Tanah perkuburan lama dipercayai berusia 100 tahun yang sebelum ini berada di dasar tasik Empangan Pedu, Kedah ‘muncul’ kembali selepas air empangan itu surut susulan cuaca panas dan kemarau yang melanda negeri jelapang padi itu sejak Disember lepas.
**media[154062]**
**media[154059]**
**media[154064]**
Kawasan perkuburan itu sebelum ini ditenggelamkan sebagai sebahagian daripada kawasan Empangan Pedu yang dibina pada 1969, bertujuan membekalkan air ke Kawasan Muda bagi membolehkan tanaman padi dua kali setahun dijalankan.
Kali terakhir kubur lama tersebut kelihatan adalah pada 2016 ketika negara dilanda fenomena El Nino, yang turut menyebabkan air di empangan itu kering. Kemunculan kubur itu sekali gus memberi peluang kepada waris untuk menziarahi, walaupun kebanyakan kubur berkenaan tidak dapat dikenal pasti pemiliknya.
**media[154063]**
Ads
Ads
Ads
Kira-kira 100 waris telah mengadakan kenduri tahlil dan bacaan Yasin, di sebuah pondok di empangan itu pada minggu lepas selepas perkuburan itu muncul, sejak dua minggu.
Sebelum ini, ada sebahagian para waris mencadangkan tanah perkuburan ini dipindah ke tempat lain, namun Jabatan Mufti Negeri, melihat tiada keperluan untuk dilakukan kerana usia tanah perkuburan ini sudah melebihi 50 tahun.
Pada 2006 pihak Majlis Daerah Padang Terap telah membina pagar di kawasan perkuburan seluas 0.3 hektar itu, bagi memastikan ia terpelihara terutama semasa air tasik kering.
Pernah sampai di MnM Home Whimsical Houses tak? Ada sesetengah orang panggil rumah pelik. Dek kerana unik, jadi ramai yang panggil begitu.
Bila sampai di sini ada macam-macam jenis reka bentuk rumah yang anak-anak dapat enjoy. Jom kita teroka apa yang ada dekat MnM Home Whimsical Houses.
Rumah ini dibina dengan keadaan senget untuk luaran dan dalaman serta dihiasi dengan perabot-perabot yang unik.
Di dalam rumah ini, ada perpustakaan mini, bilik mainan dan kawasan umum untuk pengunjung berehat dan menikmati makanan ringan. Anak-anak confirm suka punya.
Selain itu, ada juga Rumah Terbalik yang dibina dalam keadaan terbalik bahagian luaran dan dalaman. Perabot-perabot pun berada dalam keadaan terbalik. Boleh dikatakan memang semua terbaliklah.
Dari luaran, bilik tidur, meja makan dan lain-lain. Ini memang tempat boek punya untuk ambil gambar.
Rumah Hobbit pun ada juga tau. Kenapa dipanggil rumah Hobbit? Sebab reka bentuk yang dibina bagi orang-orang kerdil yang tingginya hanya 3-4 kaki sahaja yang diadaptasi dari cerita Hobbit. Dalam ini dihias dengan barang-barang Hobbit. Rumah ini, bukan anak-anak je akan suka, parents pun suka juga
Dah nama pun rumah kucing, confirm-confirmlah rumah yang dihuni oleh kucing. Jadi, kepada anda pencinta kucing, confirm seronok dapat tengok geng-geng Oyen atau Hitam. Dekat MnM Home Whimsical Houses, memang ada rumah kucing untuk anda, jadi just have fun, ok?
Untuk ibu bapa yang menggemari madu, MnM Home Whimsical Houses sebenarnya ada membuat dan menjual madu kelulut. Terdapat ladang Meliponines House kecil di dalam MnM Home Whimsical Houses di mana pemilik mengumpul semua madu dan kemudiannya dijual. Meliponines sebenarnya adalah sejenis Lebah Tanpa Sengatan jadi ia selamat untuk ibu bapa dan anak-anak kunjungi.
Ada pelbagai lagi kawasan yang menarik di MnM Home Whimsical Houses. Salah satunya terdapat taman permainan untuk anak-anak enjoy.
Untuk ibu bapa pula, suasana yang nyaman dan dikelilingi oleh alam semulajadi pastinya membantu anda menenangkan fikiran dari tekanan kerja dan hal-hal lain. Sambil tengok anak-anak main itu, anda pun boleh healing juga.
