Mana nak cari homestay menarik di negari bersejarah dengan harga terbaik? Cuba anda menginap di Fazzayn Villa Melaka. Orang kata best!
Fazzayn Villa Melaka
Homestay ini memang puas hati, siap ada motor home untuk disewa jalan-jalan ke pantai . Terletak di Tg Minyak Melaka, lokasi hanya 15 minit je ke pusat bandar.
Ads
Rumah berwarna hijau ini mempunyai peralatan lengkap jika anda mahu masak dan buat bbq bersama keluarga. jadi boleh lah melepak dalam homestay kalau malas nak keluar. Pun dah puas hati!
Layan Sarapan Dalam Pool
Ads
Suasana homestay ini dalam kampung siap ada private pool dan anda boleh sarapan di situ ala Bali. Menarik, bukan?
Ads
Tenang layan persekitaran yang luas dan kemas, anda boleh berehat naik buai yang ada di situ.
Apa yang penting harga murah dalam RM900 sahaja dengan total 5 buah bilik. Cukup berbaloi datang dengan keluarga tersayang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tanah perkuburan lama dipercayai berusia 100 tahun yang sebelum ini berada di dasar tasik Empangan Pedu, Kedah ‘muncul’ kembali selepas air empangan itu surut susulan cuaca panas dan kemarau yang melanda negeri jelapang padi itu sejak Disember lepas.
**media[154062]**
**media[154059]**
**media[154064]**
Kawasan perkuburan itu sebelum ini ditenggelamkan sebagai sebahagian daripada kawasan Empangan Pedu yang dibina pada 1969, bertujuan membekalkan air ke Kawasan Muda bagi membolehkan tanaman padi dua kali setahun dijalankan.
Kali terakhir kubur lama tersebut kelihatan adalah pada 2016 ketika negara dilanda fenomena El Nino, yang turut menyebabkan air di empangan itu kering. Kemunculan kubur itu sekali gus memberi peluang kepada waris untuk menziarahi, walaupun kebanyakan kubur berkenaan tidak dapat dikenal pasti pemiliknya.
**media[154063]**
Seni bina kediaman Melayu asli yang lazimnya berdinding kayu serta beratap nipah atau rumbia kini semakin ditelan zaman, digantikan dengan binaan konkrit berbumbung genting yang lebih gah dan eksklusif.
Tidak keterlaluan jika mengatakan bahawa mungkin ada generasi muda langsung tidak pernah melihat dari dekat keunikan seni bina tradisional yang biasanya didirikan dengan hanya menggunakan kayu atau buluh. Justeru, orang ramai dipelawa untuk ‘menziarah’ Perkampungan Adat Melayu Seri Banian.
Perkampungan Adat Melayu Seri Banian yang diasaskan seorang guru silat di Pendang, Kedah menawarkan suasana kehidupan Melayu lama kepada orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman berada pada zaman dahulu kala sekali gus dapat mengetahui budaya Melayu lama.
‘Seri Banian’ merujuk kepada kampung yang berseri iaitu perkataan ‘Ban’ bermaksud kampung dalam Bahasa Siam manakala ‘Nian’ membawa makna sunyi dan dingin yang jika digabungkan ‘Seri Banian’ menjadikan ia penyeri kampung sunyi itu. Projek membina perkampungan di Kampung Bendang Bukit ini berkonsepkan Adat Melayu Nusantara yang terdiri daripada rumah serta adat dan budaya suku kaum Melayu terdahulu seperti Acheh, Banjar, Bugis, Jawa dan Minangkabau selain budaya orang Malaysia.
Di perkampungan ini terdapat beberapa rumah Melayu lama yang memiliki identiti dan reka bentuk tersendiri yang menarik dan perbezaan reka bentuk itu berdasarkan struktur bumbung pada rumah tersebut. Suasana di situ sememangnya terasa seperti pada zaman Melayu silam termasuk terdapat balairung seri yang dibina dengan reka bentuk Melayu Nusantara selain makanan tradisional juga disediakan kepada pengunjung dengan harga berpatutan sekiranya mereka berkeinginan menikmati makanan tersebut.
Tujuan utama perkampungan itu dibina adalah untuk memperkenalkan budaya masyarakat Melayu Nusantara pada zaman silam apabila dapat mengumpulkan semua warisan Melayu itu di satu tempat bagi tatapan generasi muda kini.
