Tawan Gunung Kinabalu dengan memakai pakaian pejabat lengkap dengan kasut sekali. Itulah yang dilakukan oleh seorang pendaki dari Jepun yang dikenali sebagai Saba Nobutaka.
Merupakan seorang content creator dan juga pemilik syarikat sut yang diberi nama OrdersuitSada, lelaki ini dilihat suka melakukan aktiviti lasak seperti menyelam, bermain ski dan meluncur air lengkap memakai sut. Mungkin juga itu salah satu cara lelaki ini untuk mempromosikan jenama sutnya kepada umum.
Ads
Klip video menunjukkan Saba Nobutaka mendaki di Tik Tok tular kerana keunikannya mendaki lengkap berpakaian seakan mahu ke pejabat. Percubaan menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara itu seolah-olah sesuatu yang mudah bagi lelaki ini.
Ads
Apa yang dilakukan memang rare dan cukup unik. Kalau nak tahu apa lagi yang telah dibuat oleh lelaki ini boleh ke chanel youtubenya yang diberi nama ordersuitSADA.
Kalian sudah bersedia merentas negara jiran terdekat kita?
AirAsia sedang bersedia untuk menyambung semula penerbangan antara Malaysia dan Singapura, termasuk laluan Kuala Lumpur-Singapura yang dikatakan sebagai yang paling sibuk di dunia, berikutan keputusan perlaksanaan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL).
Penerbangan ini dijadualkan bermula pada 17 Ogos 2020 ini tetapi bergantung kepada pengumuman lanjut oleh kerajaan. AirAsia mengalu-alukan keputusan kerajaan Malaysia dan Singapura bagi membuka perjalanan merentas sempadan untuk tujuan perniagaan dan rasmi antara kedua-dua negara melalui skim RGL.
Skim RGL memerlukan pengembara yang layak untuk mematuhi peraturan pencegahan dan langkah-langkah kesihatan awam yang telah dipersetujui oleh kedua-dua negara, yang merangkumi ujian "polymerase chain reaction" (PCR).
Ini akan diikuti dengan destinasi antarabangsa yang lain, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa, kata syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam satu kenyataan. Sebagai permulaan, AirAsia akan melancarkan penerbangan harian antara Kuala Lumpur dan Singapura, serta satu penerbangan mingguan membabitkan Singapura dan Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching termasuk Ipoh.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Perjalanan antara Pantai Timur dan Lembah Klang sering kali menuntut perancangan teliti buat kebanyakan rakyat Malaysia. Sama ada memilih untuk memandu berjam-jam lamanya atau mendapatkan tiket penerbangan, setiap keputusan kecil itu akhirnya mempengaruhi tempoh perjalanan, masa bersama keluarga serta perancangan cuti yang boleh diambil.
Namun situasi tersebut dijangka berubah apabila projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang kini melepasi tahap siap lebih 91 peratus semakin menghampiri fasa operasi komersial bermula Januari 2027 yang akan datang.
Ketibaan tren elektrik pelbagai gerabak (EMU) bagi penumpang serta lokomotif elektrik (E-Loco) untuk kargo menandakan perkembangan signifikan projek infrastruktur mega yang bakal menghubungkan Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak sepanjang 665 kilometer.
Kewujudan rangkaian rel moden ini dilihat bakal mengubah cara rakyat Malaysia bergerak, sekali gus menjadikan perjalanan jarak jauh lebih selesa dan boleh dirancang dengan lebih efisien.
Apabila beroperasi kelak, perkhidmatan EMU enam gerabak yang mampu mencapai kelajuan sehingga 160 kilometer sejam dengan kapasiti maksimum 425 penumpang bagi setiap set dijangka menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih moden.
Kemudahan ini membolehkan rakyat menikmati perjalanan pulang ke kampung halaman tanpa perlu berdepan kesesakan lebuh raya yang sering berlaku ketika musim perayaan.
Perubahan tersebut bukan sekadar memudahkan pergerakan, malah memberi peluang kepada masyarakat untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga tanpa tekanan perjalanan panjang.
Bagi golongan profesional khususnya di Lembah Klang, keupayaan melakukan perjalanan singkat menjadi nilai tambah penting. Dengan tempoh perjalanan ekspres antara Gombak dan Kota Bharu yang dijangka sekitar empat jam, perjalanan hujung minggu dari Jumaat hingga Ahad boleh dilaksanakan dengan lebih mudah berbanding sebelum ini.
Kemudahan tersebut sekali gus menjadikan perjalanan domestik lebih sejajar dengan gaya hidup moden yang menekankan keseimbangan kerja dan kehidupan.
Pantai Timur sememangnya terkenal dengan keindahan pantai, keunikan warisan serta tarikan kulinari tersendiri. Melalui jaringan ECRL, destinasi seperti ini tidak lagi bergantung kepada cuti panjang semata-mata, malah berpotensi menjadi pilihan percutian spontan.
Selain penumpang, projek ini turut memperkenalkan perkhidmatan tren kargo yang mampu membawa sehingga 3,500 tan muatan bagi setiap perjalanan, sekali gus memperkukuh rangkaian logistik serta merangsang pertumbuhan ekonomi di sepanjang koridor pembangunan terlibat.
Pendekatan reka bentuk stesen ECRL turut menampilkan elemen identiti setempat. Sebagai contoh, Stesen Kota Bharu diinspirasikan daripada seni bina tradisional Kelantan termasuk Rumah Meleh Melayu serta motif Bunga Ketam Guri, sekali gus memberikan pengalaman visual yang mencerminkan budaya tempatan kepada penumpang.
Pendekatan tersebut menjadikan stesen bukan sekadar lokasi transit, sebaliknya berpotensi berkembang sebagai mercu tanda komuniti.
Aspek kebolehaksesan turut diberi penekanan melalui penyediaan lif, eskalator, laluan berbumbung serta kawasan ambil dan hantar penumpang yang tersusun. Ciri ini penting khususnya kepada warga emas, keluarga dengan anak kecil dan penumpang yang membawa bagasi agar pengalaman perjalanan menjadi lebih mesra pengguna.
Apabila stesen mudah diakses, penggunaan tren sebagai mod pengangkutan harian dijangka semakin diterima masyarakat.
Kesimpulannya, walaupun perjalanan darat menggunakan kenderaan persendirian masih menjadi pilihan ramai, kewujudan ECRL menawarkan alternatif yang selesa dan boleh dipercayai.
Dengan sistem elektrifikasi yang sedang diuji, penumpang berpeluang menikmati perjalanan lebih stabil sambil berehat atau menikmati pemandangan sepanjang laluan.
Secara keseluruhannya, ECRL bukan sekadar projek infrastruktur, sebaliknya simbol transformasi mobiliti rakyat Malaysia. Kehadirannya menyediakan pilihan perjalanan yang lebih fleksibel serta berpotensi mengubah cara masyarakat merancang pergerakan, sama ada untuk pulang ke kampung, bekerja mahupun bercuti.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kerajaan negeri Sabah membenarkan beberapa lagi sektor beroperasi secara berperingkat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) fasa kelima bermula 10 Mei 2020.
Foto: google image
Semua sektor yang dibenarkan ini perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa.
Terletak di Pulau Shodoshima, Wilayah Kagawa, Shodoshima Olive Park terkenal dengan ladang zaitun, pemandangan Laut Pedalaman Seto dan kincir angin putih gaya Greek yang...