Satu dunia memberi reaksi apabila gambar hasil kerja seorang pemuda Malaysia yang dikenali sebagai Dinie Aiman diterbitkan di laman Instagram Apple yang mempunyai 21 juta pengikut. Gambar tersebut diambil menggunakan iPhone 7 Plus.
Menurut sumber Astroawani, pada bulan November, Dinie dihubungi wakil Apple untuk mendapat kebenaran menggunakan imej tersebut di laman Instagram gergasi teknologi itu sendiri.
Imej foto kawasan paya berumput berlatarbelakangkan Bukit Nakawan di Kampung Sahabat, Perlis boleh dikatakan bukan sebarang gambar kerana mampu menarik perhatian Apple. Terbukti di Perlis ada tarikan tersendiri! Paparan di Apple diiringi keterangan gambar; “Humanity turns a picture into a story” (Kemanusian menjadikan gambar biasa satu cerita).
Ads
Gambar asal dimuat naik lengkap dengan caption: ‘Seorang pemuda yag menikmati pemandangan pada waktu pagi dan bunyi angin betiup kencang dan kedengaran bunyi burung berkicauan. Selain itu, perasaan pemuda itu keseronokan menikmati keindahan alam yang jauh berbeza berbanding di kota raya.
Ads
Ramai yang memuji kreativiti dan ketepatan foto tersebut setelah Apple memberi ruang publisiti yang meluas. Tidak kurang juga yang mempersoal kualiti imej digital yang didakwa lebih baik jika menggunakan jenama pesaing.
Setiap orang mempunyai kisah tersendiri jika menggembara ke negara orang. Tidak kira secara solo atau berkumpulan.
Bagi seorang sahabat Backpacker Buddies Malaysia Siti Noridah, turut menyimpan pengalaman ketika bercuti secara solo ke Pakistan.
Menurutnya terdapat sejarah hitam di sebalik keindahan Tasik Attabad, Pakistan. Tasik ini sangat terkenal di kalangan pelancong kerana keindahan airnya yang bewarna turquoise dan biru kehijauan adalah tasik jadian yang baru sahaja terbentuk pada 2010.
Malah dikatakan tasik ini terbentuk akibat kejadian tanah runtuh yang sangat besar dan dahsyat sejak tahun 2020.
Turut dikatakan seramai 20 nyawa terkorban apabila sepanjang 24 kilometer Karakoram Highway tenggelam dan berkubur dalam tasik berkenaan.
Sejarah Hitam Tasik Attabad, Pakistan
Antara kejutan paling besar semasa saya mengembara solo di Pakistan 8 tahun yang lepas adalah – kewujudan sebuah tasik bernama Attabad.
Tak sangka rupanya dari Upper Hunza saya perlu menaiki bot meredah Tasik Attabad untuk sampai ke Karimabad, Hunza Valley.
Semasa saya merancang perjalanan ke Pakistan, memang tak ada langsung info yang saya jumpa mengenai tasik ini. Almaklumlah, buku panduan Lonely Planet tentang Pakistan yang paling terkini pada waktu itu pun diterbitkan pada tahun 2008. Memang sudah sangat ketinggalan infonya.
Nak dijadikan cerita, tasik Attabad ini sebenarnya adalah tasik jadian yang baru sahaja terbentuk pada tahun 2010. Ya, tasik ini bukan tasik semulajadi. Malah, ada kisah pahit tentang bagaimana boleh terbentuknya tasik ini.
Orang-orang tempatan di situ menceritakan kepada saya, tasik ini sebenarnya terbentuk akibat kejadian tanah runtuh yang sangat besar dan dahsyat pada tahun 2010. Rentetan kejadian, air sungai telah naik sehingga terbentuknya tasik ini. Tambahannya lagi, sepanjang 24 kilometer Karakoram Highway telah tenggelam dan terkubur di dalam tasik ini.
Yang menyedihkan lagi bila saya dapat tahu seramai 20 nyawa telah terkorban dan berpuluh-puluh rumah orang tempatan di kampung Attabad ini telah musnah sama sekali. Ribuan lagi orang tempatan telah terjejas teruk akibat terputus hubungan kerana satu-satunya jalan darat di situ iaitu Karakoram Highway telah pun tenggelam.
Maka sejak itu, mereka tiada cara lain dan terpaksa menggunakan bot penumpang untuk bergerak dari Upper Hunza ke Karimabad.
Tambang bot cuma 200 Pakistani Rupees (lebih kurang RM5) sahaja untuk perjalanan selama 2 jam merentas tasik Attabad. Bot kayu yang dicat dengan warna warna terang ini sungguh koboi gayanya. Orang ramai bersesak lompat ke dalam bot, duduklah di mana-mana yang kamu sukakan.
Pemandu bot cepat sahaja menggemudikan bot yang dilatari dengan bunyi enjin yang sangat memekakkan telinga. Hidung pula terpaksa menahan bau minyak yang kuat dan menyesakkan paru-paru. Entah berapa limit muatan orang pun tidak dikisahkan. Soal keselamatan memang jauh dari fikiran mereka, jadi jangan berminpilah untuk pakai life jacket di sini, kelibatnya pun tak ada langsung.
Mereka ini memang terbukti sejenis bangsa survivor. Banyak kes yang saya dengar, lori truk membawa barang-barang dari China yang ditenggekkan di atas bot terbalik dan tenggelam ke dasar tasik.
