Bagi anda yang sudah biasa melancong ke luar negara, tentu tahu apa kepentingan pasport. Pastikan pasport sentiasa diperbaharui dan jangan tunggu hingga saat-saat akhir barulah terfikir untuk memperbaharui pasport, huru-hara dibuatnya. Baru semangat hendak bercuti, tidak fasal-fasal pula dibatalkan. Potong betullah!
PERBEZAAN
Ramai yang bertanyakan apa perbezaan antara pasport dan visa. Secara ringkas, pasport merupakan satu dokumen sah bagi membenarkan seseorang rakyat negara terbabit untuk melancong ke luar negara. Pasport meliputi identiti seseorang termasuk gambar, tandatangan dan perihal diri yang penting. Visa pula kebenaran untuk masuk ke sebuah negara asing dalam satu tempoh yang tertentu. Biasanya, visa di cap di pasport pemilik tersebut.
Ads
PASPORT
Syarat utama, anda haruslah warganegara Malaysia. Terdapat dua bayaran iaitu RM100 untuk tempoh dua tahun dan RM300 untuk tempoh lima tahun. Bagi bayaran warga emas (60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (12 tahun ke bawah), bayaran RM80 untuk tempoh dua tahun dan RM150 untuk tempoh lima tahun dikenakan. Manakala, golongan orang kurang upaya (OKU) tidak dikenakan sebarang bayaran. Bayaran separuh harga pula hanya dibenarkan untuk remaja yang belum sampai 21 tahun yang sedang belajar di luar negara. Kemudian anda hanya perlu ke Pejabat Imigresen atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.
Ads
VISA
Ads
Permohonan visa pula boleh dibuat di mana-mana Pejabat Atas Imigresen, Konsulat, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Kedutaan Malaysia atau di Konsulat British bagi negara yang tidak mempunyai Pejabat Perwakilan Malaysia. Untuk mendapatkan visa, dokumen seperti pasport yang masih laku, salinan borang tertentu, gambar dan tiket penerbangan perlu ada. Bagi anda yang mahu tahu lebih lanjut, anda bolehlah merujuk kepada laman www.imi.gov.my.
Haa… Tunggu apa lagi? Sudah ada dokumen perjalanan sah, jangan lupa bagasi dan perkara-perkara penting untuk dibawa bersama. Pastikan anda membuat salinan dokumen, kurangkan membawa wang tunai sebaliknya guna kad kredit atau cek kembara. Lebih selamat jika anda berjalan secara berkumpulan untuk mengelakkan tersesat sendirian di bumi asing. Sekali lagi, buku merah jangan lupa bawa. Itu benda paling penting untuk keluar melancong.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Buat anda yang nak ke Hatyai naik kereta sendiri, boleh ikut perkongsian lelaki ini. Jom tengok apa yang perlu buat sebelum gerak dan lokasi mana patut singgah kalau sudah sampai Thailand.
Menurut saudara Shah, anda senang nak menyinggah tempat makan kalau naik kenderaan sendiri.
Anda boleh masuk ikut Bukit Kayu Hitam, kalau ada orang jaga dia akan suruh penumpang pergi dalam masuk chop pasport di dalam. Jika tak ada orang jaga, anda boleh chop di kaunter drive tru.
Insurance CI+VI+TI = Rm257 untuk 5 orang
Insurance e101 = Contact insurace kereta
Lokasi Wajib Singgah
Sakol Hotel ( 100m ke Night Market ) katil agak keras, mungkin kurang selesa. Tetapi harganya murah dalam RM160 semalam.
Khuan Lang Fatimah (Halal Food)
Khuan Lang Fatimah – Harga dalam Rm50-60 duit Malaysia.
https://goo.gl/maps/mu3q6DjxjWPWU9pd7.
Makanan sedap dan harga standart. Somtam sedap/daging harimau menangis sedap/ayam bakar sedap/sup pun boleh tahan.
