Rumah cantik ini terletak di Sek 1, Taman Seri Duyong, Tinyscale Homestay di Melaka hanya sekitar 4 batu dari pusat bandar dan tarikan utama.
Kawasan ini juga dipenuhi dengan pelbagai kedai dan restoran, memudahkan para tetamu untuk memenuhi keperluan harian mereka.
Homestay mesra Muslim ini boleh memuatkan 10-12 orang. Dilengkapi dengan empat bilik tidur berhawa dingin dan tiga bilik mandi, memastikan setiap tetamu merasa selesa. Rekaan dalaman menggabungkan elemen moden dan rustic, mewujudkan suasana yang cozy.
Tinyscale Homestay menawarkan kemudahan terbaik termasuk dapur, ruang tamu, dan bilik yang serba lengkap.
Jangan risau nak main air sebab di sini ada kolam renang dalam rumah untuk kanak-kanak (10’x11′)—ciri unik yang menambah daya tarikan.
Landskap rumah yang cantik, baik di luar mahu pun dalam, menambahkan lagi pesona homestay ini.
Apa tarikan sekitar homestay ini, anda akan berada dalam jarak yang dekat dengan tarikan seperti Perkampungan Hang Tuah, Dataran Pahlawan, dan Jonker Walk.
Selain itu, hanya beberapa minit pemanduan ke Ikan Bakar Umbai, Ayer Keroh, dan Zoo Melaka.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebelum kita nak cerita pasal Tasik Kuari ni, jom kita ambil tahu dulu, apa itu kuari? Kuari ialah kegiatan atau lokasi perlombongan lubang terbuka bagi mendapatkan batu atau galian, biasanya di kawasan berbukit. Contohnya kita boleh lihat bagaimana proses letupan di kuari melalui video di bawah:
Di Malaysia, lesen syarikat kuari dikeluarkan oleh kerajaan negeri kerana pentadbiran tanah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri. Bongkah-bongkah batu diletupkan dan runtuh ke bawah. Seterusnya dihantar ke mesin pemecah batu supaya ia lebih kecil dan halus.
Hasil perlombongan dan letupan bukit, mengakibatkan jurang dan lubang yang dalam. Ini menyebabkan air bertakung. Kesan warna biru kehijauan adalah pantulan warna langit dan bayangan pokok. Air tasik kuari sangat jernih sebab tindak balas kimia batuan dan tanah kuari serta tiada lagi aktiviti manusia di kawasan berhampiran kerana biasanya kuari ini telah pun ditinggalkan.
Tasik kuari mungkin berkedalaman +-2m ke 20m dari permukaan dalam bergantung pada hujan dan jenis lombong. Air di kuari juga terbentuk dari air mata air atau akuifer. Tebing bukit tinggi dah cukup bahaya sebab takut tergelincir jatuh. Kalau dah jatuh, berdepan pula dengan air dalam. Banyak kes lemas di tasik kuari direkodkan.
Berdasarkan kajian, aktiviti perlombongan yang telah dijalankan pada masa lalu telah meningkatkan jumlah pepejal terlarut dan logam berat. Tapi ramai yang mandi, maklumlah memang cantik air siapa tak geram. Cuma risiko sendiri sebab kawasan kuari adalah kawasan larangan masuk.
Kecantikan tasik kuari biru menarik minat orang ramai bagi mengalaminya sendiri. Ramai yang rakam video dan gambar cantik untuk perkongsian. Antara tasik kuari biru yang diketahui di Malaysia:
Tasik Biru Kangkar Pulai
Tasik Biru Seri Alam Johor Bahru
Gambar keindahan Tasik Biru Seri Alam ini juga pernah diabadikan dalam sebuah majalah yang bernama ‘DCM Magazine’ pada December 2013. Dengan tajuknya ‘The Blue Lake of Seri Alam’ yang dirakam oleh Gani Masai. Gambar inin juga diterbitkan dalam majalah Dunia Kamera isu Februari 2013.
Tasik Biru Marang, Terengganu
Tasik Biru Kampung Hutan Kelubi, Mukim Jabi Kedah
Lombong kuari ditinggalkan begitu sahaja, meninggalkan tasik biru cantik yang berbahaya. Namun memang ada perancangan selepas itu. Proses untuk membangunkan bekas lombong memakan masa. Beberapa bekas lombong dijadikan tempat rekreasi seperti Sunway Lagoon, The Mines, Taman Ampang Hilir kini menjadi tarikan orang awam.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Satu tarikan saat melancong, apa yang tidak dilepaskan ialah mencuba pelbagai makanan dan minuman yang dijual selain menikmati keindahan alam semulajadi. Biasanya ia kedai yang sudah diviralkan di media sosial dan membuat kita ingin mencubanya sendiri adakah ia sesedap yang diperkatakan.
