
Rina Balinese Resort Senai, resort yang berkonsepkan traditional ala Bali. Rasa nyaman dan tenang apabila berada di sini. Sesuai untuk anda yang datang nak bertenang dengan keluarga tersayang.
Rina Balinese Resort Senai
Bukan hanya anda berkeluarga, love birds nak berbulan madu pun sesuai. Mempunyai kolam mandi privasi, jadi kalau bawa anak-anak pun sesuai.
Suasana bilik pun agak klasik dan dekorasi yang unik, diselit dengan beberapa jeni perabot buluh yang selari berkonsepkan klasik.
Persekitaran resort ini pun cukup indah dengan ada laluan air sekitarnya. Diteduhkan dengan pokok-pokok hijau dan dekorasi air di dalam kolam ala candi, nampak unik!
Banyak Aktiviti Menarik
Jangan risau, di sini banyak aktiviti menarik macam ATV, memanah, gym, dan boleh merasa hidangan makan nasi ayam penyet.
Lokasi:
Rina Balinese Resort
Lot 2515, Jalan Seelong Jaya 6. Kg Seelong Jaya, 81400 Senai, Johor
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Shuttle Timur’ KTMB Tabur Jasa Kepada Penduduk Pedalaman Kelantan

Bergerak seawal 4 pagi dari Stesen Keretapi Tumpat ke hentian akhirnya di Stesen Keretapi Gua Musang, tren henti-henti yang dinamakan ‘Shuttle Timur’ ini tidak pernah jemu menabur jasanya kepada penduduk Kelantan setiap hari.
Perjalanan selama lapan jam dari Tumpat ke Gua Musang dan sebaliknya setiap hari sedikitpun tidak pernah melunturkan semangat lebih 100 pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang menguruskan operasi tren sepanjang 227 kilometer membabitkan 11 stesen dan 22 perhentian itu.



Pengangkutan awam ini disifatkan sebagai satu perkhidmatan perlu untuk membawa penduduk di pedalaman untuk mendapatkan keperluan harian mereka selain urusan perubatan di Hospital Kuala Krai dan di Gua Musang.
Ia dianggap satu keperluan penting sekali untuk penduduk dan sebab itu tren ini akan menjalankan tanggungjawabnya setiap hari kerana penduduk yang tinggal di pedalaman sukar untuk bergerak menggunakan jalan raya.
Shuttle Timur ini cukup terkenal dalam kalangan guru dan pelajar sekolah yang menggunakan perkhdmatan ini setiap hari. Kalau sebelum ini, empat gerabak tren ini membawa lebih 200 penumpang pada satu-satu masa tetapi pada masa PKP jumlahnya jauh berkurangan.



Sebelum ini kereta api yang digunakan adalah dari jenis coach yang lama yang tiada aircond tetapi sejak tahun 2009, ianya telah diganti dengan yang agak baharu dan diberi nama ‘Shuttle Train’. Jika dari Kelantan, stesennya bermula di Stesen Keretapi Tumpat dan keretapi yang paling awal berlepas pada jam 4.20 pagi. Sebelum diganti dengan coach yang baharu kereta api ini bergerak lebih awal lagi dari Stesen Tumpat iaitu sekitar jam 3 pagi.
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kemudian disambung kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada masa ini, tren ini tetap ‘mendapat mandat’ meneruskan khidmat baktinya kepada rakyat negeri ini terutama yang tinggal di kawasan pedalaman.
Semasa PKP fasa pertama, tren tersebut hanya membawa lima penumpang namun ketika PKPB berkuat kuasa, lebih 50 penumpang atau lebih dicatatkan setiap hari apabila kelonggaran diberikan kerajaan.
Sepanjang PKP, penumpang yang akan menaiki tren itu akan diperiksa terlebih dahulu suhu badan selain perlu memakai pelitup muka dan menggunakan cecair pembasmi kuman. Kalau satu gerabak sebelum ini boleh memuatkan seramai 60 orang, kini dikurangkan kepada 30 orang kerana kita mengamalkan penjarakan sosial kepada penumpang.
Sumber: Bernama
Foto:Bernama | wazariwazir.com
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Scary La! Hachijo Hotspring Hotel Jepun Ditelan Alam Selepas Terbiar 20 Tahun