Sushimor (halal Food)
https://goo.gl/maps/CiwJ2Ct9Bxs612Jn7
Penggemar sushi boleh cuba.
Fresh oyster (rasa ok harga dalam 20bhat ke 40 bhat)
Rasa jus ini pekat dan sedap!
Fruits Juice (just nice)
Torofries (Tak sempat nak try sebab nak menuggu dia 2 jam).
Asean Night Market https://goo.gl/maps/MG9pELDueJW9gZeo6 (makanannya rasa biasa-biasa sahaja. Harga standart cuma duit kita jatuh. Kat bawah jual pakaian tapi harga agak mahal
Ku Tao Hanging Leg Noodles
https://goo.gl/maps/GT3MHuPqC2KRemJ89
Makanannya boleh makan, sup dalam boat 2 terlalu banyak. Lama-lama makan akan rasa tak boleh masuk. Nasi kaki lembu, tak boleh sumbat banyak akan rasa nak muntah. Telur dadar paling tak sedap.
Bingsu Nom6 halal
Bingsu Nom6 yang ini wajib try. Harga dalam RM20++
https://goo.gl/maps/MYZNWbkY9dyxYcD27
Yang dalam mangkuk 2 sama macam kat malaysia iceblend perisa + disusun buah-buahan. Dalam pinggan petak tu, memang sedap sebab lembut sangat. yang ini memang wajib try.. Tempoh menuggu dekat 1 jam.
SeaVerse Cafe & Restaurant
https://goo.gl/maps/5YdAZq6ySVAkDxgR9
Tempat ambil gambar kat sini tak try makan. 30bhat, kanak-kanak dan orang tua free masuk.
Chang Puak Elephant Camp Hat Yai
https://goo.gl/maps/7Q2JbwrW61TniRA4A
Tempat naik gajah dan banyak lagi aktiviti. Tak silap semua aktiviti dalam 1k bhat.
Tomyam Halal Noodle
https://goo.gl/maps/6ey5ictwLnBoioba7
Makan tomyam kat sini, boleh tahan masakannya. Harga pun just nice. Di sini tempat yang boleh try kalau nak makan tomyam.
Nota: Border pass hanya yang duduk di sempadan Kedah atau perlis. Yang duduk negeri lain kena passport.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selangor mempunyai pelbagai destinasi pelancongan eko yang menarik bagi penggemar aktiviti sukan lasak dan penggemar alam semula jadi.
Apa kata, luangkan masa senggang anda dengan menikmati dan menjalani aktiviti luar dilokasi seperti berikut:
FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM), KEPONG
Antara tempat menarik untuk melakukan aktiviti dengan gabungan alam semula jadi adalah di Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong. Dengan keluasan 600 hektar, ia dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong di mana tempat ini menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung yang datang. Salah satu tarikan terbaharu di sini ialah ‘Sky Walk’, manakala antara aktiviti yang boleh dilakukan di FRIM adalah seperti berjoging di Rover Track, berjalan kaki di kanopi, berkelah dan berkhemah bersama keluarga, hiking, berbasikal malah berpeluang mempelajari tentang keunikan alam semula jadi.
Bayaran masuk yang dikenakan adalah sebanyak RM5 dan tambahan RM5 akan dikenakan jika pengunjung membawa kamera untuk mengambil gambar. Satu fakta menarik – FRIM, Kepong ini pada mulanya merupakan tempat perlombongan, kemudian menjadi kawasan kebun sayur dan kini ianya merupakan sebuah kawasan hutan dengan suasana yang nyaman dan tenang yang boleh dilawati pengunjung. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi: FRIM (03-62797000 atau 03-62797575).
