
Terletak di ‘negeri jelapang padi’, Muzium Padi terletak di Gunung Keriang, Alor Setar dan mempamerkan artifak serta mesin-mesin penanaman serta pemprosesan padi. Pengunjung diberikan pengenalan terhadap elemen kebudayaan, penyelidikan serta dan pembangunan tentang teknologi padi.
Bangunan berbentuk Gemai Padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan di sekelilingnya. Muzium yang berlatar belakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau, jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak.
Turut menarik perhatian ialah struktur pembinaan muzium tersebut yang menyerupai gantang, digunakan untuk menyukat berat beras. Muzium ini menerangkan proses penanaman padi, memaparkan pelbagai jenis padi, peralatan dan alat yang digunakan dalam penanaman padi sepanjang zaman dan di pelbagai negara.
Pada aras 3 pengunjung perlu menaiki 59 anak tangga, dibuat 'seakan' sampai ke puncak Gunung Keriang. Di sini, pengunjung boleh melihat panorama perkampungan tradisional dan sawah-sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang. Pengunjung pastinya akan terpegun melihat panorama tanaman pada satu musim dalam bentuk mural dan lanskap. Mural ini mempunyai ketinggian 8 meter serta 103 meter panjang dan merupakan salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia. Ruang pemerhatian diaras ini boleh memuatkan 40 orang pada satu-satu masa dan terletak diatas platform berputar.
Jom cuti-cuti Malaysia!
Sumber: Muzium Kedah | Foto: FB Muzium Padi
Camping Sebelum Puasa Di Fruit Farm Camp, Dikelilingi Alam Semulajadi & Sungai Yang Cantik, Tak Menyesal!

Tak lama lagi umat Islam dah mula berpuasa, Abdullah Faiez Abd Rahman dan keluarga mengambil kesempatan sebelum tibanya Ramadan untuk pergi bercamping ke Fruit Farm Camp yang terletak di Tanjung Malim, Perak.
Sangat puas hati dan tidak menyesal datang ke sini walaupun pada mulanya terselit rasa kesal kerana perlu melalui jalan yang agak ektrem, tapi bila sudah sampai ke destinasi, perasaan itu bertukar sebaliknya.
Tapak perkhemahan yang dikelilingi alam semulajadi dengan sungai yang cukup cantik memang port terbaik buat camper yang sukakan aktiviti alam. Pengalaman bermalam selama 2 malam di sini memang sesuatu yang mengujakan Abdullah Faeiz dan keluarganya.
Camping Sebelum Puasa di Fruit Farm Camp
𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐒𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐒𝐀𝐋
Fruit Farm Camp 3D2N (C16/23)
Last trip sebelum Puasa
Ye memang menyesal..sangat menyesal sebab tak datang camping kat sini dari dulu
Pada permulaan Perjalanan masuk ke dalam memang mendatangkan sedikit penyesalan sebab jalan yang agak extreme(hati kental sila datang)..kenapa aku pilih campsite ni????
Tapiiiiii..Bila tiba di Campsite..satu perkataan yg mampu keluar dari mulut..𝐒𝐔𝐁𝐇𝐀𝐍𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇..lupa terus sengsara nak masuk dalam tadi
wow wow dan wow..Tersangat lah Nature..sungai yang tersangat cantik
Antara Campsite idaman..No 1 dalam hati tetap draco
Sepanjang 3 hari disini..Semua memuaskan
Tandas banyak(dulu 2 sekarang dah ada 6)
- Bersih
- Lampu solar
- plugpoint
- nyamuk(standby ubat nyamuk byk2)
- sungai (Takyah cerita Mmg superb)
Taknak cerita banyak..nak tahu lebih info campsite review boleh tonton youtube saya
(Belanja lah subscribe like dan komen tanda support sesama camper)
#fadanisoutdoor #familycamping #familycampingmalaysia #allaboutcampingmalaysia #fruitfarm #vidalido #naturehike #mobigarden
Kredit: Abdullah Faiez Abd Rahman
Trip Bajet 7H6M KL-Hanoi-Sa Pa-Hanoi-HCM-KL, Total Hangus RM1300 Seorang. Penat Tapi Best Layan View Cantik Di Fansipan!

Dapat menjejakkan kaki ke luar negara memang menjadi idaman setiap pengembara. Apatah lagi dapat pergi ke banyak tempat yang menarik untuk dilawati. Vietnam antara negara yang ada di Asia Tenggara yang menjadi pilihan pelancong.
