Airasia.com Tawar Promosi RM1 Di AirAsia Bundle Deals

Share

AirAsia Group Bhd meneruskan perjalanannya untuk menjadi platform perjalanan dan gaya hidup paling pesat berkembang di ASEAN dengan pelancaran AirAsia Bundle Deals, melalui platform airasia.com

Pelancaran ini akan mempelbagaikan lagi penawaran kumpulan itu selain menjual tiket penerbangan, perniagaan restoran Santan, platform hotel dan label muzik sendiri Red Records.


Dengan lebih 100 peniaga bagi AirAsia Bundle Deals di Lembah Klang pada masa ini, dan akan diperluaskan ke bandar-bandar lain dan negara termasuk Pulau Pinang, Singapura, Thailand dan lain-lain mulai tahun depan.

Pelanggan akan dapat menikmati pelbagai tawaran gaya hidup terdiri daripada makanan dan minuman, kecantikan dan perkhidmatan melalui geo-lokasi bagi pas 90 hari pada hanya RM20, atau dengan hanya 2,500 Mata Ganjaran BIG.






AirAsia Bundle Deals tidak hanya terhad kepada orang ramai yang melayari airasia.com, tetapi dalam fasa seterusnya, ia akan mempunyai penyelesaian ganjaran korporat dan pembelian korporat untuk organisasi yang mahu memberi ganjaran kepada pekerja.

AirAsia berhasrat untuk menjadi bukan hanya sebuah syarikat penerbangan, tetapi menawarkan perjalanan, gaya hidup, logistik, perkhidmatan kewangan dan banyak lagi untuk memenuhi keperluan hidup pelanggannya.

Antaranya pelanggan boleh menikmati tawaran seperti potongan rambut, rawatan muka dan tatarias kuku secara percuma dan tawaran beli-1-percuma-1 yang disediakan di lokasi berbeza. Sementara itu, sempena pelancaran tersebut, airasia.com menawarkan promosi pada harga RM1 untuk pembelian AirAsia Bundle Deals. Hanya log masuk ke airasia.com/deals untuk merebut tawaran tersebut.

IKLAN