Pening kepala sebenarnya untuk ibu bapa memikirkan destinasi melancong yang sesuai untuk keluarga. Lebih-lebih lagi apabila membawa anak-anak bersama dalam trip.
Maklumlah, kalau boleh kita nak holiday dalam keadaan seronok dan kepuasan itu kalau boleh biarlah dapat dirasai oleh semua yang ada. Tidak kira sama ada orang dewasa ataupun kanak-kanak, semua mesti berpeluang untuk merasai keriangan tatkala bercuti.
Baru-baru ini saya dan beberapa rakan media dijemput untuk ke Lumut, Perak oleh SGI Vacation Club (SGIVC), satu ahli syarikat daripada Kumpulan OSK. Ada apartment dan villa di Swiss-Court Holiday Apartments (SCHA) yang baru sahaja siap diubahsuai daripada rekaan lama ke rekaan yang baharu.
Terlintas di fikiran saya waktu itu, apartment dan villa yang baharu ini mesti sesuai untuk menerima kunjungan pelancong yang berkeluarga, kalau tidak, habis. Sebab tarikan bagi pelancong warganegara Malaysia ini adalah tempat-tempat yang mudah untuk mereka bawa anak-anak melancong bersama selain daripada shopping.
Jauh perjalanan luas pemandangan
Jadi seperti hari dan masa yang telah dijanjikan, saya bertemu dengan penganjur dan beberapa rakan media di Kuala Lumpur (KL) sebelum bertolak ke Lumut. Masa perjalanan yang diambil dari KL ke Lumut adalah lebih kurang dua setengah jam untuk sampai ke destinasi.
Sebelum sampai ke destinasi yang dituju, kami sempat singgah makan tengah hari di restoran makanan laut yang agak popular di Setiawan iaitu Meranti Setiawan Resort. Nanti saya akan kongsikan kisah mengenai restoran tersebut dalam artikel yang lain.
Meranti Setiawan Resort antara restoran yang menyediakan makanan laut di sini.
Usai sahaja makan tengah hari, kami meneruskan perjalanan ke SCHA. Dari lokasi makan tengah hari kami menuju ke SCHA tidak jauh, tetapi memandangkan keadaan jalan yang berliku-liku dan suasana luar bandar yang dikelilingi hutan di kiri dan kanan jalan, pemandu kami hanya memandu secara santai sahaja.
Apabila sampai di lobby SCHA, kami berasa teruja dengan apa yang ada di situ. Sangat tenang dan damai dengan hutan menghijau diselangi bunyi unggas yang bersahut-sahutan. Jauh dari hiruk-pikuk kotaraya seperti KL.
Ads
Jauh dari hiruk-pikuk kota yang membejatkan
Untuk pengetahuan semua, SCHA ini berkeluasan 400 ekar, terletak nun jauh di dalam hutan dan jauh daripada bandar berhampiran. Jadi sesiapa yang ingin merancang percutian ke sini, pastikan semua kelengkapan dan barang keperluan telah siap dibeli dari luar. Sebab saya rasa anda pasti berfikir tiga kali untuk keluar semula membeli barang sekiranya ada apa-apa yang tertinggal.
Pegawai pengiring kami daripada SGIVC menjelaskan memang sengaja SCHA ini dibina jauh di kawasan hutan supaya dapat memberikan pengalaman yang menenangkan kepada pengunjung, dan ya, perancangan itu menjadi. Selain daripada apartment dan villa, SCHA juga mempunyai golf course 18 lubang.
Lubang 15 menghadap laut dan Pulau Pangkor.
Selesai sahaja proses daftar masuk, kami terus di bawa ke apartment masing-masing untuk berehat. Apartment yang diberikan adalah apartment terbaru mereka. You know what? Saya boleh akui bahawa apartment baharu mereka comfort and cozzy. Rekaan berkonsep minimalist dan modern contemporary yang digabung bersama menjadikan apartment tersebut berasa luas, besar dan selesa.
Bukan setakat satu keluarga lima orang sahaja selesa bermalam di sini, malah lebih dari itu. Kalau nak bawa sekampung pun boleh. Okay tak, saya gurau jer, hehe. Trip berkapasiti lima ke enam orang saya rasa selesa untuk menginap di sini.
