Berkumpul Nak Bergambar Dengan ‘Keladi Bunting Viral’ Di Melaka, Tak Pasal Kena Angkut Polis

Share

Sebuah kawasan yang sebelum ini menjadi lokasi kaki pancing di Melaka, mula menjadi tumpuan orang ramai bagi melihat keindahan pemandangan semula jadi yang dihiasi bunga keladi bunting berwarna ungu sejak minggu lalu.

Foto: FB Kerajaan Negeri Melaka

Pemandangan tumbuhan keladi bunting atau nama saintifiknya, ‘Eichornia Crassipes’ menjadi tarikan ramai pengunjung ke Taman Semabok Perdana, di Melaka. Keladi bunting itu yang mengeluarkan bunga kecil dengan kelopak berwarna ungu menjadi buah mulut penduduk sekitar dan juga orang ramai yang berada di Melaka.

Foto: Twitter BH Online
Foto: Twitter BH Online

Kewujudan kawasan kaladi bunting unggu viral tersebut menjadi pilihan setengah-setengah individu untuk merakam gambar kenang-kenangan umpama di luar negara ketika musim perayaan ini. Namun, disebabkan negara kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, aktivti bergambar secara berkumpulan dan dikunjungi ramai orang adalah dilarang. Pihak berkuasa mula mengawal ketat kawasan berkenaan selepas mendapati kehadiran orang ramai yang tinggi selain tidak mengamalkan penjarakan sosial.

Foto: mstar
Foto: mstar
Foto: HM Online

Pada hari raya lalu, kira-kira 20 pemandu dan penumpang kereta yang berhenti di kawasan berkenaan untuk merakam gambar bunga keladi bunting ditahan polis sebelum mengarahkan mereka termasuk tiga bayi dan tujuh warga emas ke IPD Melaka Tengah, di Banda Hilir. Mereka dikompaun sebanyak RM1,000 mengikut Peraturan7 (1) Peraturan-Peraturan pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan ) (No 6) 2020.

Foto: The Star
Foto: The Star

Berpada-padalah buat kalian yang dapat kelonggaran untuk bergerak ke sana dan ke mari ya. Pastikan mengamalkan penjarakkan sosial dan menghindari kawasan tumpuan ramai.

IKLAN