Berhati-Hati Jika Bercadang Ke Pantai Timur. Amaran Cuaca ‘Peringkat Waspada’ Telah Dikeluarkan

Share

Minggu ini cuti persekolahan sudah bermula. Ramai yang mengambil kesempatan untuk membawa keluarga bercuti atau pulang ke kampung halaman. Buat anda yang menuju ke kawasan Pantai Timur, berhati-hati dengan keadaan cuaca yang tidak berapa baik. Ambil langkah keselamatan dengan tidak mengunjungi lokasi-lokasi yang berisiko tinggi berlakunya perkara yang tidak diingini.


.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca waspada peringkat kuning bagi hampir keseluruhan kawasan di Kelantan, Terengganu dan beberapa daerah di Pahang berikutan luruan angin timur di rantau negara bermula hari ini (25 Nov) yang dijangka boleh mengakibatkan hujan lebat berterusan. Amaran cuaca tersebut dikeluarkan berkuatkuasa dari 25 hingga 27 November ini.

Kawasan yang terlibat di Pahang ialah Daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Berikutan luruan angin itu, angin kencang dengan kelajuan antara 40 sehingga 50 kilometer sejam (km/jam) dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan negeri terbabit.


.

Kenaikan paras air laut turut dijangka berlaku berikutan daripada kejadian air pasang dalam tempoh tersebut. Ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit.

Sumber: Bernama

IKLAN