Sebuah hotel dikenali sebagai Hachijo Hotspring Hotel di persisiran pantai Jepun ditelan alam semula jadi sejak ia ditinggalkan lebih 20 tahun lalu. Menurut sumber, kemungkinan hotel usang ini merupakan hotel yang agak mewah sekitar dua dekad lalu dan menjadi pilihan ramai kerana lokasinya yang begitu menarik.
Seorang pengembara Belanda, Bob Thissen bersama rakan-rakannya sempat singgah untuk melawat Hotel Mata Air Panas Hachijo itu yang pernah menjadi destinasi pelancongan popular di sebuah pulau tropika di luar perairan Tokyo.
Hotel itu ditutup selepas muflis dua dekad lalu. Cuaca lembap mengakibatkan bangunan tersebut lebih cepat nampak usang dengan bahagian dalamnya dilitupi paku-pakis dan lumut. Kolam renang yang besar menjadi perhatian kerana walaupun usang, ia dilihat mempunyai daya penarik. Jika dalam keadaan baik, kolam renang ini pasti menjadi tumpuan tetamu hotel ini.
Kalau anda berani boleh la lihat dengan teliti setiap keping gambar ini. Anda akan dapati ada beberapa entiti disebalik beberapa keping gambar yang disiarkan.
Ketika meneroka bahagian dalam hotel itu baru-baru ini, Thissen menemui sebuah konsol permainan video lama, telefon dan anak patung haiwan menyeramkan. Di dalam sebuah bilik permainan pula dia menemui lebih 12 mesin arked. Lelaki itu turut menemui sebuah piano diselaputi debu tebal yang separa berfungsi.
Walaupun sudah lebih 20 tahun ditinggalkan, mereka kagum kerana banyak peralatan dan perkakasan yang ditinggalkan masih dalam keadaan baik dan tidak reput. Mungkin kerana pembuatannya daripada negara Jepun yang memang diketahui sangat tahan lama.
Jika hotel ini dibangunkan dan dibaikpulih semula tidak mustahil destinasi ini akan menjadi tumpuan ramai kerana lokasinya yang begitu strategik menghadap laut yang luas.
Sumber: Abandonedkansai Dailymail
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip & Cadangan Makanan Anda Boleh Try Kalau Singgah Pasar Malam Cameron Highland

Percutian ke Cameron Highland tidak sah kalau tidak singgah ke Pasar Malam Cameron Highland. Dahulunya pasar malam ini bertempat di Brinchang, namun kini sudah dipindahkan ke kawasan yang lebih teratur iaitu di Golden Hills dan dikenali dengan panggilan Pasar Malam Golden Hills. Jangan ada yang tak tahu pula!
Pasar malam ni bermula pukul 4.00 petang sehingga pukul 11.00 malam. Beroperasi pada hujung minggu ( Jumaat dan Sabtu), cuti umum dan cuti sekolah sahaja. Jika anda datang bercuti pada hari yang tidak dinyatakan di sini jangan buang masa pula tunggu pasar malam buka. Anda boleh ke beberapa kawasan tumpuan lain yang ada menjual pelbagai produk tanah tinggi dan makanan lazat. Tetapi pasti tidak akan ‘sepuas’ dapat berbelanja di Pasar Malam ini.
Macam-macam dijual di sana. Dari sayur-sayuran, buah strawberry, pelbagai buah, bunga, baju, pokok, hingga makanan dan minuman yang pelbagai.
Ok nak cerita sikit pasal makanan boleh?
1. Nampak menarik kan bebola ubi manis? Nak beli boleh tapi saya sarankan perhati dulu, fikir baru beli. Kenapa? Sebab ada sebilangan kedai tokeynya orang bukan Islam ya. Yang gaul, yang bancuh tepung tu tokeynya. Yang goreng baru orang bertudung sama ada orang asli Islam takpun orang Indonesia. Ada sedikit keraguan mengenai halal di sini. Cari peniaga yang betul-betul orang melayu tempatan.
2. Ada seorang penjual ni bukan Islam jual Kuew Teow Goreng. No pork katanya! Are you sure semua bahan lain digunakan tu halal? Rasa macam sedih plus kesian pada pembeli yang beratur beli. Nak tegur macam tak sesuai, sebab dah menunggu order dah. Sigh.
3. Satu lagi, kalau korang tengok kedai ni seriyes macam ok je. Mesti korang tak sangka. Pekerjanya bertudung Orang Asli, tapi ownernya Bukan Islam ya. Korang takkan perasan sebab owner tak ada kat situ. Kedai tu jual meatball, ayam grill dan kambing grill.
Jadi korang memang kena betul-betul perhatikan dengan siapa yang korang beli. Kami kesian kepada semua pengunjung yang tertipu. Tak daya kami nak bagitahu semua. Harapnya dengan post ini dapat membantu.
Fikir-fikirkanlah.
Dan selamat bercuti.
Dan kat sini kami juga nak bagitau antara yang best di Pasar Malam ni adalah:
1. Burger Bakar
2. Kambing dan Ayam Grill
3. Air Jagung Mutiara
4. Cendawan Celup Tepung
3. Seafood Celup Tepung.
4. Air kelapa laut
5. Strawberry Celup
6. Aiskrim strawberry
7. Jagung ori Cameron Highland. Tengok warna tau! Kalau warna hijau gelap macam ni confirm ori. Kalau warna kuning pudar tu jagung Ipoh tau
Boleh jadi rambang mata beli kat sini tau. Haha
Waktu Operasi:
- Jumaat – Sabtu (4.00pm – 11.00pm)
- Cuti sekolah – Setiap hari
Lokasi:
- Jalan Sungai Ruil, Pekan Brinchang, 39100, Cameron Highland
Sumber: Gobok Homestay
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI