Kepada peminat cerita Korea, anda belum jadi die-hard-fan lagi kalau tak tahu di mana terletaknya bandar Sokcho. Tak berapa lama dulu, Korea Tourism Organizaton (KTO) menjemput Datuk Bandar Sokcho, Byungseon Lee dan beberapa delegasi lain ke Malaysia bagi memperkenalkan bandar ini kepada peminat Korea Selatan di Malaysia.
Datuk Bandar Sokcho, Byungseon Lee (lima dari kiri) dan delegasi Sokcho ke Malaysia
Bandar ini antara lokasi penggambaran filem dan siri TV popular Korea seperti Autumn In My Heart dan Running Man.
Tarikan Sokcho Sokcho adalah bandar di wilayah Gangwon-do, Korea Selatan. Ia terletak di timur laut timur Gangwon-do. Sokcho milik Korea Utara dari 1945 sehingga Perang Korea berakhir, apabila garis perpecahan antara dua negara Korea secara rasmi diubah.
Kedudukan bandar Sokcho
Bandar ini menarik ramai pelancong tempatan dan antarabangsa, bukan sahaja kerana keindahan Gunung Seoraksan, Tasik Yeongrangho, kuil Sinheungsa, makanan laut malah aktiviti tradisi tempatan yang menarik serta produk laut yang bermutu.
Ads
Pemandangan indah Gunung Seoraksan
Sokcho hanya setengah jam dari PyeongChang yang akan menjadi tuan rumah bagi Olimpik Musim Sejuk 2018. Ini juga mungkin tarikan untuk anda ke sini nanti.
PyeongChang bakal tuan rumah Olimpik Musim Sejuk 2018
Pantai Sokcho dijaga bersih, dan dibuka sepanjang tahun dengan musim panas adalah yang paling popular. Terdapat mata air panas semulajadi di Sokcho, beberapa di antaranya telah dibangunkan menjadi ruang berenang spa dan lokasi bersantai. Terdapat juga padang golf yang popular kerana persekitaran alam semulajadi mereka.
Ads
Tasik Yeongrangho dan Cheongcoho popular kerana memantul imej Gunung Seoraksan dan banjaran Ulsan Bawi; batuan tinggi di sekitar gunug.
Tasik Yeongrangho memantul imej Gunung Seoraksan
Dengan pembukaan Dongseo Expressway antara Timur Hongcheon dan Sokcho pada Jun 2017 lepas, masa perjalanan dari Seoul ke Sokcho dipendekkan kepada 1jam 30minit bergantung kepada trafik. Sokcho juga baru sahaja membuka International Cruise Terminal bagi pelancong yang melawat dari bandar ke bandar menggunakan kapal. Dijangkakan, pada 2025, sistem keretapi laju akan dibina dari Seoul ke Sokcho dan akan memendekkan masa ke75 minit sahaja.
Ads
Pemandangan dari atas Gunung Seoraksan ketika musim sejuk
Terdapat beberapa kuil Buddha yang dipelihara dengan baik di kawasan sekitar Sokcho. Bangunan utama kuil Sinheungsa (Geukrakbojeon) adalah antara destinasi pelancongan yang popular (yang pada asalnya dibina pada abad ke-15). Juga popular ialah Hyangseongsaji Samcheung Seoktap, pagoda tiga tingkat setinggi 4.3 meter.
Pemandangan Gunung Seoraksan yang tersergam indah
Syurga makanan Sokcho menawarkan banyak makanan masakan tempatan terutamanya makanan laut. Pelabuhan Daepo, di luar Sokcho menuju ke Yangyang menawarkan lebih daripada 100 restoran mini yang menyajikan makanan laut mentah, panggang, rebus dan goreng yang enak. Di sebelah utara Sokcho berhampiran rumah api, pelawat juga boleh menikmati banyak restoran ikan mentah serta panggang.
