Nampaknya industri pelancongan dlam negeri kembali rancak apabila kerajaan baru-baru ini melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September ini.
Justeru, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan membenarkan tujuh aktiviti pelancongan utama di Langkawi sempena pembukaan semula pulau peranginan itu kepada pelancong tempatan pada 16 September ini.
MOTAC dalam kenyataan hari ini berkata, ia merangkumi kebenaran penginapan di hotel dan homestay termasuk semua fasiliti dalam premis hotel dan homestay (rumah inap), aktiviti perniagaan seperti mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran serta acara-acara pelancongan dan kebudayaan.
“Kebenaran juga diberikan untuk produk tarikan utama pelancong seperti aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, sukan lasak atau pengembaraan (adventure) atau taman semulajadi (nature parks), ladang (farms), akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial.
“Aktiviti pelancongan minat khas seperti golf, selam skuba, berbasikal, memancing, pelayaran dan sebagainya juga dibenarkan,” menurut kenyataan itu.
Turut dibenarkan ialah aktiviti eko geo-kembara seperti berkhemah, mendaki, kembara gua, dan ‘jungle trekking’ dan sebagainya.
Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain juga dibenarkan beroperasi.
Selain itu, turut dibenarkan beroperasi ialah taman tema dan pusat hiburan keluarga serta lawatan bersifat akademik seperti ke Geopark Discovery Center, Balai Seni dan Laman Padi.
Ads
MOTAC turut memaklumkan senarai itu bakal diumumkan secara lebih terperinci tertakluk kepada perubahan semasa.
Pada masa sama MOTAC juga sedang menyediakan pakej pelancongan yang lebih menarik untuk seluruh Keluarga Malaysia sebagai menghargai sokongan dalam merancakkan semula aktiviti pelancongan domestik apabila kebenaran diberikan kelak.
Selain itu, MOTAC juga akan sentiasa membuat pemantauan dan mengadakan beberapa lagi sesi libat urus dengan para penggiat industri pelancongan serta pemegang taruh berkaitan bagi meluaskan gelembung pelancongan ini secara berfasa. – BERNAMA
Info Tambahan:
– Bilangan perjalanan feri ke Langkawi akan ditambah bermula 16 September ini susulan pengumuman pembukaan semula pulau itu sebagai destinasi pertama projek perintis gelembung pelancongan domestik.
Ads
– Pelancong yang ingin mengunjungi Pulau Langkawi perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri.
– Pelancong mempunyai pilihan untuk pergi ke Langkawi melalui jalan udara dan darat. Bagi pergerakan menggunakan jalan darat, pelancong perlu menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan, sekurang-kurangnya untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari destinasi permulaan ke jeti feri ke Langkawi.
– Manakala bagi pelancong yang memulakan perjalanan mereka ke Langkawi dari negeri Kedah dan Perlis, serta yang menggunakan jalan udara, mereka tidak diwajibkan untuk menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan.
Ads
– Selain terhad kepada individu yang telah lengkap dua dos vaksin, antara SOP yang perlu dipatuhi pengunjung ialah ia mestilah percutian secara harian, bermalam, dengan tempahan penginapan atau tiket masuk yang dibuat lebih awal, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTA
– Tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang telah lengkap divaksinasi.
– Dalam masa sama, perlindungan insuran serta saringan COVID-19 juga adalah tidak diwajibkan.
Agak mencabar nak bergerak secara solo trip ke Bangkok kalau anda langsung tak pernah sampai ke Thailand.
Jadi untuk memudahkan perjalanan, boleh baca pengalaman Puan Nur Khairiah Zainal Abidin ini dulu, yang mana dia pergi selama 5 hari 4 malam bermula dari tarikh 19/8/23 sehingga 23/8/23.
Grab ke Klia2
Flight KL-Bangkok Don Mueang @ sampai 7pm
Dari Airport naik bus A1 turun di Mo Chit. Bayar cash sahaja dalam bus. Then dari Mochit tadi jalan sikit ke depan untuk naik BTS. Beli Rabbit Card untuk senang ke sana sini naik BTS.
BTS Mo Chit >> BTS Ratchathewi.
*Stay area Ratchathewi sebab senang nak naik BTS
Ambil Hostel One Bed Block sebelah BTS Ratchathewi 1 minit dah sampai.
