Berita

AirAsiaX Terus Rugi Ketika Pandemik. Kerugian Meningkat Tinggi Akibat Penutupan Pintu Sempadan

Share

Penutupan pintu sempadan antarabangsa berikutan pandemik COVID-19 telah mengheret pendapatan AirasiaX Bhd.

AirasiaX Bhd dikatakan mencatatkan kerugian bersih lebih tinggi kepada RM308.46 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2020 daripada RM229.89 juta bagi tempoh sama tahun lalu. Ia jatuh 94 peratus kepada RM59.91 juta bagi suku di bawah kajian daripada RM1.01 bilion sebelumnya.

Untuk tempoh kumulatif sembilan bulan, kerugian bersih AirasiaX Bhd melonjak kepada RM1.16 bilion berbanding RM393.67 juta manakala pendapatan merosot kepada RM1.08 bilion daripada RM3.20 bilion sebelumnya.

Pada 6 Oktober 2020 lalu, AirasiaX Bhd mengumumkan cadangan skim penstrukturan hutang untuk menyusun semula hutang RM63.5 bilion menjadikannya jumlah prinsipal sebanyak RM200 juta, ia perlu dibayar setiap tahun dalam tempoh sehingga lima tahun.Pelaksanaan skim ini sedang berlangsung dan kejayaan skim ini sangat penting supaya AirasiaX Bhd mampu mengumpulkan dana baharu, sama ada sebagai hutang atau ekuiti.

Di bawah penyusunan semula korporatnya telah dirancang, AirasiaX Bhd telah mencadangkan penggabungan bagi setiap 10 saham biasa sedia ada dalam AirasiaX Bhd menjadikannya kepada satu saham AirasiaX Bhd.

Semoga tahun 2021 ada sinar baru buat semua industri yang terkesan kerana wabak COVID-19. Mesti ramai daripada rakyat Malaysia yang tidak sabar untuk kembali menggunakan khidmat penerbangan AirAsiaX untuk bercuti ke luar negara.

image via google | Sumber: Bernama

IKLAN