Video Ban Pecah Tanjung Piandang Perak oleh mohamad erwan
Ban ialah struktur tebatan air/banjir yang biasa dibina di tebing sungai untuk mengelakkan limpahan air sungai ke kawasan tebing sungai yang lebih rendah. Kebiasaannya ban di tebing sungai menggunakan tanah yang dimampatkan dan ketinggian ban dibuat mengikut rekaan paras banjir sungai tersebut. Namun di Tanjung Piandang, Perak, struktur ban dibina bongkah-bongkah batu di sepanjang pesisir pantainya. Ini bagi mengelakkan hakisan oleh ombak laut ketika ombak kuat.
Ads
Ban Pecah Tanjung Piandang Perak, dibina bongkah-bongkah batu di sepanjang pesisir pantainya. Bongkah-bongkah batu itu disusun bagi mengekang hakisan ombak. Di sepanjang tebingnya pula, terdapat pohon-pohon rendang menjadikan suasana di situ sentiasa redup dan nyaman.
Ads
Ban ini menjadi popular dikalangan penduduk tempatan serta pengunjung luar yang biasanya datang untuk menikmati makanan popular disini iaitu kari ikan sembilang dan mi udang Tanjung Piandang. Tidak lupa juga ban ini menjadi lokasi menarik dan cantik untuk mengabadikan gambar kenangan terutamanya pasangan baru berkahwin. Juga lokasi menarik bagi kaki pancing mencuba nasib.
Mee udang lipan Tg. Piandang
Pada awal tahun 1960an, ban ini asalnya sawah padi yang subur. Ishak Cik, 62, berpendapat, kejadian itu merupakan satu fenomena alam yang berpunca daripada hakisan pantai dan ombak besar yang berlaku sekitar awal tahun 1960-an.
Ads
“Saban hari ketika itu, ombak besar melanda kawasan terlibat. Tanah arwah ayah saya seluas 1.61 hektar turut menjadi korban. Apa nak buat, dulu sawah, kini jadi laut. Cuma geran tanah yang tinggal dalam laci,”katanya.
Menurut Ishak, akibat hakisan teruk, kerajaan telah menambak pesisir pantai dengan batu sepanjang kira-kira empat kilometer bermula dari Sungai Baru ke Sungai Burung sehingga ke Kampung Nelayan Baru, Tanjung Piandang, Perak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Daerah Padawan di Kuching, Sarawak ada destinasi alam semula jadi yang sangat indah iaitu Air Terjun Bengoh.
Air Terjun Bengoh sering menjadi tumpuan mereka yang gemarkan ekspedisi serta pendakian di hutan belantara sambil menikmati keindahan flora dan fauna yang mengasyikkan.Ia boleh dianggap sebuah permata tersembunyi bagi Bumi Kenyalang. Lokasi ini juga dikenali sebagai Empangan Bengoh yang merupakan kawasan tadahan air. Pemandangan di lokasi ini begitu indah dan lebih menarik, terdapat air terjun yang cantik di hulu empangan
Pernah viral beberapa bulan lalu, setelah beberapa foto gambar yang sangat cantik mengenai Bengoh Range dikongsikan seorang gadis yang berkesempatan ke sini.
Pengunjung perlu mengambil pakej menyeberangi kawasan tadahan air empangan Bengoh seluas 127 kilometer persegi sebelum meneruskan perjalanan kira-kira 4.7 kilometer ke hilir air terjun. Kawasan ini terletak berdekatan empangan Bengoh dan perlu menggunakan bot untuk sampai ke destinasi.
Bagi mereka yang menggemari pendakian lasak, trek laluan air terjun Bengoh mempunyai cabaran tersendiri yang mampu menguji ketahanan fizikal dan mental pengunjung. Sebahagian laluannya adalah curam dan untuk ke sana, mereka perlu melalui titian jambatan gantung yang terletak pada paras ketinggian 10 meter.
Dapat menjejakkan kaki di sini, pengunjung pasti berasa kagum dengan panorama Air Terjun Bengoh. Kawasan ini ada keistimewaannya tersendiri, seperti tasik buatan yang sangat menakjubkan. Destinasi ini telah ditemui sekitar tahun 1999 oleh penduduk kampung berdekatan. Melihat kepada potensi besar kawasan itu sebagai destinasi ekopelancongan, mereka giat menjalankan kerja-kerja pembersihan termasuk menyediakan laluan sesuai untuk pengunjung.
Ketika itu jalan yang ada adalah laluan yang biasa dilalui oleh penduduk kampung untuk ke pekan berhampiran. Laluan dahulu sangat teruk, oleh itu penduduk memperbaiki laluan agar pengunjung dapat melaluinya secara selesa. Kini, kawasan tersebut dilengkapi kemudahan asas seperti pondok istirehat, laluan berkayu dan tandas awam. Selain air terjun utama, terdapat juga beberapa air terjun kecil yang boleh disinggah sama ada untuk bergambar, mahupun untuk menyejukkan diri seketika.
Inginkan kelainan bercuti ke Thailand boleh cuba menaiki keretapi sehingga ke Bangkok dan Chiang Mai. Naik sleeper train 1st dan 2nd class dengan perjalanan yang memakan masa hampir 30 jam lebih pastinya memberikan satu pengalaman baru buat pengembara.
Fatinnur Zahrina dan rakan berkongsi perjalanan dia dan teman dari utara Malaysia ke Utara Thailand dengan keretapi. Lengkap dengan info dan harga tiket perjalanan, korang yang nak cuba travel macam diaorang bolehlah refer apa yang dikongsikan ini.