Check In – Dinner Area Masjid Darul Aman (5 minit jalan)
Breakfast 7e (sebelah hostel)
Naik BTS Ratchathewi menuju ke Mo Chit & Order grabcar untuk ke Van Terminal Mo Chit
Ambil van menuju ke Maeklong Train Station dan dia akan drop di stesen Maeklong, jalan sikit ke tempat train 2 minit sampai.
Balik tu jalan semula ke stesen tadi dan beli ticket.
On the way balik boleh turun di Chatucak Market. Boleh shopping/cuci mata sampai petang.
Dari chatucak market nak balik hostel semula just naik sahaja BTS. Jalan sikit dari Chatucak market and akan nampak BTS Mo Chit. Naik sampai BTS Ratchathewi.
Balik hostel solat jamak & mandi.
Malam keluar dinner di area Masjid Darul Aman
Breakfast 7e
Naik BTS Ratchathewi menuju ke BTS Saphan Taksin
Beli tiket unlimited boat ride di kaunter
Explore Wat Arun agak lama di sini. Panas.
Naik boat pergi Iconsiam untuk lunch di Sook Siam Food Court.
Banyak makanan halal. Solat jamak di Iconsiam ada surau tingkat bawah area parking.
Seterusnya ke Grand Palace jalan2 & just bergambar di luar.
Kembali ke Iconsiam untuk dinner dan menunggu watershow jam 8pm.
Balik hostel dari BTS Saphan Taksin >> BTS Ratchathewi
Breakfast 7e
Naik BTS Ratchathewi menuju ke BTS Kheha untuk ke Ancient City.
Di BTS Kheha naik Songthew No 36 (memang dah tunggu di bawah) menuju ke Ancient City, dalam 10 minit sampai. Dia akan drop tepi jalan jadi jalan sikit sampai lah kaunter.
Tiket boleh beli awal di Klook lebih murah.
Separuh hari habis di sini sebab kawasan sangat besar, saya sewa basikal untuk pusing-pusing.
Balik ikut cara sama, tunggu tepi jalan tahan songthew no 36 untuk BTS Kheha.
Balik solat jamak & mandi.
Malam keluar naik BTS Ratchathewi >> BTS National Stadium untuk ke MBK Centre untuk dinner (Yana restaurant).
Jalan area sekitar (Siam Paragon/ Central World dll). Tak pergi pratunam sebab hujan.
Balik hostel.
Breakfast di area masjid Darul Aman .
Check out.
Untuk balik, naik bas juga. Dari BTS Ratchathewi >> turun BTS Mo Chit . Tunggu bus untuk ke airport di sini.
Gerak balik flight AA Bangkok-Klia2.
Naik skybus – KL Sentral.
Begitulah sedikit perjalanan ketika berada di Bangkok selama 5 hari. Jadi kalau anda ada plan ke sana, harap info ini dapat membantu nak ke Bangkok.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sesekali nak merasa trip ke Dubai, anda kena banyak tahu info dulu sebelum pilih negara ini sebagai tempat percutian.
Istimewanya kali ini, Puan Wan Zaimah berkongsi tempat menarik sepanjang dia berada di sana. Jom ikuti percutian menariknya.
Perjalanan mengambil masa transit 22 jam di Dubai berjalan lancar.
Saya ambil Dubai City Tour, book dekat KLOOK. Sekarang low season sebab panas melampau (suhu sekitar 35°C waktu saya tiba) jadi tour package murah dalam RM95 je cover both New and Old Dubai.
Free shuttle bus ini boleh naik dari airport ke hotel. Available 24/7 every 15 minutes.
Cara nak ke bas ni ialah naik ke departure floor, keluar bangunan tu dan lintas jalan sampai jumpa signboard stesen bas.
Keluar stesen tu ke kiri, ada shuttle bus ni. Kalau tak ada, tunggu sampai datang.
Tetapi banyak tempat singgah, sampai tak larat nak bergambar.
Anda boleh discuss dengan tour team untuk pick up point. Mereka tak datang airport jadi mereka suggest saya tunggu di Holiday Inn Express Dubai Airport, an IHG Hotel.
Jangan risau, tiada caj tambahan ke sana kerana ada free shuttle.
