Terkenal antara lokasi pelancongan popular di Selangor, Sekinchan yang dipenuhi pemandangan indah berlatar belakangkan sawah padi sering kali menjadi tumpuan masyarakat tempatan untuk datang ke daerah ini.
Terkini, dalam menarik lebih ramai pelancong ke daerah ini, selepas terkenal dengan rumah berwarna warni, satu lagi produk pelancongan bakal dibuka pada hari raya kedua ini iaitu Sekin Wonderland. Terletak berhampiran pantai, Sekin Wonderland mempunyai pemandangan yang cukup cantik, sesuai untuk santai dan bergambar bersama keluarga.
Ads
Menawarkan keseronokan untuk semua peringkat umur bermula dari kanak-kanak, remaja hingga dewasa, orang ramai boleh menikmati water theme park dan indoor game.
Terbahagi kepada dua peringkat fasa pembukaan, fasa pertama akan dibuka pada hari raya kedua dan untuk fasa ke dua dijangka akan dibuka pada penghujung tahun ini.
Ads
Ads
Menawarkan 10 buah kolam pelbagai jenis size, lebih menarik terdapat lebih 50 gerai jualan seperti gerai menjual pakaian, makanan, mainan kanak-kanak, peralatan berenang, produk makanan tempatan, mini market dan banyak lagi.
Jadi kalau boring-boring tak tahu ke mana raya ini, bolehlah singgah ke sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jalan-jalan di Fordd Pen Llechat yang terletak di utara Wales telah diiktiraf sebagai jalan paling curam di dunia. Penduduk di Harlech, Gwynedd meraikan perisytiharan tersebut selepas Guinness World Records mengesahkan bahawa jalan itu memiliki tahap kecerunan 37.45 peratus.
Gelaran jalan paling curam sebelum ini menjadi milik Jalan Baldwin di Bunedin, New Zealand dengan kadar kecerunan 35 peratus.
Untuk memperoleh rekod tersebut, kriteria yang diperlukan Guinness World Records untuk mengiktiraf sebatang jalan yang curam adalah:
Walaupun kebanyakan penduduk tinggal di kaki bukit tersebut, mereka masih perlu kerap menggunakan jalan curam ini kerana banyak kedai, farmasi dan pejabat pos terletak di puncak Jalan Fordd Pen Llechat. Mahu tidak mahu, jika berjalan kaki mereka memerlukan sepasang kaki yang kuat atau jika menggunakan kenderaan, break kenderaan mereka perlu dalam keadaan baik.
Kepelbagaian budaya dan warisan Turki menjadikan negara itu sebagai salah sebuah destinasi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Ramai orang Malaysia yang memilih untuk bercuti di Turki, lebih-lebih lagi selepas ‘terpengaruh’ dengan melihat beberapa lokasi penggambaran filem tempatan yang berlatar belakangkan destinasi di negara yang terletak di sempadan benua Asia dan Eropah.
Tidak dinafikan, seperti apa yang anda lihat di dalam kaca televisyen, Turki sememangnya negara yang cantik dan menarik untuk diterokai. Pelancong boleh memilih untuk datang ke Turki sepanjang tahun, meliputi empat musim iaitu musim bunga, panas, luruh dan sejuk. Musim bunga berlangsung pada bulan Mac hingga pertengahan Jun, musim panas (pertengahan Jun hingga Ogos), musim luruh (pertengahan September hingga November) dan musim sejuk (Disember hingga Februari).
Antara lokasi menarik di Turki:
Istanbul merupakan pusat pelancongan yang menjadi tumpuan ramai pengunjung. Antara tempat-tempat lawatan ialah seperti Leather Outlet Centre, Blue Mosque, Topkapi Palace, Muzium Hagia Sophia, Masjid Sultan Sulaiman dan Spice Bazaar.
Bursa merupakan antara destinasi pelancongan yang banyak menyimpan peninggalan sejarah Islam. Antara lokasi tumpuan pelancong termasuklah masjid tertua iaitu Ulu Cami (Great Mosque).
Cappadocia, antara tempat wajib dilawati di Turki. Pelancong bukan sahaja dapat merasai pengalaman menaiki belon udara panas, malah turut dapat menyaksikan keindahan dan keunikan batuan yang cantik dilihat dari atas. Kelebihan memiliki ruang kawasan yang luas menjadikan Cappadocia antara destinasi belon udara popular di dunia.
Antara tempat yang akan dilawati di Ankara ialah Ataturk Mausoleum yang merupakan muzium dan tempat persemadian Mustafa Kemal Ataturk iaitu pemerintah yang menukarkan Turki daripada sebuah negara Islam kepada sekular. Bangunan ini menempatkan barang-barang peninggalan Mustafa Kemal Ataturk di galeri pameran. Selain kenderaan beliau, pengunjung boleh menyaksikan sendiri senjata, surat, pakaian, dan jam tangan.
Di Kusadasi terdapat kota kuno Ephesus yang menyimpan sejarah Yunani dan Rom purba. Pelancong boleh mengambil peluang untuk menyaksikan kesan runtuhan bandar purba tersebut. Ephesus turut tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO yang berprestij.
Bandar ini merupakan tempat popular yang turut tercatat sebagai salah satu daripada Tapak Warisan Dunia dibawah UNESCO. Antara tempat menarik untuk dilawati ialah Hierapolis Ancient City Ruins yang merupakan kota suci dalam kesusasteraan Arkeologi kerana terdapat banyak kuil dan bangunan keagamaan.
Konya begitu sinonim sebagai pusat Islam tertua yang menjadi pusat pembelajaran dan pengajaran sufi. Antara tempat menarik yang wajib dikunjungi adalah Melvana Museum yang merupakan tempat bersemayamnya sang pujangga Turki yang juga pencipta Tarian Sufi iaitu Jalaludin Rumi.
Di Bolu, terdapat sebuah masjid tertua di Turki iaitu Masjid Sultan Eyub. Masjid ini juga merupakan masjid pertama yang dibangun setelah kerajaan Islam di bawah pimpinan Muhammad al-Fatih menawan kota Konstantinopel (Istanbul) pada 1453.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...