Taman Negara Bukit Lambir antara destinasi ekosistem semulajadi yang lengkap di Malaysia, mengambil masa lebih sejam setengah pemanduan dari bandaraya Miri. Kawasan hutan tropikanya seluas 6,952 hektar telah menghasilkan tahap tumbesaran tumbuhan tertinggi di dunia.
Di sini menjadi habitat kepada lebih 200 spesis burung, tupai, babi hutan, monyet, dan beberapa spesis serangga unik. Taman Negara Bukit Lambir juga mempunyai beberapa trek perjalanan yang boleh membawa pengunjung ke kawasan air terjun yang dingin.
Kebanyakan trek di Taman Negara Bukit Lambir bersambung antara satu sama seperti trek ke Bukit Pantu, Trek Air Terjun Nibong dan Trek Air Terjun Latak. Namun, Trek Air Terjun Latak merupakan yang paling mudah dan popular untuk dikunjungi.
Ads
Pada hujung minggu, kawasan ini pasti menjadi tumpuan pengunjung terutamanya penduduk tempatan untuk berkelah. Untuk sampai ke Air Terjun Latak, pengunjung akan melalui kawasan laluan air jernih yang bakal menemukan sebuah kolam mandi hutan yang besar dikelilingi dinding batu curam. Tidak jauh dari situ, kelihatan lambaian Air terjun Latak setinggi 25 meter mengalukan kedatangan pengunjung.
Ads
Untuk keselesaan pengunjung, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti bilik persalinan, tandas dan kawasan berkelah. Demi keselamatan, satu petanda aras diletakan di kawasan air terjun sebagai peringatan lokasi tersebut sangat bahaya dan tidak sesuai bermandi manda khusus bagi kanak-kanak dan individu yang tidak pandai berenang.
Ads
Info Bukit Pantu
Untuk ke Trek Bukit Pantu dan Air Terjun Pantu, pengunjung akan melalui trek yang sama ke Air Terjun Latak, tetapi berpisah di satu persimpangan yang diletakkan papan tanda. Pengunjung akan melalui kawasan peninggalan menara pokok, kemudiannya menurun ke kawasan hutan tebal menuju air terjun Nibong, tempat yang sesuai untuk berehat seketika.
Kawasan selepas trek Air Terjun Pantu pula merupakan kawasan tinggi hutan tebal yang dipenuhi bunyi hidupan liar di Lambir. Setelah berjalan 4km, trek ini berpecah, pusingan kanan akan membawa anda ke puncak Bukit Lambir.
Sepanjang perjalan di trek yang disediakan, terdapat pelbagai info menarik yang diletakkan pada setiap tumbuhan untuk pengetahuan pengunjung.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hokkaido merupakan satu daripada empat pulau utama di Jepun berada paling utara dengan keluasan 83,424 kilometer persegi.
Di sini terdapat pelbagai keistimewaan dan tarikannya meliputi budaya dan sejarah, keindahan taman, mahupun keenakan hidangan makanan laut segar. Ibu kotanya adalah Sapporo, manakala bandar utama lain adalah Asahikawa, Hakodate, Kushiro, Tomakomai, Obihiro, Otaru, Ebetsu dan Kitami.
Bandar raya kelima terbesar di Jepun yang juga pusat perniagaan, komersial dan pemerintahan Hokkaido, Sapporo turut menawarkan pelbagai tarikan pelancongan yang cukup mempesona buat anda yang inginkan kelainan di negara matahari terbit ini.
Tatkala musim sejuk, ibu kota Hokkaido, Sapporo menjadi destinasi terbaik buat anda menikmati kedinginan salji yang memenuhi bandar raya ini.
Sumber Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jom bercuti di Taiwan, banyak sungguh tempat menarik di sana dan nak bergerak ke mana-mana pun senang. Caranya mudah, ikuti perkongsian saudari Nurul Anasuha Marzuki ini…
Sebab vibe Korea dan Taiwan lebih kurang sama, mungkin anda boleh masukkan Taiwan in your travel list akan datang.
Bercuti Di Taiwan, Jom!
1. Tak perlu visa untuk masuk ke Taiwan, hanya perlu passport.
2. Taiwan bagi saya sangatlah Muslim friendly, rakyat mereka pun daripada yang muda hingga yang berusia semua sangat polite, helpful, very kind, akan cuba tolong from A-Z walaupun masalah utama kat sana adalah language barrier. Tapi jangan risau, boleh guna google translator.