TAMAN EKO RIMBA KANCHING
Taman Eko Rimba Kanching merupakan tempat aktiviti pelancongan eko yang wajib dilawati di Negeri Selagor. Tempat ini mempunyai suasana air terjun yang cantik untuk bergambar dengan laluan pendakian yang mencabar. Ini kerana Sungai Kanching mempunyai 7 lapisan air terjun setinggi 208-meter yang mana semakin tinggi dakian, semakin sukar perjalanan untuk mendaki.
www.driftsoul.com@elquiqueleon
Bukan itu sahaja, pengunjung juga dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan menikmati suasana alam semula jadi sambil berkelah. Bayaran masuk adalah RM1 (dengan MyCard) pada hari biasa, RM2 (dengan MyCard) pada hari minggu dan RM5 jika tanpa MyCard.
SKYTREX SUNGAI CHONGKAK, HULU LANGAT
Dikenali dengan “Malaysia First Flying Fox Park”, tempat ini mempunyai elemen flying fox yang lebih panjang berbanding cawangan lain di Langkawi dan Melaka. Di samping itu, Skytrex Sungai Chongkak juga dikelilingi dengan kehijauan hutan serta aliran sungai di bawah laluan rintangan.
www.gogokids.mywww.gogokids.my
Terdapat 3 pakej yang disediakan untuk pengunjung di mana setiap pakej mempunyai 25 halangan berbeza dan mengambil masa sejam untuk dilengkapkan. Bayaran masuk ke Skytrex Sungai Chongkak adalah dalam lingkungan RM50 hingga RM130 mengikut pakej yang dipilih. Untuk maklumat lanjut, layari www.skytrex-adventure.org atau hubungi +6013 276 9841.
BUKIT BROGA, HULU LANGAT
Bukit Broga merupakan tempat yang paling sesuai untuk mendaki bagi semua golongan umur kerana perjalanan dakian yang kurang mencabar dan mudah. Bukit yang hanya berketinggian 400-meter dari paras laut ini mengambil masa sejam untuk sampai ke puncak. Apa yang menarik, di puncak bukit ini dipenuhi dengan kehijauan lalang. Dengan gabungan rumput lalang dan pemandangan yang cantik, bergambar di puncak Bukit Broga amat sesuai untuk dijadikan kenangan.
flickr-@loosengyee@fakhrulsulaiman-pinterest
Selain itu, terdapat juga gerai yang menjual air kelapa di puncak bukit untuk pendaki menikmati pemandangan sambal melepaskan dahaga. Bayaran serendah RM1 dikenakan untuk mendaki bukit ini. Satu fakta menarik, pendakian Bukit Broga sebanyak 10 kali adalah bersamaan dengan pendakian ke Gunung Kinabalu. Untuk maklumat lanjut, layari www.mpkj.gov.my atau hubungi 03-87377899 / 03-87371789.
WHITE WATER RAFTING, HULU SELANGOR
Terletak di Kuala Kubu Bharu, aktiviti white water rafting ini amat menyeronokkan bagi yang ingin mencuba aktiviti air lasak di sungai sepanjang 8km. Bukan itu sahaja, terdapat juga banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan di Sungai Selangor. Aktiviti berakit ini sangat sesuai dilakukan secara berseorangan, serta bersama pasangan, keluarga dan kumpulan dari semua peringkat umur dari 8 hingga 88 tahun, menjadikan aktiviti ini ideal di Malaysia. Kadar bayaran dianggarkan dari RM199 hingga RM800 dengan penyertaan minimum seramai 2 orang. Untuk maklumat lanjut, layari www.malaysia-whitewater-rafting.com atau hubungi +6012- 4653307.
WATER TUBING, HULU SELANGOR
Water Tubing adalah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan di pekan Kuala Kubu Bharu selain white water rafting. Aktiviti tubing ini menyeronokkan lebih-lebih lagi dilakukan bersama rakan-rakan kerana ia tidak memerlukan dayung, dan hanya perlu mengikuti arus sungai. Sekiranya arus kuat, maka kelajuan tiub akan bertambah laju.
