AirAsia X Tawar 1 Juta Tempat Duduk RM0 Bermula 24 Hingga 26 Feb 2020

Share

Syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka di Asia, AirAsia menawarkan pelanggan satu juta tempat duduk berharga sifar bagi perjalanan ke destinasi jarak jauh seperti Australia, Jepun, Korea, Taiwan dan India.

Tambang promosi yang ditawarkan oleh syarikat sekutunya, AirAsia X adalah percuma, tidak termasuk cukai dan yuran, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Promosi ini merangkumi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Melbourne (Avalon), Gold Coast, Perth, Sydney, Fukuoka, Tokyo (Narita), Seoul, Busan, Taipei dan Ahmedabad.

Pelanggan mempunyai 72 jam untuk menempah penerbangan mereka dengan melawat airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia bermula 24 Februari hingga 26 Februari 2020 bagi perjalanan antara 1 Mac 2020 dan 31 Okt 2020.

Ini merupakan kali pertama syarikat penerbangan itu menawarkan tempat duduk sifar membabitkan destinasi jarak jauh. Bukan sahaja terdapat tempat duduk promosi yang sedang dijual, AirAsia juga mengadakan lanjutan tempoh perjalanan dari Mac hingga Oktober 2020 bagi menarik lebih ramai lagi penumpang.

IKLAN