Untuk kaki hiking, kalau inginkan pendakian yang unik dan best bolehlah ke Bukit Gemuk, Kijal, Kemaman dan hiking ke lokasi air terjun yang agak tersembunyi tapi cukup indah pemandangannya.
Pendakian untuk sampai ke Air Terjun Janda Mandi di Kijal ini perlu melalui laluan sejauh 900 meter. Menurut Aziera Dianza perjalanan untuk sampai ke Air Terjun yang kaya dengan cerita mitos itu tidak sedikitpun menimbulkan rasa bosan. Dengan pemandangan yang indah dan menarik, memang berbaloi mendaki untuk sampai ke situ.
Namun memandangkan sekarang musim hujan, wanita ini turut berpesan supaya yang ingin mendaki sepertinya ke tempat tersebut lebih berhati-hati kerana trail yang agak licin.
Ikuti perkongsiannya berserta gambar-gambar yang dirakam.
Short escape…. So hakak dengan member kasi layan trail Air Terjun Janda Mandi yang terletak di Bukit Gemuk, Kijal, Kemaman, Terengganu.
Subhanallah.. Air terjun setinggi hampir 90 meter itu sangat unik kerana aliran airnya mengalir terus ke laut menerusi Pantai Teluk Kalong..
Pendakian di laluan sejauh 900 meter yang sebahagian besarnya berbukit dan licin dan memakan masa purata 40 minit.. Tapi korang tak akan bosan sebab sepanjang perjalanan view memang sangat Indah dan menarik ..
Ads
Di sebalik keindahan, keunikan dan kesegaran Air Terjun Janda Mandi tersembunyi 1,001 cerita mitos dan mistik dahulu kala.
Nama Janda Mandi adalah mitos dari cerita seorang janda yang kematian suami nakhoda kapal dan kemudiannya singgah untuk mandi di air terjun ini dan dikatakan ghaib dengan tiba-tiba.. (Boleh google utk full story)
Ads
So ATJM memang sangat best..
Cuma kena berhati-hati sebab sekarang musim ujan..
Mengundang betul Hobbiton di Simpang Pulai ini, nampak ‘ngam’ betul untuk OOTD. Cantik tempatnya pun, mesti anda suka kalau dapat pergi sekali pun.
Kalau biasanya tengok gambar rumah Hobbit di New Zealand dan Indonesia, kali ini anda hanya perlu hala ke Hobbiton sahaja sudah memadai.
Okay, spot baru sebelum nak naik Cameron Highlands, jarak kereta dalam 30 minit dari Cameron.
Anda boleh menikmati rumah-rumah Hobbit, jalan-jalan batu, dan pondok-pondok yang comel.
Pemandangan dari atas memang cantik ya, antara larat dengan tak sahaja nak bawa badan naik.
Kemasukan: RM40 untuk orang dewasa, RM20 untuk kanak-kanak 5-12 tahun.
Selepas meneroka, melawat Hobbiton Cafe untuk hidangan seperti ikan dan chips, cutlets ayam, dan minuman yang lazat seperti kopi dan jus oren. Memang layan habis lah.
Tetapi jika ada anak kecil, disarankan bawa makanan siap-siap ya. Ada cafe di sini tetapi harga ‘keras’ sedikit buat anda yang andak ramai.
Hah, apa lagi!? Kena lah cepat-cepat hala ke sini bawa keluarga merasa tempat cantik dan unik. Anak-anak mesti teruja tengok tempat unik ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi yang tidak tahu, Bung Bratak yang terletak di daerah Bau merupakan destinasi ideal untuk pencinta alam semula jadi untuk melakukan aktiviti riadah seperti berkelah, berkhemah atau mendaki. Dengan suasana hutannya yang asli, pemandangan dari puncak Bung Bratak amat indah. Untuk sampai ke puncak Bung Bratak ia mengambil masa setengah jam berjalan kaki dari Pusat Warisan Bung Bratak.
Selain bersantai sambil menikmati keindahan pemandangan alam semula jadi pengunjung berpeluang untuk menginap di dua buah rumah panjang dan sebuah Baruk dilengkapi dengan kemudahan asas yang selesa. Pakej termasuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Puncak Bung Bratak adalah tempat khas di mana upacara tradisional diadakan oleh masyarakat Bidayuh. Penduduk tempatan turut menganggap bahawa puncak Bung Bratak yang seluas sebuah padang bola sepak adalah tempat keramat.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai lokasi ini, baca perkongsian daripada Echa Cha
Bung Bratak Heritage Centre ini terletak di Kg. Tembawang, Bau (60 minit perjalanan dari Kuching menghala ke Lundu melalui Batu Kawa/Pekan Bau). Merupakan salah satu tapak warisan yang penuh bersejarah di Sarawak.