Ads
Ruang yang ada di bilik apartment besar dan selesaSofa yang berada di sebelah itu boleh diubah menjadi katil.Menggunakan elemen kayu dan besi menjadikan bilik apartment ini nampak kemas dan selesa.Ruang tamu yang luas di dalam apartment. Keadaannya sama macam studio apartment di mana semua ruang dalaman dihubungkan terus lantas menjadikan ruangnya luas.
Keindahan Pulau Pangkor dapat dilihat dari atas bukit
Lokasi SCHA ini juga strategik kerana terletak di atas bukit dan berhampiran dengan pantai. Jarak di antara pantai di SCHA dan Pulau Pangkor lebih kurang 15 minit dengan menaiki bot laju.
Ketika kami di bawa ke pesisir pantai, hari mulai senja. Anda bayangkan berada di atas bukit yang menghadap laut sambil menyaksikan matahari terbenam, macam permandangan luar negara yang selalu kita lihat di Instagram! Bila melancong di sini, tidak perlu lagi untuk ke luar negara. Di Perak sendiri sudah ada pemandangan yang menandingi keindahan pemandangan luar negara.
Pemandangan matahari terbenam dari atas bukit di Swiss-Garden Beach Resort menghadap Pulau Pangkor.Kawasan rehat untuk pelancong.Antara pemandangan menarik yang ada di pesisir pantai di sini.Terdapat banyak bot yang disediakan kepada pelancong untuk melakukan aktiviti air seperti memancing dan sebagainya. Dihadapan itu adalah Pulau Pangkor.
Sepanjang pesisir pantai, ada pelbagai aktiviti air yang disediakan kepada pelancong yang datang dari menaiki kuda, ATV, bot laju, jetski dan memancing pantai. Tapi! Aktiviti yang saya cadangkan untuk anda cuba bersama keluarga adalah aktiviti menarik pukat.
Kami berkesempatan untuk mencuba aktiviti tersebut. Bukan senang nak cuba menarik pukat di KL. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya memerlukan kaedah dan kudrat yang kuat untuk menarik pukat tersebut ke pantai. Yang paling penting, menarik pukat ini memerlukan kerjasama semua orang yang ada kerana pukat itu tak akan tertarik jika dilakukan seorang diri.
Ads
Bahagia bila kanak-kanak gembira
Ada pelbagai jenis aktiviti untuk kanak-kanak yang disediakan di tempat ini dan yang paling menarik perhatian saya ada mini theme park dan kids room mereka. Tidak menjadi masalah sekiranya anda ingin meninggalkan anak-anak seketika di kids room dan pergi ke spa yang bersambung dengan kids room tersebut.
Dalam kids room tersebut turut menyediakan ruang bermain dan mini cinema untuk hiburan anak-anak anda. Selain bersambung dengan spa, kids room ini juga bersambung dengan gym untuk kegunaan anda yang suka percutian sihat – sambil bercuti, sambil bersenam.
Mini theme park di sini pasti menjadi kegilaan kanak-kanak bermain air.Antara pemandangan lain mini theme park di sini.Kids room ini menyediakan palyground yang selesa kepada kanak-kanak.Cetuskan kreativiti anak-anak anda ketika bercuti!Ruang mini cinema yang disediakan untuk kanak-kanak.Selesa untuk kanak-kanak menonton wayang.Ruang gym yang bersambung dengan kids room untuk ibu bapa bersenam.Pemandangan dari gym terus menghadap laut yang terbentang luas.Lepas dari gym boleh terus ke spa untuk melegakan badan.Ruang dalam spa yang berkonsepkan Bali. Jadi tidak perlu terbang jauh untuk merasai keasyikkan urutan Bali, semuanya boleh dirasai di sini.
Bercakap tentang percutian sihat, untuk pengetahuan anda, di SCHA ini juga ada laluan hutan yang boleh digunakan untuk aktiviti jungle trekking. Jarak sejauh satu jam perjalanan ini boleh digunakan tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak. Cuma pendapat saya, kanak-kanak di bawah umur 6 tahun ke bawah tidak digalakkan untuk trekking di sini malah kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun perlu ditemani oleh penjaga.
