Bos Garuda Indonesia Dipecat Seludup Motosikal Berkuasa Besar Elak Bayar Cukai

Share

Jangan ingat anda berkuasa, anda boleh buat sesuka hati melanggar undang-undang. Mungkin kedudukan tersebut sangat hebat, tetapi pasti tidak bertahan lama jika anda menggunakan pangkat tersebut untuk tujuan peribadi.

Itu yang berlaku kepada bos besar syarikat penerbangan terkemuka di Indonesia, Garuda Indonesia.

Menteri Keusahawanan Indonesia, Erick Thohir, bercadang memecat Ketua Eksekutif syarikat penerbangan kebangsaan negara itu, PT Garuda Indonesia atas dakwaan menyeludup motosikal berkuasa besar masuk ke negara itu menggunakan pesawat baharu.

Erick Thohir berkata, Ari Askhara cuba menggunakan kedudukannya untuk tujuan peribadi disyaki cuba mengelak daripada membayar cukai ke atas Harley Davidson berjumlah 800 juta rupiah (RM237,000), dengan menyeludupnya menggunakan kapal terbang dari Perancis.

Proses siasat sedang dilakukan dam mereka juga akan menyiasat sama ada orang lain turut terbabit. Ketika serbuan, sebuah basikal mewah yang tidak diisytiharkan kepada kastam juga ditemui dalam pesawat itu.

IKLAN