Siapa kata bercuti sambil OOTD di Kuala Lumpur tidak cantik. Buktinya gambar-gambar dikongsi oleh gadis ini Rohaiju Baharuddin yang pusing Kuala Lumpur sambil mengambil gambar menarik sekitarnya kota metropolitan ini.
Menurutnya dia berkesempatan pergi ke River Of Live, Dataran Merdeka dan Nur Sentral.
Biarpun memberitahu ada sedikit bau tak menyenangkan dari River Of Life, tetapi tiada masalah jika menggunakan pelitup muka.
Masalah kecikl saja dan tak jadi masala janji hasil gambar yang diambil sangat cantik dan boleh jadi kenangan dalam digital album anda nanti.
Pusing-pusing KL je. KL pun dah cukup cantik. River of Life, Dataran Merdeka dan NU Sentral. Orang tak ramai masa ni. Jadi, gunakan peluang yang ada sebaiknya.
Cuma di kawasan River Of Life tu, ada bau yang kurang menyenangkan. Tapi pakai mask, tak la terhidu sangat. Kerusi ada contengan, tangga pecah sikit. Tapi dalam gambar semua tak nampak tu.
Lukisan tu, serius cantik. Terlopong seketika. Kagum sangat. Sekadar berkongsi di sini ye.
Seluruh masyarakat dan penduduk di Malaysia pasti tidak akan melupakan detik ketika negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika wabak pandemik COVID-19 mengganas seluruh dunia. Pelbagai kisah, peristiwa, suasana dan situasi berlaku disekeliling kita.
Pameran fotografi bertemakan Of Inertia and Solidarity yang sedang berlangsung di Pusat Membeli-Belah Avenue K, Kuala Lumpur memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat sendiri keadaan sebenar Malaysia di sebalik ‘kesuraman’ Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menerusi karya kreatif seorang jurugambar profesional Siva Kumar Ganesan menterjemahkan suasana sunyi sepi ibu negara yang dirakamnya di beberapa lokasi utama Jalan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan, Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Ampang dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) yang terletak di lingkaran berhampiran kawasan rumahnya.
Pameran yang telah bermula dari 15 September hingga 30 September 2020 ini menampilkan gambar-gambar yang disifatkan sebagai unseen memori dari hari pertama PKP sehingga sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pameran fotografi ini telah dirasmikan oleh Puteri Sultan Selangor, Tengku Datin Paduka Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Dari beberapa foto yang dipamirkan, pengunjung boleh mengimbas kembali gambaran keadaan lengang jalan-jalan raya tanpa kenderaan, menunjukkan solidari rakyat Malaysia dalam membantu negara memerangi ‘perang’ pandemik ini.
Apa situasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang paling anda tidak boleh lupakan?
Seorang rakyat Malaysia disahkan menjadi mangsa dalam insiden tembakan rambang di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand.
Menerusi kemaskini Twitter akaun Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Welington, mangsa dilaporkan cedera dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital terdekat. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah turut mengesahkan perkara tersebut menerusi Twitter beliau. Malah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington juga sedang mendapatkan perincian kejadian tersebut daripada pihak berkuasa tempatan.
Difahamkan juga, anak mangsa yang berusia 17 tahun turut berada di dalam masjid sama. Namun, status remaja itu masih belum diketahui. Justeru, rakyat Malaysia yang berada di kawasan berdekatan dinasihatkan untuk berada di dalam kediaman masing-masing.
Dua insiden tembakan berlaku di dua masjid di bandar raya ini, mengakibatkan sejumlah besar mangsa terbunuh. Polis belum mengeluarkan kenyataan berhubung skala insiden itu namun menasihatkan orang ramai di tengah Christchurch supaya tidak keluar rumah.
Seorang saksi berkata, dia melihat seorang lelaki memasuki Masjid Al Noor di tengah Christchurch kira-kira pukul 1.45 tengah hari waktu tempatan dan mendengar puluhan das tembakan dilepaskan selepas itu. Sejurus itu, orang ramai dilihat bertemparan lari keluar dari masjid dalam keadaan ketakutan.
Len Peneha, yang tinggal berjiran dengan masjid itu berkata, lelaki bersenjata itu kemudiannya dilihat keluar dari masjid dan menjatuhkan senjatanya di hadapan rumahnya sebelum berlalu pergi. Peneha kemudiannya turut pergi ke masjid itu untuk menghulurkan bantuan.
“Saya lihat mayat di sana sini. Ada tiga di satu lorong, di pintu masuk masjid, dan di dalam masjid. Semacam tidak percaya ini boleh berlaku. Saya tak faham bagaimana orang boleh melakukan sebegini kepada orang lain. Ia tidak masuk akal,” katanya.
Katanya, dia membantu memberi rawatan kepada lima mangsa di rumahnya. Seorang daripadanya mengalami kecederaan ringan.
“Saya sudah lima tahun tinggal disebelah masjid ini. Penduduknya selama ini sangat baik, sangat peramah. Saya tak faham bagaimana ini boleh terjadi.”
Kata Peneha, lelaki bersenjata itu berkulit putih dan memakai topi keledar yang mempunyai alat di atas kepala, seakan-akan seperti anggota militari.
Terbaru, New Zealand Herald melaporkan terdapat kejadian tembakan kedua di satu lagi masjid di bandar raya itu, iaitu di Masjid Linwood. Saksi memberitahu Herald, terdapat lima das tembakan dilepaskan dan seorang jemaah solat Jumaat dilihat turut membalas tembakan dengan menggunakan senapang. Pihak polis masih mengadakan siasatan bagi mengenal pasti angka korban sebenar. Dalam sejarah New Zealand, hanya terdapat sejumlah kecil kes tembakan berlaku di negara ini.
Kalau sebut China, ramai yang terus terbayang Tembok Besar China, Beijing, Shanghai atau Zhangjiajie. Tapi di wilayah Guizhou, ada satu lokasi alam semula jadi...