Dengan bajet RM1300 seorang, Eady Mh berkongsi percutiannya ke Vietnam pada awal tahun ini di grup Backpackers Buddies Malaysia (BBM).
Percutian selama tujuh hari enam malam itu memberi kesempatan untuk dirinya dan dua lagi teman melawat ke Hanoi, Sa Pa dan juga Ho Chi Minh sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur.
Itinerari lengkap bersama kos sepanjang percutian tersebut, lelaki ini turut berkongsi beberapa tip penting buat anda yang ingin travel sepertinya.
Trip Bajet & full Itinerari KL-Hanoi-Sa Pa-Hanoi-HCM-KL
Trip budget dan full itinerary kami ke Hanoi – Sa Pa – Hanoi – Ho Chi Minh, Vietnam Pada 2 – 8 Jan 2023. 7hari 6malam #tiredbuthappy
Day 1
6:05AM – 8:15AM Sampai airport Hanoi
– Beli simkad Unlimited untuk 1 minggu
– keluar airport terus ke sebelah kiri tempat tunggu bus cari bus (no 86 warna oren airport to old quater 45,000 vnd dalam sejam)
– Jalan kaki ke hotel Hanoi Blue Sky Hotel dan check in, pusing hanoi
– Old Quarter
– Al Noor Mosque
– Train Street Hanoi (Photo Session) wajib beli coffe baru blh masuk
– Dong Xuan Market (malam ada pasar malam)
– Hoan Kiem Lake
Untuk bus 86 tu make sure warna OREN, sbb ramai dkt luar tu panggil dan tunjuk no bus 86, jgn tertipu ya.
Hanoi Semua jalan kaki sahaja
Makanan halal
- Zainab tepi masjid Al Noor 4PM dh tutup, kalau pagi tepi masjid ada jual tiaw sup
- PK Spice Indian Restaurant
- Batavia Halal Indonesian Restaurant & Cafe (saya guna grab sbb jauh sikit, masuk kod promo dapat 50% diskaun) ada lg kedai halal tapi kami sempat terjah tu saja.
Hotel dekat dengan masjid dan pasar malam
Hanoi byk blh bayar dgn kad (bigpay)
Day 2
– Check out,tinggal bagpack dkt hotel plan nak buat one day trip ke halong bay tapi tak jadi .
– St Joseph Cathedral
– Makan Batavia Halal Indonesian Restaurant & Cafe
– Pusing2 Night market, beli fridge magnet, baju dan lain2
– 9:30PM naik bus ke Sapa,bus pickup di hotel.
Hanoi banyak jual barang2 outdoor, blh serve banyak kedai harga berbeza2
Fridge magnet paling murah dapat 11pcs 100,000 vnd
Hanoi banyak kedai kopi yg menarik
Bus ke sapa book dekat Klook RM41 one way by Sapa Dragon
Bawak bekal makanan untuk ke Sapa
Mohon beli snack dekat Circle K untuk bawa ke Sa Pa
Day 3
– 7AM sampai Sapa, jalan kaki ke hotel Bonjour Sapa Hotel dan check in.
– Jalan kaki ke cat cat village 90,000 VND, Sgt la luas dlm tu. Naik turun bukit. Exit pintu lain, kalau xnak jalan blh naik teksi.
– Malam pusing night market
Sapa banyak teksi kalau tak nak jalan kaki
Hotel dekat dgn sun plaza
Barang outdoor di sapa lagi murah dari hanoi
Cafe banyak sini, blh pilih sendiri hihi
Restaurant Cosiana dah tutup, so makanan halal dekat Sapa dah tak ada ya.
kami bawa nasi goreng sharifah, maggi dan roti untuk 3hari 2malam di Sapa
Di sapa tak banyak boleh guna kad bank
Kami jalan kaki je di Sapa, sambil kumpul steps hehe
Day 4
– 8:30AM jalan ke Sun Plaza untuk naik cable car ke Fansipan
– panjat 700 anak tangga ke puncak,kami tak beli tiket monarail untuk ke puncak sbb nak layan view, kalau x larat panjat blh naik monarail.
