Tidak terjangkau oleh akal, Pantai Chenang yang riuh menjadi lokasi tumpuan pelbagai kegiatan sukan air, bersantai, serta merakam gambar kenangan di sini boleh sunyi sepi apabila suasana menjadi lengang tiba-tiba, tanpa kehadiran pelancong atau sebarang aktiviti.
Foto: Bernama
Lokasi yang sentiasa meriah dengan hiruk-pikuk pelancong kini kelihatan kosong berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan COVID-19, sejak 18 Mac lepas. Pantai Chenang boleh dijadikan gambaran terbaik kepada situasi dihadapi industri pelancongan Langkawi yang begitu terkesan susulan penularan wabak itu.
Wabak COVID-19 memberi impak besar kepada hampir semua penduduknya, bukan sahaja dari sektor pelancongan, malahan ekonomi. Langkawi sudah dikategorikan sebagai zon hijau kerana pesakit terakhir COVID-19 telah sembuh dan dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Maliha, tetapi sektor pelancongan masih tidak dapat bergerak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Industri pelancongan menyumbang 60 peratus kepada ekonomi pulau ini, jadi apabila kehadiran pelancong merudum dengan mendadak, situasi menjadi sangat mendesak.
Ads
Ads
Presiden Persatuan Pemandu Pelancong Langkawi (LTGA) Ardi Bahador berkata 220 orang ahli persatuan yang berkhidmat sebagai ‘duta kecil pelancongan’ hilang punca pendapatan, dan kini buntu memikirkan masa depan mereka. Rata-rata ahli persatuan merupakan pemandu pelancong sepenuh masa, pemandu pelancong bebas, dan juga bergaji harian. Ini bermakna sumber pendapatan mereka bergantung kepada kehadiran pelancong. Situasi sekarang benar-benar memberi tekanan, ada ahli persatuan cuba untuk mencari pendapatan sampingan seperti menjadi pemandu e-hailing, dan ada yang membuat jualan dalam talian, tetapi masih tidak dapat menampung kehidupan yang semakin mencabar.
Ads
Namun ahli persatuan bersyukur kerajaan ada memberi bayaran secara one-off sebanyak RM600 kepada pemandu pelancong yang berdaftar kerana impak wabak COVID-19 kepada industri pelancongan, dan berharap ada bantuan lain serta sesuai masih boleh disalurkan.
Pernah dengar lokasi menarik di Majalengka Indonesia? Haa… ini adalah satu daerah di Jawa Barat yang kurang diterokai ramai.
Sebenarnya di daerah Majalengka terdapat banyak destinasi pelancongan yang lebih menarik untuk anda terokai, tenang dengan menjamu mata kehijaun alam semula jadi.
Jom tengok apa yang menarik!
Terasering Panyaweuyan terletak di Sukasari Kidul, Jawa Barat Indonesia. Destinasi ini sangat cantik buat anda yang mahukan keindahan semulajadi sambil menghirup udara segar. Lokasi ini pernah popular dalam kalangan fotografer untuk mengambil gambar.
Bagi anda yang ingin masuk dan berjalan ke dalam Terasering Panyaweuyan ini dikenakan tiket masuk sebanyak 5ribu Rupiah setiap orang.
Air sungai yang jernih dan tenang pasti membuatkan sebahagian kita akan jatuh cinta dengan Situ Cipanten. Destinasi ini memang sesuai untuk anda yang ingin meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Kaki Instagramable pasti tidak akan ketinggalan untuk melawati Situ Cipanten yang terletak di Gunung Kuning di Sindang ini.
Tiket masuk untuk motosikal hanya 5ribu Rupiah manakala 10ribu Rupiah untuk kereta.
Jika anda bawa anak-anak kecil bercuti bersama, Curug Cipeuteuy adalah menjadi destinasi yang sesuai untuk keluarga. Destinasi ini terletak di Dukuh Pasir, Bantaragung dan ada air terjun untuk anda sekeluarga bermandi-manda.
Harga untuk masuk ke taman rekreasi ini adalah sekitar 10 hingga 15 ribu Rupiah.