Tip yang saya boleh kongsikan kepada sesiapa yang merancang bercuti di sini adalah siapkan segala kelengkapan dan persiapan sebelum tiba kerana jarak perjalanan dari bandar terdekat dari SCHA adalah jauh. Dan kalau boleh elakkan untuk keluar pada waktu malam kerana jalanraya menuju ke sini gelap dan terpencil. Pastikan anda tiba ketika hari masih siang.
Jadi bagi sesiapa yang ingin melancong ke sini, anda boleh terus ke alamat Hala Damai 3, Jalan Damai Laut, Off Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Perak atau hubungi 05-6181133/1409/1100 untuk tempahan.
Restoran makanan thai. Signature dish di sini adalah green tomyam chicken or beef.Restoran yang terletak bersebelahan mini theme park.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Keunikan sebuah tasik yang mempunyai air kebiru-biruan seperti laut serta pasir putih di bandar Novosibirsk, Siberia dijadikan penduduk sebagai destinasi istimewa untuk merakam gambar Instagram.
Rakyat Rusia ini sanggup memperjudikan nyawa semata-mata untuk hanya kerana ingin berswafoto berlatar belakangkan pemandangan menarik. Tasik yang kelihatan seperti air laut itu sebenarnya membahayakan diri kerana telah tercemar. Tasik diberi gelaran ‘Maldives Siberia’ atau Maldives Novosibirsk’ ini adalah tapak pelupusan sisa toksik dari sebuah loji arang batu yang mengandungi garam kalsium dan beberapa bahan mineral yang sangat tinggi.
Orang ramai tidak boleh berenang dalam tasik tersebut kerana mempunyai kadar alkali yang tinggi, pasir jenis jerlus selain dasarnya yang sangat dalam dan boleh menyebabkan tragedi lemas. Berjalan di sepanjang tasik tersebut boleh diibaratkan seperti berjalan dalam jarak tembakan tentera, bahaya serta tidak dapat dijangka.
Pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan amaran bahawa nilai pH air tasik tersebut adalah lebih daripada lapan dan boleh menyebabkan alahan teruk pada kulit manusia. Walau bagaimanapun amaran itu tidak diendahkan penduduk tempatan dan semakin hari jumlah pengujung memenuhi lokasi itu untuk bergambar sangat ramai. Ia kesan akibat foto-foto tukar yang menjadi ikutan ramai terutama generasi muda. Malah ada yang menggunakan pelampung untuk bergambar atas air dam membawa prop-prop lain untuk bergambar.
Ada papan tanda yang diletakkan di kawasan tasik tersebut, namun masih tidak diendahkan orang ramai.
Sudah diketahui ramai, Blue Boat House atau rumah biru yang terletak di Perth, Australia menjadi satu lokasi mesti dikunjungi pelancong jika ke bumi kanggaru itu. Di Pulau Pinang juga tidak kurang menariknya kerana ada destinasi tarikan sebegitu rupa iaitu dikenali sebagai Red House.
Daya penarik berupa rumah kecil berwarna merah ini terletak di Jeti Tan, Pengkalan Weld, Georgetown. Setiap hari lokasi ini menjadi tumpuan ramai pelancong dan juga penduduk tempatan untuk mengambil foto berlatarkan Red House ini sebagai gambar kenang-kenangan.
Malah ada menjadikan kawasan itu sebagai lokasi untuk penggambaran drama atau gambar pra perkahwinan.
Untuk maklumat pengunjung, waktu lawatan ke Red House ini hanya dibuka pada jam 8 pagi hingga 10 malam sahaja setiap hari. Ia sebagai langkah menjamin tahap keselamatan penduduk dan pengunjung terutama yang berkunjung pada waktu malam hari dari berlaku kemalangan yang tidak diingini.
Red House ini pada asalnya dikatakan merupakan tokong bagi masyarakat Cina terletak di perkampungan nelayan itu yang sudah wujud sejak 1879. Jeti di lokasi terbabit adalah antara pelabuhan bagi mengangkut dan memunggah hasil dagangan ke kapal.