– Petang baru turun, jalan2 Sapa lake
Hotel kami dekat dgn Sun Plaza
Tiket Fansipan beli dkt klook
Fridge magnet beli dkt kedai masa turun cable car lg menarik, harga sama sahaja dkt bawah sekali
Barang2 outdoor semua murah dia Sa Pa berbanding Hanoi
Snow di Fansipan bulan 12,2022 dah turun. Sehari selepas kami naik ke fansipan pokok2 dh ber ice semua, tak ada rezeki nak bersnow di vietnam hehe
Day5
– Check out pukul12pm, jalan kaki ke pickup bus ke hanoi
– Sampai petang terus ke kedai PK Spice Indian Restaurant untuk dinner
– Jalan2 pasar malam dan terus ke airport naik grab
kami tidur di airport malam tu
Peminat2 peralatan outdoor boleh cari barang2 di hanoi atau Sapa, sgt menarik
Day 6
– 6am flight pagi ke hcminh
– 8am sampai terus cari bus 152 ke Ben Thanh Market, 5000 VND
– check in Thanh Thu hotel, area malaysia street
– Pusing2 hcminh, ben thanh market dan malaysia street
– Shopping sampai tutup kedai

Day 7
– check out pagi balik ke KL, Flight pukul9.30am
TOTAL HANGUS RM1300
Air Asia KL – Hanoi RM188.90
Viet Jet Hanoi – Hcminh RM69
Air Asia Hcminh – KL RM165
Tukar duit 2jutaVND = RM388
Hanoi
Sky Blue Hotel 2-3Jan (Agoda)
RM120/3pax=RM40
Sim Card Unlimited RM35/3=RM11.60
Bus Hanoi-Sa Pa(Klook) RM41
Sa Pa
Bonjour Sa Pa Hotel 4-6 Jan (Agoda) RM171/3=RM57pax
Fansipan (Klook) RM174.15
Bus Sa Pa – Hanoi (Klook) RM41
Ho Chi Minh
Thanh Thu Hotel 7-8Jan (Agoda) RM168/3pax=RM66
Kredit: Eady Mh
Meriahkan Suasana Tahun Baru Cina Dengan Mengunjungi 5 Pusat Beli Belah Tampil Meriah Dekorasi Menarik!

Pusat Beli-belah di Negeri Selangor tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan suasana sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2022 dengan pelbagai dekorasi menarik. Sekiranya anda memilih untuk “Pusing Selangor Dulu”; di sini disenaraikan 5 pusat beli-belah di Negeri ini untuk orang ramai kunjungi, dan hargai usaha di sebalik setiap hiasan yang ditampilkan!
1) 1 Utama Shopping Centre
Masuki tahun harimau dengan menghasilkan cerita anda yang tersendiri berlatarkan “Teochew Town” di Centre Court, Tingkat G, 1 Utama Shopping Centre. Diinspirasikan oleh senibina dari Guangdong, China, astana bercirikan oriental dengan ketinggian 30 kaki ini pasti akan membangkitkan mood “xin nian” anda. Nikmati saat ini dengan mengabadikan seleksi gambar di sini!
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/1Utama/
2) Sunway Pyramid
Lion, ikon Sunway Pyramid, menyambut perayaan Tahun Baru Cina tahun ini dengan #100Blessings! Dengan tahun harimau, Lion kembali berpegang kepada nilai kekeluargaan dengan elemen 福 (Fú). Temui Lion sekarang di Sunway Pyramid dan jangan lupa untuk adakan sesi fotografi di sini!
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/sunwaypyramid
3) Setia City Mall
Langkah masuk ke taman yang serba mempesona; “Garden of Dreams” di Setia City Mall. Terdapat juga menara Pagoda setinggi 8 kaki dikelilingi pohon bunga sakura yang mekar hingga ke kawasan penempatan “harimau”. Jangan lupa untuk ambil gambar di sini dan sertakan tandapagar #SCMCNY2022 untuk peluang disiarkan di laman media sosial rasmi mereka!
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/setiacitymall/
4) Central I-City
Central i-City bersedia untuk “mengaum” dengan pengenalan “The Great Tiger Power” sempena sambutan Tahun Baru Cina 2022. Dengan dekorasi yang diinspirasikan oleh artis / pelukis ilustrasi dari Thailand, Phannapast – tekan sahaja butang kamera anda! Hadir ke Tingkat G, Central i-City bersama rakan dan keluarga anda sekarang!
Untuk makluma lanjut, layari https://www.facebook.com/centralicity
5) Mitsui Outlet Park KLIA Sepang
Berkumpullah bersama rakan dan keluarga dengan dimeriahkan oleh dekorasi “Blooming Prosperity” di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang sempena Tahun Baru Cina ini! Dengan deretan outlet jenama mewah menawarkan diskaun yang sangat menarik, apa kata anda singgah dan ‘cuci mata’ semasa kunjungan anda ke sini!
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/MOPKLIA
Kredit: Selangor Tourism