AirAsia Sambung Semula Penerbangan Domestik Mulai 29 April 2020. Semak Waktu Penerbangan Anda!

Share

AirAsia akan menyambung semula penerbangan domestik terpilih yang dijadualkan seawal 29 April ini tertakluk kepada kelulusan kerajaan negara ia beroperasi sebelum diperluaskan ke destinasi antarabangsa.

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan berkata penerbangan antarabangsa ke Thailand dan Filipina dijadual bermula 1 Mei, manakala Indonesia pada 7 Mei. Penyambungan semula perkhidmatan ini adalah untuk beberapa laluan domestik terpilih, manakala penerbangan ke destinasi antarabangsa akan disambung semula secara berperingkat apabila keadaan bertambah baik dan sehingga kerajaan menarik semula sekatan perjalanan.

Penerbangan telah sedia untuk ditempah di laman web airasia.com dan aplikasi mudah alih dan tetamu juga boleh menggunakan akaun kredit mereka untuk menebus penerbangan ini.

 

  • AirAsia berkata maklumat lanjut mengenai laluan lain dan jadual penerbangan akan diumumkan beberapa minggu akan datang, tertakluk kepada kelulusan kerajaan. Pihak AirAsia telah mengemas kini prosedur pengendalian tetamu secara menyeluruh mulai pelepasan sehingga penerbangan berikutan pandemik COVID-19.
  • AirAsia telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk memastikan semua saranan langkah pencegahan dilakukan untuk memastikan perjalanan yang selamat dan selesa untuk semua.
  • AirAsia bekerjasama secara aktif dengan semua pengawal selia, kerajaan, pihak berkuasa penerbangan awam dan kesihatan serta mematuhi panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk memastikan standard tertinggi dalam setiap penerbangan.
  • Tetamu dinasihatkan mengamalkan langkah-langkah perlindungan yang disyorkan secara universal termasuk memakai topeng muka, penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri.
  • Semua pesawat yang dilengkapi Penapis Udara Kecekapan Tinggi (HEPA) standard hospital juga akan melalui prosedur pembasmian kuman secara menyeluruh selepas setiap penerbangan.
  • Tetamu dinasihatkan menyemak nasihat perjalanan di airasia.com dan platform media sosial di samping memeriksa status penerbangan di airasia.com/flightstatus untuk maklumat terkini berikutan keadaan yang sentiasa berubah pada masa ini.

Sumber: Bernama

IKLAN