Bukit Mercury Sayang Kaak memang sesuai buat remaja yang inginkan penginapan berkhemah, menghirup udara segar dan menyaksikan sunset dan sun rise.
Bukit Mercury Sayang Kaak terletak di Cibuluh, Tejamulya dan waktu operasi 24 jam.
Bukit Sanghyang Dora terletak di Desa Leuwikujang dan menjadi destinasi sesuai buat kaki camping. Menginap di atas bukit sambil menikmati pemandangan Jawa Barat memang cantik terutamanya pada waktu malam.
Tiket masuk hanya 5 ribu Rupiah sahaja termasuk sewa khemah.
Nikmati keindahan dan kesegaran udara di Curug Muara Jaya. Air terjun disini terdapat tiga aras yang berada di tengah kawasa lembah. Terdapat pelbagai aktiviti di sini termasuk berkhemah dan bermandi-manda.
Tiket masuk hanya 15 ribu Rupiah manakala kalau anda inginkan pakej berkemah hanya 20 ribu Rupiah setiap orang.
Banyak juga best di Majalengka Indonesia, jadi selepas ini anda boleh cuba tempat best di Indonesia selain Bali dan Lombok!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Setiap kali hujung minggu jika ada masa terluang, ramai yang memilih untuk bercuti dan bersantai bersama keluarga atau teman-teman di beberapa resort penginapan berhampiran yang selesa. Rata-rata akan mula scroll aplikasi penginapan yang menawarkan harga yang menarik dan lokasi yang menyeronokkan. Salah satu elemen penting dan bonus untuk anda jika terjumpa destinasi penginapan yang mempunyai fasiliti kolam renang.
Janda Baik di Bentong Pahang sering menjadi destinasi pilihan percutian jangka pendek hujung minggu. Tarikan alam semula jadi menjadikan ia pilihan terbaik bagi mereka yang mahu lari seketika daripada kesibukan kota. Selain itu lokasi Janda Baik juga tidak terlalu jauh. Hanya terletak kira-kira 45 minit pemanduan dari ibu negara menggunakan susur keluar Genting Sempah.
Ini pilihan penginapan menarik yang ada disekitar Janda Baik yang mempunyai kemudahan kolam renang. Memang best bawa anak-anak!
Villa Embun menampilkan reka bentuk ala Bali. Elemen kayu, ruang dan privasi menjadi keutamaan dengan setiap vila mempunyai ruang legar luas, siling tinggi serta dipisahkan dengan tembok tinggi. Antara kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah rumah kelab, ruang mesyuarat dan seminar, gimnasium, restoran, barbeku serta pakej-pakej istimewa seperti majlis perkahwinan, percutian berbulan madu dan percutian keluarga.
Untuk ke vila, pengunjung dibenarkan menggunakan kenderaan sendiri hingga ke kawasan khas sebelum dibawa ke kawasan vila di puncak bukit menggunakan kenderaan buggy. Selain memudahkan pengunjung ke vila, cara itu adalah antara polisi Embun untuk mengelak gangguan bunyi, pencemaran asap, kesesakan trafik serta menjaga privasi pengunjung.
D’Villa Janda Baik salah satu penginapan hujung minggu pilihan ramai. Berjalan di sekitar D’Villa, pengunjung pasti akan terpesona dengan susunan landskap yang mengenengahkan elemen tumbuhan. Dikelilingi alam hijau, setiap bilik di sini mempunyai konsep tertentu iaitu Rainforest Rooms, European Premier Room, Modern Premier Room, Modern Family Room dan yang paling istimewa sekali adalah Balinese Executive Room. Paling menarik pastinya tumpuan akan diberikan kepada kolam renang yang disediakan khas untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.
Aman Rimba Private Estate mampu memberikan kedamaian kepada tetamunya yang ingin lari jauh dari kesibukkan kota. Berkonsep reka bentuk kampung Melayu tradisional, vila ini terletak di tepi Sungai Benus yang mengalirkan air jernih.
