COVID-19 nampaknya tiada tanda-tanda akan reda apabila kes melibatkannya setiap hari semakin meningkat.
Disebabkan itu banyak acara dunia dan bertaraf antarabangsa terpaksa dibatalkan. Begitu juga dengan tempat-tempat pelancongan dunia, disebabkan si COVID-19, industri ini terjejas teruk dan terpaksa ditutup daripada dikunjungi orang ramai.
MotoGP Qatar Batal
Sesi perlumbaan pembukaan MotoGP di Qatar 8 Mac depan dibatalkan. Ia susulan larangan perjalanan yang dikeluarkan negara itu ke atas pengunjung dari Itali gara-gara penularan COVID-19. Menurut penganjur, acara itu tidak akan diteruskan kerana Itali memainkan peranan penting dalam perlumbaan itu.
Semua penumpang yang tiba di Doha dengan penerbangan terus dari Itali atau yang berada di Itali sejak dua minggu lalu akan dikuarantin selama 14 hari. Bagaimanapun perlumbaan Moto2 dan Moto3 masih diteruskan. Ini memandangkan sebahagian pelumba sudah berada di Qatar untuk sesi ujian sejak minggu lepas.
Ads
Sidang Kemuncak Bersama Pemimpin ASEAN di Las Vegas Ditangguhkan
Amerika Syarikat menangguhkan sidang kemuncak bersama pemimpin ASEAN di Las Vegas pada bulan depan susulan kegusaran mengenai wabak koronavirus COVID-19. Mesyuarat itu sepatutnya diadakan pada 14 Mac depan susulan Presiden Donald Trump tidak hadir pada sidang kemuncak ASEAN di Bangkok pada November lalu.
Walau bagaimanapun, AS menghargai hubungan bersama negara-negara ASEAN dan berharap dapat mengadakan mesyuarat lain dalam masa depan. Kes positif koronavirus COVID-19 di Amerika Syarikat kini mencecah 60, kebanyakannya penumpang kapal pelayaran Diamond Princess yang dibawa pulang dari Jepun.
Ads
Muzium Louvre Ditutup
Sektor pelancongan antara yang paling terjejas akibat penularan COVID-19. Di Perancis, lokasi tumpuan pelancong popular muzium Louvre terpaksa ditutup. Arahan penutupan dibuat susulan kebimbangan jangkitan virus tersebut.
Sebahagian 9.6 juta pengunjung muzium terbabit adalah pelancong luar negara. Ia menerima ribuan pengunjung setiap hari. Penutupan ini juga dibuat susulan keputusan pihak berkuasa Perancis untuk melarang aktiviti berkumpulan tidak lebih 5,000 orang.
Majalah antarabangsa hebat, TIME menyenaraikan Pulau Pinang antara 10 destinasi mampu lawat di Asia bagi pelancong Barat.
Majalah itu dalam artikelnya ‘10 Amazing Asian Vacations That Won’t Cost a Fortune’, memaparkan destinasi murah dan memuaskan untuk dilawati.
Menurut TIME, kos untuk 2 orang bagi seminggu di Pulau Pinang ialah USD2,669 (RM11,399)
Pulau Pinang dengan tarikan budaya campuran budaya, makanan, rumah agama, tempat menarik, pantai cantik, kehidupan malam hari dan pusat beli – belah yang murah.
Kadar bilik hotel menurun 10% setiap tahun, menjadikan purata sekitar USD80 (RM342) semalam, menurut Hotels.com. Tambang udara juga jatuh , 16% setiap tahun hingga kadar USD916 (RM3,925) perjalanan pulang.
Kebanyakan pelancong bertumpu di George Town, dan bangunan Unesco World Heritage Site. Tarikan makanan yang pelbagai (yang juga baru ini disenarai dalam antara makanan gerai terbaik dunia) seperti rojak pasembur, nasi kandar, kuey teow dan pelbagai lagi makanan murah dan sedap.
Bagi memahami pertembungan dua budaya timur dan barat, rumah seperti Khoo Kongsi dan Cheah Kongsi jadi tarikan. Disitu mural besar, ukiran seramik, dan binaan yang mengagumkan. Taman Negara Pulau Pinang juga menawarkan keindahan alam flora dan fauna di samping pantai yang cantik.
Malaysia Airlines menawarkan diskaun sehingga 40 peratus bagi tambang Kelas Perniagaan untuk destinasi domestik dan antarabangsa.
Promosi istimewa ini bermula dari sekarang dan berakhir pada 2 Mac, membabitkan perjalanan serta merta sehingga 31 Jan 2021, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
**media[154463]**
Kelas perniagaan Malaysia Airlines menawarkan kaunter daftar masuk yang eksklusif, keutamaan dalam bagasi termasuk akses kepada Golden Lounge, antara lain.
Untuk destinasi domestik, syarikat penerbangan itu menawarkan tambang sehala semua dalam satu bermula daripada RM299, penerbangan ke Singapura daripada RM499, Phuket hanya RM549, Bangkok sebanyak RM599 dan Surabaya berjumlah RM659.
Sementara itu, promosi ini juga termasuk penerbangan ke destinasi antarabangsa seperti Beijing, dengan tambang bermula daripada RM2,799, Delhi daripada RM3,199, Seoul hanya RM3,399, Auckland daripada RM10,299 dan London sebanyak RM12,999.
Pelanggan juga boleh mengambil kesempatan daripada diskaun tambahan sebanyak lima peratus apabila mereka membeli tiket dengan menggunakan kad Maybank melalui penggunaan kod promo BIZ4MAYBANK.
Mereka juga boleh memilih 'Fly Now' Malaysia Airlines, pelan bayar kemudian dengan kad kredit Maybank dan Public Bank, yang membolehkan pelanggan untuk membayar tambang secara ansuran dengan kaedah sifar dalam tempoh enam atau 12 bulan.
Beberapa hari sebelum ini tular di media sosial satu video berdurasi 21 saat yang memaparkan empat ekor gajah berkeliaran di sekitar kawasan stesen minyak Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir di Hulu Terengganu yang dipercayai dirakam pekerja stesen minyak itu.
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang menerima beberapa laporan mengenai kehadiran haiwan liar di kawasan berpenduduk baru-baru ini, menasihatkan orang ramai supaya tidak panik jika berhadapan dengan situasi itu.
Orang ramai juga diminta supaya berhati-hati dan tidak ghairah untuk mengambil gambar sekiranya terserempak lagi dengan gajah tersebut atau haiwan liar lain seperti harimau bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Sekiranya terserempak dengan haiwan liar, orang ramai diminta supaya melaporkan segera kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut. Perhilitan akan menghantar petugas untuk mengenal pasti dan membantu sekiranya wujud ancaman terhadap penduduk sekitar.
Kemungkinan kewujudan haiwan liar tersebut di kawasan awam susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) aktiviti manusia yang semakin berkurang secara tidak langsung mengurangkan ‘gangguan’ terhadap haiwan liar, menyebabkan ia ‘selesa’ untuk keluar mencari makanan memandangkan, habitatnya bersempadan dengan penempatan penduduk.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof mengesahkan pihaknya ada menerima laporan itu dan siasatan mendapati laluan itu sudah lama tidak digunakan oleh gajah liar. Menurut beliau lagi ada kemungkinan juga lokasi itu hanya menjadi laluan persinggahan haiwan liar berkenaan sahaja.