Seperti yang kita maklum ada beberapa negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKPP Pemulihan (PKPP). Antaranya negeri Perak, Pahang, Perlis dan Terengganu.
Dan nampaknya bermula esok kerajaan setuju memberi kelongggan bagi pembukaan sektor pelancongan dan kebudyaan di kawasan ini.
Namun begitu menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata, aktiviti berkenaan bagaimanapun masih tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKP Diperketatkan (PKPD).
Menurutnya, ia termasuk aktiviti pelancongan rentas negeri dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang membabitkan pelancong asing tidak dibenarkan.
“Antara aktiviti dibenarkan di kawasan PKPB adalah produk tarikan pelancong seperti zoo, farms, akuarium, pusat edutainment, taman rekreasi dan ekstrem.
“Begitu juga premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat budaya, pentas persembahan dan lain-lain serta taman tema dan pusat hiburan keluarga.
Ads
“Aktiviti berikut dibenarkan beroperasi dengan 50 peratus kapasiti premis dan mematuhi penjarakan fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) lain,” katanya dalam sidang media semalam.
Bagi kawasan PKPP, Ismail Sabri berkata, semua aktiviti pelancongan dan kebudayaan itu dibenarkan beroperasi dengan mematuhi penjarakan fizikal.
Katanya, aktiviti pelancongan dan kebudayaan selain di bawah senarai negatif perlu mengikut SOP sektor pelancongan dan kebudayaan sedia ada yang sedang berkuatkuasa.
Dalam pada itu, beliau berkata, majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan serta swasta termasuk majlis sosial seperti kenduri, majlis perkahwinan, pertunangan, aqiqah, sambutan ulangtahun tidak dibenarkan di kawasan PKP manakala PKPB dan PKPP dibenarkan.
Ads
“Begitu juga seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, ceramah, mesyuarat, pameran, perdagangan dan aktiviti berkaitan,” katanya lagi.
Dalam pada itu dalam posting di laman sosial Facebook, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, melalui menterinya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri turut menyeru kepada orang ramai untuk memulakan aktiviti pelancongan di kawasan setempat masong-masing dengan mematuhi SOP ditetapkan.
New Zealand dikhabarkan dengan berita gempa bumi dan tsunami mega bakal melanda negara itu.
Jangkaan itu dibuat berdasarkan kajian pakar penyelidik daripada East Coast LAB bahawa gempa yang bakal melanda New Zealand ini mampu mencapai kekuatan 9.0 magnitud jika gegaran kuat berlaku di zon benam Hikurangi.
Berbanding kejadian gempa sebelum ini di Christchurch yang dicatat pada skala 6.2 magnitud pada 2011, jangkaan bacaan itu merupakan skala tertinggi bakal dicatatkan di negara itu.
Jika ia berlaku, satu tsunami besar dengan ombak setinggi 30 meter bakal melanda New Zealand di mana akibatnya adalah lebih dahsyat daripada bencana tsunami di Jepun pada 2011.
Malah, lebih parah lagi, pihak berkuasa mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk memberi amaran bencana kepada warga New Zealand, terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan pesisiran pantai jika tsunami itu berlaku.
Menurut pakar tsunami di GNS Science, Dr William Power, ombak besar yang bakal melanda itu bakal berlaku dengan begitu cepat sehingga amaran tidak sempat diberikan.
Sekiranya tsunami berlaku di negara ini, kemungkinan besar amaran peringatan bencana secara rasmi tidak akan dikeluarkan sebelum gelombang gempa bumi dan tsunami itu tiba. Jadi mereka yang tinggal di pesisir pantai harus mengambil langkah keselamatan dengan kadar segera.
Sandakan terkenal dengan keunikan dan keistimewaan alam semula jadinya termasuk hutan yang berusia ratusan juta tahun, pantai yang memutih, dan gugusan pulau yang tidak tercemar. Selain itu di sini merupakan rumah untuk hidupan liar yang hampir pupus seperti Orang Utan dan Proboscis Monkey (monyet belanda) yang boleh ditemui di Borneo dan Sumatera sahaja.
