AirAsia Sambung Semula Penerbangan Malaysia-Singapura 17 Ogos 2020 Ini

Share

Kalian sudah bersedia merentas negara jiran terdekat kita?

AirAsia sedang bersedia untuk menyambung semula penerbangan antara Malaysia dan Singapura, termasuk laluan Kuala Lumpur-Singapura yang dikatakan sebagai yang paling sibuk di dunia, berikutan keputusan perlaksanaan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL).


Penerbangan ini dijadualkan bermula pada 17 Ogos 2020 ini tetapi bergantung kepada pengumuman lanjut oleh kerajaan. AirAsia mengalu-alukan keputusan kerajaan Malaysia dan Singapura bagi membuka perjalanan merentas sempadan untuk tujuan perniagaan dan rasmi antara kedua-dua negara melalui skim RGL.

Skim RGL memerlukan pengembara yang layak untuk mematuhi peraturan pencegahan dan langkah-langkah kesihatan awam yang telah dipersetujui oleh kedua-dua negara, yang merangkumi ujian "polymerase chain reaction" (PCR).


Ini akan diikuti dengan destinasi antarabangsa yang lain, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa, kata syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam satu kenyataan. Sebagai permulaan, AirAsia akan melancarkan penerbangan harian antara Kuala Lumpur dan Singapura, serta satu penerbangan mingguan membabitkan Singapura dan Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching termasuk Ipoh.

IKLAN