Secara ringkas sejarahnya, Bung Bratak merupakan antara penempatan masyarakat Jagoi Bidayuh sejak 750 tahun dahulu. Pada tahun 1838 ianya telah diserang oleh orang luar dimana rumah-rumah dibakar, dirompak manakala orang-orang dewasa telah dibunuh dan kanak-kanak diculik dan dilarikan. Semasa kejadian, Panglima Kulow bersama yang lain sedang menguruskan tanaman padi di kaki bukit. Rentetan kejadian itu, Panglima Kulow telah mendapatkan pertolongan Rajah James Brooke dan berjaya membawa kembali kanak-kanak yang diculik. Setelah itu Bung Bratak telah dibina semula dan kembali sejahtera dan harmoni. Namun dari masa ke semasa penduduk Bung Bratak telah berpindah ke tempat lain. Kini Bung Bratak merupakan salah satu pusat pelancongan di Sarawak dan Festival Bung Bratak diadakan pada 1 Mei setiap tahun bagi memperingati peristiwa ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Terletak di sebelah utara negeri Sarawak, Taman Negara Gunung Mulu merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia. Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak juga adalah destinasi Tapak Warisan Dunia (UNESCO).
Mempunyai keluasan lebih 544 kilometer persegi, ia mula diwartakan sebagai taman negara pada 3 Oktober 1974. Dengan dikelilingi tiga buah gunung iaitu Gunung Mulu, Gunung Api dan Gunung Benarat, Taman Negara Mulu mempunyai kepelbagaian bio yang menakjubkan.
Kawasan hutan yang terdiri daripada jenis paya gambut, rawa, dipterokap, lumut serta tumbuhan gunung menempatkan ribuan spesies flora dan fauna. Puncak Pinnacles pula menjadi mercu tanda bagi Gunung Mulu. Bagi mereka yang sukakan cabaran, bolehlah cuba mendaki ke puncaknya yang dipenuhi bantuan yang terhasil secara semula jadi.
Teringin menjejak puncak Pinnacles? Baca pengalaman yang dikongsikan Bulma NK
Hari yang ditunggu-tungu telah pun tiba. Bangun pagi seawal jam 5. Kemas-kemas dan breakfast. Breakfast 5.30 pagi ya sebelum naik untuk benarkan makanan digest sepenuhnya ya.
Oh ya, masa bangun pagi, jangan terpedaya dengan bunyi air yang mengalir k.Haha. Boleh keliru tu, sebab fikirkan tengah hujan lebat. Sebab kalau hujan lebat dah tak dibenarkan untuk naik. Jom kita mulakan dengan pendakiana 900 meter pertama pada jam 6.40 pagi. Air bekalan mesti ada 3 liter untuk seorang.
Yeahoo.. MINI PINNACLES!! Jam 6.42 pagi kami mulakan perjalanan ke 900 meter.
Mini pinnacles adalah 1st station. Jarak 900m dari camp 5. Berada di 400m above sea level. Sini cut off time adalah 60 minit ya teman-teman. Dorang cakap la..
Guide boleh scan kau boleh atau tak untuk teruskan perjalanan dan kau pun boleh decide. Nak teruskan perjalanan atau tak. Kalau bagi runner 900m tu kacang, tapi untuk level ni. Ni bukan kacang, 900m pertama ni la aku rasa a bit susah sebab mencanak sangat Dan panas. Walaupun dlindungi pokok tebal tapi panas ya sebab tak ada angin.
So kita naik lerrr..Jam 7.24 pagi aku sampai laaa Mini Pinnacles!! Eyeayy.. Masa ni dah lencun baju, sebab memang berpeluh. Nanti aku upload dengan gambar yang ada jam sekali tu. Otey!! Ambik masa 42 minit untuk sampai mini pinnacles. Dah sampai mini pinnacles Abang Khai kena inform Uncle Ismail ya!
Setelah berehat sebentar, kami teruskan perjalanan ke Halfway (1.2km)!!! Here we go!!
Untuk sampai ke Halfway,dari 900m kita diberi masa 30minit.So kita teruskan perjalanan jam 7.30. Masa ni kita akan jumpa batu, disini daya kekuatan kaki tangan diperlukan. Dari 900 m ke 1.2 km,ada 300 m lagi ya. So jalan-jalan dan panjat sana sini sampai la halfway jam7.48 pagi. Ambil masa 18 minit untuk sampai ke Halfway!
Kalau dah sampai halfway tu kena inform lagi kat uncle Ismail.