3. Segala jenis pengangkutan sangat mudah. Speed train voucher beli siap-siap di klook, harga dapat lagi murah, jadi smpai di THSR station just pergi ke counter untuk redeem tiket dan dapat reserved seat. Staff pun very helpful.
Untuk MRT, Bus, U-bike, pembelian di Convenience Store ( Family Mart, 7E ), boleh guna T-pass, harga NTD 100 ( and roughly RM15 ) kemudian boleh topup siap2-siap dalam NTD 500.
4. Maps untuk ke setiap tempat itu sangat mudah untuk dibaca dan difahami asalkan korang pandai baca & tengok maps tu.
Ini kami tak ambil pakej taroko sebab nak masa sendiri, tak nak in a group yang ad tour guide. Jadi dapat jumpa taxi ni yang memang bawa one day trip for 5 people NTD 3000. 6 tempat dia bawa dan semunya memang worth it puas hati.
Mudah Cari Tempat Makan
5. Kedai dan makanan halal banyak especially Indonesian Restaurant & mostly bersebelahan masjid di sana. Di Taipei pun ada Halal Beef Noodle & di Kaohsiung pun ada Halal restaurant by local at there. Paling penting bukan logo halal saja diorang pamerkan, diorang akan tunjuk sekali halal certificate.
6. Paling penting, no racist at all. Bayangkan di station MRT, airport memang sediakan tempat solat untuk Muslim siap ada simbol logo di atas untuk kita punya reference.
Rakyat mereka memang sangat hargai tourist, sebab tu mostly akan tahu kita Muslim especially tengok kita berhijab. Contohnya masa stay di homestay di Hualien, owner homestay dah siap-siap beritahu ada masjid di situ, siap buka maps untuk tunjuk cara nak pergi. Dan beritahu siap-siap ada pasar, boleh cari makanan halal di situ. What a surprise! Padahal kita tak sempat nak tanya pun.
Kedai halal di Jiufen
Satu lagi, kalau contoh waktu kami singgah kedai nak beli air, jadi memang agak lama sesi interview tenya segala ingredient dalam air tu. Mesti akan ada local kat sana yang boleh speak in english akan bantu & explain satu persatu.
Negara Yang Bersih
7. Negara ini sangat bersih, sepanjang 9 hari kami di sana, tak jumpa langsung tong sampah awam, & surprisingly satu sampah pun tak jumpa. Betul-betul berdisiplin rakyat di sana sampai kita pun simpan segala smpah dalam poket bawa balik hotel.
8. Pergi bulan 12, musim winter tapi tak ada snow kat sini. Tak silap ada satu tempat yang ada snow tapi kami tak pergi ke sana. Kami sempat ke Hualien untuk Taroko Gorge, Taipei city, Chiayi untuk ke Alishan Forest & Kaohsiung. Cuaca paling sejuk di Alishan Forest around 3 degrees, dapat la pengalaman bercakap sambil keluar asap kat mulut.
Banyak lagi nak share sebenarnya sebab bagi saya Tawian ini one of underrated country yang tak ramai berminat untuk pergi. Mungkin ada tapi tak ramai. Masa kat sana pun tak ramai Malaysian yang kami jumpa. Mostly Indonesian sebab mereka ramai kerja kat sana.
Okay, jadi boleh tengok gambar dan video di bawah bagi yang berminat dan nak tahu full itinerary, boleh komen juga.
Total hangus percutian ke Taiwan termasuk tiket flight return around RM3600.
Itinerary Sepanjang Bercuti Di Taiwan
Flight : KLIA – Kuohsiung – KLIA Air Asia Hotels / Homestay : Booking.com Transport : Public transport ( Speed train , Mrt , metro bus , uber & taxi )- tak ambil mana-mana pakej klook @ kkday, mostly kami decide adhoc nak naik apa. Foods : Sharifah Instant paxs , 7 E , Family Mart & muslims restaurants ( indonesians mostly)
Kami berjalan hampir 15- 20k steps setiap hari jadi total lebih kurang 50-60km
✈️KLIA – Kuohsiung
Hari Pertama
Day 1 explore Taipei city. Semuanya guna maps saja.
Landing
– HSR Speed Train Kuohsiung to Taipei ( around 1.5hours )
— TRA – Taroko Express Taipei – Xincheng / Hualien) – (2 hours)
Check in Ziteng Hua Hoemstay Hualien
– Free & Easy
– Rest & Recovery
Hari Kedua
Day 2 at Taipei, ni tgg tunggu bas nak ke Shifen & Jiufen.
