Minggu pertama berpuasa, ramai yang ‘kecoh’ di media sosial kononnya bazar ramadan yang dahulunya sangat terkenal dan meriah di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) lengang dan kurang sambutan setelah dipindahkan ke Jalan Raja.
Keadaan lengang dan kurang pengunjung pada sebelah pagi dan pada awal Ramadan sebenarnya merupakan keadaan biasa pada setiap tahun. Keadaan ini pasti akan berubah menjelang minggu kedua Ramadan.
Pemindahan tapak bazar Ramadan dari Lorong Tuanku Abdul Rahman ke Jalan Raja oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertujuan meningkatkan imej peniaga dan bazar berkenaan menjadi lebih kemas dan tersusun. Bazar Ramadan ini merupakan bazar jualan khusus untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri. Barang yang dijual di sini hanyalah barang kering seperti pakaian, perhiasan, aksesori diri dan rumah, makanan kering berbungkus dan peralatan. Tiada juadah berbuka puasa serta aktiviti memasak dibenarkan di lokasi ini.
Seorang pengunjung yang telah ke Bazar Ramadan KL ini telah membuat ‘sedikit’ review di laman sosialnya mengenai bazar ini yang dikatakan semakin meriah dan sangat selesa untuk dikunjungi jika ingin membeli-belah berbanding lokasi lama yang sangat sesak.
Bazaar Ramadan KL 2019
Hari ni aku pergi Bazaar Ramadan KL sebab heboh tak dapat sambutan katanya. Peniaga boikot, pengunjung boikot dan Bossku boikot. Sebagai warga KL yang seumur hidup tinggal beralamatkan Kuala Lumpur maka berilah peluang aku menilai.
1) Bazaar yang tersusun, teratur dan selesa.
Jika seumur hidup aku terpaksa teman mak, kawan, awek dan isteri ke Jalan TAR maka setiap tahun aku terpaksa menahan sabar, rimas dan bosan.
Ads
Jalan TAR tu tak sesuai langsung jika kau nak bersantai membeli barang. Jika bawak anak kecil ke jalan TAR maknanya kau selfish.
Konon Bazaar Ramadan KL tahun ni tak meriah, tak akan sampai nak pengsan tak boleh bernafas baru kau nak rasa meriah. Berasak-asak sampai nak bernafas pun susah.
Tapak baru depan Dataran Merdeka ni lebih bagus. Kedai tersusun, kipas angin, lampu banyak dan paling penting bersih. Jika diletakkan portable air conditioner lagi bagus dan lebih selesa.
2) Parkir Kereta & Pengangkutan Awam
Ramai kata kena boikot sebab tak ada pengangkutan awam. Ada je! Stesen LRT Masjid Jamek sebelah Dataran Merdeka je. Kalau kau Usain Bolt dalam 10 saat kau berlari dah sampai Dataran Merdeka.
Ads
Di bawah Padang Kelab Di Raja Selangor (Padang Dataran Merdeka) ada Parkir Kereta yang banyak dan murah. Jika dahulu di Jalan TAR harga yahudi, sekali masuk parking RM12 – RM15 tapi tadi aku kena RM6 sahaja.
3) Berdekatan Jalan Masjid India & Jalan TAR
Membohong mak cik bawang semua kalau pergi Jalan TAR tapi tak singgah Semua House, Jalan Masjid India dan terus ke Jakel Mall. Tapak baru ni dekat je dengan kawasan lama sebenarnya.
Aku sentiasa hormat kekuatan stamina kaum wanita dalam kes tawaf kawasan ni semua. Stamina mereka seperti Anita Sarawak sedang perform di konsert, bak stamina kuda lumba.
4) Kawasan riadah
Padang Kelab Di Raja Selangor (Padang Dataran Merdeka) menjadi kawasan santai dan riadah bagi ibu bapa yang membawa anak kecil.
Ads
Sementara si ibu membeli belah, si bapa santai melayan anak di padang sambil bermain dan berlari gembira. Kau tak akan boleh buat macam ni di Jalan TAR. Hilang anak kau nanti.
Ada juga yang berbuka puasa di padang dan kemudiannya bersolat di Masjid Jamek. Lepas solat terus sambung membeli-belah.
5) Tiada Kes Tapak Ali Baba
Sebelum ini harga tapak Bazaar Ramadan KL adalah RM5K – RM15K kerana kes Ali Baba.
Sekarang peniaga hanya perlu bayar RM1K sahaja. Tiada lagi orang tengah berpengaruh ambil kesempatan terhadap peniaga kecil. Jadi marilah kita datang Bazaar Ramadan KL. Sapot Lokal.
Kita support peniaga kecil dan jangan buang sampah merata-rata! Selamat menjalankan ibadah puasa & Selamat Hari Raya! Yang menjerit Hidup Melayu sila datang sini support peniaga kecil Melayu. Mana ada bangsa lain berniaga dekat sini. Datanglah support Melayu berniaga. Akhir kata janganlah asyik berpolitik sehingga menyebarkan berita palsu. Orang nak berniaga cari duit lebih tapi kau sibuk sabotaj berita tak betul.
Waktu bercuti adalah waktu untuk enjoy dan berehat. Pasti akan rosak percutian itu kalau anda terlibat dengan kemalangan ataupun sakit sepanjang waktu di tempat percutian.
Ketahui 8 cara mudah untuk mengelakkan dari tercedera ataupun sakit sepanjang bercuti.
1. Ambil vaksin – Pergilah ke klinik kerajaan atau hospital swasta bagi mendapatkan khidmat ini. Periksa terlebih dahulu vaksin apa yang perlu mengikut negara yang anda mahu pergi tersebut.
