Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 merupakan salah satu insentif yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0 yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor pada 9 Jun 2021 yang memperuntukkan sebanyak RM 2.55 juta kepada industri pelancongan Negeri Selangor.
Dari jumlah tersebut, RM 1 juta diperuntukkan untuk Subsidi Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 merangkumi 10,000 unit baucar bernilai RM 100 setiap satu yang akan ditawarkan kepada umum di aplikasi e-dagang terkemuka; Shopee bermula 22 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2021, atau sehingga baucar pembelian habis ditebus.
Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 ini boleh digunakan untuk membeli pakej-pakej pelancongan Negeri ini yang ditawarkan secara khusus oleh 28 Agensi Pelancongan Negeri Selangor yang mengambil bahagian dalam edisi kali ini. Tempoh perjalanan atau penggunaan baucar pula bermula dari 22 Oktober 2021 sehingga 30 Jun 2022.
Majlis Pelancaran pada Selasa bertempat di Sunway Lagoon, taman tema terbesar di Malaysia dan turut disiarkan secara langsung menerusi laman media sosial rasmi Facebook Tourism Selangor, telah disempurnakan oleh Y.B. Tuan Hee Loy Sian, EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor.
Ads
Barisan tetamu kehormat yang lain terdiri dari Tuan Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Tuan Ishak Maulan, Penolong Pengarah, Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Negeri Selangor, dan Tuan Calvin Ho, Pengarah Eksekutif, Sunway Theme Parks.
Majlis pada hari tersebut turut merangkumi sesi Sidang Media berkenaan pelaksanaan SOP produk pelancongan Negeri Selangor bertepatan dengan kemasukan Negeri ini dalam Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), yang melihatkan sektor pelancongan domestik mula dibuka secara bertumpu, dengan aktiviti pelancongan dibenarkan terhad dalam Negeri yang sama.
Ads
Namun, penggiat industri pelancongan sudah mula menarik nafas lega setelah terpaksa menghentikan sementara operasi mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Fasa 1 PPN terdahulu.
Tuan rumah bagi Majlis Pelancaran tersebut, Sunway Lagoon turut tidak berkecuali menyambut baik perkembangan positif tersebut dengan pelancaran tarikan terbaharu; “Camp Out Sunway Lagoon” bersempena pembukaan semula operasi taman temanya bermula 7 Oktober ini.
Ads
Y.B. Tuan Hee Loy Sian dalam sebuah kenyataan berkata; “Adalah diharap agar Pelaksanaan SOP Pelancongan di Negeri Selangor dan Program Subsidi Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 dengan nilai peruntukan sebanyak RM 1 juta yang dilancarkan pada hari ini akan menjadi sebuah inisiatif yang signifikan ke arah membangunkan semula industri pelancongan Negeri Selangor, di ambang pandemik Covid-19 yang semakin menghampiri ke fasa endemik ini.”
“Diharapkan juga, insentif ini akan membuka ruang dan peluang kepada penggiat industri pelancongan di Negeri Selangor dalam menjamin kelangsungan industri pelancongan Negeri, seterusnya menyokong Kempen “Pusing Selangor Dulu!” dan “Splendid Selangor; Take me Anywhere!” yang sedang giat dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui pihak Tourism Selangor”, tambah Y.B. Tuan Hee Loy Sian.
Kempen Pusing Selangor Dulu memberi penekanan kepada inisiatif promosi pelancongan domestik dengan melibatkan usahasama dengan penggiat industri pelancongan seperti pihak Hotel, Agensi Pelancongan, Media dan Syarikat Penerbangan. Tarikan pelancongan Negeri Selangor dapat dipromosikan secara lebih meluas menerusi Kempen ini yang giat dijalankan di laman digital dan media sosial rasmi Tourism Selangor di laman Facebook, Instagram, Twitter, aplikasi TikTok, dan saluran YouTube, dengan tandapagar #PusingSelangorDulu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Saya bukan kaki pancing tapi saya suka ambil tahu pasal ikan. Kecik-kecik dulu bela ikan laga. Masuk kedai Cina tengok diorang kecoh betting. Ikan laga dalam bekas kaca besar diorang kasi fighting…
Paling syiok amik tahu pasal ikan pemangsa. Selalu tengok dalam Nat Geo. Sambil minum MILO, layan rancangan ikan air tawar terbesar dunia; arapaima gigas atau pirarucu atau paiche atau ikan naga merah.
Arapaima Tasik Kenyir Waktu di Tasik Kenyir, saya nampak poster lama acara mancing dengan tawaran RM10k. Ia ditawar bagi sesiapa yang berjaya naik kan arapaima di Tasik Kenyir.
Saya fikir; betul ke ada Arapaima dalam tasik Kenyir? Setahu saya, ikan ni asal Sungai Amazon & Essequibo, Amerika Selatan. Orang asli Brazil & Peru sana tangkap ikan giant ni buat makan.
Saya agak ada. Kalau tak, takdelah dibuat tawaran ni. Mungkin ada orang terlepas atau lepaskan. Macam saya buat di Putrajaya lama dulu. Saya pernah bela ikan Polypterus Endlicheri Bichir. Ikan ni paling besar dalam 70cm. Tak la besar Arapaima. Tak bahaya pun.
Macam hal sama toman dilepas ke sungai Amerika Syarikat; sampai pihak berkuasa buat pembasmian besar-besaran toman sebab hapuskan spesis tempatan.