So disini rehat la sekejap. Halfway ni boleh simpan bekalan air 1 botol 1.5liter. Lagi satu botol,bawa la sampai puncak. For your information : activity pendakian akan dibatalkan serta merta kalau hujan turun, tak kira la dah nak sampai pinnacles beberapa ratus meter jak lagi.. Kalau Park ranger mengarahkan kita hentikan pendakian.. Anda kena akur ya. Keselamatan anda diutamakan. Usai berehat.. Pendakian diteruskan lagi!!! Perjuangan masih belum selesai.
Bergerak dari km 1.2 ke km 2 pada jam 7.55 pagi. Perjalanan ni mengambil masa selama 1 jam ya. Sini start dah jumpa persembahan batu-batu tinggi tajam dan licin. Kaki kena panjang,tangan dan jari kena bijak cari tempat berpaut, kaki kena cari tempat landing. Di sini kekuatan mental dah sikit tergugat. Haha.
Masa ni dah fikir, kalau aku tak sampai aku dah buang duit, aku tinggalkan mak aku yang tak sihat, rugi la aku dari segala segi. Ni Mohamad Azlan Omar yang ajar, kalau rasa nak give up. fikkir kau dah buang duit bayar mahal. Okay.. Cara ni berkesan.
Ketika ini juga akan banyak berjalan di lereng gunung kena hati-hati, jangan kejar masa kena hati-hati! Ingat tu. Di km 1.9 sempat laaa dapat view awan kepul-kepul. SubhanAllah!! Indah ciptaan Allah. Alhamdulillah dapat peluang tengok view cantik.
Tepat jam 8.53 pagi.. Eyeayyy!!! Jumpa 1st ladder untuk climbing up!!! Yahh… Kita jumpa 17 ladder ya kawan-kawan. Hahaha.Oh ya, ada juga bantuan tali k. Jangan risau. Ladder semua okay dan tali masih kukuh.
Dah sampai sini, kena inform lagi uncle smile, dan perjalanan diteruskan ke puncak mulu setinggi 2.4km. Tepat jam 9.32 pagi aku sampai laaaa Mulu Pinnacles!!! Oh ya.. Aku sampai awal berapa minit laa. Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi tak sangka kan.. Niat nak naik dari tahun 2017 tapi rezeki dapat naik 2020, dapat tahu Mulu dari member, booking dan teruskan misi. Kita manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan.
Aku pun buat perkara wajib bila dah sampai mercu tanda Rm100 ni.. Hahaha.. Masa untuk mengabadikan memori di dalam Ingatan Dan gambar aku. Hehe.. Dah siap gambar aku makan dahulu, untuk buat tenaga menuruni perjalan yang dilalui tadi.
Hari tu aku layan view lebih lama skit sebab awal sampai kan. Dah selesai kita teruskan dengan perjalanan balik yang curam!
10.53 pagi kita start turun, turun kena hati-hati, Kalau yang gayat kena fikir banyak kali nak mari pinnacles. Soft reminder jak. Turun kena membelakang. Tak boleh jalan macam biasa tu. Haha. Tak tahu nak bina ayat. Sebb memang curam. Kena lebih berhati-hati, batu sini betul setajam pisau! Jam 139pm aku pun sampai camp 5. Turun aku tak banyak tangkap gambar sebab focus turun jak, sebab laluan turun lagi bahaya,laluan sama sahaja tapi keadaan yang berbeza.
Aku memang xda training untuk turun naik bukit ni, bak kata Marina Azalia Addendy II aku mmg redah jak mission ni tanpa training. Running pun mcm biasa, cuma untuk isi masa lapang Dan tolong tambah mileage team. Alhdulillah. Allah mudah kan urusan aku turun naik pinnacles ni dah bersyukur.
Untuk tahap kesukaran menawan Mulu Pinnacles ni.. Nak cakap susah.. Tidak la sesukar Gunung Kinabalu, nak cakap mudah pun x la aku punya karangan sellu kluarkan fakta berulang. Hahahhaa.. So dia mcm Tengah2 la.. So nasihat aku.. Nak naik mulu pinnacles, training la k.. Untuk bina muscle n cardio. Mental aku x tahu la.. Sebab mental aku x ganggu lagi. Ganggu time nak give up tu jak la.. Sekejap.
Balik dari pinnacles aku enjoy mandi di air sungai depan camp 5 k. Air sejuk tenang jak, bagi relax kaki and buang rasa letih. Petang tu aku borak2 dgn aunty and uncle sambil layan view Benarat Hill dan jam 430pm..hujan renyai pun turun.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...