Dongmyeonghang Saengseon Sutbulgui adalah salah satu restoran yang memiliki sijil halal, menawarkan set makanan seperti ikan panggang dengan nasi labu dalam periuk tanah liat beserta sos soya yang enak. Jadi tidak perlu risau tentang makanan halal di sana.
Ketika musim salji
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Nak bercuti tapi dalam masa yang sama suka memancing, Libur nak kenalkan satu tempat yang terletak di Pekan, Pahang. Kaki pancing boleh bawa anak isteri ke sini sambil teruskan aktiviti memancing.
Terletak di Kg Padang Rumbia, Pekan Pahang, sementara si suami memancing, anak boleh buat aktiviti lain seperti mandi dalam kolam renang yang turut disediakan di atas rumah rakit ini.
Dah memancing mestilah dapat ikan kan, kalau nak makan segar hasil tangkapan anda, boleh terus masak di sini. Nak buat BBQ atau masak hidangan lain, segala kemudahan ada disediakan kat sini.
Bilik yang ada di sini juga cukup selesa macam tinggal di rumah sendiri. Memang berbaloi dan cukup menarik untuk bercuti bersama keluarga kat sini. kaki pancing mesti teruja kalau beritahu antara ikan-ikan yang boleh dapat kat sini adalah lampam, pari air tawar dan banyak lagi.
Untuk kaki pancing, bolehlah survey tempat ni, mana tahu berminat untuk bercuti ke sini bersama keluarga tersayang. Dapat ikan, dapat luang masa dengan keluarga, memang bestlah!
Alamat:
Lot 283, Jalan Haji Jaafar, Kampung Padang Rumbia, Pekan, Malaysia
Daerah Sepang antara daerah yang penting di Selangor kerana di sini menempatkan pelbagai fasilitis awam yang penting seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2.
Tapi dalam masa kita ulang alik terbang ke sana ke mari melalui daerah Sepang ni, apa tempat percutian menarik yang boleh kita singgah untuk berehat, cuci mata, makan dan membeli belah? Okay ini antara lokasi yang dicadangkan kepada anda:
Movenpick Hotel
Hiasan ruang dalam Movenpick Hotel yang berunsurkan islamik, disertakan pokok kurma yang menambahkan lagi seri dalam penggunaan ruang hiasan dalamannya.
Anda cari hotel yang terbaik di daerah Sepang? Movenpick Hotel KLIA mungkin menjadi pilihan yang terbaik untuk anda. Hotel bercirikan rekaan Islamik ini hanya terletak 10 minit dari KLIA dan klia2, membuatkan sesiapa yang ingin datang ke Selangor atau Putrajaya tidak perlu berpenat lelah untuk mencari hotel yang lain. Malah, sekiranya kehadiran anda untuk menghadiri acara perlumbaan automotif di Sepang International Circuit (SIC), lokasi hotel ini juga berada kurang 7 minit dari SIC.
Kolam mandi hotel ini mengasingkan antara lelaki dan wanita, memberikan ruang privasi yang lebih kepada anda untuk santai dan beristirehat di sini.
Pelbagai fasilitis disediakan untuk kemudahan anda seperti kolam mandi yang berasingan lelaki dan wanita, gimnasium, spa dan enam restoran yang menyediakan pelbagai juadah masakan citarasa Malaysia kepada anda. Selain daripada itu, dewan konvensyen di sini juga mampu menampung sehingga 2,500 pengunjung pada satu-satu masa untuk bersidang.
Sepang International Circuit
Terkenal dengan jolokan nama ‘home of Malaysian motorsport’, Sepang International Circuit (SIC) adalah lambang kebanggaan rakyat Malaysia untuk sukan permotorannya. SIC terletak kira-kira 45 km di selatan Kuala Lumpur dan berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
SIC bukan sahaja menjadi lokasi penganjuran sukan permotoran bertaraf antarabangsa semata-mata, ia turut menganjurkan pelbagai acara lain di peringkat domestik seperti konsert dan sebagainya. Malah, anda juga dibenarkan untuk menyewa trek bagi tujuan perlumbaan dengan harga individu yang ditetapkan oleh SIC.
Mula dibuka pada tahun 1998, SIC telah menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara permotoran berprestij seperti Formula 1, MotoGP dan Malaysian Championship Series.
Muzium Automobil Malaysia
Antara kereta klasik Ford yang dipamerkan.
Muzium Automobil Malaysia ini terletak di Welcome Centre SIC dan mempunyai ruang pameran dua tingkat, mempamerkan pelbagai jenis kenderaan klasik yang pernah digunakan di negara ini satu masa dahulu. Antara jenis kenderaan yang dipamerkan adalah The Brushmobile 1904, Ford Speedster 1923 dan Alvis Tourer 1935.
Selain daripada pameran kenderaan klasik, muzium ini juga menjadi pusat informasi mengenai sejarah automobil negara seiring dengan perkembangan industri automotif negara yang menjadi salah satu pengeluar kenderaan dan hub di rantau ini.
Pengunjung yang datang ke sini pasti akan lebih tahu mengenai perkembangan industri automotif negara yang melibatkan DRB-Hicom, Proton, Bufori, Modenas, dan juga Perodua. Kemasukkan ke muzium ini adalah percuma dari pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Go-Kart SIC
Ingin merasai memandu di litar Sepang tapi takut nak memandu kenderaan-kenderaan berkuasa tinggi? Okay, anda boleh cuba bawa Go-Kart dulu sebelum berjinak-jinak membawa kenderaan yang lebih besar ya. Bagaimana? Anda boleh ke SIC dan di sana, ada satu trek Go-Kart untuk anda yang ingin memandu kereta cilik tersebut.
SIC yang sebenar telah dibina pada tahun 1998 oleh jurureka trek F1, Hermann Tilke. Beliau bertanggungjawab untuk mereka bentuk keseluruhan trek SIC dan sebelum trek sebenarnya dibina, beliau telah membina trek kecil sebagai model terlebih dahulu.
Dan kini, trek model itulah yang digunakan sebagai trek untuk anda dan rakan-rakan berlumba menggunakan Go-Kart ala-ala Michael Schumacher dan Lewis Hamilton.
Ladang Buah Naga HL, Bagan Lalang
Queenie, Pengurus HL Dragon Fruit Sepang menunjukkan buah naga diladangnya yang sudah boleh dituai.
Penggemar buah naga pasti suka dengan lokasi kebun yang menjual buah naga segar dari ladang ni. Terletak di tepi jalan dari arah Sepang menuju ke Bagan Lalang, ada beberapa kebun buah naga yang boleh anda singgah seperti kebun buah naga HL.
Di kebun buah naga ini, anda boleh menikmati beberapa produk buah naga yang disediakan oleh pekebun seperti jus buah naga dan kentang lenyek bersoskan jem buah naga.
Jus buah naga adalah minuman yang anda perlu cuba sekiranya berkunjung di sini.Kentang lenyek bersoskan jem buah naga menghasilkan kombinasi rasa yang sedap yang sukar untuk berhenti makan.
Untuk pengetahuan anda, ada beberapa lokasi lain penanaman buah naga di Malaysia tapi diperkatakan bahawa buah naga yang terletak di Sepang ini antara yang paling terbaik kerana tanah di sini yang kaya dengan nutrisi untuk pertumbuhan buah naga.
Anda juga boleh membeli buah naga anda untuk dibawa pulang dengan harga yang cukup kompetetif. Tip untuk anda, pilih buah naga yang telah seminggu dipetik, kerana isninya lebih manis berbanding yang baharu dipetik dari pokok.
Mitsui Outlet Park
Mitsui Outlet Park antara lokasi shopping barangan berjenama dengan harga rendah di Sepang. Selain daripada kedai membeli belah berjenama seperi Nike dan Salomon, di sini juga menyediakan anda dengan pelbagai deretan restoran beraneka juadah daripada masakan tradisi Malaysia hingga ke luar negara seperti makanan Jepun, barat, Perancis, Thailand dan masalah China.
Medan Ikan Bakar & Makanan Laut
Jika anda berkunjung pantai Bagan Lalang jangan lepaskan peluang menjamu selera di beberapa restoran Medan Ikan Bakar Dan Makanan Laut yang menghidangkan menu-menu yang yang enak dengan harga yang berpatutan. Antara restoran terkenal yang boleh anda pilih antaranya Restoran Bayu Malam Wak Lan Ikan bakar Dan Seafood, Restoran Senandung Malam Seafood, Restoran Terapung H.M. Sri Bagan Sdn Bhd dan Bagan Lalang Seaview Restaurant.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Buat masa ramai pelancong mengambil kesempatan bercuti ke Turki. Selain prosedur ke sana tidak begitu ketat seperti negara lain, Turki juga sebuah negara yang mempunyai keindahan alam semula jadi yang menakjubkan.
Pastinya pengalaman menaiki belon di Cappadocia antara tarikan utama untuk bercuti ke Turki.
Untuk yang pertama kali ke sana, perkongsian Detektif Kembara memberitahu panduan serta lokasi boleh pergi untuk jang masa tertentu.
Sebenarnya Turki mempunyai keluasan yang sangat besar dan tidak cukup untuk beberapa minggu berada di sini.
Jadi disertakan panduan ini adalah untuk mereka yang mempunyai masa sendiri terutama untuk yang pertama kali menjejakkan kaki ke Turki.
Panduan Merancang Lokasi Perjalanan di Turki
Ada yang terkilan bila pergi ke Turki tapi tak sempat ke lokasi-lokasi lain yang menarik sebab yang kerap dikongsikan dan dipromosikan di Turki adalah Istanbul, Cappadocia dan Pamukkale.
Tidak mengapa sekiranya tak mempunyai kesempatan semasa kali pertama sebab memang disarankan datang lagi. Agak sedikit mencabar nak mengembara ke semua tempat menarik di sini terutamanya jika ada masa yang singkat sebab Turki ni luas.
Saiznya dua kali ganda Malaysia dan ada tempat yang jalannya motorway (highway), ada juga jalan kampung dan berbukit bukau.
Nota: Panduan trip ini lebih sesuai kepada yang mempunyai masa sendiri dan bukan touch and go. Kalau nak cover sebanyak mungkin seelok-eloknya 3-4 minggu roadtrip.
First Timer
1) Ada masa <7 hari Istanbul-Bursa-Cappadocia-Pamukkale
2) Ada masa >7 hari Istanbul-Ephesus-Bursa-Kusadasi-Izmir-Pamukkale-Konya-Cappadocia-Ankara
Non First Timer (Seeloknya dah lebih 2 kali ke Turki)
1) Ada masa 1-2 minggu Istanbul-Safranbulo-Mount Nemrut-Sanliurfa-Adana-Antalya-Fethiye-Marmaris
2) Ada Masa > 2 minggu Istanbul-Safranbulo-Ordu-Trabzon-Kars-Mount Nemrut-Sanliurfa-Adana-Antalya-Fethiye-Marmaris-Bodrum
Tips 1) Boleh guna lesen memandu Malaysia 2) Elakkan memandu di bandar seperti Istanbul dan Bursa 3) Kalau nampak teksi di belakang biarkan mereka potong 4) Jaga speed limit, polis dan speed camera ada di merata-rata 5) Sewa kereta dengan syarikat yang reliable seperti Europcar, Avis,Budget dan Cizgi 6) Dekat roundabout, perlahankan dan bagi laluan kepada kereta yang dah di roundabout tu 7) Semasa di traffic light kena bersedia bila lampu hijau, kalau lambat akan kena hon
Yang nak pergi tu jangan lupa daftar HES Code dahulu. Kena daftar 72 jam sebelum departure ya. HES ni kiranya macam tracking code untuk bantu pengawalan sekiranya ada berlaku jangkitan Covid-19 di tempat kita pergi. https://register.health.gov.tr/
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...