Pahang Larang Aktiviti Mendaki, Memancing & Berkelah Sehingga 20 Januari 2020

Share

Buat kaki hiking yang mempunyai perancangan untuk mendaki di kawasan sekitar Pahang dalam masa terdekat ini, lupakan sebentar. Anda dilarang sama sekali untuk meneruskan aktiviti tersebut.

Kerajaan negeri mengeluarkan peraturan larangan bagi aktiviti mendaki bukit, gunung dan riadah di pusat rekreasi di negeri ini sepanjang musim Monsun Timur Laut ketika ini. Peraturan larangan itu berkuatkuasa minggu lalu sehingga 20 Januari 2020 atau satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak.


.

Tindakan itu diambil bagi mengelak kejadian tidak diingini. Pelbagai kemungkinan dan kesan buruk boleh berlaku sekiranya aktiviti ini diteruskan pada musim monsun timur laut. Aktiviti riadah termasuk perkhemahan, mandi-manda, menyelam dan memancing sama ada di kawasan air terjun, tasik dan pantai juga tidak dibenarkan. Ia berikutan kebimbangan berlakunya fenomena kepala air di kawasan air terjun terutama sekali ketika cuaca hujan berlarutan.


.


.

Larangan aktiviti pendakian bukit atau gunung sama ada secara persendirian atau berkumpulan dalam kawasan yang dikawal oleh pihak kerajaan negeri juga tidak dibenarkan.

PBT (pihak berkuasa tempatan) dan jabatan berkaitan diminta meningkatkan aspek keselamatan dan pemantauan terutama pada musim cuti persekolahan. Ia termasuklah langkah meletakkan papan tanda amaran, peringatan dan larangan di lokasi-lokasi terlibat. Sebagai langkah bersiap sedia, cuti pegawai dan kakitangan di negeri ini dibekukan sehingga 20 Januari 2020.

Sumber: Sinar Harian

IKLAN