Kita bertuah tinggal di Malaysia yang memberi peluang kepada kita untuk menghayati keunikan dan keindahan alam dan budaya pelbagai etnik di negara ini. Sandakan, salah satu daerah di Sabah, bukan sahaja kaya dengan flora dan fauna, tetapi terkenal dengan keramahan penduduknya serta kesan sejarahnya.
Pengalaman berada di Sandakan pasti cukup mengujakan terutama bagi penggemar sejarah, pencinta alam serta binatang. Pelbagai lokasi menarik harus dilawati jika berada di sini. Bagi industri pelancongan, Sandakan terkenal sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi eko-pelancongan.
8 Lokasi Mesti Pergi!
Antara destinasi yang harus menjadi persinggahan ialah Perkampungan Air Sim Sim iaitu perkampungan yang paling lama wujud di Sandakan. Majoriti penduduknya terdiri daripada masyarakat Melayu. Sumber lautan seperti mutiara ternak mudah didapati dengan harga yang murah di perkampungan yang menghadap Laut Sulu ini.
Monyet Belanda atau Proboscis Monkey hanya terdapat di Borneo. Dikenali Bayau oleh masyarakat tempatan, monyet berhidung panjang itu salah satu spesies terbesar di dunia. Untuk melihat monyet ini tidak mudah, kerana pelancong perlu menyusur sungai dengan bot untuk melihat haiwan itu yang hidup bebas di habitatnya. Monyet itu biasanya hidup dalam berkumpulan dan bersifat nomad. Monyet jantan terkenal dengan panggilan playboy kerana hidup dalam berkumpulan dan ditemani tiga atau empat monyet betina. Ia mempunyai tapak kaki yang besar membolehkan berenang dengan mudah. Namun untuk melihat dengan mudah, anda boleh ke Labuk Bay Proboscis Monkey merupakan pusat pemuliharaan spesies ini.
Tokong Buddha Puu Jih Shih yang merupakan tempat suci masyarakat Buddha yang terbesar di Sandakan. Terletak di atas sebuah bukit dan dikelilingi panorama yang indah, membuatkan kedudukan tokong ini kelihatan sangat strategik.
Muzium Agnes Keith iaitu rumah asal seorang rakyat Amerika yang begitu giat untuk memperkenalkan Negeri Sabah Negeri Di Bawah Bayu di peringkat antarabangsa turut menjadi tempat untuk dilawati. Rumah ini pernah musnah semasa Perang Dunia Kedua tetapi dibina semula mengikut reka bentuk asal. Agnes Keith mempopularkan Sabah dengan menulis tiga buah buku berjudul Land Below The Wind, Three Came Home, dan White Man Returns.
English Tea House & Restaurant merupakan lokasi untuk menjamu selera yang cukup terkenal di Sandakan. Terletak beberapa meter dari muzium Agnes Keith, restoran ini menawarkan menu santapan berkonsep Inggeris, sesuai dengan persekitarannya. Terletak di atas bukit, pengunjung dapat saksikan panorama indah lautan terbentak luas dengan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa anda.
Tidak lengkap rasanya jika ke Sandakan tanpa menjengah ke Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok. Di sini pengunjung berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat habitat semula jadi orang utan yang terbesar dan tertua di dunia. Lokasinya seluas 4300 hektar mempunyai kira-kira 300 ekor orang utan dan 92 hidupan mamalia lain. Waktu kunjungan paling sesuai untuk melihat habitat ini ialah ketika tiba masa orang utan diberi makan.