Bagi korang yang ada cadangan nak ke Kuantan hujung minggu ini atau di masa-masa akan datang, bolehlah singgah untuk merasai keenakan kopi kampung tapi rasanya standart kafe popular.
Dikongsikan oleh Mdm Surya yang singgah minum di Kuantan Pickers & Kedai Kop, jom baca pengalamannya singgah di kedai kopi yang turut dipenuhi barangan antik. Memang sedap sangat. Katanya lagi, pemilik kedai ini adalah anak muda yang juga penggemar barangan antik. Jadi memang penuh barangan antik di kedai ini.
Di Kuantan, terdapat banyak pilihan kedai kopi tetapi jika anda mahukan kelainan, boleh singgah ke Kuantan Pickers & Kedai Kopi. Apa kelainannya? Ye lah…Pada masa kini, kita sudah terbiasa dengan kedai kopi ‘hipster’. Bagi pencinta kopi, jika anda inginkan kelainan, bolehlah singgah di kedai ini yang terletak di Jalan Besar, berhampiran dengan Laman Teruntum.
Sudah lama sebenarnya kami mahu singgah ke kedai yang unik ini tetapi waktu tidak mengizinkan. Tetapi, kali ini suami mengajak singgah di sini sebelum kami bergerak pulang ke JB kerana suami memahami yang saya amat meminati barang- barang lama.
Setibanya kami di sana, mata saya terpaku dengan himpunan barang-barang antik yang memenuhi kedai tersebut. Saya memilih untuk mencuba kopi kampung manakala suami memesan kopi Vietnam dan roti telur goyang. Anak – anak pula memesan nasi lemak daun pisang. Unik sekali cara nasi lemak dihidangkan. Anda boleh ke akaun Instagram saya untuk melihat bagaimana nasi lemak tersebut dihidangkan.
Rasa nasi lemaknya tidak mengecewakan. Oh, ya! Rasa kopi kampung di sini hampir sama dengan rasa kopi Kluang yang kami minum di Kluang RailCoffee. Nikmat!
Sambil kami makan, ‘store manager’, En. Azfar yang sangat peramah mendekati kami dan kami mengambil peluang untuk mengetahui serba sedikit mengenai kedai kopi yang unik ini. Saya tidak memesan apa-apa makanan kerana mata sentiasa mengamati satu per satu koleksi barangan antik kepunyaan pemilik kedai tersebut.
Kedai ini juga mempunyai Food Bank. Kebetulan kami ada bawa beberapa makanan yang ingin disedekahkan, jadi kami letakkan sahaja di situ. Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan berupa makanan kering, dialu – alukan ye. Bagi yang terkesan akibat PKP, boleh ke Kuantan Pickers & Kedai Kopi untuk meminta sedikit barangan dapur. Yang mahu memohon kerja di sana pun dialu-alukan kerana mereka kekurangan pekerja.
Terdapat juga ruang santai terbuka di bahagian belakang kedai. En. Azfar mengesyorkan supaya kami tidak duduk di bahagian belakang kedai kerana cuaca agak panas. Selesai menjamu hidangan, kami ke bahagian belakang untuk bergambar sebagai kenangan. Setelah itu, En. Azfar mengajak kami ke tingkat atas kedai. Pucuk dicita ulam mendatang.
Kata beliau, mereka akan buka ruangan atas jika pelanggan sangat ramai. Kami datang pada waktu petang, jadi mereka tidak buka ruangan atas. Naik sahaja di tingkat atas, sekali lagi mulut saya ternganga.
Seronok dapat melihat barang-barang lama yang mana susun aturnya seperti berada di rumah moyang kita dahulu. Agak lama juga kami berada di ruangan atas. Sambil suami rancak berbual dengan En. Azfar, sempatlah saya mengetik lensa cabuk saya ini sebagai kenangan saya sendiri.
Bagi anda yang ingin merasai sendiri kesedapan makanan dan minuman yang dihidangkan, bolehlah singgah ke Kuantan Pickers & Kedai Kopi ye. Jika anda ingin mencuba pelbagai jenis kuih – muih dan aneka hidangan, datanglah pada waktu pagi. Oh, ya. Bagi yang ragu – ragu tentang pemilik kedai ini, beliau adalah anak Melayu yang juga seorang pengumpul barang – barang antik. Semua koleksi barang antik beliau, dipamerkan di kedai beliau supaya dapat menjadi tatapan generasi masa kini. Inilah uniknya Kuantan Pickers & Kedai Kopi.
Waktu operasi: 7.00 pagi – 2.00 petang (Isnin – Jumaat). 7.00 pagi – 7.00 malam (Sabtu & Ahad).
Sumber : FB Mdm Surya
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau sebut China, ramai yang terus terbayang Tembok Besar China, Beijing, Shanghai atau Zhangjiajie. Tapi di wilayah Guizhou, ada satu lokasi alam semula jadi...