Pulau Kapas yang terletak kira-kira enam kilometer dari jeti Marang mempunyai keindahan tersendiri yang merupakan destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa. Di sebalik semua keindahan semula jadi Pulau Kapas, ada ‘permata’ tersembunyi berhampirannya iaitu Bukit Singa.
Bukit Singa menjadi signature kepada Pulau Kapas, dari tepi bukit ini menyerupai kepala seekor singa. Lihat batuan uniknya, teringat lokasi yang cukup terkenal di Bali.
Selalunya, pengunjung yang ke sini bukanlah mendaki Bukit Singa. Sebaliknya mendaki bukit berhadapan dengan Bukit Singa. Dari sinilah baru anda dapat melihat pemandangan dari paras lebih tinggi dan lebih jelas Bukit Singa.
Tak cukup dengan tu, dari aras atas bukit ini pengunjung dapat melihat pemandangan yang cukup menakjubkan di sekitar Pulau Kapas. Benda wajib anda buat di sini semestinya rakam gambar-gambar panorama yang indah.
Ads
Selain itu, kalau tidak mengejar masa, anda boleh cuba menjejak beberapa port menarik untuk mandi manda di sebalik batuan unik di Bukit Singa ini.
Jangan tidak tahu, anda boleh bercuti ke Pulau Kapas hanya untuk satu hari, ini kerana jarak pulau ini sangat dekat dengan jeti berhampiran. Paling penting rancang perjalanan keluar dan masuk anda dari pulau ini ke tanah besar.
Untuk ke Pulau Kapas, naik di Jeti Marang, perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai. Selain aktiviti snorkeling dan berkayak di Pulau Kapas, hiking di Bukit Singa adalah antara tarikan utama di sini.
Sepanjang laluan untuk ke Bukit Singa, hendaklah melalui batu yang keras dan laluan yang curam. Ada kalanya kena melalui laluan pantai. Jadi, disarankan untuk pakai kasut dan pakaian yang sesuai untuk mengelakkan kecederaan. Bentuk singa akan dapat dilihat jelas bila kita berada di atas puncak. Rasa penat hilang bila tengok pemandangan dari atas sana. Subhanallah. Jadi jangan lepaskan peluang bergambar sepuasnya.
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Seronok kalau dapat berjalan dengan geng sekepala kan? Kumpul sikit duit dalam dua ke tiga bulan, anda boleh buat trip seperti tiga sahabat baik ini ke Surabaya dan Jogjakarta, Indonesia.
Bajet : 1 Minggu- RM1000+ inc makan + hotel + shopping + tix flight beli awal time promo dapat return rm200/pax
DAY1
DAY2
DAY3
DAY4
DAY5
DAY6
DAY7
Note :
*kalau dari awal plan nak pergi 2 tempat boleh lah beli tiket flight lain2 (example : pergi turun Surabaya – balik dari Jogjakarta)
*tiket train beli awal 2 minggu via pegipegi.com (bayar pakai debit card cimb / RM20 charge per transaction)
* hotel pun booking siap senang nanti sampai terus check in (booking.com / agoda)
*sesiapa yang tak suka shopping, boleh balik ke surabaya awal & jalan2 ke batu surabaya
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Negeri Terengganu juga salah satu destinasi menarik untung dikunjungi. Selain menawarkan pelbagai tempat makan yang best, pengunjung yang datang ke sini juga boleh melakukan aktiviti menarik ditawarkan.
Misalnya menaiki bot tour dan dengan perjalanan lebih kurang satu jam setengah,anda akan dibawa meninjau ke beberapa lokasi menarik.
Checkin Baiduri Homestay Kuala Berang – RM200 – 5 Bilik Tido (1 Bilik Aircond) – 3 Bilik Mandi (Ade water heater) Homestay yang sangat lengkap dan selesa
Air Terjun Sekayu (Sekayu Waterfall) – Tiket masuk RM2 – Kena jalan sejauh 800m untuk naik keatas.. Nak mandi kat bawah pun boleh.. Tapi view atas lagi menarik..