Bukan senang untuk melihat bandar-bandar yang penuh berwarna-warni. Tapi situasi ini tidak mustahil jika anda berkunjung ke beberapa bandar yang kami paparkan. Kami percaya, kunjungan ke bandar ini membantu menceriakan hari anda!
Riomaggiore, Itali
Salah satu bandar yang kaya dengan warna adalah Riomaggiore. Kebanyakan bangunan-bangunan yang terdiri dari batu pasir ini dicat dengan pelbagai warna sehingga menjadi lokasi pelancong untuk bergambar tanpa mencari latar-belakang yang menarik.
Willemstad, Curacao
Willemstad adalah bandar utama dari Curacao yang terletak di sebelah selatan pulau. Seni bina kolonial Belanda Willemstad terlihat indah dan bersatu dengan perairan Caribbean. Pusat sejarah kota terdiri daripada dua bahagian iaitu Punda dan Otrobanda. Bangunan beli belah dan bersejarah dengan warna-warna cerah dan pelbagai ini membuat para pelancong ingin berjalan kaki menikmati pemandangan bandar yang unik.
La Boca, Argentina
Bandar La Boca merupakan kawasan kejiranan yang diwujudkan oleh kemasukan pendatang dari Itali dan kebanyakan reka bentuk bangunan meniru gaya kota raya tepi laut Genos dari segi seni bina yang banyak dipengaruhi oleh Eropah.
Wroclaw, Poland
Bandar Wroclaw merupakan salah satu bandar yang paling indah di Poland. Seperti sebahagian besar negara di Eropah, bandar ini mempunyai hubungan kuat dengan Katolik Rom. Di sebabkan itu, terdapat banyak gereja yang berwarna-warni menghiasi bandar ini.
Longyearbyen, Norway
Bayangkan apabila sebuah bandar terletak berdekatan dengan pulau artik yang sejuk berais, bandar yang penuh warna-warni memang sangat dihargai! Setiap rumah dan bangunan yang penuh warna berlatarbelakangkan salji membuatkan pengunjung tidak mahu berganjak.
Nyhavn, Denmark
Kawasan yang wujud sejak abad ke-17 ini terletak indah sepanjang laluan berair bersebelahan bangunan berwarna-warni. Kebanyakan pelancong tidak menolak untuk menikmati kapal kayu yang dipandu perlahan untuk menikmati bangunan bar dan restoran yang indah sepanjang perairan.
Guanajuato, Mexico
Ditemui pada tahun 1554, Guanajuota merupakan bandar kecil tetapi kaya dengan arkitektur kolonial Sepanyol. Guanajuota membawa maksud bukit katak kerana katak merupakan simbol kebijaksanaan manakala bangunan yang berwarna hijau mempunyai banyak maksud tersurat dan tersirat bagi penduduk tempatan. Struktur warna seperti pelangi di bandar ini terletak berdekatan lombong perak di mana kedua-duanya merupakan UNESCO World Heritage Sites.
Lima, Peru
Bandar Lima merupakan bandar yang sangat sibuk. Bandar ini bukan saja merupakan perpaduan unik antara budaya tempatan dan asing tetapi turut terkenal dengan gaya seni bina yang berbeza-beza. Spanich baroque, French neoclassicism dan bangunan art nouveau menjadikan bandar ini sebuah arena yang penuh warna dan kesenian.
Jodhpur, India
Di tengah padang gurun Thar yang tandus terletak kota Jodhpur ini terkenal dengan gelaran Bandar Biru. Digelar Bandar Biru kerana setiap bangunan rumah yang terletak di dalam benteng diwarnai dengan warna biru. Apabila dilihat dari atas bandar ini kelihatan seperti titik biru di tengah-tengah gurun Thar. Namun, masih belum diketahui mengapa penduduk di Jodhpur mewarnai rumah mereka dengan warna biru. Ada pendapat mengatakan ia berkaitan dengan sistem kasta yang ada di India.
Stockholm, Sweden
Bandar Stockholm merupakan salah satu ibukota terindah di dunia, dibina di atas 14 pulau yang dihubungkan oleh 57 jambatan. Bandar ini berdiri pada abad ke 12 yang telah lama menjadi salah satu pusat budaya, politik dan ekonomi Sweden. Bangunan yang indah, udara segar, pemandangan hijau dan dikelilili air merupakan ‘pakej menarik’ dari kota Stockholm.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Musim panas kali ini hadir dengan satu berita baik buat kaki travel yang sedang memburu destinasi luar negara dengan bajet berpatutan. Syarikat penerbangan tambang...