Walaupun perjalanan cukup panjang, tapi ia penuh dengan kenangan manis untuk dikenang. Jom baca perkongsian gadis ini!
Date: 2/9/2022-9/9/2022
Total hours of journey: +-30hrs (one way)
No. of pax: 2
Route: Anak Bukit > Padang Besar > Hatyai > Bangkok > Chiang Mai
-kaunter tiket mula buka jam 9.00 pagi (waktu Malaysia)
-free seating
-tak ada air cond ada fan
Hatyai-Bangkok (Bang Sue Junction)
-Special expresss (1st class A/C sleeper)
-Train no 32 (5.45 pm-11.30 am)+-17jam
-RM212.40/THB1694
-satu cabin 2 katil;atas bawah (kalau seorang, boleh chartered terus untuk satu cabin, kalau beli dua cabin bersebelahan boleh jadikan connecting room)
– Ada shower dalam coach
– Tak ada cafe so tapau siap-siap dinner & breakfast di Hatyai
Bangkok (Bang Sue Junction) – Chiang Mai:
-Special express (2nd class A/C sleeper)
-ladies coach (pilih coach 40CN masa beli tiket)
-Train no 9 (6.35 pm – 7.15 am)+-11jam
-RM130.90/THB1038
-macam sleeper train yang lain cuma yang ini seat baharu (merah)
-tak ada shower ada toilet
-kalau nak pesan kopi boleh minta dengan staf
Chiang Mai-Hatyai:
-Air Asia Thai (2.00 pm-4.00 pm)+-2jam
-only 1 direct flight from CNX > HDY
-RM207 (including luggage 15kg)
Hatyai-Padang Besar
-shuttle train (3rd class seater)
-THB50
-2.00 pm (Thai time)- 3.55 pm (Mas time)
Padang Besar-Anak Bukit
-Komuter
-5.35pm-6.13pm +-40min
-RM5.20
Total: RM564.70/pax
(ini tak termasuk public transport yg lain; tuktuk, songtheaw, grab etc). Hotel, makan, shopping etc tu pandai-pandailah buat bajet sendiri.
Sebanyak 60 spesies haiwan dari dalam dan luar negara antara tarikan kepada pengunjung yang singgah ke Mini Zoo Menara Kuala Lumpur. Bukan semata-mata melihat sahaja tetapi keunikan di sini juga orang ramai boleh bermesra dan memegang haiwan dari beberapa spesies serta memberi makanan yang disediakan.
Berpeluang mengikuti trip dari pihak pengurusan mini zoo ia nyata pengalaman menyeronokkan buat penulis. Sebenarnya ramai yang masih belum tahu adanya mini zoo yang boleh dikunjungi di tengah kota raya selain Zoo Negara.
Buat pengetahuan ramai, haiwan yang di pamerkan di sini adalah dari pelbagai negara dan ada juga baka tempatan. Bukan sahaja anak-anak yang seronok, golongan dewasa pun akan puas hati.
Tidak hanya melihat haiwan tetapi aktiviti yang boleh dilakukan di sini lebih kepada pembelajaran. Di setiap ruang yang menempatkan haiwan akan ada kakitangan yang ditugaskan untuk memberi penerangan.
Menurut Penolong Pengurusnya, Elliey Chong, sejak dibuka 2015, kehadiran pengunjung sangat menggalakkan dan paling ramai kita terima adalah pelancong luar negara.
“Mungkin lokasinya yang bersebelahan dengan Menara KL jadi memudahkan pelancong untuk terus masuk ke sini.
“Istimewanya juga, pihak kita turut mempamerkan monyet putih yang menjadi tarikan utama pengunjung. Spesies monyet putih ini jarang ditemui dan hanya di tempat tertentu sahaja boleh dijumpai.
“Konsep tangkap dan lepas ikan terutama kepada kanak-kanak yang ingin mengembalikan nostalgia di kampung juga disediakan. Mereka diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman tersebut,” katanya.
Mesra pengunjung
Bagi memudahkan orang ramai yang datang, pihak pengurusan turut menyediakan kemudahan yang selesa. Antaranya kafe dan kedai barangan cenderamata.
Untuk yang ingin berehat seketika anda boleh memilih kawasan rehat sambil menikmati pemandangan hutan simpan Bukit Nanas. Dengan suasana tenang diiringi bunyi kicauan burung perjalanan yang mengambil masa satu jam di kawasan zoo itu tidak terasa penatnya.
Tidak hanya konsep hutan terbuka, terdapat juga beberapa jenis haiwan yang diletakkan di kawasan tertutup sesuai dengan habitatnya. Jadi pengunjung boleh singgah di kedua-dua tempat ini.
Selain itu, pengunjung yang ingin mengambil gambar dibenarkan berbuat demikian selain khidmat jurufoto yang disediakan. Keterujaan pengunjung pasti berganda apabila dapat melihat sendiri keakraban arnab, sulcata tortoise, aldabra tortoise dan guinea pig dalam satu kawasan sama.
Kebanyakan haiwan di sini konsepnya dilepaskan secara bebas bagi yang tidak berbahaya. Jadi usah terkejut jika melalui kawasan yang haiwannya begitu jinak dan manja dengan pengunjung.
Justeru bagi yang masih tercari-cari tempat sesuai membawa ahli keluarga, lokasi ini antara salah satu tempat menarik selain berpeluang melihat pemandangan sekitar Kuala Lumpur dari Menara KL.
INFO
Waktu operasi: 10 pagi hingga 9 malam (Isnin hingga Ahad)
Bayaran masuk:
Dewasa (RM32)
Kanak-kanak (RM27)
Warga emas (RM27)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...