Berkesempatan ke Georgetown jangan lupa singgah sebentar di lokasi baru tumpuan ramai ini ya. Elakkan datang ke kawasan ini ketika air laut sedang surut agar anda tidak pulang dengan hampa tanpa dapat membidik foto yang menarik.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan keindahan Gunung Baling. Dahulunya gunung ini tidak dikenali, namun kini menjadi antara yang terkenal sehingga viral di facebook.
Lokasi Gunung Baling terletak di Mukim Pulai, Daerah Baling, Kedah. Laluan mendaki boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama laluan hutan sederhana yang bertanah. Di sini trek pendakian bukit yang agak mencabar. Kedua laluan hutan sederhana dan berbatu, dan ketiga laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek.
Kali ini seramai lima anak muda dari Parit Buntar, Perak telah menawan Gunung Baling. Memulakan perjalanan seawal jam 4.30 pagi lagi, perancangan awal untuk sampai ke puncak sebelum matahari terbit.
Permulaan perjalanan, kami terpaksa melalui kawasan tanah laterit yang basah dan berlopak dengan takungan air dek kerana hujan pada sebelah malamnya. Laluan tanah laterit ini adalah kira-kira 600 meter. Sungguh cabaran mendaki di kawasan yang becak amat mencabar sekali.
Setelah melalui kawasan tanah laterit, kami melalui kawasan bertangga. Di kawasan bertangga ini kami sedikit sebanyak dapat merehatkan kaki buat sementara waktu. Hal ini kerana kami tidak perlu lagi memasang kekuda kaki sepertimana mendaki di kawasan tanah laterit. Pembinaan tangga dan selusur untuk ke puncak Gunung Baling amat membantu perjalanan kami. Hampir sejam perjalanan, kami berehat sebentar di pertengahan jalan yang dinamakan Gua Kambing.
Dengan keadaan suhu yang dingin dan kicauan burung memberi 1001 makna ketika berada di hutan ini. Tidak kami menduga, di kawasan Gunung Baling ini juga turut mempunyai kelip-kelip.
Sedia kemudahan
Setelah berehat kami meneruskan perjalanan peringkat yang kedua iaitu melalui kawasan hutan yang sederhana dan berbatu. Laluan ini amat sukar untuk menentukan laluan mana perlu dilalui kerana sesetengah laluan ada dua simpang. Namun situasi ini dapat diatasi kerana di laluan ini juga turut disediakan lampu sebagai petunjuk.
Lampu ini menggunakan kaedah sistem solar yang mana pada waktu siang menyerap tenaga melalui cahaya matahari dan malamnya bercahaya membantu para pendaki. Laluan ini juga turut ditumbuhi dengan pokok-pokok buluh dan pokok-pokok palma. Apa yang menarik perhatian kami adalah di laluan ini juga turut disediakan kawasan solat serta arah kiblat.
Di fasa yang ketiga ini, kami perlu melalui kawasan yang berbatu dan pokok-pokok renek. Laluan berbatu ini amat mencabar. Batu-batu kapur ini berlumut dan permukaannya amat tajam. Setiap langkah kami amat berhati-hati. Kami juga perlu melalui kawasan celah batu. Laluan ini paling mencabar kerana kami perlu mencangkung dan memanjat batu untuk meneruskan perjalanan. Hampir setengah jam daripada kawasan yang mencabar tadi, kami sampai ke kawasan puncak antara jam 6.30 pagi. Tiada kata-kata yang mampu dikeluarkan, melainkan pujian kepada Sang Pencipta.
Sungguh cantik pemandangan dari puncak Gunung Baling. Tanpa berlengah, kami menyelesaikan dahulu perkara wajib, iaitu solat subuh. Dengan udara yang segar dan kabus di atas puncak amat menenangkan hati setiap pendaki. Kesimpulannya perjalanan untuk sampai ke puncak gunung mengambil masa hampir dua jam.
-Perkongsian pengalaman oleh Mohamad Zulfazdli Mohamad Hisam-
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...