Kanchanaburi yang bermaksud batu permata terletak kira-kira tiga jam perjalanan dari Bangkok merupakan destinasi pelancongan di Thailand yang perlu dikunjungi.
Jika cuaca baik dan hari cerah, anda boleh melihat ramai pelancong sedang menyeberangi jambatan kereta api di Sungai Kwai, di wilayah Kanchanaburi, Thailand yang berlatar belakangkan landskap yang begitu indah. Jambatan itu begitu popular apabila sebuah filem Hollywood mengenainya diterbitkan pada tahun 1957 iaitu The Bridge Over the River Kwai.
Namun, bukan kerana filem itu sahaja ia begitu terkenal dalam kalangan pelancong tetapi kisah hitam yang pernah terpalit ditanah tersebut. Jambatan keretapi Sungai Kwai adalah sebahagian daripada Landasan Keretapi Maut yang menghubungkan Thailand dan Burma. Kanchanaburi bersempadan dengan Burma (Myanmar) dan pernah mempunyai laluan keretapi yang menjadi penghubung antara negara Thailand dan Myanmar.
Dahulunya ia digunakan untuk laluan askar Jepun dalam usaha melawan tentera British dan sekutu-sekutunya. Selepas perang tamat pada tahun 1945, landasan tersebut menjadi hutan belantara. Namun kini, ia menjadi tumpuan dunia untuk melawat.
Penindasan Kejam
Landasan kereta api Thailand- Burma yang digelar sebagai Landasan Maut ini, dibina dalam tempoh masa yang agak singkat oleh hampir 100,000 tahanan Perang Dunia Kedua serta buruh kasar. Pembinaan landasan sepanjang 415 kilometer itu dimulakan pada Oktober 1942 dan berakhir di Konkoita, utara Thailand pada Oktober 1943. Ia digunakan dalam rancangan serangan Jepun terhadap tentera Britain di India serta menguasai jalan dan ruang udara yang digunakan tentera bersekutu.
Ads
Rakyat Thailand juga pernah menjadi buruh landasan pada awal pembinaannya, namun ketegangan berlaku antara mereka dan tentera Jepun selepas pasukan keselamatan itu bertindak mengambil alih rumah-rumah ibadat sebagai tempat penginapan selain tidak menghormati sami Buddha tempatan. Semua pihak maklum bahawa tahanan perang serta buruh yang dipaksa menyiapkan landasan tersebut turut berdepan layanan buruk oleh tentera Jepun yang menyeksa mereka tanpa belas kasihan.
Mangsa sering dipukul dan tidak diberi bekalan makanan yang cukup, rawatan perubatan yang diperlukan atau masa rehat sewajarnya ketika pembinaan dilakukan. Sikap serta perbuatan ganas tentera Jepun itu menyebabkan ramai warga Thailand benci terhadap mereka lalu bertindak membantu tahanan perang yang terlibat dalam pembinaan landasan neraka itu.
Untuk pembinaan Jambatan Kereta api di atas Sungai Kwai saja dikatakan telah mengorbankan ribuan tawanan perang dan buruh paksa semasa mereka menjalankan kerja-kerja pembinaan jambatan dan landasan disekitarnya. Sepanjang tempoh tersebut seramai 16,000 orang tawanan perang dan lebih 100,000 orang buruh dari Asia meninggal dunia dan hilang. Angka sebenar orang-orang Asia terkorban tidak dapat dikesan dengan tepat kerana rekaod-rekod yang mengandungi maklumat ini telah dimusnahkan oleh pihak pentadbiran Tentera Jepun pada akhir Perang Kedua. Secara puratanya setiap kilometer landasan yang dibina itu menelan 38 nyawa manusia atau seorang meninggal dunia pada setiap ela jalan kereta api itu disiapkan.
Antara pekerjaan berat yang perlu dilakukan tahanan perang seperti menebang pokok-pokok besar, membersih kawasan laluan, meneres lereng-lereng bukit, menimbus kawasan-kawasan rendah, menyusun landas(sleeper), mengangkut rel kereta api, mengangkut batu-batu dan membina jambatan. Bayangkan betapa sukar dan tersiksanya mereka menjalankan kerja-kerja tanpa bantuan alat teknologi canggih dan hanya berbekalkan kudrat yang ada seperti mengangkat batu menggunakan tangan sahaja. Mereka hanya diberi makan sekali sehari iantu hanya menu nasi semangkuk. Buruh-buruh ditempatkan di rumah panjang iaitu bangsal buluh yang beratapkan daun sagu atau nipah dan berlantaikan buluh.