Setiap villa di Aman Rimba Private Estate menjanjikan ‘feel’ yang berbeza dari sudut rekaan iaitu bercirikan rumah tradisional Melayu sehinggalah moden kotemporari. Sementara lanskap pula bercirikan tropikal dan ala Bali. Kemudahan kolam renang yang disediakan memberikan anda peluang bersantai sambil menghayati alam sekitar.
Saufiville Boutique Resort terletak di disebuah kawasan bukit tinggi di Janda baik. Pengunjung dibenarkan menggunakan kenderaan sendiri untuk sampai ke kawasan ini. Paling menarik resort ini menawarkan kemudahan kolam renang infiniti dengan pemandangan bukit bukau yang menghijau.
Walaupun berada pada suhu sekitar yang agak sejuk, sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke kolam renang ini anda akan dapat rasakan suhu di dalam kolam renang ini sangat suam dan begitu selesa. Terdapat beberapa buah bilik yang ditawarkan mengikut bajet anda. Resort ini juga menerima tempahan daripada tetamu luar yang datang semata-mata untuk menjamu selera sahaja tanpa perlu menginap.
Danau Daun Chalets dibina di atas sebidang tanah yang penuh dengan rawa, pokok dan biodiversiti tropika.
Di resort ini terdapat beberapa jenis penginapan yang ditawarkan iaitu Teratak Air (lengkap dengan kolam renang peribadi di kaki bukit), Hillside Cottage, Danau Daun I & II (terletak di tepi kolam ikan) dan Danau Daun III (memiliki kolam peribadi dan terletak di sebalik kafe).
Serene Retreat berkonsepkan Bali terletak di sekitar Arena of Stars dan juga tokong Gua Chin Swee. Serene Retreat menawarkan 7 buah bilik yang masing-masing lengkap dengan ruang balkoni untuk anda menikmati udara segar dan pemandangan mendamaikan tanpa mengira masa. Beberapa aktiviti seperti kolam renang, basikal dan barbeku juga disediakan di lokasi ini.
Naaah! Ada dapat idea tak nak berlibur hujung minggu di mana minggu ni? Pilihan penginapan di sini memang menarik bukan?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Terfikir untuk bercuti di Kuantan, Pahang? Selalunya Teluk Cempedak dan Cherating menjadi destinasi wajib singgah jika ke daerah tersebut.
Jika anda 'orang luar' negeri Pahang, cuba cari lagi lokasi menarik yang ada disekitar tersebut untuk diterokai selain dua pantai popular yang dinyatakan. Banyak lagi destinasi pantai yang ada untuk bercuti bersama keluarga. Kuantan sangat istimewa kerana kedudukannya yang berhampiran Laut China Selatan menjadikan daerah ini lebih istimewa apabila terdapat pantai yang indah sebagai daya tarikan pelancongan.
Pantai Balok, terletak kira-kira 15 hingga 20 minit memandu dari pusat bandar Kuantan. Bagi penduduk tempatan, Pantai Balok adalah lokasi pilihan bersantai pada hujung minggu kerana keadaan kawasan sekitarnya yang begitu tenang. Selain beriadah dan mandi-manda, banyak aktiviti sukan air lasak yang ditawarkan di sini mengikut musim tertentu seperti luncur angin, luncur layar dan perahu layar.
Jika perut terasa lapar, sekitar kawasan Pantai Balok terdapat banyak gerai makanan yang diusahakan penduduk kampung dengan pelbagai juadah menyelerakan seperti ikan bakar dan keropok lekor
Tarikan lain berhampiran pantai adalah premis Natural Batik Village yang memberi peluang untuk pengunjung merasai pengalaman mencanting batik. Di sini juga terdapat banyak kedai yang menjual cenderahati berasaskan lukisan corak batik untuk dibawa pulang sebagai ole-ole.
Pastinya kemudahan asas di kawasan Pantai Balok ini juga sangat memuaskan, tersedia bilik air, bilik persalinan, surau , tandas awam dan kawasan tapak perkhemehan. Jom cuti-cuti Malaysia!
Sumber Foto: Tourism Pahang
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Musim durian di Malaysia bukan lagi sekadar dinanti-nantikan oleh rakyat tempatan. Kini, semakin ramai pelancong luar datang ke negara ini semata-mata mahu merasai sendiri...