Anugerah ‘Influencer’ Pelancongan Terbaik Dan Wang Tunai RM10,000 mungkin menjadi milik anda sekiranya anda diundi menjadi pempengaruh media sosial terbaik menjelang 19 Mei ini.
Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Datuk Dr. Ammar Abd. Ghapar (duduk tengah) bergambar bersama penganjur, pegawai-pegawai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta pempengaruh media sosial selepas majlis perasmian.
Tourism Malaysia semalam telah merasmikan acara Top 100 Influencers Star Award anjuran One Smart Star Malaysia dengan kerjasama JP Hallmark Development dan Kingsman Entertainment Production di TheLove@Matic, Kuala Lumpur.
Dalam masa sama, Tourism Malaysia memberikan sokongan penuh kepada acara tersebut menerusi satu anugerah yang dipertandingkan iaitu Anugerah ‘Influencer’ Pelancongan Terbaik, dimana pempengaruh media sosial yang memberikan pengaruh terbaik berkaitan produk pelancongan tempatan akan diangkat menjadi pemenang.
Ads
Anugerah yang mendapat sokongan Tourism Malaysia itu merupakan salah satu sub kategori daripada 100 Influencers Star Award lain yang dipertandingkan dan anugerah khas pelancongan itu bertujuan untuk menghubungkan peminat dan pengikut pempengaruh media sosial dalam mempromosikan produk pelancongan tempatan seperti lokasi percutian yang memiliki pelbagai tarikan menarik, kepelbagaian budaya dan aneka masakan tempatan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Datuk Dr. Ammar Abd. Ghapar dan beliau berkata, penggunaan media sosial oleh pempengaruh itu akan memberikan ransangan yang baik kepada destinasi pelancongan negara, bukan sahaja kepada rakyat tempatan malah kepada pelancong daripada luar negara.
Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Datuk Dr. Ammar Abd. Ghapar (duduk tengah) bercakap kepada pemberita sewaktu sidang media.
Inisiatif ini baik kepada matlamat dan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2020 yang menjangkakan 30 juta pelancong akan hadir dan memberikan pertumbuhan ekonomi sebanyak RM100 bilion kepada hasil negara.
Ads
Dalam pada itu, anugerah Top 100 Influencers Star Award ini dibuka kepada dua kategori penyertaan iaitu kategori 1 untuk rakyat Malaysia (wanita) yang mempunyai 10,000 atau lebih pengikut di media sosial manakala bagi kategori 2 pula terbuka kepada rakyat Malaysia (wanita) yang tidak mempunyai kurang 10,000 pengikut di media sosial.
Ads
Untuk mendaftarkan penyertaan anda dan mengundi, anda hanya perlu memuat turun apliksai STAR PHONE ke telefon mudah alih dan ikut langkah-langkah yang telah ditetapkan. Pertandingan ini akan berlangsung dari sekarang hingga 19 Mei 2019. Tertakluk kepada terma dan syarat, untuk meklumat lanjut, sila layari One Smart Malaysia di Facebook.
Jadi tunggu apa lagi? Jom rebut peluang anda sekarang untuk menjadi top 100 influencers di Malaysia dan bawa pulang RM10,000!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) dilanjutkan hingga 17 September 2020. Perintah berkurung ini bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan mereka yang berada di daratan ESSzone.
Ketika ini ramai yang sedang bercuti di sekitar pulau-pulau indah yang ada di Semporna, oleh itu anda perlu tahu bahawa lokasi percutian anda turut dikenali sebagai ESSzone. Sebagai langkah keselamatan, sila patuhi arahan yang diberikan oleh pengendali tempat penginapan anda dan juga pihak berkuasa.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali, perintah yang melarang komuniti di kawasan terlibat keluar dari rumah atau memasuki kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan serta Beluran berkuat kuasa dari 6 petang hingga 6 pagi setiap hari.
Arahan itu dilanjutkan bagi memudahkan penguatkuasaan serta pemantauan terhadap pergerakan bot selain menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet selain nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan terlibat.
Perintah berkurung ini dapat memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan komuniti maritim termasuk penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan serta pelancong di pulau-pulau peranginan.
Beliau berkata ini berikutan ada maklumat menyatakan terdapat kumpulan yang menjalankan kegiatan menculik untuk wang tebusan (KFR) dari selatan Filipina termasuk Kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan. image via google | sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Nampaknya ada berita buat kaki travel. Bagi mereka yang sudah menerima dua vaksin Covid-19 kini dibenarkan merentas negeri.
Bukan sahaja boleh merentas negeri tetapi juga malah dijangka boleh ke luar negara tertentu, dengan syarat mereka memiliki sijil pengesahan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan sudah berbincang dengan beberapa negara bagi membolehkan rakyat negara ini melakukan perjalanan ke negara terbabit.
Beliau berkata, sijil akan diberikan bagi membuktikan individu itu sudah menerima dua dos vaksin COVID-19, sekali gus menjadi ‘pasport’ untuk mereka bergerak.
“Kita sudah berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara untuk membenarkan sesiapa yang sudah mendapat dua dos suntikan merentas daerah, negeri atau ke sana ke sini, tanpa halangan pihak berkuasa.
“Malah dengan sijil itu juga, mereka boleh melakukan perjalanan ke Jepun, Shanghai, Hong Kong atau Jakarta,” katanya semalam.
Malaysia Airlines telah menambah penerbangan domestik serta menyambung semula penerbangan antarabangsa mulai bulan Jun dan Julai untuk memudahkan perjalanan penting dalam negeri dan berikutan negara-negara lain membuka semula pintu sempadan mereka.
Malaysia Airlines berkata ia akan menyesuaikan kapasiti rangkaiannya dari semasa ke semasa untuk memastikan permintaan penumpang dipenuhi. Penyambungan semula perkhidmatan itu akan membolehkan ahli keluarga pulang bertemu ibu dan bapa mereka selepas pelaksanaan sekatan perjalanan di kebanyakan negara di seluruh dunia menghalang mereka untuk melakukannya.
Bagaimanapun, penumpang diingatkan untuk memeriksa syarat-syarat untuk masuk dan keluar sebelum melakukan perjalanan kerana sekatan perjalanan masih berkuat kuasa di kebanyakan negara.
Dalam persekitaran penularan COVID-19, Malaysia Airlines telah melaksanakan pelbagai langkah dan protokol keselamatan yang dipertingkatkan melibatkan koordinasi dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk memastikan kesihatan serta kesejahteraan penumpang dijaga.
Langkah-langkah ini merangkumi pemeriksaan suhu badan, aktiviti nyahkuman dan pembersihan terhadap semua harta benda serta kemudahan, pelaksanaan penjarakan sosial, penggunaan topeng muka yang wajib dan pemasangan penghalang skrin pelindung di kaunter daftar masuk dan kaunter lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Foto: AFP
Syarikat penerbangan itu juga akan memastikan semua pesawatnya dibersihkan dan nyahcemar pada setiap penerbangan, sementara tanda akan dipastikan sentiasa bersih sepanjang tempoh penerbangan oleh kru kabin.
Jadual penerbangan yang tersedia di laman web dan penumpang diminta untuk melakukan pendaftaran masuk secara dalam talian atau peranti mudah alih untuk mengurangkan interaksi dan mengelakkan beratur panjang di lapangan terbang terutama yang melakukan perjalanan domestik.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...