Ads
Setiap bangsal dimuatkan lebih kurang 100 orang. Mereka diarahkan membuat pelbagai kerja. Mereka dikawal oleh tentera Jepun dengan keras. Jika mereka melakukan kesalahan, lambat atau letih mereka akan dipukul dengan buluh, rotan atau di tampar. Selain daripada makan minum yang tidak mencukupi mereka juga menghidap pelbagai penyakit seperti demam malaria dan cirit birit. Ubat-ubatan tidak mencukupi dan kematian berlaku bila-bila masa. Buruh yang mati diisi ke dalam guni dan ditanam dimerata-rata tempat. Ada yang ditanam, dibakar atau dihanyutkan ke sungai.
Memperingati Mangsa Tahanan Perang
Terdapat sebuah tanah perkuburan berhampiran jambatan yang dibina pada era Perang Dunia Kedua itu iaitu Kanchanaburi War Cemetery. Ia merupakan tempat persemadian ribuan tawanan perang yang mati ketika bekerja membina landasan kereta api maut. Ia menempatkan 3,000 tentera bersekutu yang gugur di antara sempadan Myanmar dan Thailand itu. Banyak tugu yang mengandungi tulisan di tanah perkuburan itu dibiayai oleh Suruhanjaya Komanwel Tanah Perkuburan Perang yang beribu pejabat di Britain.
Ads
Tulisan tersebut berbentuk lirik lagu dan sajak merupakan bukti yang menyayat hati tentang peperangan yang pernah berlaku di sana.
Keperitan & Kesengsaraan
Pengunjung juga boleh ke Hellfire Pass untuk melihat sendiri kesan tinggalan peristiwa hitam yang berlaku ketika zaman penjajahan lalu. Terdapat slot tayangan video mengenai pembinaan landasan maut yang meruntun jiwa di Muzium Hellfire Pass. Bayangkan jika mereka itu sebahagian daripada ahli keluarga kita. Perit dan sangat sadis nasib yang menimpa mereka. Suasana pilu pasti terasa tatkala kaki menjejak laluan Konyu Cutting. Trek jalan kaki ini merupakan tapak asal sebahagian laluan landasan keretapi maut. Pelbagai kesan tinggalan tawanan perang boleh kelihatan. Kebanyakkan pengujung dan pelancong yang datang ke sini adalah warga Australia yang merupakan kenalan atau keluarga terdekat mangsa tahanan perang.
Pakej Keretapi
Boleh dikatakan kesan daripada peristiwa pembikinan landasan keretapi maut ini telah membawa ribuan pelancong berkungjung ke Kanchanaburi sekaligus ia tersenarai dalam destinasi yang perlu dikunjungi. Bentuk muka buminya yang indah dan diwarnai dengan pelbagai landskap menarik membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta kepada Kanchanaburi. Jangan lupa untuk mengalami sendiri perjalanan menaiki keretapi menyusuri landasan yang dibina oleh mangsa tahanan perang ini.
Kemudahan keretapinya kelihatan agak usang tetapi masih mempunyai kudrat yang diselenggara dengan baik untuk membawa pelancong mahupun penduduk tempatan merasai perkhidmatan kesan sejarah yang ditinggalkan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Teruja melihatkan seorang rakan pacak khemah di BBC Campsite membuatkan hati tak sabar untuk merasai sendiri pengalaman berkhemah di tapak perkhemahan yang terletak di Kg. Bawah Bukit Chuping, Perlis.
Bagaikan permata yang tersembunyi di negeri Perlis, campsite persendirian ini memang lokasi perkhemahan yang perlu masuk dalam wishlist camper.
Pemandangan sawah padi yang cukup cantik ditambah dengan cuaca yang segar dan sejuk, membuatkan Ita Abu dan keluarga sangat berpuas hati dengan penutup camping mereka untuk tahun 2022.
Sehari berada di sana bagaikan tidak puas untuk menikmati keindahan alam yang ada di situ, justeru tempahan untuk datang lagi ke campsite ini pada bulan Disember nanti terus dibuat.
Selain menikmati keindahan alam dengan cuaca yang segar, Ita Abu dan keluarga sempat juga memancing. Memang enjoy melihatkan perkongsian wanita ini. nak tahu apa lagi yang menarik di BBC campsite, let’s check it out!
BBC Campsite, hidden gem di Perlis!
Penutup camping 2022. BBC Campsite, Kg Bawah Bukit Chuping, Perlis 22-24/12/2022.
Last tapi terlalu banyak untuk diceritakan yang tak terungkap dgn kata² mahupun gambar. Gambar² hari terakhir. Tak puas. Berat hati nak tinggalkan
InsyaAllah akan dtg lagi Dec 2023. Park deposit dulu. Kalau ada yang nak ikut sila bgtau. It’s private campsite. Kita je kat situ at one time & limited. Rasa macam merepek je setahun lagi dah booking kan. Untuk peak season memang dah ada booking yang masuk. Dec 2023 almost full.