Tambah menarik, jika berpeluang menaiki bot menyusuri Sungai Kinabatangan dari Jeti Kampung Bilit. Di sepanjang menyusuri Sungai Kinabatangan, pelbagai hidupan liar dalam habitat semula jadi di kawasan seluas 26,000 hektar boleh dilihat. Dianggarkan terdapat lebih seribu spesies tumbuhan, 250 spesies burung, 90 spesies reptilia, dan 50 spesies mamalia. Meskipun tidak menjamin peluang mudah melihat hidupan ini, jika bernasib baik pengunjung akan terserempak dengan hidupan seperti gajah pigmi, monyet probosis, buaya air masin, harimau dan banyak lagi.
Sandakan Central Market merupakan tamu atau pasar yang terkenal di tengah bandar Sandakan. Pelbagai barangan harian, sayur-sayuran, ikan bilis, ikan kering, lauk-pauk, pakaian dan cenderamata boleh didapati di sini. Jangan lupa untuk membawa pulang mutiara berupa hiasan tangan, rantai atau kerongsang yang boleh didapati di sini dengan harga yang sangat murah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Salah satu keseronokan pergi bercuti ini selain makan adalah dapat merakam momen berlatar belakangkan pemandangan indah.
Tidak kisah sama ada selfie atau swafoto, paling penting dapat bergambar di mana-mana lokas menarik bersama buddies.
Untuk tahun 2021 lalu seorang sahabat Backpackers Buddies Malaysia, Kee Obsessedred menyenarikan 21 tempat menarik untuk OOTD di seluruh Malaysia.
1. Hounon Ridge, Bundu Tuhan Ranau Sabah
Staycation @ Hounon Ridge, Bundu Tuhan Ranau Sabah. Aku dapat harga RM180 untuk family room 2 queen..sejuk dia boleh tahan juga haha..sila bangun awal pagi untuk dapatkan view cantik tapi sebenarnya ikut rezeki juga ya gais
2. SKYMIRROR, Kuala Selangor
Salah satu keunikan yang ada di Kuala Selangor. This is SKYMIRROR ! tempat ni ada musim dan date tertentu untuk join ya..masa ni promo RM60 je..standard price RM80.
3.Bukit Kodiang Kedah
Dropzone pertama di Malaysia berlatarkan view sawah padi di Bukit Kodiang Kedah yang suka aktiviti lasak bolehlah try dera jantung korang tu hahaha..aku book dengan member IG @mazuinoordin..kos hangus untuk dropzone dalam RM80 ..btw make sure pergi musim padi..barulah gambar lawa
4. Pantai Batu Luang, Kuala Penyu Sabah
Pantai Batu Luang, Kuala Penyu Sabah drive from KK around 2 jam macam tu..tempat ni public so anytime boleh pergi asalkan cuaca mengizinkan haha..bawa lah yang reti snap gambar..baru tahu mana angle yang lawa. Tq my bff selaku photographer @aznigain
5. TRIANGLE FARM COTTAGE HOUSE, Sekincan
Aku staycation sini sebab design dan warna lawaaaaaaa kbye TRIANGLE FARM COTTAGE HOUSE di daerah Sekincan Kuala Selangor dan boleh try contact 0172068666 if korang nak stay sini..aku dapat harga RM130 mcm tu 1 queen 1 single ..basikal main free boleh round Sekincan sampai penat
6.THIS IS MARY JANE KL, Kuala Lumpur
Salah satu Instagrammable cafe yang ada di Kuala Lumpur. Untuk kaki ootd sesuai lah lepak sini haha..topi jangan kecam..saja saja boleh try book dulu before nak datang. THIS IS MARY JANE KL
7. Kota Belud, Sabah
Kota Belud, Sabah ! Yang suka camping aku syorkan nanti plan ke sini..view pun lawa..lucky2 dapat nampak Gunung Kinabalu. Kos hangus dalam RM100 untuk sewa segala peralatan camping..ramai ramai dtg jimat sikit.