Tour drop saya di lokasi terakhir iaitu Dubai Mall. Dari Dubai Mall saya ambil Metro (train) ke airport dengan harga AED8.
Plan asal nak ambil Night Desert Safari Tour tetapi atas nasihat kawan-kawan saya batalkan niat kerana risau terlewat tiba di airport dan terlepas penerbangan seterusnya. Lagipun saya rasa lebih baik saya pergi lain kali dengan family.
Dalam tempoh 22 jam, saya makan 3 kali sahaja. Sarapan AED 65, lunch AED119, dinner AED35. Semua perbelanjaaan guna BigPay dengan kadar AED1 = MYR1.29.
Makan malam pula, makan McD di aiport, beef burger, air mineral dan dan kentang goreng.
Nota penting: Walaupun kat sana semua tempat terima kad, tapi transaksi bawah AED30 di Dubai Souq dikenakan charge 9%. Elok standby cash juga lah kalau nak jimat.
Menarik, bukan? Banyak boleh jimat. Apa pun, semoga perkongsian ini membantu kawan-kawan yang akan transit atau visit Dubai nanti.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Walaupun jaraknya mengambil masa lebih kurang 3-4 jam perjalanan, tapi ramai yang sanggup menempuh jarak perjalanan tersebut kerana waktu itu adalah peluang keemasan untuk menelusuri perjalanan hidup Buya Hamka.
Selain itu, boleh juga berjalan-jalan sekitar Tasik Maninjau yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang tiada tolok bandingnya di tempat-tempat lain.
Tapi ada tak tempat menarik yang lain di Indonesia Barat itu? Jawapan dia sudah tentu ada! Ada banyak tempat menarik yang anda boleh buat apabila travel ke Padang.
Libur senaraikan 10 tempat menarik yang ada di sana. Nanti bolehlah anda susun atur itinerari anda untuk ke sana. Jadi, apa senarainya? Ini dia:
Anda boleh berkunjung ke Panti Padang atau lebih dikenali di kalangan orang tempatan sebagai TapLau (Tapi Lauik). Menurut info dari sana, Pantai Padang itu kini tidak lagi seperti dulu. Sekarang dah banyak pembangunan yang diusahakan oleh pentadbiran Padang untuk memajukan kawasan pelancongan tersebut. Jadi kawasan itu kini sudah selesa dan cantik. Sesuai la kalau anda nak datang jalan-jalan makan angin cuci mata di sana. Ada banyak bunga-bungaan yang kini menghiasi Pantai Padang itu. Lokasi ini juga berdekatan dengan Ramayana Plaza Andalas, shopping complex Padang dan Jambatan Siti Nurbaya. Di persisir pantai itu, ada banyak gerai jalanan untuk anda menikmati makanan tempatan di sana, daripada makanan ringan hingga makanan laut.
Tak lengkap gambar Instagram anda jika tidak singgah untuk berswafoto di sini. Lokasi ini adalah lokasi penarik yang ada di Padang kerana keindahan dan kecantikan lampu-lampu pada waktu malam yang ada di Jambatan Siti Nurbaya ini. Pada waktu malam, jambatan ini dihiasi dengan gemerlipan lampu-lampu dan sepanjang jambatan ini, anda boleh menikmati anuke juadah makanan tempatan yang ringan-ringan. Untuk anda ada dalam itinerari untuk ke sini, lokasi jambatan ini berdekatan dengan Pantai Padang dan Ramayana Plaza Andalas.
Satu lagi lokasi pantai di Padang. Pantainya yang memutih, landai dan dipenuhi pokok-pokok kelapa menambahkan rasa nyaman untuk anda bercuti melepaskan tekanan dan berhibur di sini. Jangan khuatir untuk berkunjung ke sini, fasilitis yang disediakan cukup lengkap untuk aktiviti seharian anda. Ada dataran untuk melepak, kedai makan, pondok-pondok kecil. Malah ada homestay untuk anda bermalam di sini dan anda boleh menyewa perahu/kayak untuk bermain bersiar-siar sekitar pantai. Pada waktu petang, anda boleh berjemur di bawah cahaya matahari sambil menyaksikan matahari terbenam di ufuk barat, berenang, santai-santai bersama partner in crime dan sebagainya.
