Satu majlis anugerah anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) bakal diadakan tidak lama lagi untuk menghargai individu atau organisasi yang banyak berjasa dalam meninggkatkan taraf industri pelancongan negara.
Menurut Presiden MTC, Uzaidi Udanis, anugerah ini adalah satu bentuk penghargaan dan penghormatan tertinggi yang akan disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada mana-mana individu atau organisasi yang memainkan peranan signifikan dalam membantu Malaysia mencapai kejayaan dalam industri pelancongan seperti pihak berkuasa tempatan, hotel dan resort, pengusaha kedai makan, operator dan agensi pelancongan dan ramai lagi.
“Perdana Menteri kita, YAB Tun Dr. Mahathir adalah Bapa dan juga ikon kepada industri pelancongan Malaysia, jadi kita rasa bertuah kerana beliau bersetuju untuk datang dan meraikan majlis yang akan kita adakan nanti”, ujar Uzaidi dalam sidang media yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa ‘Malaysia Tourism Gold Award 2019’, Datuk Nor Zaleha.
Ads
Selain daripada itu, menurut Uzaidi, majlis anugerah ini juga adalah penggalak kepada pemain-pemain industri untuk terus memainkan peranan mempromosikan dan meningkatkan imej industri pelancongan negara ke seluruh dunia.
Ads
Dengan visi untuk menjadikan anugerah ini seperti anugerah ‘Oscar’ kepada industri pelancongan, ia juga menjadi sebab untuk kita meraikan sejarah, budaya dan tradisi negara seterusnya bersedia untuk menjayakan misi Tahun Melawat Malaysia 2020 tahun depan.
Ads
Majlis penganugerahan berprestij ini dijadualkan berlangsung di Palace Of Golden Horses, Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2019 dan sebanyak 80 anugerah berprestij bakal diberikan oleh MTC.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jaranglah Libur jumpa orang Malaysia yang suka travel sorang-sorang ni. Paling tidak mesti akan ada sorang yang akan ikut sekali dalam trip kita sewaktu bercuti.
Tapi bak kata orang-orang tua, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Jadi Libur nak kongsikan tip kepada korang, apa yang perlu dilakukan sekiranya berdepan situasi sebegini bersama ‘partner in crime’ travel korang tu nanti.
Ini betul. Dah banyak sangat cekadak dia, itu tak boleh, ini tak boleh. Semua benda tak nak, elok ditinggalkan je. Tak pening-pening kepala nak fikir diri dia je.
Kawan yang bawak beg macam sumbat almari tu, memang akan bermasalah kalau salah satu barang dia tak ada nanti. Akhirnya nanti akan terjebakkan korang pula. Lagipun yang bawa beg sebesar alam ni leceh nak bergerak, habis masa nak pikul beg dia je.
Diorang ni jenis kurang malu atau segan-segan sikit nak terjah ke mana pun lagi-lagi kalau nak tanya jalan sekiranya sesat. Lagi satu, diorang ni juga pemeriah suasana dikala sendu kebosanan. Tak cepat sentap, boleh bahan-membahan dan kita akan terasa sunyi apabila dia tak ada.
Sama macam jenis suka pot pet pot pet tu tadi. Kawan yang gila-gila ni pun kebanyakkannya jenis berani. Diorang boleh lead kita ke tempat-tempat baru. So kita ikut je kepala gila-gila dia tu.
Kawan yang jenis macam ni adalah spesis yang wajib dibawa. Disamping pandai manage duit, make sure dia pandai menasihatkan korang kot-kot kalau dilanda nafsu serakah. Contoh bajet RM300 tapi nafsu nak RM600. Ha kawan yang semacam ni akan membantu korang untuk damage control.
Ada kawan-kawan travel macam ni baru le best. Tak ada la sangkak sangat nak travel sorang-sorang. Dapat sikit berjimat. Nak lagi best, bawa kawan-kawan yang boleh share katil dan makanan dengan anda. Lagi syiokk.
Kawan jenis kuat mentekedarah ni jangan ditinggalkan. Tipu kalau anda rasa tak seronok bawa kawan-kawan semacam ni keluar berjalan. Tengok diorang makan pun dah mampu membuat kita berasa kenyang.