Sebenarnya offer ni dibuat waktu bekas Menter Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada 2009. Sekarang offer dah takde.
Ini usaha serius bagi elak kepupusan ikan tempatan. Arapaima jenis makan ikan dan mamalia. Kacau ekosistem sini.
Ikan ni boleh panjang sampai 3 meter dan berat +- 200kg.
Rileks je naik sekali 5 ekor…
Tawaran RM10k dibuka dapatkan ikan ni hidup-hidup. Takde siapa berjaya naikkan. 2012, tawaran naik ke RM20k. Takde jugak yang berjaya naikkan. Pencarian di internet pun memang takde bukti gambar atau video arapaima Tasik Kenyir. Yang ada di Kedah, dah mati. Tapi ada di Tasik Ulu Yam didaratkan dalam video pada 2008.
Bila saya baca satu laporan, Arapaima ni terlepas dari kolam ternakan pengusaha chalet di Tasik Kenyir akibat banjir. Dikatakan ada empat ekor terlepas. Seekor mati. Ada lagi tiga ekor. Kalau tiga ekor tu cukup jantan betina, memang membiaklah ikan ni.
So bila lagi nak darat Arapaima Gigas Tasik Kenyir? Harap ada semula la offer duit tu…up lagi..
Video bekas MB terengganu offer RM20k untuk naikkan Arapaima Gigas
Nama saintifik: Arapaima Gigas Nama panggilan: pirarucu, or paiche Asal: Amerika Selatan; Brazil & Peru Panjang & Berat: +- 3m , +-200kg Habitat: Air tenang, berkeladak dan berasidik Makanan: Ikan dan mamalia kecil Cara bernafas: Ambil udara di permukaan setiap 10-20minit
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bulan April lalu tular gambar sut pakaian Peralatan Pelindung Peribadi (PPE) untuk anak kapal AirAsia diperkatakan ramai.
Namun, syarikat penerbangan tambang murah itu menjelaskan penularan foto sut pelindungan tersebut masih dalam peringkat kajian. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu, inisatif percubaan pemakaian PPE itu dilakukan oleh AirAsia Filipina untuk kru kabin mereka baru-baru ini.
“AirAsia Filipina telah melakukan inisiatif percubaan pemakaian PPE yang dibuat khusus untuk kru kabin mereka. Ia pertama kali digunakan untuk penerbangan penghantaran pulang (recovery flight). Penilaian lebih mendalam mengenai rekaan ini sedang dijalankan. Pihak kami tidak dapat memberikan penjelasan lanjut kerana PPE ini masih dalam peringkat kajian. Pihak kami akan memaklumkan jika ada sebarang perkembangan berkaitan perkara ini,” kata kenyataan itu.
AirAsia Filipina baru-baru ini mengambil inisiatif melancarkan PPE untuk kru kabin mereka semasa penerbangan penghantaran pulang dari Bangkok ke Manila. Anak kapal AirAsia Filipina memperagakan sut pakaian Peralatan Pelindung Peribadi (PPE). Inisiatif tersebut merupakan tanggungjawab AirAsia untuk membantu mencegah penularan COVID-19 dan bahan PPE yang digunakan itu telah diluluskan oleh Jabatan Kesihatan negara tersebut.
PPE yang dilancarkan itu bukan sahaja untuk menjaga keselamatan para penumpang dan kru, tetapi bagi memastikan keselesaan kru kabin yang perlu bergerak sepanjang penerbangan. Sut PPE ini direka oleh pereka Filipina yang berpangkalan di Los Angeles, Puey Quinones dan diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan selesa namun masih mengekalkan warna identiti AirAsia.
Antara salah satu cara nak travel tentunya menaiki bas, biasanya kita akan pilih bas yang cukup selesa dan mempunyai tempat duduk yang luas untuk perjalanan yang panjang terutamanya ke negeri-negeri yang ada di Pantai Timur.
Korang percaya tak hanya dengan RM50 korang boleh dapat perjalanan yang selesa dengan bas yang dikatakan paling mewah ada kat Malaysia.
Melalui perkongsian video di akaun TikTok @Azmimisiniaga, seorang lelaki berkongsi keadaan yang ada dalam bas yang dinaikinya ke Terengganu.
Bas tersebut dikatakan bas paling mewah sekali ada di Malaysia. Mempunyai kerusi leather yang lebar dan luas memang cukup selesa untuk perjalanan korang. Lengkap dengan kedudukan yang boleh diubah-ubah dan juga port USB untuk korang cas telefon bimbit sepanjang perjalanan.
Paling best ada function kat kerusi korang yang boleh mengurut. Tak samalah macam yang kat luar tapi memadai untuk korang rasa selesa untuk perjalanan yang jauh. Selain itu ada infotainment yang korang boleh layan sepanjang korang naik bas. Pendek kata korang tak akan bosanlah!
Selesa dan cukup mewah, bas ini juga turut mempunyai ruang untuk anda minum-minum. Tandas dan kemudahan lain juga lengkap dan bersih. Untuk perjalanan ke dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Terengganu, kosnya hanya RM50, dan menurut lelaki ini bas ini hanya membuat perjalanan ke Terengganu, Pulau Pinang dan juga Kuantan.
Kalau korang nak cuba naik bas paling mewah ni bolehlah usha perkhidmatan Alibaba Express ni.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...