8. ELMINA VALLEY PARK
Bridge paling famous di Shah Alam Selangor design lawa boleh try untuk OOTD..tempat free..just waze je ELMINA VALLEY PARK
9. BLUE LAKE , BUKIT MAHKOTA CHERAS KL
KL pun ada blue lake gais tapi aku x sure la tempat ni kejap tutup kejap buka..before nak OOTD sini pun sekuriti bagi je lepas amik gmbar kejap.. then balik ..DONE BLUE LAKE , BUKIT MAHKOTA CHERAS KL
10. PINTASAN SALOMA, Kuala Lumpur
Bulan Kemerdekaan shoot dekat PINTASAN SALOMA, antara bridge tercantik dan terfamous lah di KL ni haha..gigih aku tunggu clear dari segala manusia..korang datang sini silalah terkejut.memang port tiktokers untuk menari
11. RUMA PUTEH TAMAN TASIK TITIWANGSA KL
Sambil makan sambil OOTD..makanan pun boleh tahan sedap harga masih mampu milik gais..boleh try contact dulu sebelum datang 0173004909. RUMA PUTEH TAMAN TASIK TITIWANGSA KL
12. Bukit Kuari, Rawang Bypass Highway
Antara lokasi tumpuan untuk hiking di daerah Rawang Selangor. Tahap kesukaran 2.5/5 bagi aku lah tempat ni lawa sebab berlatarkan view lebuhraya tertinggi di Malaysia. Bukit Kuari, Rawang Bypass Highway
13. BUKIT BELACON, LAHAD DATU SABAH
Hiking lagi gais tempat ni baru jadi tumpuan para hiking di sebabkan awan karpetnya yang lawa..make sure korang naik dalam 5am macam itu untuk dapatkan view macam ni…Entrance Fee RM2 ..BUKIT BELACON, LAHAD DATU SABAH
14. Sekinchan
Pokok viral katanya di Sekincan..so kita trylah OOTD sini…by the way itu pokok durian gais..lawa sebab sekelilinnya penuh sawah padi (ikut musim) susah juga sebenarnya nak cari pokok ni…tapi kalau korang nak location boleh je try contact kita
15. Gua Kek Look Tong, Ipoh Perak
Gua Kek Look Tong, Ipoh Perak.. salahsatu tempat tumpuan pelancong untuk ambil gambar. Dalam gua ni ada part part yang sangat cantik dan unik..boleh try explore..free je..parking pun free (NOV2021)
16. MASJID SRI SENDAYAN
Mendapat gelaran sebagai Taj Mahal, Masjid Nabawi Dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah, masjid ni merupakan salahsatu mercu tanda di Negeri Sembilan.Masjid ni terletak kira kira 10KM dari seremban..Waze MASJID SRI SENDAYAN
17. Langkawi
TRAVEL BUBBLE LANGKAWI .Otw ke tasik dayang bunting minta bot stop kejap untuk ambil gambar
18. Sg Petani, Kedah
Ok jangan kecam hahaha..antara yang viral tahun lalu pun aku pergi. Ramai yang kecam sebab tempat ni dikatakan loji kumbahan tapi ada juga yang kata bukan..so tak payah dengar kita go terus hahaha..ok bau longkang je sebenarnya…tempat yang snap gambar ni xda bau langsung pun tapi ikut korang la sebenarnya..tak suka jangan pergi..suka pergi je selagi tak pakai hidung sapa sapa SG PETANI KEDAH
19. BUKIT BESI, CHERAS KL
Flying Fox waktu malam pertama di Malaysia gais aku booking dekat IG @raskaadventure..bolehlah try usha if korang berminat. BUKIT BESI, CHERAS KL
20. ARTE MONT KIARA
Nak cari hotel area KL sambil OOTD boleh try ARTE MONT KIARA, tempat ini banyak port port bergambar yang lawa…harga pun kadang kadang berubah..harga aku dapat RM220 untuk.satu unit..boleh buat dekat booking.com
21. SEMPORNA SABAH
Ok last my HOMETOWN. Tempat yang aku tak kan bosan bila ambil gambar..sebab apa ? Mari try datang SEMPORNA SABAH
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...