– Taroko Gorge National Park
– Hualien Beach
– Check out Hualien Hotel
– TRA Xincheng / Hualien – Taipei (2 hours)
– Check in URTrip Hotel
Taipei
– Rest & Recovery
Hari Ketiga
Magical Alishan forest
– Disvovery Taipei
Taipei Main Station ( Underground Shopping & Restaurant)
– Ximending Walking Street ( ala bukit bintang KL )/ Keelung City
Hari Keempat
Jiufen Old Street
Discovery Taipei
– Juifen Old Street
– Shifen Waterfall
– Shifen Lantern
Free & Easy
Hari Kelima
Jam 6 pagi dah turun nak naik bas utk ke Alishan Forest
– Check out URTrip Hotel Taipei
– HSR Speed train Taipei – Chiayi
– Check in Orange Hotel Chiayi (Alishan)
– Free & Easy
– Discovery Chiayi ( riding a bike
– Rest & Recovery
Hari Keenam
Alishan Railway
– Bus Chiayi – Alishan ( 2 hours 30 mins)
– Scenic Train Alishan
– Free & Easy Walking in Alishan Forest
– Check out Orange Hotel Chiayi
– Alishan – Chiayi
– HSR Speed Train Chiayi – Kaohsiung
– Check In City Suite Hotel Kaohsiung
Hari Ketujuh
Kaohsiung Harbor port
Kaohsiung Discovery
– Kaohsiung Harbour
– Pier 2 Art Centre
– Ferry to Qijin Island
– Sunset @ Qijin beach
Kaohsiung Mosque
Hari Kelapan
Malam tu balik lepak lat Taipei City sekejap
– Check out City Suite Hotel Kaohsioung
Flight back Kaohsiung – KLIA
Hah, apa lagi, nanti cepat-cepat booking hotel kat sana dan terus gerak dengan ikuti tip yang dikongsi oleh wanita ini. Yang penting siap sedia apa yang patut bawa dan terus ‘fly’!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Lima Taman Eko-Rimba di Terengganu dibuka semula dan sedia menerima kunjungan pengunjung.
Taman Eko-Rimba yang mula dibuka ialah Lata Belatan di Besut, Lata Tembakah di Jertih, Chemerong, Bandar Bukit Bauk di Dungun, dan Sekayu di Hulu Terengganu. Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah membenarkan pusat rekreasi Lata Kolam Air Deru Ecopark di Jertih beroperasi semula mulai esok dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Antara aktiviti yang dibenarkan ialah:
Rekreasi umum seperti berkelah
Beriadah
Memerhati burung
Trek hutan
Senaman yang tidak melibatkan sentuhan badan
Penggambaran dan perfilemen
Serta lawatan berkumpulan tidak melebihi 20 orang
Aktiviti yang tidak dibenarkan pula adalah:
Aktiviti air termasuk mandi-manda di kolam awam
Kolam takungan dan kolam air terjun
Rekreasi sukan lasak seperti motorcross dan paragliding
Aktiviti tali seperti ‘high rope’ dan ‘wall climbing’
Majlis keramaian seperti hari keluarga
Penganjuran kem motivasi, ‘summer camp’ dan perkhemahan bermalam
Aktiviti pengurusan acara dan taman permainan kanak-kanak.
Bermula 1 Julai 2020 ini, aktiviti pendakian bukit dan gunung di hutan simpanan kekal di Terengganu dibenarkan secara harian sahaja dengan satu kumpulan pendaki tidak melebihi lima orang dan disyaratkan mengguna perkhidmatan pemandu alam semula jadi dan malim gunung berkelayakan atau yang berdaftar dengan jabatan itu. Permohonan permit memasuki hutan simpanan kekal bagi tujuan pendakian gunung di Terengganu adalah disyaratkan dua minggu sebelum tarikh pendakian.
Sementara itu, Muzium Negeri Terengganu juga sudah dibuka semula untuk kunjungan orang awam. Operasi akan bermula pada 10 pagi hingga 5.00 petang setiap hari dan jumlah pengunjung dihadkan bagi mematuhi jarak sosial satu meter yang disarankan kerajaan. Galeri pameran misalnya dihadkan untuk 200 orang sahaja pada satu-satu masa, Muzium Maritim (20 orang), Galeri Pelayaran dan Perdagangan serta perpustakaan (10 orang), Galeri Aquaria (lima orang) dan kedai cenderahati (tiga orang). Hanya pengunjung berusia 13 hingga 60 tahun sahaja dibenarkan berkunjung ke muzium dan mereka perlu memakai pelitup separuh muka serta memeriksa suhu badan dan menggunakan cecair pencuci tangan pembasmi kuman.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...