Tak suka dengan cadangan awal yang Libur berikan tadi? Okay jangan risau, ada satu lagi pantai yang mungkin akan membuatkan anda tertarik untuk pergi iaitu Pantai Nirwana. Tempat ini, Libur cadangkan untuk anda yang sudah berkeluarga dan bercuti bersama isteri dan anak-anak kerana ombak di sini tidak terlalu besar untuk anak-anak anda mandi manda dengan seronok dan riang ria. Pantainya yang luas juga memberikan kepuasan berganda untuk mereka berlari-lari berkeliaran ke sana sini dengan bebas. Di waktu petang, ada peniaga yang akan menjual bakso dan mee ayam yang akan datang menghampiri anda untuk menjual makanan mereka. Kena cuba tau kerana rasanya sangat enak untuk dilepaskan begitu sahaja.
Pernah tengok cerita Si Tanggang atau Malin Kundang? Pada yang tidak tahu, cerita lagenda itu diadaptasikan dari kisah rakyat yang diceritakan turun temurun sebagai peringatan untuk kita menghormati ibu bapa kia walau apa pun yang terjadi. Satu pengajaran yang sangat penting Libur rasa. Jadi, untuk anda yang kebetulan ke Padang tu, boleh datang ke sini untuk melihat sendiri kawasan yang menjadi cerita lagenda tersebut. Lokasinya berdekatan dengan Pelabuhan Teluk Bayur dan mudah untuk anda ke sini kerana tanda arah diletakkan sepanjang jalan untuk memastikan anda tidak sesat ke mana-mana. Lokasi ini juga popular untuk mengambil gambar, jadi sediakan ruang simpanan yang besar dalam telefon bimbit anda ya. Turut terdapat di sini adalah penjaja cenderahati sekiranya anda ingin membawa buah tangan pulang ke tanah air.
Sayang rasanya kalau kita berkunjug ke suatu tempat semata-mata untuk berhibur dan bersuka ria saja kan? Jadi ini lokasi yang Libur cadangkan untuk anda singgah bagi mengenal serba sedikit mengenai sejarah Minang yang ada di Padang iaitu Muzium Adityawarman. Muzium ini tempat di mana mereka menyimpan dan memelihara khazanah, seni dan budaya Minangkabau, Mentawai dan Nusantara.
Nak buat aktiviti malam di Padang? Anda boleh datang ke Sitinjau Lauik untuk menyaksikan keindahan panorama matahari terbenam di ufuk barat. Selain itu, lokasi ini juga menjadi tempat di mana anda boleh menikmati keindahan malam Kota Padang dari atas bukit. Ada juga penjaja yang berniaga di sini dan anda boleh menikmati keasyikkan di sana sambil memesan secangkir kopi dan semangkuk mee rebus.
Lokasi ini dikenali sebagai pusat ukiran kraftangan dan tenunan songket Indonesia yang terletak di kaki bukit Gunung Singgalang, Tanah Datar. Di sini, anda boleh melihat kehidupan masyarakat pertanian tradisional masyarakat Padang. Kalau anda nak ke sini, siapkan duit dalam secekak dua untuk anda shopping cenderahati sebagai tanda mata ke Padang.
Untuk menuju ke sini, anda kena travel keluar sedikit dari Padang menuju ke Bukit Tinggi kerana lokasinya adalah menghala ke sana. Lembah Anai ini lebih kurang macam Air Terjun Lata Iskandar kalau anda nak ke Cameron Highland. Air terjunnya berada di pertengahan perjalanan dan menjadi tempat kunjungan pelancong untuk bergambar. Di samping itu, gambar yang diambil di samping lintasan kereta api turut menjadi faktor mengapa tempat ini popular untuk bergambar.
Tempat ini terletak bersebelahan dengan Jambatan Siti Nurbaya. Sekiranya anda berkunjung ke Jambatan Siti Nurbaya, taman ini terletak di sebelah barat. Pemandangan sekitar tempat ini seakan-akan bukit yang ada dalam filem animasi Doraemon tempat Nobita selalu melarikan diri jika dia berasa kecewa dengan sesuatu dan jangan terkejut kalau bukit ini turut mendapat jolokan Bukit Nobita! Di bukit ini, ada sebuah gua dan di dalamnya terdapat satu pusara lama dan masyarakat setempat mempercayai itu adalah makam Siti Nurbaya yang terkenal dalam hikayat masyarakat Minang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!