Ada 7 golongan yang akan dinaungi ‘Arasy di akhirat nanti, salah satunya adalah “dua orang sahabat yang bersahabat kerana Allah, mereka bertemu kerana Allah dan mereka berpisah juga kerana Allah”.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Belon udara panas terdiri daripada belon yang dikenali sebagai envelope yang mengandungi udara panas. Di bawahnya ialah gondola untuk membawa penumpang dan alatan seperti tong gas dan penala api. Udara yang dipanaskan dalam belon menyebabkan ia mengembang dan memiliki ketumpatan yang rendah berbanding udara luar yang lebih sejuk. Belon udara panas tidak boleh melepasi atmosfera bumi. Tidak seperti belon gas, envelope tidak perlu ditutup di bahagian bawah, kerana tekanan udara berhampiran bahagian bawah envelope adalah sama seperti di sekelilingnya.
Dalam sukan moden belon udara panas, bahagian envelope dibuat daripada fabrik nilon dan bahagian dalam belon (yang hampir kepada penala api) dibuat daripada material kalis api seperi Nomex. Belon udara moden datang dalam pelbagai bentuk unik dan diguna secara meluas sebagai medium iklan dan badan bebas.
Belon udara panas terdapat di seluruh dunia, terutamanya spot-spot hebat seperti Cappadocia Turki, Wadi Rum Jordan, Maasai Mara Kenya, Napa Valley Amerika Syarikat, Queenstown New Zealand, The Outback Australia, & Bagan Myanmar.
Namun kos ke sana sudah tentu tinggi. Membawa belon udara panas masuk ke Malaysia adalah cara terbaik. AKA Balloon telah berjaya mengacarakan 12 acara belon udara panas. Acara tahunan sebanyak lapan kali di Putrajaya dan diubah lokasi baru ke Desa Park City pada tahun ini. 3 lagi berjaya diadakan di Pulau Pinang. Di Malaysia terdapat beberapa pilot mengendalikan belon udara panas ini seperti Encik Sobri dari Kedah dan dua gadis Izzati & Atiqah Khairudin yang merupakan anak Allahyarham Kapten Khairudin Abd Rani (pilot belon udara panas pertama Malaysia). Izzati & Atiqah merupakan pilot belon udara panas wanita pertama Malaysia dan telah menamatkan jelajah Life On Air di semenanjung Malaysia pada Oktober 2016.
Foto: Izzati & Atiqah
Kedua-dua gadis menerajui syarikat belon udara panas di Malaysia dan terlibat dalam acara belon udara panas Malaysia selama ia diadakan. Mereka juga ini berimpian membuka sekolah belon udara panas dan mengembangkan acara ini sehingga ke Borneo.
Semporna yang terkenal dengan khazanah marin serta pulau peranginan antarabangsa menawarkan pelbagai pakej percutian bajet dan menarik untuk pelancong dalam negara berkunjung ke daerah di Sabah ini.
Kebanyakan pengusaha resort di sini menyediakan tawaran yang sukar ditolak khususnya buat penyelam dan pencinta hidupan marin bagi merancakkan semula aktiviti ekonomi dan pelancongan setelah ditutup beberapa bulan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Semporna sudah bersedia untuk menerima kehadiran pelancong pascapandemik COVID-19. Keyakinan itu bersandarkan kepada pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan aspek kesihatan, keselamatan, kawalan dan persekitaran ketat yang dilakukan oleh pihak pengurusan selaras dengan arahan kerajaan.
Selain aktiviti skuba, pelancong juga boleh melakukan snorkeling atau island hoping ke Taman Marin Tun Sakaran yang meliputi Pulau Bohey Dulang, Pulau Mantabuan dan Pulau Sibuan. Mabul, Kapalai dan Sipadan merupakan pulau saling berdekatan dan menyajikan pemandangan indah hidupan marin buat pencinta alam bawah laut. Tawaran pakej pelancongan itu diharap dapat menarik lebih ramai pelancong domestik mengambil peluang bercuti ke Semporna sekali gus menyahut saranan kerajaan agar rakyat Malaysia melancong di dalam negara melalui kempen ‘Travel Domestic’. Jangan lepaskan peluang ya!
Kalau anda jenis suka lepak lama sambil borak kosong, buat kerja atau sekadar tenangkan kepala dengan secawan matcha atau kopi, Shah Alam memang ada...