2. Jauhi makanan separa masak atau mentah di hotel. Perut kebanyakkan orang Malaysia ni tak boleh terima makanan mentah, melainkan dia dah biasa makan sushi.
3. Pastikan anda minum air mineral daripada botol sahaja. Jangan jerang air paip atau water filter untuk minum.
4. Jangan mandi manda dalam kolam air yang berkeladak atau tampak kotor. Kita tidak tahu bakteria dan kuman apa yang ada dalam air tersebut.
5. Habiskan masa di bawah teduhan. Waktu panas elakkan berkeliaran ke hulu ke hilir di bawah terik matahari.
6. Elakkan street food yang diragui kebersihannya. Sememangnya kita nak cuba street food apabila sampai di negara orang, tapi biarlah berpada-pada soal kebersihan. Lebih baik makan di restoran yang mempunyai reputasi yang baik.
7. Sebaiknya jangan minum air berais. Kita tidak tahu sumber air yang membentuk ais tersebut.
8. Pastikan anda kekal hidrat dan banyakkan pergerakan sepanjang dalam penerbangan yang lama dan panjang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jika bersiar-siar di pantai, menjadi perkara biasa aktiviti orang awam mengutip batu-batu yang cantik di persisiran pantai. Rutin itu kadangkala sekadar suka-suka untuk melengkapkan acara normal percutian di mana sahaja pantai di dunia. Tiada undang-undang sebelum ini yang mengatakan amalan mengutip batu di pantai adalah salah.
Berlainan pula di pantai peranginan Amroth di Pembrokeshire, Wales. Pengujung telah dikejutkan dengan larangan daripada mengambil atau mengambil batu di kawasan berkenaan. Mengalihkan batu-batu pantai adalah kesalahan jenayah. Pesalah boleh dikenakan hukuman!
Papan amaran keras mengenai peraturan ‘pelik’ itu telah dipasang di pantai itu menyatakan bahawa mereka yang berbuat demikian berdepan denda sebanyak £1,000 (RM5,280). Papan tanda larangan itu turut menegaskan bahawa batu-batu di pantai tersebut merupakan benteng pertahanan pantai daripada hakisan laut.
Kesalahan itu dikatakan tertakluk di bawah Akta Perlindungan Pesisir 1949 dan mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga £1,000 kerana menyebabkan kawasan pantai terdedah kepada hakisan. Bagaimanapun, wakil Majlis Daerah Pembrokeshire mengesahkan bahawa pihaknya bukan orang yang bertangungjawab memasang papan tanda itu.
Menurut seorang penduduk tempatan, Ben Williams, perbuatan mengambil batu itu sukar untuk dibendung.
“Apabila anak anda yang berusia tiga tahun mahu menyimpan batu cantik yang ditemuinya, saya tidak boleh katakan tidak kepadanya. Bukan apa yang diambil dari pantai menjadi masalah tetapi apa yang ditinggalkan di sana oleh pengunjung,” katanya.
Pantai tersebut popular dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan di Pembrokeshire. Namun penduduk sekitar yang mendiami di lokasi tumpuan pengunjung itu sedikit bimbang dengan kesan hakisan yang semakin jelas kelihatan. Oleh itu, banyak benteng-benteng diwujudkan disekitar persisiran pantai untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
Di negara kita terdapat pelbagai aktiviti atau sukan air yang menyeronokkan untuk dilakukan seperti berenang, mandi sungai, water rafting, jet ski, atau luncur air.
Apa jua aktiviti air yang anda lakukan, jangan lupa untuk mematuhi peraturan dan prosedur keselamatan samada anda pandai berenang atau pun tidak. Sentiasa pakai jaket keselamatan. Kegagalan mematuhi peraturan dan prosedur boleh menimbulkan masalah dan bukan sahaja membahayakan keselamatan diri sendiri malah orang lain.
Menurut sumber portal Kementerian Kesihatan Malaysia, jika berada dalam kes kecemasan ketika melakukan aktiviti air pastikan anda:
Jangan panik. Jika rakan anda menghadapi masalah di dalam air dan anda tidak mahir berenang, dapatkan bantuan.
Jangan cuba menyelamatkan rakan. Utamakan keselamatan diri anda terlebih dahulu. Mangsa lemas mudah panik dan akan berpaut kepada anda sehingga menyukarkan anda berenang.
Jika ingin menyelematkan mangsa yang tenggelam, hulurkan kayu atau lemparkan tali kepada mangsa dan tariknya ke daratan. Selain itu, campakkan objek yang boleh berfungsi sebagai pelampung untuk mangsa berpaut hingga bantuan tiba.
Jika terperangkap dalam arus yang deras, berenang mengikut arus sehingga ke tepi pantai.
Jika tidak boleh atau terlalu letih berenang, apungkan badan sehingga arus kembali tenang.
Ini pula sumber perkongsian daripada saudara Anwar Uitemate Swrsr via Family Camping Malaysia cara menyelamatkan diri sendiri ketika hampir lemas di sungai atau air terjun.
Sekadar perkongsian secebis ilmu berkenaan SELF RESCUE WATER SURVIVAL. Amat penting dek kerana kebanyakan situasi survival berlaku di hutan. Andai anda tergelincir ke dalam aliran sungai.
Pun begitu,ianya nampak mudah difahami dengan hanya melihat. Namun,hanya yang telah mempelajari n merasai latihan teori n amalinya sahaja yang benar-benar faham akan risiko, kemahiran, kefahaman, ilmu n nikmat mempelajarinya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...