Selain mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati di Melaka, kat sini juga ada pilihan destinasi untuk menginap bersama keluarga. Ada hotel, villa, homestay dan banyak lagi.
Kalau nak bermalam di villa dengan tema-tema yang menarik boleh ke Villa D’Faro A’Famosa Resort Melaka.
Paling terbaru mereka mempunyai pilihan villa dengan tema Hello Kitty yang comel. Lengkap dengan kolam renang dan BBQ pit, villa ini mempunyai 3 bilik yang cukup besar untuk memuatkan keluarga anda.
Ads
Selain tema tersebut, kat sini juga turut mempunyai villa dengan tema lain yang berbeza. Antaranya, Atlantis, Mushroom Vila dan banyak lagi.
Ads
Mempunyai kemudahan lengkap dan sesuai untuk keluarga yang besar, sesuai untuk buat gathering atau majlis keluarga. Setiap vila yang ada kat sini juga mempunyai keluasan dan bilik yang berbeza.
Ads
Alamat: Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka
Selain keindahan dan kecantikan alam semula jadinya, karakter unik dan aneh yang dimiliki juga menjadi faktor penting kenapa semua lokasi percutian di negara Asia ini menjadi pilihan pelancong dari serata dunia.
Keindahan dan keunikan Pokhara terhasil daripada kombinasi antara tasik, gunung dan sungai. Kesempurnaannya boleh disaksikan sendiri dengan berkunjung ke beberapa buah tempat seperti Phewa Tal, Mahendra Cave,Devi’s Fall dan Sarangkot. Selain tarikan pada alam semula jadinya yang menakjubkan, wilayah ketiga terbesar Nepal ini turut menjadi perhatian kerana ia menjadi lokasi penting beberapa jenis sukan ekstrem seperti ultralighting, paragliding, mountain bike, white water rafting dan hiking.Pokhara yang boleh diakses dengan menaiki bas ataupun kapal terbang dari Kathmandu menyediakan lebih kurang 250 buah hotel. Setiap satunya mempunyai pilihan harga yang berbeza, sama ada murah ataupun mahal.
Wilayah kedua terbesar di Sri Lanka ini juga tidak terkecuali daripada menawarkan lokasi percutian yang menarik. Antaranya ialah The Temple of The Tooth, The Pinnewala Elephant Orphanage dan The Royal Botanical Garden in Peradeniya. Kandy terletak berdekatan dengan Colombo. Ia boleh diakses dengan menaiki bas ataupun teksi. Hanya tiga jam sahaja masa yang diperlukan untuk sampai ke sini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike.
Cuba lari daripada kesesakan lalu lintas ekstrem kota Dhaka dan berkunjung ke beberapa tempat menarik di persekitarannya. Pasti ramai yang teruja dan tidak menduga bahawa ibu negara Bangladesh ini sebenarnya kaya dengan struktur binaan unik seperti masjid, tugu dan istana. Semuanya dibina sebelum abad ke-19 sewaktu era pemerintahan Islam dan penjajahan British. Antara yang popular dan menjadi mercu tanda Dhaka ialah Lalbagh Fort, Ahsan Manzil dan Baitul Mukarram.
Mahukan keindahan pantai dan alam semula jadi yang berada dekat dengan kota moden? Berkunjunglah ke Da Nang, wilayah ketiga terbesar Vietnam yang terletak di antara Ho Chi Minh dan Hanoi. Sama ada mahu berehat di tepi pantainya yang cantik dan bersih iaitu My Khe Beach, menikmati keunikan gunung batu pualam yang menakjubkan iaitu Ngu Hanh Son atau membeli belah di pusat membeli belahnya yang besar dan mewah iaitu Lotte Mart? Tepuk dada tanya selera.
Tonle Sap merupakan penempatan atas air yang mempunyai lebih kurang enam buah kampung. Ia terletak di Siem Reap dan boleh diakses dari Phnom Penh dengan menaiki bot selama enam jam. Tonle Sap menyimpan pelbagai spesies flora dan fauna yang terdiri daripada ikan, ular, buaya, burung dan kucing hutan. Di samping itu, tasik dengan keluasan 2,800 kilometer persegi ini turut dijadikan sebagai ladang penternakan buaya spesies Siam.
Inle Lake merupakan penempatan atas air yang dihuni oleh orang asal Myanmar. Ia terkenal kerana aktiviti harian masyarakatnya seperti menangkap ikan, menuai rumpai dan menanam tomato di ladang terapung. Inle sesuai dikunjungi pada bulan September dan Oktober kerana penduduknya meraikan Festival Hpaung Daw U Pagoda. Pada ketika itu, banyak aktiviti menarik yang dijalankan. Antara yang menjadi perhatian ialah perlumbaan bot tradisional.
Khao Sok National Park terletak di Wilayah Surat Thani. Ia merupakan pusat pemuliharaan hidupan liar terbesar di Thailand. Dianggarkan lebih kurang 5% spesies mamalia menghuni di dalam taman negara ini. Keterujaan juga pasti terasa sebaik sahaja mengunjungi Khao Sok National Park kerana ia mempunyai bentuk muka bumi dan persekitaran yang cantik seperti gunung batu kapur, hutan tebal berusia jutaan tahun dan tasik yang tenang.
Dili masih lagi belum membangun sepenuhnya. Malah,kemudahan infrastrukturnya juga masih kurang dan hanya tertumpu pada kawasan pentadbiran sahaja. Namun,ibu negara Timor Laste ini semakin pendapat pendedahan umum. Semuanya disebabkan oleh ketenangan dan keindahan alam semula jadinya yang terdiri dari pantai, pulau dan gunungganang.Selain itu, tinggalan sejarah sewaktu era penjajahan Portugis juga memainkan peranan dalam memperkenalkan namanya.