Pasar Payang – Port untuk membeli keropok, batik Terengganu.. Mcm-macam ada disini.. Tapi terasa rindu suasana pasar payang yang dulu – Pasar Payang https://maps.app.goo.gl/BCyMyi5zMZY6cwMj7
Drawbridge Kuala Terengganu – Boleh bergambar di situ dengan view jambatan yang menarik.. Boleh jugak membeli makanan di Terengganu Food Trucks, Dataran Drawbridge. – Jambatan Angkat Kuala Terengganu https://maps.app.goo.gl/jBmvgxBZ7TfjXsNQA
Sekati Emas Boat Tour – Dewasa : RM30 – 5-12 Tahun : RM15 – 4 Tahun Kebawah : FREE Route : Pulau Sekati – Taman Tamadun Islam – Masjid Kristal – Pulau Duyong – Kg Cina – Pasar Kedai Payang – Drawbridge KTganu
Tempoh tour : – 1 jam – 1 jam setengah
Schedule : – Pagi – 6.45 am (sunrise), 8.30 am,10.15 & 11.30 am – Petang – 2 pm,3.30 pm,5 pm, dan last trip 6.30 pm (sunset) Kami menaiki boat dari Jeti Bot Penambang Pasar Kedai Payang https://maps.app.goo.gl/TkcyKvf7KQ9Q59BE7
Medan Ikan Bakar Kuala Ibai – Better booking dulu kalau nak makan kat sini..
Day 2 – Breakfast di Kedai Makan Seri Lawit Corner – Harga sangat murah. Pelbagai pilihan nasi minyak nasi kerabu nasi dagang nasi lemak. Roti canai kuih muih pun ada.
Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) Tasik Kenyir
– Menempatkan sebanyak 18 ekor gajah yang mempunyai penjaga dikenali sebagai Mahut. – Aktiviti menarik memberi gajah makan, memberi gajah susu & melihat gajah mandi.
KECV mempunyai pelbagai fasiliti asas seperti Surau, Tandas, Bilik Persalinan, Ruang Rehat, Mini Kafeteria dan Kiosk Jalan. Tarikan yang menarik di situ ialah Jambatan Gantung (Canopy Walkway) sepanjang 600 meter dengan 5 Menara Tinjau dan 6 Platform.
Harga Tiket Promosi – Warganegara (MyKad) – 11 bulan ke bawah : Percuma – 1 hingga 6 Tahun : RM 5.00 – 7 hingga 12 Tahun : RM 15.00 – 13 Tahun Ke atas (Dewasa) : RM 25.00
Lunch di Restoran Lembah Warisan – Bagi peminat masakan ikan air tawar boleh cuba masakan di restoran ini.. Ikan kelah dan ikan patin pun ada.. Sedap.. – Pilihan lain boleh cuba makanan di Warung Mr. Baung. 500m dri Lembah Warisan.
Kenyir Eco Resort – Di Tasik Kenyir kami menginap di Kenyir Eco Resort. Milik bumiputra.. Resort atas air di Kenyir.. Sangat selesa.. Makanan sedap.. Facilities lengkap.. Setiap bilik ade aircond.. Harga mampu milik..
Aktiviti disediakan di Resort – Berkayak n Jetski – Banana Boat – Berenang kt tasik – Karaoke + bbq – Fishing
Day 3 – Menaiki boat ke Kelah Santuary. – Kena berjalan sejauh 1600m utk ke Lubuk Kelah. Standby air minum. Kat atas ade gerai kecik utk bli jajan n makanan ikan. – Mandi manda n lunch di Air Terjun Lasir – Wajib pakai safety jacket ketika mandi
Aktiviti-aktiviti Menarik Di Tasik Kenyir – Kelah Santuary – Air Terjun Lasir / Saok – Taman Orked – Taman Herba – Hiking di Gunung Gagau – Melawat Gua Bewah n Gua Taat – Gua Taat terletak bersebelahan Gua Bewah.. Semasa air tinggi, pintu masuk gua tenggelam di dasar dan pengunjung kena menyelam untuk masuk.
Dua dalam satu, dapat hiking sambil makan. Ini bonus bagi anda yang suka bercinta dengan alam, pemandangan yang indah dan dapat merasa suasana dusun durian.
Haa… biasanya kalau nak makan durian mesti lah nak cari yang isinya warna menggoda, kuning diraja!
Jadi di Dusun Tok Lee anda boleh makan durian sambil menikmati pemandangan cantik.
Lagi menarik, anda diberi peluang kutip sendiri durian yang baru jatuh, segar dan pastinya sedap!
Eh, bukan durian sahaja yang anda boleh jamu tekak, di sini juga ada nasi lemak ‘seksi’ dan air kelapa. Elok benar terus sarapan di dusun ini.
Ada sungai juga dan sesuai untuk anda yang suka hiking dan camping, cukup sesuai nak santai-santai bersama keluarga tersayang.
Yang nak datang, boleh terus cari lokasinya:
Dusun Tok Lee, Kemensah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebelum bercuti, ramai lebih fokus pada pakaian, pasport dan tiket penerbangan. Namun, ada beberapa barang harian yang nampak biasa tetapi sebenarnya boleh menimbulkan masalah...