Berita

Backpackers ‘Mat Salleh’ Dari Rusia Ditemui Kelaparan Di Termerloh

Share

Gambar seorang lelaki warga asing yang memegang potongan kotak yang tertulis “I can’t go home and have no money. I need a food (Saya tidak boleh pulang dan tiada duit (saya lapar) di hadapan sebuah restoran segera di Temerloh tular.

Gambar berkenaan dimuatnaik di Facebook oleh seorang pemilik akaun media sosial lalu menarik perhatian netizen.

Warga asing tersebut merupakan seorang pelancong dari Rusia telah diselamatkan oleh polis Temerloh selepas dia ditemukan berkeliaran dan berlegar-legar di hadapan premis pasaraya sambil mengadu memerlukan makanan.

Lelaki berusia 42 tahun itu yang berasal dari Moscow, merupakan seorang backpackers yang datang ke negara ini dengan tujuan melancong. Siasatan awal mendapati lelaki tersebut telah memasuki negara ini melalui sempadan Thailand-Malaysia (Bukit Kayu Hitam) pada 17 Mac 2020 lalu. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu, dia berada di Kuantan.

Dia kemudian berusaha untuk pulang ke Rusia namun tiket penerbangannya dibatalkan dan telah gagal menghubungi dua rakannya. Dia kemudian dipercayai menumpang sebuah lori, dan kemudiannya telah diturunkan di Temerloh oleh sebuah lori yang sedang dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.

Pelancong tersebut telah dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Lalang untuk menjalani saringan kesihatan berhubung koronavirus (Covid-19) dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Temerloh untuk tindakan lanjut.

Pihak kedutaan Rusia telah dihubungi dan kini pihak polis sedang berusaha menguruskan penghantaran lelaki itu kepada pihak kedutaan di Kuala Lumpur sebelum dihantar pulang ke negara asal.

Sumber: Sinar Harian

IKLAN