Jika sebaliknya, peserta perlu menolak air sungai dengan menggunakan tangan untuk bergerak ke hadapan dengan lebih laju. Anggaran harga untuk melakukan aktiviti tubing adalah RM30. Untuk maklumat lanjut, sila e-mel ke rentasadventures@gmail.com atau hubungi 011-11414674.
TAMAN ALAM KUALA SELANGOR
Taman Alam Kuala Selangor merupakan sebuah taman semula jadi yang dikelilingi dengan hutan paya bakau yang menarik. Ia juga mempunyai laluan hampir 4-kilometer untuk pengunjung selusuri dan menikmati persekitaran alam. Bagi penggemar burung, anda boleh ke menara tinjau yang disediakan untuk melihat dan mengambil gambar lebih kurang 150 jenis spesis burung dari serata dunia termasuk burung migrasi dari negara Siberia dan Rusia.
@tourismselangorairbnb.co.uk
Pengunjung juga boleh bergambar di kawasan paya bakau kerana susunan pokok-pokok yang cantik di sana. Selain itu, bayaran sebanyak RM4 akan dikenakan untuk orang dewasa dan RM1 untuk pengunjung di bawah 16 tahun. Untuk maklumat lanjut, layari www.kuala-selangor.com atau hubungi 03-32892294.
4X4 ADVENTURE TERATAK RIVERVIEW, HULU SELANGOR
Apa kata anda meredahi hutan dengan menaiki kenderaan jenis 4×4 yang menyeronokkan dan mencabar daripada lawatan biasa di bandar. Kenderaan jenis 4×4 yang disediakan akan menjelajah melalui jalan hutan yang kehijauan terus ke kawasan kampung-kampung tradisional, ladang buah-buahan, seberang sungai, kawasan paya dan batu-bata serta air terjun.
@azizsulaiman
Selain itu, pengunjung boleh berkelah dan berenang di sungai sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Lingkungan harga untuk merasai pengalaman pengembaraan dengan kenderaan jenis 4×4 ini adalah mengikut kepada permintaan dan itinerari yang diinginkan oleh pengunjung dengan mininum 6 orang peserta. Untuk maklumat lanjut, layari www.teratakriverview.blogspot.com atau hungi +6012-5653397.
PARAGLIDING (BUKIT JUGRA, KUALA LANGAT & BUKIT BATU PAHAT, HULU SELANGOR)
Anda boleh terokai bandar Jugra dan Batu Pahat dan menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dari puncak bukit dengan melakukan aktiviti paragliding yang disediakan di Bukit Jugra, Kuala Langat dan juga Bukit Batu Pahat, Hulu Selangor. Dengan ketinggian 400 kaki dari paras laut, dua tempat popular ini wajib dikunjungi bagi sesiapa yang gemarkan aktiviti mencabar dan ingin mencuba pengalaman terbang di udara.
malaysiadateline.compengiun-r2.blogspot
Masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti paragliding ini adalah pada bulan Mac hingga September dan bayaran dikenakan untuk melakukan aktiviti ini dianggarkan berjumlah RM320 seorang. Untuk maklumat lanjut, layari www.mdkl.gov.my atau hubungi 03-31803694 / www.mdhs.gov.com atau hubungi 03-60641235.
Anda pernah datang tak floating market di Kompleks JPS Perlis denai Pengkalan Asam Perlis? Haaa… jangan terkejut, pasar terapung ni terletak di JPS Perlis, Kangar. Boleh lah sesekali nak merasa ala-ala masuk Hatyai.
Di sini ada lebih kurang 10 bot yang menjual pelbagai jenis makanan. Jadi kalau rasa susah sangat nak masuk Thailand, datang sahaja ke Pasar Terapung dekat Perlis ini.
Syok juga datang sini makanan sedap-sedap tempat lawa nak ootd. Owh ya, anda boleh join aktiviti yang ada di sini juga.
Katanya kat sini buka pada hari Sabtu Ahad sahaja, jangan lupa singgah floating market di Perlis ini, ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...