ketika di pasar pengantin ini merupakan perkara biasa yang boleh dilihat seakan pasar harian biasa. Anak lelaki akan berjalan ditemani bersama ibu dan keluarganya sekitar pasar ini untuk memilih calon isteri dan menantu yang berkenan dari dekat. Malahan, peha gadis tersebut akan dicubit dahulu untuk memperlihatkan tahap kesuburan mereka.
Harga yang diberikan kepada pengantin perempuan sekitar RM 12,000 sehingga RM 24,000. Namun, kebelakangan ini harga pengantin telah menurun sehingga RM 1,600 seorang. Boleh dikatakan selalunya keluarga si gadis akan segera menerima calon suami anaknya jika lelaki tersebut datang dari keluarga kaya tanpa usul periksa.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...