Ada juga kereta yang pernah jatuh dan tenggelam begitu sahaja. Macam-macam lagilah cerita tragis yang saya dengar. Saya terfikir, mungkin juga pernah ada orang yang tenggelam dan lemas di sini? Wallahuallam. Tetapi, apa pilihan yang mereka ada?
Setelah bertahun-tahun, syukur alhamdulilah penderitaan orang tempatan di sini berakhir bila kerajaan China dengan “baik hati” membantu Pakistan membina terowong dengan menebuk dinding-dinding batu gunung.
Akhirnya pada bulan September tahun 2015, terowong Attabad yang memakan belanja sebanyak 275 juta US siap dan sudah boleh digunakan oleh orang tempatan. Pastinya rakyat tempatan sangat berterima kasih dengan kerajaan China sekali lagi yang sentiasa ada untuk membantu mereka yang sedang dalam kesusahan.
Sekarang, dah tak perlu risau pun untuk merentas ke Upper Hunza dengan naik bot koboi lagi. Perjalanan 2 jam dengan bot koboi sekarang dah berganti dengan perjalanan selama 15 minit melalui terowong canggih buatan China. Bot koboi sekarang kebanyakannya dah pun bertukar menjadi bot yang membawa tourist bersiar-siar di sekitar tasik ala-ala cruise.
Ironinya, cruise ini di atas bekas sebuah kampung yang bernama Attabad yang telah pun tenggelam dan hilang dari muka bumi ini.
Wah! Siapa sangka Malaysia tersenarai sebagai top 3 negara paling dilawati di Asia! Tapi itulah hakikatnya selepas kaji selidik dijalankan oleh World Travel Monitor (WTM). WTM adalah satu organisasi yang melakukan tinjauan secara tahunan dan memantau jumlah perjalanan keluar/masuk disamping tingkah laku perjalanan pelancong di semua pasaran utama pelancongan seluruh dunia. Selain itu, portal tempahan perjalanan, Agoda, turut mencatatkan Kuala Lumpur (KL) dan Malaysia sebagai bandar dan negara ketiga yang paling banyak ditempah di Asia. Tiga negara yang berada dalam senarai teratas selain Malaysia adalah Jepun di tempat pertama dan Thailand di tempat kedua.
Dalam kaji selidik yang sama, bandar KL juga dinamakan sebagai bandar ketiga paling banyak dikunjungi di Asia seterusnya mengatasi destinasi bandar yang lain seperti Hong Kong, Osaka, Taipei, Seoul, Singapura, Bali, dan Pattaya. Mengambil faktor kepelbagaian, keramahan dan kemesraan budaya rakyat Malaysia sebagai tarikan, laporan itu juga mendapati Malaysia sebagai destinasi nombor satu bagi rakyat Singapura di rantau Asia Pasifik. Untuk pengetahuan pembaca, tahun 2018 menyaksikan rakyat Malaysia lebih memilih untuk travel di dalam negeri di destinasi tempatan yang popular seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bharu, Kota Kinabalu, Ipoh, Cameron Highlands, Kuching dan Kuantan. Bagi destinasi luar negara, rakyat Malaysia lebih suka pergi ke Thailand dan Indonesia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pulau-pulau di Terengganu telah diumumkan baru-baru ini sebagai pulau yang paling banyak menerima kedatangan pelancong domestik ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Terkini, Kelantan juga muncul sebagai negeri yang menerima paling ramai pelancong, memberi isyarat yang baik negeri itu melalui fasa pemulihan yang cemerlang. Destinasi menarik, musim cuti sekolah dan syurga makanan di Kelantan menjadi antara faktor penyumbang kepada kebanjiran pelancong domestik di negeri itu. Ditambah pula dengan keyakinan pelancong terhadap aspek keselamatan dan kesihatan terhadap negeri Kelantan.
Menurut Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) negeri Kelantan, Mohd Aidil Afizie Daud, ini membuka lebih banyak peluang kepada rakyat Kelantan dalam aktiviti ekonomi. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Persatuan Hotel Malaysia yang menyatakan Kelantan muncul sebagai negeri yang menerima paling ramai pelancong dalam tempoh pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kebanjiran pelancong domestik ke negeri Cik Siti Wan Kembang disebabkan rakyat Kelantan yang berada di ibu kota mengambil peluang untuk pulang dan dalam masa yang sama bercuti di negeri itu. Bagaimanapun beliau tidak menolak kebanjiran pelancong daripada negeri lain yang baru membuka mata akan keunikan tempat pelancongan di negeri Kelantan.
Rakyat Kelantan! Sila Rebut Peluang Keemasan Ini..
Bagi memastikan kedatangan pelancong di negeri Kelantan kekal dan meningkat ekonomi masyarakat, rakyat di negeri Kelantan digalakkan melibatkan diri dalam sektor industri ekopelancongan atau community based tourism bagi meningkatkan lagi daya tarikan dan kunjungan pelancong ke negeri itu. Melalui eko pelancongan momentum kedatangan pelancong yang tinggi di negeri Cik Siti Wan Kembang itu dapat dikekalkan walaupun memasuki Monsun Timur Laut yang melanda setiap hujung tahun. Produk pelancongan berasaskan makanan juga merupakan sektor yang begitu popular di Kelantan dan menjadi pemacu utama tarikan di negeri itu.
image via google | sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!