Harap ada rezeki umur dan kesihatan dapat lagi menikmati keindahan ciptaan Tuhan
Terima kasih BBC Campsite
Kalau nk tengok review ni kawan saya pergi sebelum ni. Saya teracun teruk tengok gambar² dia:
Siapa yang pernah sampai ke Bukit Baginda di Kampung Majau? Kepada yang belum sampai, Bukit Baginda di Kampung Majau ni terletak di daerah Kuala Pilah, 13 kilometer dari pekan Batu Kikir dan lokasi ini antara tempat popular untuk orang ramai datang melakukan aktiviti rekreasi.
Apa yang menarik di Bukit Baginda ni selain daripada persekitarannya yang menghijau dengan tumbuh-tumbuhan adalah kewujudan Waze Rock atau Batu Berombak yang cukup unik dan menjadi ‘magnet’ penarik pelancong untuk berkunjung ke sana.
Keunikkan Waze Rock itu berjaya menarik ramai pelancong semenjak kawasan itu dibuka kepada orang awam kerana rupa bentuk batunya bulat dan tekstur permukaan batu tersebut beralun seperti ombak. Dek kerana itulah batu tersebut mendapat jolokan nama Wave Rock atau Batu Berombak.
Populariti Waze Rock Bukit Baginda itu bukan sahaja menarik minat pelancong tempatan malah ramai pelancong dari luar negara juga tiba bagi merasai sendiri pengalaman mendaki Bukit Baginda dan melihat sendiri Waze Rock tersebut. Rata-rata pelancong luar negara yang datang adalah dari Perancis, Jepun, United Kingdom, Vietnam dan Filipina.
Sekiranya anda ingin mendaki ke Wave Rock disarankan untuk mempunyai daya tahan mental dan fizikal yang baik kerana lokasi batu itu terletak di ketinggian lebih kurang 450 meter dari aras laut dengan jarak sepanjang 2 kilometer mendaki sahaja.
Masa untuk orang dewasa normal mendaki adalah lebih kurang 1.5 hingga ke 2 jam sahaja untuk sampai puncak Bukit Baginda. Anda yang ingin ke sana dikehendaki untuk membayar yuran masuk lebih kurang RM8 seorang iaitu RM5 untuk permit dan RM3 untuk yuran pengurusan kawasan berkenaan.
Selain daripada Wave Rock itu, kawasan Bukit Baginda juga mempunyai empat buah gua yang masih belum diterokai sepenuhnya dan di sekitar daerah Kuala Pilah itu juga terkenal dengan 70 tapak batu megalit atau lebih dikenali sebagai Batu Hidup daripada 300 tapak batu megalit yang ada di Negeri Sembilan.
Kesempatan membuat aktiviti camping di awal Ramadan tentunya suatu pengalaman yang baharu buat keluarga Mimi Mustika. Pertama kali camping di Nomad Campsite yang terletak di Penawar, Kota Tinggi, Johor, memberi peluang untuk keluarga ini bermain di laut dan juga sungai.
Kedudukan Nomad Campsite yang berada di tengah-tengah antara muara sungai dan juga laut adalah salah satu keunikan yang ada di sini. Yang paling seronok tentulah kanak-kanak, meskipun puasa menurut Mimi anak-anaknya cukup aktif bermain di sungai dan laut, malah sempat suaminya melayan memancing ikan dan menangkap ketam.
Hati turut rasa teruja membaca perkongsian wanita ini dan keluarganya camping di sana. Walaupun dalam bulan Ramadan, tidak menghalang untuk membuat aktiviti kegemaran mereka sekeluarga iaitu camping.
Camping awal Ramadan Di Nomad Campsite
Pada 2 ramadhan yang lalu selama 3 hari 2 malam.
Bukan aruk tapi dah cutinya dapat time tu jee.. puase pun puaselah.. paling best mak boleh relex dari masak jeee 24 jam.. healing tu dapat dinikmati sepuasnya Di sini.. dengan pemandangan sungai dan laut yang mendamaikan..
Ayahnya pula teman anak-anak memancing dan bento ketam..dapat jugaklah ikan belanak besar-besar jari buat geli-geli..dan ketam sekor campak dalam megi time buka slurrrpppp..
Oleh sebab datang time pose..so kami sekeluarga je yang ade di situ..Naseb baik ade Atan pembantu di situ yang tinggal 24 jam jaga campsite so takyah risau soal keselamatan.
Cume kena jaga dengan anjing-anjung liar dan monyet mencuri makanan dan botol susu anak
Malam-malam ada Lampu solar hingga jam 12 mlm saja.. masak sahur gelap gelita.. hanya ditemani lampu hiasan dan abang sadoku encik suami..terasa sweet disitu..
Anak-anak pula start terbit fajar dah buat macam-macam aktiviti..lepas mandi sungai mandi laut..ulang-ulang sampi habes bateri..luar biase..langsung tak fikir lapar
ok sekian sahaja pengalaman saya di nomad campsite..keseluruhan saya bagi 5 bintang
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...