'Kelihatan seperti sedang hamil' itu antara alasan yang diberikan sebuah syarikat penerbangan Hong Kong yang memaksa seorang wanita menjalani ujian kehamilan.
Midori Nishida, warganegara Jepun dipaksa membuat ujian pengesahan kehamilan sebelum dibenarkan menaiki pesawat yang menuju pulau Pasifik, lokasi popular dituju individu untuk mendapatkan kerakyatan Amerika Syarikat untuk bayi mereka.
Dia sudah mengisytiharkan dirinya tidak hamil ketika mendaftar masuk, namun tidak diendahkan dan kakitangan syarikat penerbangan bertegas mahu dia menjalani penilaian boleh menaiki pesawat (fit-to-fly) yang direka untuk wanita dengan saiz badan atau bentuk menyerupai wanita hamil.
Ads
Dia tetap diiring ke tandas awam Lapangan Terbang Hong Kong dan diminta membuat ujian air kencing bagi mengesahkan sama ada dia hamil atau tidak sebelum dibenarkan menaiki pesawat penerbangan Hong Kong Express ke Saipan di Kepulauan Mariana Utara dekat wilayah Amerika Syarikat. Ujian berkenaan didapati negatif.
Ads
"Ia sangat memalukan dan mengecewakan," ujar Midori Nishida yang membesar di Saipan dan keluarganya telah tinggal di pulau tersebut sejak lebih 20 tahun lalu.
Susulan kejadian itu, syarikat penerbangan telah meminta maaf kepada mangsa dan memberitahu amalan berkenaan telah dihentikan. Menurut Hong Kong Express, ia mula mengambil tindakan terhadap penerbangan ke Saipan pada Februari tahun lalu untuk membantu memastikan undang-undang imigresen Amerika Syarikat tidak terjejas. Ia adalah sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang dibangkitkan pihak berkuasa pulau terbabit.
Ads
Saipan adalah destinasi popular di kalangan wanita hamil yang berhasrat melahirkan anak mereka di sana bagi mendapatkan kerakyatan Amerika Syarikat untuk anak mereka. Pada 2018, hampir 600 bayi dilahirkan oleh pelancong yang berkunjung ke kepulauan Mariana, jauh lebih tinggi berbanding bayi yang dilahirkan penduduk tempatan. Menurut data dikeluarkan pihak berkuasa kesihatan tempatan, 575 pelancong China melahirkan bayi di sana pada tahun berkenaan. Ini berlaku kerana pada 2009, kerajaan memperkenalkan program tanpa visa bagi menarik lebih ramai pelancong China berkunjung ke sana yang menjadikan kepulauan berkenaan satu-satunya destinasi di bawah kuasa Amerika Syarikat yang boleh dikunjungi tanpa visa.
Ini bukan tajuk untuk filem terbaru di hollywood tau. Ramalan ini telah didedahkan oleh Agensi Angkasa Eropah (ESA) bahawa sebuah asteroid sepanjang 40 meter dijangka menghentam bumi pada 9 September ini.
Kajian ESA memberitahu, Asteroid 2006 QV89 itu akan berada pada jarak 6.7 juta kilometer (km) dari bumi berbanding 384,400 km jarak bulan dari bumi.
Menurut saintis di ESA, kemungkinan planet ini berlanggar dengan asteroid sebesar Arc de Triomphe di Paris pada tahun ini ialah 0.01 peratus.
Namun, peratus itu mungkin meningkat jika tiada langkah diambil bagi mengelak perkara ini daripada berlaku.
“Ia tidak mustahil berlaku. Ia pernah berlaku dan bencana seperti ini terjadi sekali setiap 60 tahun,” kata Pentadbir Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA), Jim Bridenstine.
Jika ia berlaku, impak hentaman itu dijangka lebih dahsyat daripada letupan meteor pada Februari 2013 di Chelyabinsk, Rusia.
Letupan bersamaan 30 bom atom Hiroshima pada Perang Dunia Kedua itu merupakan yang terbesar di abad ini, mengatasi insiden letupan meteor di Tunguska pada 1908 yang memusnahkan ratusan batu persegi kawasan hutan di negara timur Rusia.
Baru-baru ini, NASA melakukan satu simulasi mengerikan untuk melihat bagaimana ia dapat mengelak asteroid daripada melanggar bumi.
Baru-baru ini Libur ada siarkan tentang kecantikan destinasi Pulau Bohey Dulang. Klik di sini untuk membaca artikel penuh. Selain membuat aktiviti selam skuba, snorkeling atau bersantai di persisiran pantai, pengunjung juga dicadangkan untuk mendaki ke puncak Bohey Dulang untuk menyaksikan pemandangan dari atas yang sangat mempesonakan.
Ramai yang teruja untuk sampai ke puncak untuk menyaksikan sendiri rupa bentuk sekeliling Bohey Dulang yang indah. Disebabkan itu, laluan untuk ke puncak dikatakan agak sesak. Oleh itu, laluan denai baru telah diwujudkan dan dibuka kepada umum untuk menjamin tahap keselamatan pengunjung.
Laluan denai baharu pendakian ke puncak Pulau Bohey Dulang sejauh 700 meter ke puncak itu dirasmikan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman Taman Sabah (TTS), Mohd Amin Abd Mem. Mohd Amin ketika ditemui berkata laluan itu dibina oleh TTS dalam tempoh dua minggu dan sudah dicuba dan diperiksa dari segi keselamatan sebelum dibuka kepada pengunjung.
Denai pendakian yang baharu ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan pendaki dan kerosakan denai selain meningkatkan tahap keselamatan pengunjung termasuk had daya tampung denai ke puncak Bohey Dulang. Denai pertama yang dibuka sejak 2011 akan menjadi laluan pengunjung untuk turun dari puncak.
Laluan pendakian baharu itu lebih landai dan agak jauh berbanding laluan lama yang tinggi tetapi pendek. Kedua-dua laluan ini pasti akan memberi cabaran pendakian yang berbeza dan memuaskan.
Pulau Dohey Dulang merupakan antara lapan pulau yang diwartakan di bawah Taman Marin Tun Sakaran selain Pulau Sibuan dan Pulau Mantabuan yang juga menerima kunjungan pelancong ramai.
Menurut Datuk bandar Bormida, Daniele Galliano perkampungan kecil di kaki gunung Liguria dengan hanya 394 penduduk, baru-baru ini mengumumkan tawaran RM9030 jika membeli rumah atau menyewa disini malah diberi insentif menyewa pada kadar rendah; RM232 sebulan. Sebagai perbandingan, ini ialah 1/20 berbanding kos sewaan katil di apartment Lembah Silikon.
Tawaran ini dibuka mulai tahun depan bagi mengelakkan kampung ini menjadi pekan hantu terbiar. Ini kerana ramai penghuni asal ke bandar besar bagi mencari pekerjaan yang lebih baik. Pemilik empat restoran disini berkata” tiada apa yang boleh dilakukan di sini, namun kehidupan di sini sangat ringkas dan natural. Ada hutan, kambing, dan banyak makanan yang hebat. Udara sangat bersih, cuaca yang dingin dan aman”
Jika pekerjaan anda membenarkan anda bekerja dari mana sahaja, maka ini tempat ideal bagi anda. Perkampungan ini hanya sejam pemanduan dari bandar pantai Savona, jadi tiada masalah untuk anda bergembira di pantai. Malah kenyataan terbaru, Itali merupakan negara paling sihat di dunia.
Bila tiba musim cuti sekolah atau hujung minggu, taman tema air antara tempat paling seronok untuk dikunjungi bersama keluarga. Anak-anak dapat bermain air sepuasnya,...