Ekonominya yang sedang pesat membangun dan infrastrukturnya yang hampir sempurna menyebabkan Kochi tersenarai sebagai lokasi percutian penting di India. Banyak tempattempat menarik yang boleh dilawati sama ada di bandar, kampung ataupun pantai.Semuanya mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri yang tidak terdapat di tempat lain. Antaranya ialah Backwater of Kochi, Athirappilly Falls, Cherai Beach, Bhoothathankettu dan Chendamangalam.
Lupakan sebentar kisah remaja lelakinya yang gemar membawa lari anak dara orang dan luangkan sedikit masa untuk bercuti di pulau ini kerana ia adalah destinasi percutian yang menakjubkan.
Ombaknya yang kuat dan dasar lautnya yang indah sering menjadi pilihan buat peluncur air dan penyelam skuba. Tidak cukup dengan itu, pulau yang boleh diakses dari negara kita dengan menaiki pesawat Air Asia ini juga kaya dengan air terjun yang cantik seperti Sindang Gila, Tiu Kelep dan Betara Lenjang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Padi Box di Sekinchan ini selalu jadi tumpuan orang ramai yang nak lari daripada kesibukan ibu kota. Yang nak back to nature, bangun tidur terus dihidangkan dengan padi menghijau yang terbentang luas, inilah tempat terbaik!
Memang Padi Box di Sekinchan ini cukup sesuai buat anda yang nak hilangkan tekanan kerja atau sesekali nak berdamai dengan alam semula jadi.
Di sini ada 13 pelbagai jenis bilik yang mampu memuatkan sehingga 6 orang dalam satu bilik. Kemudian memang ngam sangat kalau anda suka amnil gambar untuk dijadikan kenangan.
Merupakan homestay kontena yang dicat dengan warna-warna yang sungguh ceria dan berlatar belakangkan kehijauan sawah padi.
Dan jika nak tengok suasana biliknya, boleh rujuk gambar di bawah. Simple tapi yang penting bilik di Padi Box, Sekinchan ini selesa.
Bersebelahan Padi Box ini terdapat Bus Cafe. Jadi anda boleh mengopi disini sambil menikmati keunikan Cafe tersebut.
Kalau tengok tandasnya pun bersih ya, memang selesa untuk anda sekeluarga.
Bukan sekadar melepak dalam bilik tetapi anda boleh buat beberapa aktiviti di Padi Box, Sekinchan. Ini antaranya:
Berbasikal
Mengambil gambar
Permainan video game
Box game
Bersiar-siar di sawah padi
PADI BOX HOMES & CAFE
Lot 11126, Jalan Tali Air 4, 45400 Sekinchan, Selangor, Malaysia.
Buat anda yang suka dengan kehijauan sawah padi, boleh lah bawa keluarga ke sini untuk merehatkan minda yang penat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Seperti yang sedia maklum sebelum ini pengurusan Zoo Negara terpaksa menutup operasi disebabkan perlaksanaan PKPB di Selangor dan Kuala Lumpur sejak 14 Oktober lalu.
Keadaan ini telah menyebabkan tabung kecemasan Zoo Negara hanya mampu bertahan sekitar tiga bulan bagi menampung operasi termasuk gaji kakitangan.
Menyedari hakikat ini orang ramai turut membantu termasuklah Pendakwah Bebas Ustaz Ebit Lew. Beliau telah memberikan sumbangan makanan kepada pihak pengurusan Zoo Negara.
Dan hari Ini setelah hampir dua bulan ditutup Zoo Negara telah mula kembali beroperasi seperti biasa.
Namun begitu dalam perkongsian di Facebook rasmi Zoo Negara, memberitahu pengunjung dihadkan kepada 1,250 orang bagi memudahkan pemantauan.
“Zoo Negara mengikuti perkembangan semasa Covid-19 dalam negara. Berdasarkan penilaian semasa, Zoo Negara dibuka mengikut jadual ditetapkan dengan jumlah pengunjung dikurangkan kepada 1,250 orang pada waktu ini,” menurut perkongsian di Facebook Zoo Negara, semalam.
Menurut perkongsian sama, orang awam diminta mengikuti laman web dan sosial media Zoo Negara untuk mendapatkan perkembangan semasa.
Dalam pada itu, menurut Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana, berkata demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pihaknya menetapkan 1,250 pengunjung dibenarkan masuk pada satu-satu masa.
“Ini adalah hari pertama pembukaan semula. Kami jangka menjelang esok, lebih ramai pengunjung hadir membawa anak-anak beriadah di sini.
“Sebelum ini, kebiasaannya pada Disember, hampir 5,000 pengunjung hadir setiap hari, tetapi kali ini kita menetapkan had dengan setiap pengunjung akan diberi kad.
“Begitu juga bagi tempahan tiket secara dalam talian akan diberikan angka giliran untuk masuk jika sudah melepasi 1,250 pengunjung dalam satu-satu masa,” katanya lagi.
Jadi sempena cuti persekolahan yang bermula esok, orang ramai digalakkan datang bersama keluarga bagi memanfaat aktiviti riadah di sini.
Hong Kong selama ini dikenali sebagai kota metropolitan yang dipenuhi lampu neon, bangunan pencakar langit dan kehidupan yang bergerak pantas siang dan malam.Namun di...