TEKS : HAFEZDZULLAH MOHD HASSAN FOTO : TAIPEI CITY INFORMATION AND TOURISM DEPARTMENT
You Bike merupakan perkhidmatan basikal awam yang telah dilancarkan oleh kerajaan Taipei sekitar dua tahun yang lalu. Ia merupakan alternatif pada pengangkutan awam lain yang terdapat di ibu negara Taiwan selepas bas teksi dan metro (MRT).
Dianggarkan, lebih daripada 5,416 buah basikal telah tersedia untuk disewakan kepada orang ramai. Basikal-basikal tersebut diletakkan di 165 buah stesen yang berbeza-beza. Jumlahnya dijangka akan ditambah dari semasa ke semasa ekoran daripada permintaan yang menggalakkan.
Ketua Bahagian Pembangunan Pelancongan Taipei, Dayton Wang berkata, kemudahan YouBike semakin mendapat tempat di kalangan orang ramai khususnya penduduk di Taipei. Kini, pihaknya berusaha memperkenalkan dan mempromosikan pula penggunaan basikal tersebut kepada pelancong.
Sifatnya yang fleksibel juga memudahkan orang ramai untuk mengakses lorong-lorong kecil yang banyak terdapat di Taipei. Di samping itu, kebergantungan orang ramai terhadap pengangkutan awam berenjin juga dapat dikurangkan, sekali gus menggalakkan kehidupan yang lebih sihat dengan berbasikal.
“Objektif utama YouBike adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan pencemaran udara yang berlaku di Taipei kerana penggunaan motosikal di sini amat tinggi,” tambahnya lagi.
YouBike yang merangkumi keseluruhan Taipei mempunyai laluan sendiri. Ia menghubungkan beberapa destinasi percutian menarik seperti Taipei 101, Nanyang Park, Taipei Fine Arts Museum, Beitou Hot Spring, Eslite Bookstore, National Taiwan Normal University dan beberapa buah taman awam yang menyenangkan seperti Beitou Park, Sun Yat Sen Memorial Hall Park, Daan Park, Xinsheng Park dan Dahu Park.
Desaru, Johor sememangnya amat terkenal antara destinasi pelancongan utama di negara ini. Dengan kemudahan resort, hotel dan chalet berdekatan, ia terkenal di kalangan pelancong dalam dan luar negara.
Bagi yang ada plan nak berjalan-jalan selepas PKP berakhir, boleh masukkan Desaru Fruit Farm antara destinasi pilihan. Berkeluasan 180 ekar dengan pokok-pokok buahan hampir 20 jenis, berada di sini Desaru Fruit Farm seumpama duduk di dusun (bagi yang tidak mempunyai dusun pasti teruja dengan pengalaman begini).
Masuk ke pintu utama, berbagai jenis pokok sedia. Ada jenis bermusim dan ada sepanjang tahun dan sentiasa berbuah lebat. Jika buahan bermusim, ia terdiri dari durian dan sebagainya tapi bagi yang bukan bermusim, ada jambu dan sebagainya. Tidak itu saja banyak lagi pokok buahan seperti jambu air, jambu batu, rambutan, mangga, belimbing, nenas, pisang, tembikai, durian belanda, makisar, ciku dan banyak lagi yang boleh dinikmati terus dari ladang.
Ada beberapa jenis pakej boleh dipilih termasuk tour menggunakan ATV, Jeep selain lori yang boleh dijadikan pilihan mengikut kemampuan. Bagi yang naik lori, pakejnya RM25 bagi dewasa dan RM20 bagi kanak-kanak. Pemandu pelancong akan memberikan penerangan mengenai ladang ini sambil memperkenalkan jenis-jenis pokok dan ia info yang baik bagi kanak-kanak. Bagi yang mahu makan tengahari, pakej ini juga disediakan termasuk bermain paint ball bagi yang gemar aktiviti lasak.
Bagi menggembirakan kanak-kanak, bukan hanya tour ladang, tapi petting zoo yang boleh diberi makan dengan lebih dekat turut disediakan selain masuk ke ladang herba. Untuk info lanjut, korang boleh klik di Desaru Fruit Farm.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...